You are on page 1of 5

Subject: Permohonan Bantuan Mengusaha-Hasil Spesis-Spesis Pokok Bakau

Pesisiran Pantai

Produk Hiliran Bakau Sebagai Sumber Ekonomi Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya Abdul Razak Abdul Abdullah mempunyai idea untuk sebuah projek inkubator untuk

memanafaatkan sepenuhnya pokok bakau. Biasanya ramai tahu bahawa pokok seperti

perepat boleh dijadikan ulam-ulaman untuk penduduk kampung yang mendiami sekitar

kawasan pantai yang dipenuhi oleh paya bakau. Sejak 1997 sudah berada di

Semenanjung bertugas di sana dan kini dengan ilmu dan pengetahuan yang ada di dalam

bidang keusahawanan, pengiklanan dan penyiaran saya ingin menyumbang bakti

kepada bumi Sarawak sekiranya diberi peluang.

Disebabkan oleh arus kemodenan kebanyakan pokok bakau ini dilupuskan maka

memberi kesan serta impak kepada keadaan persekitaran. Ini adalah kerana tiada

kesedaran lain akan kepentingan pokok bakau yang sebenarnya boleh memberi nilai

tambah ekonomi kepada penduduk tempatan seperti nelayan. Ada yang mencadangkan

projek ini bermula di Lawas dan juga Sematan maka saya ingin mendapatkan kerjasama

pihak tempatan seperti PERSATUAN NELAYAN tempatan.

Sarawak adalah negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan setiap

negeri mempunyai identitinya tersendiri seperti Tebaloi, di Mukah, ikan Lumek di Bruit,

Ikan Buntal di Simunjan dan lain-lain. Projek ulung ini bakal melahirkan satu lagi produk

ikon menu yang baru hasil daripada khazanah alam ini.


Setakat ini sudah berhubung dengan Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan mereka

memberi kebenaran untuk saya menuai hasil bakau dengan

bersyarat. Universiti Diponegoro di Semarang Indonesia turut menyokong usaha saya

kerana mereka adalah antara entiti yang berusaha ke arah melestarikan bakau mencari

manafaat dan kebaikan bakau sebagai produk hiliran.

Selain itu pihak MARDI Sarawak Prof Chua Hun Pin, turut membantu dalam usaha awal

R&D dan kami berjaya menghasilkan produk jus yang dibuat daripada buah berembang

atau lebih dikenali sebagai buah pedada ( Sonneratia Caseolaris ) oleh penduduk

tempatan. Sample jus yang dihasilkan telah diuji dan maklumbalas umum yang merasa

begitu memberansangkan. Jus pedada mempunyai potensi sebagai Functional Food

kerana mempunyai nilai potassium dan Vitamin seperti A, B1 , B2 dan C selain

kandungan karbohidrat yang agak tinggi. Oleh yang demikian saya memerlukan bantuan

dan bimbingan seperti dana dan peruntukan untuk meneruskan penyelidikan serta

perniagaan.. Disini turut dilampirkan kertas kerja untuk makluman akan potensi bakau

lain yang bakal dibangunkan dalan rangkaian produk bakau. Jumlah yang diperlukan

sekitar RM500K untuk usaha ini.

Berhasrat untuk menghasilkan produk di Kampung Bako dan sudah bertemu dengan

komuniti di sana dan mereka teruja dengan projek Inkubator ini. Bako adalah kawasan

tarikan pelancongan dan dengan adanya produk ini bakal menjana potensi ekonomi yang

baru.
Oleh yang demikian lahirnya projek inkubator ini. Saya berharap pihak jabatan-jabatan di

Sarawak boleh membantu dan membimbing ke arah merealisasikan projek inkubator

yang secara tidak lansung bakal membuka peluang pekerjaan kepada penduduk

setempat.

Disini turut saya lampirkan gambar produk hasil daripada R&D yang pertama kami. Juga

lokasi pusat inkubator yang terletak di Kampung Bako Kuching Sarawak.

Sekian terima kasih.


Abdul Razak Abdullah
017-3321435

Lokasi Inkubator di Kampung Bako,Kuching Sarawak. Berdekatan dengan sumber


Bako.
Hasil Produk Hasil daripada R&D yang telah dilakukan di MARDI Kuching Sarawak.

Kami turut menemui produk sampingan berupa pes, rasa masam manis yang unik

untuk dijadikan bahan kek dan sebagainya.

Begitu juga bijinya yang boleh dijadikan tepung mempunyai kandungan karbohidrat

yang tinggi.

You might also like