You are on page 1of 9

PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

TARIKH 1 JUN 2018

ANTARA

MAJLIS AMANAH RAKYAT


(“MARA”)

DAN

CALON

NAMA:

NO. IC:

PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE


EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME (GETS)

Page 1 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY


TRAINING SCHEME/GETS (“Perjanjian”) ini telah dimeterai pada 1 Jun 2018

ANTARA:

(1) MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) sebuah badan berkanun yang


ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 yang beralamat di Ibu
Pejabat MARA, No.21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur (“MARA”); dan

(2) CALON (nama, nombor kad pengenalan, alamat dan butir-butir peribadi yang
lain adalah seperti dalam Jadual Pertama Perjanjian ini [“Calon”]).

BAHAWASANYA

(A) MARA telah menubuhkan satu program di-mana calon-calon yang layak akan
diberikan tawaran tajaan/pembiayaan untuk menjalani kursus-kursus latihan
yang khusus dan/atau penempatan pekerjaan di syarikat atau firma yang
ditetapkan (selepas ini dirujuk sebagai “Program GRADUATE
EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME” atau “Program GETS”).

(B) Calon ialah pihak yang telah memohon kepada MARA untuk menjalani
Program GETS.

(C) MARA telah bersetuju untuk memilih dan menawarkan kepada Calon, dan
Calon juga bersetuju untuk dipilih dan menerima tawaran tersebut, untuk
menjalani program di bawah Program GETS tertakluk kepada terma-terma dan
syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI BAHAWA:

1. PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME/GETS

1.1 Pihak MARA akan menawarkan Program GETS ini kepada Calon di
mana Calon akan menjalani program seperti yang telah ditawarkan di
dalam Surat Tawaran yang telah dilampirkan di bawah Lampiran 1
Perjanjian ini.

1.2 Pihak MARA juga akan menawarkan tajaan/pembiayaan kepada Calon


untuk menjalani Program GETS di mana tajaan/pembiayaan tersebut
merangkumi perkara-perkara seperti yang telah ditawarkan di dalam
Surat Tawaran yang telah dilampirkan di bawah Lampiran 1 Perjanjian
ini.

1.3 Dalam jangka masa Program tersebut Calon adalah


dipertanggungjawabkan untuk menamatkan kursus-kursus latihan yang
dipilih dan tajaan/elaun bulanan minima sebanyak Ringgit Malaysia Satu
Ribu (RM1,000.00) sahaja juga akan diberi sepanjang tempoh Program
GETS oleh Pihak MARA kepada Calon. Pihak MARA akan membayar

Page 2 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

kos kursus-kursus latihan yang diberikan kepada pembekal


latihan/institusi yang dianugerahkan seperti di dalam Surat Tawaran
yang telah dilampirkan di bawah Lampiran 1 Perjanjian ini.

1.4 Program GETS juga meliputi penempatan pekerjaan di syarikat atau


firma yang ditetapkan oleh pihak MARA dan Calon dikehendaki
menandatangani kontrak pekerjaan sebelum memulakan perkhidmatan.
Calon dengan ini terikat untuk berkhidmat selama sekurang-kurangnya
enam (6) bulan di syarikat atau firma yang ditetapkan dan sebarang
pertukaran atau penamatan pekerjaan tidak dibenarkan tanpa
persetujuan dan kelulusan dari pihak syarikat atau firma yang ditetapkan
dan MARA.

1.5 Kedua Pihak bersetuju bahawa Perjanjian akan berkuatkuasa pada


tarikh Perjanjian ini termeterai dan akan terus berkuatkuasa sehingga
tamat tempoh Program GETS kecuali berlakunya penamatan Perjanjian
ini mengikut Klausa 4 seperti di bawah.

2. SYARAT-SYARAT TAWARAN & PROGRAM GETS

2.1 Calon adalah berwajib untuk mematuhi segala syarat-syarat tawaran


dan Program GETS berdasarkan Surat Tawaran yang telah dilampirkan
di bawah Lampiran 1 Perjanjian ini serta sebarang polisi dan/atau garis
panduan Program GETS yang digubah dan/atau dipinda oleh pihak
MARA dari semasa ke semasa.

3. TANGGUNGJAWAB CALON

3.1 Calon adalah bertanggungjawab menjalani Program GETS berdasarkan


polisi dan/atau garis panduan Program GETS yang digubah dan/atau
dipinda oleh pihak MARA dari semasa ke semasa hingga tamat tempoh
program atau Perjanjian ini, mana-mana yang terdahulu. Di antara
tanggungjawab Calon di bawah Program GETS termasuklah:-

(a) Memenuhi piawai kualiti dan mencapai kompetensi akademik


dan/atau teknikal yang ditetapkan oleh pihak MARA dari semasa
ke semasa; dan

(b) Tertakluk kepada bon/ikatan yang ditetapkan oleh pihak MARA


dan/atau syarikat di mana Calon ditempatkan untuk bekerja (jika
berkenaan); dan

(c) menanggung segala kos berkaitan dengan keperluan menduduki


peperiksaan kali kedua dan/atau seterusnya bagi memperolehi
keperluan kelulusan

Page 3 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

4. PENAMATAN DAN PEMBATALAN PERJANJIAN

4.1 Pihak MARA boleh menamatkan Perjanjian ini tertakluk kepada


dibawah:

(a) Calon telah melanggar atau gagal untuk melaksanakan sebarang


tanggungjawab termaktub dan/atau Program GETS dan gagal
menyediakan penyelesaian untuk pelanggaran atau kegagalan
dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima notis yang
diberikan oleh Pihak MARA; atau

(b) Dalam keadaan dimana suatu kegagalan itu tidak boleh diperbaiki;
atau

(c) Sekiranya dana tajaan/pembiayaan yang telah diperuntukkan oleh


Kerajaan telah digunakan sepenuhnya dan tiada lagi dana baru
diperuntukkan bagi Program GETS; atau

(d) Calon telah ditamatkan perkhidmatannya/latihannya di institusi-


institusi atau syarikat yang menjadi penempatannya atas alasan-
alasan tatatertib ataupun alasan yang difikirkan munasabah oleh
MARA ataupun syarikat-syarikat tersebut.

Maka Pihak MARA hendaklah secara bebas melalui notis bertulis untuk
menamatkan Perjanjian ini dalam masa satu (1) bulan dan Perjanjian ini
akan ditamatkan.

4.2 Dalam keadaan di mana Perjanjian ini telah ditamatkan berdasarkan


Fasal ini, MARA berhak menuntut daripada Calon apa-apa kerugian
atau gantirugi akibat daripada penamatan ini (termasuk segala kos yang
ditanggung oleh pihak MARA bagi membolehkan Calon menjalani
Program GETS) dengan tidak menjejaskan apa-apa hak lain yang ada
pada pihak MARA di bawah Perjanjian ini.

5. JAMINAN DAN AKUJANJI

5.1 Calon dengan ini beraku janji untuk melaksanakan segala


tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini dan melepaskan segala
tanggungjawab MARA pada bila-bila masa;

a. Atas sebarang kemalangan ataupun kecederaan yang


mengakibatkan kematian, kerugian terhadap Calon di sepanjang
tempoh latihan/perkhidmatannya di bawah Program GETS ini; atau

b. Atas sebarang kerugian atas apa-apa sebab yang di alami oleh


Calon di sepanjang tempoh perjanjian ini; atau

c. Sekiranya Calon gagal ditempatkan secara tetap/kontrak di syarikat-


syarikat yang menjadi tempat latihan/perkhidmatannya.

Page 4 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

6. BENTUK TERIKAT

Dengan itu, Perjanjian yang dimeterai ini adalah tanda ikatan pihak-pihak
terlibat seperti yang telah dinyatakan dan juga ke atas wasi, pentadbir, wakil
guaman dan lantikan lain.

7. PENGASINGAN

Sekiranya berlaku mana-mana terma, akujanji atau syarat dan terma-terma


yang terkandung di dalam Perjanjian ini yang merangkumi mana-mana pihak
atau sebarang keadaan yang boleh membawa akibat terbatal atau tidak dapat
berkuatkuasa, namun terma akujanji atau syarat yang lain itu adalah tidak
tergugat, seterusnya terma akujanji atau syarat yang lain di dalam Perjanjian
ini adalah sah dan berkuatkuasa menurut undang-undang.

8. NOTIS DAN POS BERDAFTAR

8.1 Sebarang notis, kenyataan, tuntutan atau komunikasi yang perlu


diberikan dibawah Perjanjian ini mestilah secara bertulis dan mestilah
disampaikan secara kediri atau dihantar melalui pos berdaftar atau
transmisi faksimili atau emel kepada alamat (atau alamat lain yang
diberikan notis oleh satu Pihak selaras dengan fasal ini) seperti yang
dinyatakan dibawah.

8.2 Sebarang notis, kenyataan, tuntutan atau komunikasi menurut fasal ini
akan dianggap telah dilakukan betul dan baik dan diterima oleh
penerima yang dimaksudkan dalam hal perkhidmatan melalui:

(a) penghantaran kediri atau pos berdaftar – sewaktu menghantar;


dan

(b) transmisi faksimili – sewaktu penerimaan oleh penerima yang


dimaksudkan; dan

(c) emel – sewaktu pengesahan penerimaan secara elektronik


dan/atau sewaktu pengesahan penghantaran secara elektronik
untuk emel tersebut.

8.3 Mana-mana Pihak boleh menukar alamat surat menyurat penerimaan


notis, kenyataan, tuntutan atau komunikasi pada bila-bila masa dengan
memberi notis bertulis pertukaran alamat tersebut itu kepada Pihak yang
lain selaras dengan peruntukan menurut fasal ini.

Page 5 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

9. PERUBAHAN/MODIFIKASI PERJANJIAN

Pihak MARA adalah berkuasa penuh untuk mengubah dan meminda syarat-
syarat dan peraturan dan/atau menambah polisi dan/atau garis panduan
Program GETS pada bila-bila masa tanpa memaklumkan pihak Calon dan
Calon terbabit perlu mematuhi ke atas sebarang perubahan tersebut.

10. KERAHSIAAN

Semua maklumat yang diperolehi, disampaikan dan dicadangkan kepada


Calon sepanjang tempoh Program GETS adalah sulit dan tidak boleh
disampaikan dan/atau dinyatakan oleh Calon kepada mana-mana pihak tanpa
pengetahuan pihak MARA. Calon juga dengan ini bersetuju membenarkan
pihak MARA untuk menggunakan maklumat peribadi yang telah diberikan bagi
tujuan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Program GETS.

11. PERJANJIAN

Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Perjanjian ini dan Lampiran
kepada Perjanjian ini dan apa-apa tambahan atau pindaan kepadanya
hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

12. PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang
Malaysia.

13. MASA

Masa pada bila-bila masa di dalam perjanjian ini adalah intipati kepada
perjanjian ini.

Page 6 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS, pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini
telah menurunkan di sini tandatangan dan meterai mereka pada haribulan dan tahun
yang mula-mula tertulis di atas:

CALON

DITANDATANGANI OLEH )
Calon ) ……………………………………..
) Nama:
) No. Kad Pengenalan:

disaksikan oleh: ……………………………………..


Nama:
No. Kad Pengenalan:

Bagi pihak Majlis Amanah Rakyat

DITANDATANGANI OLEH )
bagi dan wakil kepada )
MARA ) ……………………………………..
) Nama:
) Jawatan:

disaksikan oleh: …………………………………..


Nama:
Jawatan:

Page 7 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

JADUAL PERTAMA
(Dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini)

NO
PERKARA BUTIR-BUTIR
BAHAGIAN
1. Tarikh Perjanjian 1 Jun 2018

Nama:
No. K/P:
Alamat:
2. Butir-butir Calon

Nama Latihan: GRADUATES


EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME
(GETS)

Tempat Latihan: (Nama & alamat


Butir-butir Kursus
3. penempatan syarikat)
Latihan

Tarikh Mula Latihan: 2 Julai 2018


Tarikh Tamat Latihan: 31 Disember 2018
Tempoh Latihan: 6 BULAN

Elaun: RM6,000.00
Jumlah Wang
4. Kos Latihan: RM14,880.00
Tajaan/Pembiayaan
Jumlah: RM20,880.00

Tempoh: 6 bulan
5. Ansuran Bulanan
Jumlah Ansuran Bulanan: RM1,000.00

Butir-butir Surat
No. Rujukan:
6. Tawaran
Tarikh Surat:
Tajaan/Pembiayaan

Page 8 of 9
PERJANJIAN TAJAAN/PEMBIAYAAN PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY TRAINING SCHEME

Lampiran 1

Surat Tawaran

Page 9 of 9

You might also like