You are on page 1of 2

Jalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia idea untuk

memberikan nama tersebut diusulkan oleh Dato' Hashim bin Mat Idris memandangkan
bendera Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai nama.
Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan pada
11 Julai 1995, beliau telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi mencari nama
sesuai untuk Bendera Malaysia. Penyertaan kali ini dihadkan kepada pihak-pihak tertentu
sahaja.
Ekoran dari itu, satu mesyuarat untuk menubuhkan Jawatankuasa Induk telah diadakan pada
24 Ogos 1995 dengan dipengeurusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Jabatan
Perdana Menteri. Dalam mesyuaratnya pada 1 April 1996, jawatankuasa telah memutuskan
bahawa pemilihan nama tidak perli dipertandingkan sebaliknya dipilih dari senarai nama-
nama yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa.
Cadangan nama bendera yang dikemukakan perlu mengambil kira kriteria yang ditetapkan
iaitu nama bendera hendaklah dalam Bahasa Melayu, bersifat emotif, iaitu yang boleh
menggerakkan semangat dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, serta prosa-prosa yang
menarik dari zaman lampau yang melambangkan keperwiraan, kesetiaan dan lain-lain.
Pada 1 Julai 1996, Urusetia telah mengemukakan sebanyak 75 cadangan nama serta ulasa-
ulasan dengan mengenai nama-nama bendera yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa
untuk pemilihan.
Dari jumlah tersebut, tiga nama telah disenarai pendekkan:

 Setia Perkasa
 Seri Setia Perkasa
 Seti Setia Negara

Walaubagaimanapun, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 September 1996


telah menolak ketiga-tiga nama tersebut kerana nama-nama terbabit tidak mempunyai
kaitan atau huraian perihal bendera itu sendiri dan bersetuju agar cadangan nama baru
dikemukakan.
Sususalan dari itu, pihak Urusetia telah menerima sebanyak 28 cadangan nama baru daripada
Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.

Antara nama-nama yang dicadangkan:

 Rukun
 Malaysia Raya
 Jalur Citra Nusa,
 Jalur Padu Nusa,
 Jogan Nasional,
 Jalur Sateria Negara,
 Jalur Nusa Gemilang
 Jalur Sinar Gemilang
 N.U.S.A,
 Sang Perkasa Wangsa
 Mega Sakti
 Jalur Gemilang
 Saga Merah
 Wirawan Jaya
Dalam mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2 Julai 1997,
Ahli Jawatankuasa telah memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur
Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri akhirnya telah memutuskan untuk memilih Jalur Gemilangsebagai nama
baru bagi Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Encik Redzuan
Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 1997,
jam 11.58 malam oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur.

You might also like