You are on page 1of 4

Latihan:

Sila mengekod dan mengintepretasi hasil pengekodan temubual berdasarkan transkrip di


bawah.

Transkripsi Temubual

P = Pengkaji R1 = Responden 1 R2 = Responden 2

P : Assalammualaikum. Hari ini awak sangat bertuah kerana cikgu telah memilih awak untuk
ditemuabual. Temubual ini adalah untuk kajian cikgu mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi minat pelajar terhadap soalan inkuiri dalam Sains. Boleh cikgu teruskan.
R1 : Boleh, cikgu.
R2 : (ketawa)…Ok…

P : Soalan pertama saya, adakah soalan inkuiri Sains sukar bagi awak?
R1 : Tak adalah cikgu….saya seronok belajar matematik. Saya dapat menjana pemikiran
saya. (sambil tersenyum).
R2 : Susahlah cikgu…kadang-kadang saya tak faham apa yang saya baca. Soalan panjang
dan ada operasi gabungan pulak tu. Pening kepala. Tapi saya minat sebenarnya dengan
matapelajaran matematik. Dulu selalu dapat A tapi sekarang kadang-kadang A, kadang-
kadang B.

P : Erm…minat pada matapelajaran Sains atau minat pada cara cikgu yang mengajarnya?
R1 : (Ketawa)…saya suka dengan cara Cikgu Azila mengajar, cikgu. Dia suka bertanya
samada saya dah sarapan atau belum. Kalau belum..pagi-pagi lagi saya dah dapat 1 biji epal.
Suara cikgu Azila juga lembut tapi boleh jadi kasar kalau saya tak buat kerja
rumah…(ketawa terbahak-bahak). Jadi saya tak rasa bosan bila belajar matematik lebih-lebih
lagi soalan penyelesaian masalah.
R2 : Minat pada matapelajaran lah cikgu…tapi saya suka tengok cikgu Azila. Sentiasa
tersenyum walaupun saya tak dapat jawab soalan. Rasa macam disayangi pulak bila cikgu
Azila tepuk-tepuk bahu saya…suruh saya cuba lagi.

P : Selalu tak awak bertanya kepada cikgu bila ada masalah?


R1 : Memanglah cikgu. Saya selalu angkat tangan. Saya ni agresif sikit cikgu, dapat soalan
terus buat. kadang-kadang tu sampai cikgu Azila suruh saya beri peluang pada rakan yang
lain. Tapi cikgu Azila tak pernah marah saya. Bestlah cikgu Azila….
R2 : Saya ni pelik sikit cikgu….kalau dalam kelas, macam pandai aje. Semua soalan saya
boleh jawab tapi kalau kat rumah, banyak pulak soalan yang tak boleh buat. Selalunya mak
saya lah yang jadi mangsa. Mak selalu bantu saya cikgu.

P : Ada tak awak berbincang dengan kawan-kawan untuk dapatkan jawapan semasa nak
menyelesaikan soalan inkuiri yang diberikan oleh cikgu?
R1 : Kalau soalan senang, saya buat sendiri cikgu. Tapi kalau susah, mula-mula cari kawan-
kawan dulu….bila dah tak dapat jugak, baru tanya cikgu Azila.
R2 : Mestilah ada cikgu lebih-lebih lagi kalau kerja berkumpulan. Semuanya kami buat
bersama.

P : Ada cuba rujuk buku lain tak selain daripada buku teks dan buku aktiviti?
R1: Mak ayah saya banyak belikan buku rujukan cikgu. Sampai tak larat nak buat…(sambil
tersenyum).
R2 : Buku jangan cakaplah cikgu….berlambak kat rumah. Kadang-kadang saya bawa buku tu
ke sekolah. Cikgu Azila kata kalau tak faham dengan soalan penyelesaian yang panjang-
panjang, boleh tanya dia.

P : Kalau aktiviti dalam kelas, apa aktiviti yang mendorong awak melibatkan diri
menyertainya? Maksud saya dalam soalan inkuiri.
R1 : Saya suka bila cikgu Azila adakan permainan sambil belajar.
R2 : Saya ni pemalu sikit, cikgu…(ketawa). jarang saya ke depan. Tapi bila tengok bahan-
bahan yang cikgu Azila bawa tu…cantik dan menarik, saya sertai juga sebab nak pegang
bahan-bahan tu punya pasal.

P : Contoh?
R1 : Contohnya, mula-mula kena ambil secara rawak soalan dalam botol yang telah
disediakan, cuba jawab dan tulis jawapannya di papan hitam. Bila dah selesaikan, rakan
dalam kumpulan cari kertas jawapan dalam kotak yang dah disediakan jugak. Kalau ada
jawapan yang sama seperti yang saya tulis di papan hitam…maknanya jawapan saya betul.
Mencabar tau cikgu. Saya suka.
R2 : contoh… err…pembelajaran secara permainan, cikgu…

P : Adakah anda tertarik dengan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh cikgu?
R1 : Mestilah…..
R2 : Tertarik sangat. Cantik….

P: Berapa kalikah awak menawarkan diri untuk menjawab soalan dengan menggunakan
bahan bantu mengajar guru?
R1 : Banyak kali cikgu. Tak terkira….(ketawa)
R2 : Kan saya dah cakap tadi…saya ni pemalu…..kadang-kadang je, cikgu.

P : Sekiranya, ramai murid yang tidak faham dengan sesuatu tajuk yang melibatkan soalan
penyelesaian masalah, apa yang awak semua lakukan?
R1 : Selalunya ada kelas tambahan khas untuk topik yang sukar cikgu. Waktu balik 1.35
sampai 2.00 petang. Cikgu Azila tak paksa..siapa yang tak nak datang tak apa.
R2 : Biasanya cikgu Azila buat kelas tambahan khas.

P : Latihan dalam kelas mencukupi atau tidak untuk soalan inkuiri ni?
R1: Banyak latihan cikgu, buku teks, buku aktiviti. Selalunya cikgu Azila bagi lembaran
kerja. Saya suka buat latihan, sebab macam-macam jenis bentuk soalan yang saya jumpa.
Mak saya kata lagi banyak saya buat latihan…lagi bertambah baik pemahaman saya pada
soalan inkuiri. Betul ke, Cikgu?
R2 : Lebih dari cukup, cikgu.

P : Betul…pandai mak awak. Secara jujur, awak minat tak mempelajari soalan inkuiri ni?
R1 : Saya suka buat soalan matematik cikgu, bila saya dapat jawapan dan jawapan saya betul,
saya rasa puas….Yahooo….(tergelak)
Lagipun…cikgu Azila banyak bantu saya. Macam-macam benda yang dia dah buat untuk
kami satu kelas faham apa yang dia ajar.
R2 : Minat tapi kalau tak dapat jawab tu rasa frust lah…..

P : Sebelum menamatkan temubual ini, adakah apa-apa maklumat tentang faktor-faktor lain
yang boleh menarik minat anda terhadap soalan inkuiri Sains?
R1 : Ermmm….tak tahu lah cikgu.
R2 : Entahlah cikgu. Tak ada kot.

P : Cikgu nak ucapkan terima kasih di atas kerjasama yang awak berikan
R1 : Sama-sama cikgu
R2 : Sama-sama cikgu.

You might also like