You are on page 1of 9

SENARAI KANDUNGAN

Halaman

SENARAI KANDUNGAN i

Tugasan 3: Penulisan Esei

1.0 Pengenalan 1

2.0 Perancangan Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2.1 Meningkatkan Profesionalisme Penguruan 1


2.2 Menyesuaikan Diri Dalam Transformasi Sistem Pendidikan Malaysia 2
2.3 Pengurusan Bilik Darjah Yang Efektif 2
2.4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 3
2.5 Berpegang Teguh Dengan Kod Etika Penguruan 4
2.6 Memupuk Perpaduan Di Kalangan Murid 4

3.0 Kesimpulan 5

4.0 Rujukan 6

5.0 Lampiran 7-

i
1.0 Pengenalan

Menurut Mary Yap (2015), pendidikan merupakan nadi pembangunan negara. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2011), menyatakan sistem pendidikan akan
melahirkan insan yang harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)
bagi mendepani cabaran dalam kehidupan. Menurut sukatan Pendidikan Moral, mata
pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan menyumbang kepada pembentukan generasi muda yang menjamin dan
mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah masyarakat. Guru merupakan
pendidik bagi bangsa sesebuah negara dan secara langsung memainkan peranan yang
penting dalam membentuk dan mengembang insan yang berguna, berkualiti dan memberi
sumbangan terhadap masyarakat seperti dinyatakan dalam matlamat PPPM. Jadi, guru
Pendidikan Moral perlu melaksanakan tanggungjawab untuk merealisasikan lima aspirasi
dalam PPPM, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan dan menjamin
kecekapan sistem pendidikan Malaysia.

2.0 Perancangan Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Moral Dalam Merealisasikan


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2.1 Meningkatkan Profesionalisme Penguruan


Cadangan yang pertama sekali dikemukakan ialah guru Pendidikan Moral boleh
merealisasikan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan
meningkatkan profesionalisme mereka masing-masing. Misalnya guru Pendidikan Moral
boleh meningkatkan profesionalisme mereka dengan menghadiri pelbagai kursus, seminar,
bengkel dan sebagainya. Hal ini demikian kerana menerusi kursus-kursus yang dihadiri,
guru Pendidikan Moral akan memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk
memperbaiki proses pengajaran mereka. Pernyataan ini juga boleh disokong oleh Zafri
Jamaludin (2015). Menurut beliau pula, kursus LDP (Latihan dalam Perkhidmatan) yang
dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bukan sahaja dapat memperbanyakkan
pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya, namun ia juga meningkatkan
pendidikan guru secara peribadi. Dalam hal ini, kami boleh nampak bahawa sekiranya guru
pendidikan Moral menghadiri kursus seperti ini, maka mereka akan mempunyai pelbagai
pengetahuan dan pengalaman untuk meningkatkan akses dan kualiti murid-murid. Sebagai
contohnya, guru Pendidikan Moral mempunyai pengetahuan bahawa boleh meningkatkan
akses murid-murid dengan mendedahkan kepentingan pendidikan bagi setiap orang.
Apabila murid-murid menyedarkan kepentingan pendidikan untuk mereka, maka mereka
akan meneruskan pelajaran mereka sepanjang hayat. Dengan ini, aspirasi akses PPPM
pasti dapat dicapai. Tambahan pula, guru Pendidikan Moral yang menghadiri pelbagai
kursus, mereka juga dapat meningkatkan kualiti murid-murid dengan menerapkan nilai murni
kepada murid-murid mereka. Sekiranya murid-murid menghadapi masalah dalam pelajaran
mereka, nilai kerajinan dan kesabaran yang didedahkan oleh guru Pendidikan Moral akan
membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka dalam pelajaran. Dalam hal ini,
aspirasi kualiti PPPM juga dapat dicapai. Tegasnya, apabila guru menghadiri pelbagai
kursus untuk meningkatkan profesionalisme mereka, aspirasi PPPM dapat direalisasikan.

2.2 Menyesuaikan Diri Dalam Transformasi Sistem Pendidikan Malaysia


Selain itu, kumpulan kami juga mencadangkan bahawa guru Pendidikan Moral boleh
merealisasikan aspirasi PPPM dengan sentiasa menyesuaikan diri dalam transformasi
sistem pendidikan Malaysia. Pernyataan ini juga disokong oleh Aznita (2010). Menurut
beliau pula, guru-guru seharusnya menyesuaikan diri dalam bentuk perubahan dratik. Hal ini
demikian kerana kesediaan dan persepsi para guru terhadap sesuatu pelaksanaan boleh
memberi implikasi serta penilaian untuk penambaikan pada masa depan. Jadi, para guru
adalah amat penting untuk memahami dan menghayati setiap perubahan yang berlaku
dalam kurikulum supaya mereka dapat menterjemahkan dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dengan baik. Begitu juga dengan guru Pendidikan Moral. Sekiranya
guru Pendidikan Moral bersedia untuk pembaharuan pendidikan, maka mereka juga akan
mendapati bahawa informasi yang terbaru dalam pendidikan. Contohnya format peperiksaan
ataupun semakan kurikulum yang terbaru. Hal ini sememangnya dapat membantu guru
Pendidikan Moral mendedahkan maklumat yang tepat kepada murid-murid. Dengan ini,
kualiti murid-murid juga boleh dijamin. Seterusnya, guru pendidikan moral yang bersedia
dengan pembaharuan juga akan sedar bahawa strategi yang digunakan oleh guru sekarang
lebih berfokus kepada murid-murid. Dalam hal ini, mereka pasti akan mengelakkan diri
daripada menggunakan pendekatan tradisional dalam proses pembelajaran, iaitu guru
menerangkan sahaja dalam proses pembelajaran. Sebaliknya, mereka akan
mengaplikasikan kaedah dan teknik yang lebih menarik seperti teknik belajar sambil bermain,
teknik lakonan dalam P&P. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pembelajaran
yang menarik ini akan mendorong para murid tanpa mengira murid peringkat prasekolah
ataupun murid peringkat menengah berminat untuk datang ke sekolah. Kehadiran mereka
ke sekolah ini dapat membantu aspirasi akses PPPM dicapai. Oleh hal yang demikian, boleh
jelaslah bahawa guru menyesuaikan diri dalam transformasi pendidikan dapat
merealisasikan aspirasi PPPM.

2.3 Pengurusan Bilik Darjah Yang Efektif


Cadangan yang seterusnya bagi guru untuk merealisasikan aspirasi PPPM ialah
pengurusan bilik darjah yang efektif. Menurut Mok Soon Sang (2011), pengurusan bilik
darjah merupakan proses pembentukkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk
melancarkan proses P&P. Guru boleh menguruskan bilik darjah dari tiga aspek, iaitu fizikal,
psikososial serta rutin dan peraturan. Dari segi fizikal, keadaan seperti kebersihan dan
keselamatan bilik darjah harus dititikberatkan untuk menwujudkan persekitaran
pembelajaran yang sesuai. Contohnya, guru boleh menyusun meja dan kerusi dalam bentuk
keliling, iaitu terdapatnya papan tulis, skrip LCD dan meja guru di depan kelas serta 2 meja
perbincangan di tengah kelas yang dikeliling oleh meja dan kerusi murid dalam bentuk “U”
(Lampiran 1). Dengan itu, aspirasi perpaduan dapat tercapai kerana meja perbincangan
yang menggalakan perbincangan berkesan telah membolehkan murid saling memahami.
Dari segi psikososial, guru mesti mempunyai komunikasi yang baik dengan murid untuk
mewujudkan kemesraan dalam kelas. Misalnya, guru mesti mengaplikasi nilai hemah tinggi
dengan menggunakan bahasa bersopan serta bersedia mendengar pendapat murid. Melalui
cara ini, aspirasi perpaduan tercapai kerana murid mempunyai sifat kepunyaan melalui
penglibatan aktif di dalam kelas. Dari segi rutin dan peraturan, guru patut menetapkan
peraturan kelas dengan penglibatan murid. Sebagai guru Pendidikan Moral, guru boleh
membimbing murid untuk memilih 3 nilai sebagai asas untuk menetapkan peraturan kelas.
Murid boleh memilih baik hati, kerajinan dan hormat sebagai asas untuk menetapkan
peraturan, seperti tolong-menolong, menyiapkan tugasan serta saling menghormati.
Tegasnya, pengurusan bilik darjah dapat merealisasikan aspirasi perpaduan.

2.4 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)


Selain itu, guru juga harus pandai menggunakan bahan bantu mengajar (BBM), iaitu
penggunaan bahan rujukan atau sumber lain yang selain daripada buku teks yang berbeza
untuk menyampaikan isi kandungan pengajaran. Bagi guru yang mengajar di lokasi yang
berbeza, penggunaan jenis BBM juga mesti berlainan tetapi penyampaian isi kandungan
mestilah berdasaarkan sukatan pembelajaran. Menurut Jonassen (2003), ICT dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Jika guru mengajar di bandar,
terknologi maklumat dan komunikasi (ICT) harus digunakan untuk menjadikan proses P&P
menarik dan kreatif. Misalynya, guru boleh menggunakan projektor untuk membentangkan
PowerPoint dan video yang menerangkan sesuatu topik. Melalui gambaran yang disertai
dengan audio, gaya pembelajaran visual dan auditor murid dapat dilatih. Guru juga boleh
menggunakan ICT dengan menggalakkan penglibatan murid. Contohnya, guru Pendidikan
Moral boleh menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) untuk membuka
satu forum yang berkaitan dengan isu moral dan menggunakan ruangan perbincangan VLE
membuat perbincangan secara bertulis. Bagi guru yang mengajar di luar bandar, guru boleh
menggunakan BBM dalam bentuk bahan cetakan. Guru boleh memodifikasikan kelebihan
penggunaan ICT untuk dijadikan BBM yang merupakan bahan cetakan. Contohnya, guru
boleh mencetak gambar dan memainkan latar muzik untuk menerangkan sesuatu topik.
Guru juga boleh membuka forum secara bersemuka sekali setiap bulan untuk
membincangkan isu semasa yang berkaitan dengan etika moral. Secara jelasnya, aspirasi
kecekapan dan ekuiti dapat tercapai. Kecekapan telah tercapai dengan penggunaan
pelbagai jenis BBM untuk melancaran proses P&P. Ekuiti tercapai dengan penggunaan
BBM dan cara penyampaian sukatan pelajaran yang berbeza tetapi penyampaian isi
kandungan yang sama yang dapat mengeratkan jurang perbezaan antara bandar dan luar
bandar. Tegasnya, penggunaan BBM telah mencapai aspirasi ekuiti.

2.5 Berpegang Teguh Dengan Kod Etika Penguruan


Di samping itu, aspirasi PPPM dapat direalisasikan oleh guru Pendidikan Moral
dengan mematuhi Kod Etika Penguruan. Kod etika penguruan merupakan satu sistem
prinsip mengawal kemoralan dan perlakuan guru yang mampu menjadi panduan untuk guru
merealisasikan aspirasi kualiti dan kecekapan dalam PPPM. Guru Pendidikan moral yang
mematuhi kod etika penguruan haruslah mengelakkan diri daripada membuat sebarang
perkara yang tidak bermoral seperti amalan rasuah dan sentiasa mengingatkan diri supaya
menjaga nama baik profesion penguruan. Hal ini demikian kerana, guru sebagai pembentuk
tingkah laku dan etika yang ditunjukkan oleh seseorang guru melalui kod etika penguruan
telah menjadi role model kepada murid. (Jemaah Nazir, 2011). Oleh itu, guru hendaklah
sentiasa menunjukkan tingkah laku yang positif supaya menjadi contoh yang baik kepada
murid. Dengan ini, guru Pendidikan Moral mampu melahirkan murid yang lebih beretika dan
berkualiti tinggi bagi merealisasikan aspirasi kualiti dalam PPPM yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Malaysia. Menurut Ragbir Kaur (2005), guru yang menyedari
tanggungjawab sendiri membolehkan segala urusan dalam profesion penguruan dijalankan
dengan lebih lancar dan cekap. Kod etika penguruan membantu guru untuk memahami dan
menyedari kewajipannya terutamanya tanggungjawab terhadap murid. Contohnya, guru
Pendidikan Moral mestilah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah
termasuklah masuk kelas tepat pada masa mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Dengan
ini, proses penyampaian ilmu dan penerapan nilai murni di kalangan murid akan menjadi
lebih berkesan dan cekap. Guru Pendidikan Moral juga mampu mencapai objektif
pengajaran iaitu membantu murid mengembangkan potensi ke arah pembentukan sahsiah
yang baik Kecekapan sistem pendidikan negara kita juga dapat dijaminkan apabila guru
berkhimat dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berintegriti.
Tegasnya, usaha merealisasikan aspirasi kuanliti dan kecekapan dalam PPPM dapat
dicapaikan oleh guru Pendidikan Moral dengan berpegang teguh pada kod etika penguruan.

2.6 Memupuk Perpaduan Di Kalangan Murid


Akhir sekali, guru Pendidikan Moral juga berperanan untuk memupuk perpaduan di
kalangan murid bagi merealisasi aspirasi perpaduan dalam PPPM. Sistem pendidikan
negara kita menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan
menghargai kepelbagaian. (PPPM 2013-2025, 2013). Oleh yang demikian, guru perlulah
mengukuhkan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk
persefahaman yang erat antara murid. (Utusan Online, 2012). Di dalam kelas Pendidikan
Moral, guru hendaklah menggalakkan murid berkomunikasi antara satu sama lain seperti
menggalakkkan aktiviti berkumpulan. Sebagai contoh, guru boleh menetapkan kumpulan
perbincangan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Murid-murid berpeluang untuk bergaul
dan memahami budaya rakan yang berlainan kaum dan agama, maka perpaduan dapat
dikukuhkan sekiranya murid dapat menghormati dan menghargai budaya kaum yang
berbeza. Guru Pendidikan Moral juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan murid
dengan mengadakan aktiviti membaca ikrar Rukun Negara setiap kelas Pendidikan Moral.
Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2012), Rukun
Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal insan dari generasi ke
generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan menjadi teras perpaduan
masyarakat di negara ini. Hal ini demikian kerana, ideologi yang terkandung di dalam Rukun
Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, guru hendakalah mengajar murid menghayati Rukun
Negara dan mengaplikasikan nilai-nilai seperti toleransi, bekerjasama, hormat-menghormati
dalam kehidupan seharian bagi mewujudkan perpaduan. Aktiviti kemasyarakatan seperti
bergotong-royong boleh diadakan oleh guru Pendidikan Moral dengan kerjasama
masyarakat setempat bagi membangkitkan semangat perpaduan. Hal ini demikian kerana,
semangat perpaduan telah diterap kepada murid-murid dan penduduk setempat secara
langsung dengan saling membantu dan beinteraksi dalam proses perbersihan. Jelaslah
bahawa, guru Pendidikan Moral mampu menbimbing murid untuk menghayati nilai
kepelbagaian dan merealisasikan aspirasi perpaduan dalam PPPM dengan mengalakkan
perbincangan kumpulan, membaca Rukun Negara dan aktiviti kemasyarakatan.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, PPPM amat penting untuk guru bagi meningkatkan pemahaman murid
tentang topik Pendidikan Moral. Dengan menerapkan kelima-lima aspirasi ke dalam proses
P&P, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan murid yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendidikan Moral yang
menekankan 14 nilai asas patutlah diintegrasikan dengan aspirasi-aspirasi supaya objektif
pembelajaran yang diingini dapat tercapai. Oleh itu, guru haruslah menjadikan PPPM
sebagai panduan dalam pengajaran Pendidikan Moral agar murid dapat menghayati nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian. Tegasnya, guru Pendidikan Moral mampu menjamin
kecekapan sistem pendidikan Malaysia bagi menyumbang kepada kesejahteraan komuniti
dan negara.
4.0 Rujukan

Abdullah Ahmad Badawi (2012). Rukun Negara Mampu Memupuk Etika Dan Kerohanian
Murid. Berita Harian. Diakses pada 13 September, 2017, daripada Berita Harian.

Aznita (2010). Pengenalan sistem pendidikan malaysia. Dimuat turun pada 13 September
2017 daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/aznitajohanmp
111412d2014ttp.pdf.

Jemaah Nazir, (2011). Guru Pembentuk Tingkah Laku Murid. Selangor : Penerbit Multimedia
SDN. BHD.

Jonassen, D. H. 2003. Using cognitive tools to represent problems. Journal of Research in


Technology Education. 35(3): 365-381.

Mary Yap (2015). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global. Berita Harian.
Diakses pada 13 September, 2017, daripada Berita Harian.

Parker, L.L. 2008. Technology-mediated learning environments for young English language
learners: connections in and out of schools. New York: Lawrence Erlbaum
Associates.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.(2013). Diakses pada 13 September,


2017, daripada http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-
pendidikan-malaysia-2013-2025

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai
merentas kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ragbir Kaur (2005).Profeisonalisme Penguruan Tunjang Kemajuan Bidang Pendidikan.


Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Utusan Online, (2012). Perpaduan Memajukan Pendidikan Negara. Diakses pada 12


September 2017, dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re
01/Gelombang- transformasi-pendidikan.

Zafri Jamaludin (2015). Kepentingan dan kesan guru menghadiri kursus. Dimuat turun pada
13 September 2017 daripada https://documents.tips/documents/kepentingan-dan-
kesan-guru-menghadiri-kursus.html

Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd. Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab
Samad. (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Shah Alam:
Arah Publications.
5.0 Lampiran

Lampiran 1: Susun Atur Bentuk Keliling.


Lampiran 2: Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

You might also like