You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Budi boleh didenifisikan sebagai akal dan kebijaksanaan atau sifat baik,
perbuatan baik dan kebajikan. Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan
orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tanpa kira sesiapa dan di mana seseorang
itu berada . Bak kata perpatah 'Budi Baik Dikenang Juga', jika kita berbuat baik dengan
orang lain, kita akan dikenang sepanjang hayat.

Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang
dihasilkan sebagai alat ucap manusia. Wihelm Von Humboldt, seorang sarjana Jerman,
mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. Bahasa berbeza mengikut bangsanya
dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri. Bahasa juga menjadi bahasa rasmi
bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi.

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar
segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial
yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan
yang mulia dan unggul demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020
yang diilhamkan oleh perdana menteri kita. Iman al-Ghazali mengatakan, “Apabila
kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak
mengenali diri lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa
keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama kita.

2.0 MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Kaum Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Kini,
masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam
kumpulan dialek utama dalam masyarakat Cina di Malaysia, iaitu Hokkien, Hakka,
Kantonis, Teochew, Hainan, dan Fuzhou (Hokchiu). Kita juga adalah terbukti bahawa
orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian
komuniti berbeza di Malaysia.

2.1 SUKU HAKKA

Suku Hakka merupakan kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur, iaitu


Sabah dan Sarawak, bahagian-bahagian di Johor terutamanya di Kulai, Selangor,
Kuala Lumpur dan juga Pahang. Suk Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor
Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek yang terbesar di
tempat-tempat tersebut.
2.2 SUKU KANTONIS

Suku Kantonis merupakan suku dialek yang terbesar di Selangor, Kuala


Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak, di mana golongan ini membentuk
peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar
di Johor Timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah digelar sebagai "Hong Kong
Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan
pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada
1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen
Malaysia, terutamanya RTM2, NTV7 dan 8TV.

2.3 SUKU HOKKIEN

Suku Hokkien merupakan suku dialek terbesar di Pulau


Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan
kawasan pantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu
negeri Sarawak, iaitu Kuching. Pada kebelakangan ini, saluran televisyen Malaysia
menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan
kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

2.4 SUKU TEOCHEW

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang.


Terdapat juga yang ditumpukan di pulau-pulau di Sabah dan Johor Selatan,
terutamanya di Johor Bahru dan Pontian.

2.5 LAIN-LAIN

Terdapat juga tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari
dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannya
bertutur dalam Bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan
Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka.

Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, Bahasa Mandarin paling


banyak ditutur oleh masyarakat Cina, sebagai kesan daripada pengaruh media
berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam
pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk
menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis.
Di Malaysia Timur pula, Bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang
cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat
Cina Malaysia, Singapura dan Indonesia ialah memperkenalkan Bahasa Mandarin
Baku sebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.

3.0 PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA

3.1 PENGERTIAN BUDI KEPADA MASYARAKAT CINA

Dalam masyarakat Cina, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik
kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan
tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan. Selain itu, budi juga
merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.

3.2 PENGERTIAN BUDI BAHASA KEPADA MASYARAKAT CINA

Dalam masyarakat Cina, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan


seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan
bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang
lain. Bagi masyarakat Cina, seseorang yang berbudi bahasa juga akan mempunyai
perasaan bertimbang rasa, bertoleransi, bertolak ansur, bersopn santun, ramah mesra,
dan tidak mementingkan diri sendiri.

Di samping itu, masyarakat Cina mempercayai bahawa budi bahasa boleh


diperlihat dalam beberapa bentuk, iaitu tingkah laku atau perbuatan, dan juga
pertuturan atau bahasa seseorang. Orang yang berbudi bahasa atau orang budiman
merupakan orang yang mengamalkan percakapan baik, elok atau halus dalam bertutur
kata, beradab, bersopan-santun dan senantiasa menjaga kepentingan orang lain.
Orang yang sebegini dianggap orang yang memiliki sifat peribadi yang sempurna. Nilai
budi bahasa ini amat penting kepada diri seseorang, bangsa, negara dan terutama
agama. Walaupun kita berlainan bangsa, etnik, negara dan agama, namun budi
bahasa tetap diterapkan dalam kehidupan seharian kita sejak kita kecil lagi, bagai
melentur aur biarlah dari rebungnya. Kita juga diberitahu bahawa seseorang yang
melakukan budi dengan hati yang ikhlas akan diberkati dan dilindungi oleh Tuhan
sepanjang hayat.

4.0 AGAMA ORANG CINA DI MALAYSIA

Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama


Buddha, Kristian, Taoism, dan sebagainya. Secara tipikalnya, orang Cina di Malaysia
mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya tradisional China, Buddha,
Taoism, Konfusianisme, dan penyembahan nenek moyang. Walaubagaimanapun,
terdapat minoriti masyarakat Cina juga yang menganuti agama Kristian, Hindu, Islam,
dan sebagainya. Mengikut siasatan, terdapat 83.56% kaum Cina yang menganuti
Buddha, 11.05% kaum Cina yang menganuti Kristian, 3.41% yang menganuti agama
Taoism, 0.66% yang beragama Islam, 0.23% yang beragama Hindu. Tedapat juga
0.13% yang menganuti agama lain, dan terdapat juga 0.95% kaum Cina yang tidak
beragama.

4.1 Buddha

Agama yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah agama Buddha. Bagi
Penganut Buddha, mereka akan pergi ke temple atau tokong untuk bersembahyang.
Mereka biasanya pergi bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada
kelender Cina setiap bulan. Penganut Buddha atau Buddhist juga akan menyambut
Hari Wesak pada setiap tahun.

Agama Buddha pula dibawa oleh Gautama Buddha dari India. Dalam prinsip
agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia adalah disebabkan oleh kejahilan
dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia
mesti menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai
apa-apa yang disebut oleh Buddha sebagai Nirvana. Manusia mesti memadamkan
keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas dari
kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada
“cycle of life” iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula.

4.2 KONFUCIUNISME

Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and
the preservation of the family” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat
daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng.
Oleh sebab dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk
mendapatkan anak adalah penting supaya menjadi warisan keluarga. Dengan ini
perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.

4.3 TAOISM

Taosima merupakan “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle”, iaitu jalan
kepada yang wujud. Daripada “Tao”, wujudlah dua prinsip, iaitu “Yin” dan “Yang”.
Dalam ajaran Taoisme juga, percayalah bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa
selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan kehidupan yang betul sebelum mati.

5.0 PENDIDIKAN

Warganegara Malaysia diberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat


menengah. Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di nagara kita, Malaysia. Setiap
sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar.
Contohnya Bahasa Malaysia, Mandarin, dan Tamil. Walaubagaimanapun, Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah. Fenomena kanak-kanak
Cina dididik di sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan sekolah Cina merupakan
kejadian yang biasa.

5.1 PENDIDIKAN CINA

Sekolah Cina tempatan yang pertama didirikan di Melaka pada tahun 1815.
Pada ketika itu, Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk
merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum
1960an. Kebanyakan sekolah kebangsaan telah menerima peruntukan kerajaan,tetapi
Sekolah Cina telah menolak Laporan Razak dan terus menggunakan Bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, Malaysia masih boleh dianggap sebagai
salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari
negara China.

6.0 ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM CINA

Walaupun kaum Cina dibahagikan kepada beberapa suku dialek dan


menganuti agama yang berbeza, tetapi masyarakat Cina masih mengamalkan
pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan sehaian mereka.

6.1 DALAM ASPEK LAWATAN DAN KUNJUNGAN

Semasa mengunjungi rumah orang-orang Cina, tetamu sebaik-baiknya duduk


di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman
ringan selalunya dihidangkan kepada tetamu dengan secepat mungkin. Pada ketika itu,
tetamu-tetamu janganlah hendaknya segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh
tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga
Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab –
sebab yang sangat penting.

Lontaran idea yang seterusnya ialah jika kaum Cina mengunjungi rumah orang-
orang Cina pula, mereka akan bertaya khabar dahulu, Contohnya, tetamu itu akan
bertanya “ni hao ma?” (maksudnya ialah “Apa khabar?”). Selepas itu, tuan rumah itu
akan mengatakan “wo hen hao, huan ying, qing jin” (maksudnya ialah “khabar baik,
you are welcome, sila masuk.”). Setelah tuan rumah menghidangkan minuman atau
kuih-muih dan sebelum tetamu itu meminta diri tetamu akan berbual-bual dengan tuan
rumah itu.

6.2 DALAM ASPEK KELAHIRAN ANAK

Kaum Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung.


Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil dan memaku
dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Ibu yang mengandung mesti berjaga–
jaga supaya tidak terperanjat dengan benda–benda yang tidak baik. Pantang larang itu
diamalkan selama kira–kira sebulan selepas bersalin.

Di samping itu, orang Cina juga tidak suka bayi mereka itu dipuji “berat
badannya”. Sebaliknya kata–kata pujian seperti “gemuk” atau “gemuk macam babi”
dapat diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur
sebulan. Saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan
oleh bayi itu. Hadiah–hadiah itu biasanya dibungkus dengan kertas merah.
Sesetengah keluarga juga akan meraikan bagi keduanya apabila anak itu berumur
satu tahun.

6.3 DALAM ASPEK PERKAHWINAN

Perkahwinan merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan kaum


Cina mahupun keluarganya. Ia merupakan peralihan yang banyak mempengaruhi
perubahan bagi seseorang lelaki. Pada umumnya, perkahwinan adalah cara yang sah
untuk mendapatkan seseorang isteri. Institusi ini memberikan kebenaran untuk
menyambung zuriat nenek moyangnya serta memulakan zuriat sendiri. Di samping itu,
Cina lelaki akan menghadapi banyak tanggungjawab baru sebagai suami dan sebagai
seorang bapa kemudiannya.

Dalam masyarakat Cina, pada masa dahulu pertunangan boleh dilakukan


apabila kanak–kanak itu berumur di antara 7 dan 14 tahun. Selanjutnya tidak terikat
lagi dengan peraturan tradisional bagi seseorang perempuan Cina untuk berkahwin.
Pada waktu dahulu, sesuatu perkahwinan adalah diatur oleh kedua-dua ibu
bapa. Tetapi keadaan itu telah berubah pada hari ini. Walaubagaimanapun, ibu bapa
masih mempunyai kuasa dalam mencampuri hal perkahwinan anak–anak mereka.
Walaupun kini perkahwinan tidak diatur oelh ibu bapa tetapi peringkat ramalan nasib
masih dijalankan dan ia merupakan peringkat yang sangat penting. Penetapan masa
dan tarikh untuk perkahwinan juga penting.

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia


semasa sesuatu perkahwinan diadakan iaitu:-

Perkahwinan sivil dimana bakal pengantin itu perlu berdaftar dahulu sebagai
suami isteri yang sah dari segi undang-undang.

Upacara minum teh - Ia merupakan satu budaya tradisional Cina di mana


pengantin baru memberi teh kepada ahli – ahli keluarga yang lebih tua untuk minum
sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.

Jamuan makan - Jamuan makan secara besar-besaran di rumah, dewan atau


restoran. Dalam majlis ini, pasangan penagntin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti
perkahwinan.

Pada kebiasaannya, upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah
untuk dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja.

Perkara yang dianggap mustahak dalam perkahwinan kaum Cina ialah


pengumuman perkahwinan itu kepada kawan-kawan dan dan saudara mara mereka
dengan mengadakan jamuan. Besar kecilnya jamuan ini bergantung kepada
kemampuan seseorang. Oleh sebab majlis ini penting, tetamu-tetamu yang hadir akan
memakai pakaian yang cantik dan berwarna merah. Tetamu juga hendaklah dielakkan
daripada memakai baju yang berwarna hitam, biru atau kelabu kerana warna – warna
ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa sedih dalam masyarakat Cina.

Apabila tetamu berjumpa dengan kedua-dua pengantin baru itu, mereka


haruslah mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetamu janganlah menceritakan atau
menyebut perkataan-perkataan yang sedih seperti kematian, sakit, bencana atau hantu
apabila bertutur dengan kedua pengantin itu.
Warna merah dalam kalangan masyarakat Cina bererti tanda baik dan gembira.
Oleh sebab itu, tetamu lebih baik mengbungkuskan hadiah yang ingin dihadiahkan
dengan kertas berwarna merah.

6.4 DALAM ASPEK KEMATIAN

Pelawat-pelawat tidak dibenarkan memakai pakaian yang berwarna-warni


sewaktu pergi ke rumah orang mati. Sebaik-baiknya pelawat itu memakai baju
berwarna muram, seperti hitam atau kelabu dan sebagainya.

Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa


sepasang lilin putih, “duit kertas“ dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada
keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang, pelawat biasanya memberikan derma
atau menghantar kalungan bunga kepada si mati. Kadang-kala, sekumpulan sahabat
atau sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian
kepada si mati.

Ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang


merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah
itu merupakan warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang
cuba mengacau pelawat-pelawat. Gula-gula yang diberi itu bolehlah dimakan.

wang kertas ‘emas’

7.0 PERAYAAN ETNIK CINA

7.1 TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum
Cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga
yang berada di mana-mana tempat untuk berkumpul. Sempena Tahun Baru Cina, ibu
bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ‘ang pau’ kepada anak-anak sebagai
tanda baik agar mengharapkan mereka dapat hidup dengan lebih sihat dan bahagia
selama-lamanya. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga Cina akan
berkumpul bersama dan makan bersama untuk melambangkan bersatu atau
perpaduan.Tahun Baru Cina biasanya disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh
Mei.

Ang pau reunion

Sempena Tahun Baru Cina, orang Cina juga suka menggunakan berus untuk
menulis pasangan ayat yang bermakna baik dengan kaligrafi Cina pada kertas merah
dan ditampalkan pada pintu rumah agar ahli keluarga akan sihat walafiat sepanjang
tahun.
kaligrafi

7.2 HARI CHAP GOH MEI

Hari Chap Goh Mei merupakan hari terakhir


kepada Tahun Baru Cina. Ia terjatuh pada hari ke-
15 pada bulan 1 dalam kalender Cina. Oleh itu,
semua orang Cina menyambutnya dengan gembira
dan ceria. Bagi kaum wanita yang belum kahwin,
mereka digalakkan menulis nama dan nombor
telefon di atas limau mandarin lalu
membuangkannya ke dalam kolam. Kaum lelaki yang masih bujang akan mengutip
limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

7.3 PESTA CHIG MING

Pesta Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum Cina untuk
mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya, pesta ini akan
terjatuh pada 5 April dalam kalender Ying. Malah, pada hari ini anak-anak dan cucu-
cicit akan pergi bersemandi kubuh atau tempat nenek moyang. Mereka akan
membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbul-bual.
Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang dan bahan-bahan
keperluan asas kepada nenek moyang kerana mereka yakin bahawa nenek moyang
akan menggunakannya di dalam dunia yang ketiga.

7.4 PESTA TUAN-WU

Pesta Tuan-Wu disambut pada 5 Mei dalam kalender Ying. Kini, kita telah salah
menganggap bahawa perayaan ini disambut untuk mengenang budi dan jasa seorang
patriotisme yang bernama Qu-Yuan. Malah, kita tidak dapat dinafikan bahawa hari Qu-
Yuan membunuh diri tepat pada 5 Mei dalam kalender Ying. Untuk mengenang
semagat tabah beliau, barulah kita makan “Bak Zhang” dan mengadakan pertandingan
lumba perahu.
Qu-Yuan membunuh diri dengan cara terjun ke dalam sungai dengan mengikat
batu pada badan diri untuk mengelakkan mayat terapung. Beliau membunuh diri
kerana kecewa terhadap raja yang tidak ingin menerima nasihat beliau sehingga
negaranya dijajah oleh musuh.

Rakyat amat menghormati semangat Qu-Yuan Semasa mereka mengetahui


kematian Qu-Yuan, mereka mengayuh sampan untuk mencari mayat beliau tetapi apa
yang diimpikan oleh mereka telah menjelma fatamorgana sahaja.Oleh itu, mereka
membuangkan “Bak Zhang” ke dalam sungai supaya ikan tidak makam tubuh beliau.

Pertandingan lumba perahu ‘Bak Zhang’

7.5 PESTA HANTU LAPAR

Pesta ini disambut pada 15 Julai dalam kalender Ying. Dalam hai ini, kaum
Cina akan menrindui nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia. Oleh itu,
mereka akan menyediakan makanan kepada nenek moyang mereka kerena mereka
percaya bahawa nenek moyang mereka telah ramai hari tidak makan akibat didera
dalam penjara. Selain itu, mereka juga akan membakar “wang perak” kerana mereka
percaya bahawa nenek moyang mereka akan menerima wang kertas yang dibakar
tersebut.

7.6 PESTA KUIH BULAN

Pesta kuih bulan biasanya disambut pada 15 Ogos dalam kalender Ying. Pada
hari itu, orang Cina akan makan kuih bulan dan limau barli dan kanak-kanak pula akan
bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan menikmati bulan yang bulat
seperti luar biasa pada malam itu.
Kuih Bulan & Limau Barli

7.7 PESTA “DONG-ZHI”

Pesta ini merupakan pesta yang terakhir dalam setahun bagi kaum Cina. Kaum
Cina akan meraikan pesta ini pada 22 Disember dalam kalender Ying. Bebola digosok
dengan tepung pulut dan diwarnakan dengan warna merah dan warna yang disukai.
Selepas itu, bebola dimasak dengan air rebus bercampur dengan daun pandan dan
gula. Bebola yang bulat mewakili perpaduan dan bahagia Sesiapa yang makan bebola
itu dianggap sudah bertabah umur satu tahun.

Bebola

8.0 RUMUSAN

Setelah saya menghabiskan laporan saya ini, saya teah berpendapat bahawa
pengetahuan saya terhadap kesantunan berbahasa dalam kalangan kaum Cina telah
didalamkan. Saya memahami bahawa kaum cina di Malaysia terdiri daripada enam
suku dialek utama, iaitu Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan, dan Fuzhou
(Hokchiu) manakala agama yang dianuti oleh kuam Cina ialah agama Bddha, Kristian,
Taoism, dan sebagainya.

Selain itu, saya juga memahami bahawa walaupun etnik Cina berada di mana-
mana tempat, tetapi mereka masih mengamalkan adat resam dan pantang larang yang
sama. Mereka juga akan berkumpul dan juga kunjung-mengunjungi semasa perayaan-
perayaan. Kaum Cina juga amat menghormati orang tua dan nenek moyang mereka.

Dalam kalender Ying, terdapat juga beberapa perayaan utama yang akan
diraikan oleh kaum Cina. Sebagai contoh, sempena Tahun Baru Cina, setiap kaum
Cina, walaupun di mana-mana tempat akan balik kampung dan kunjung-mungunjungi.
Pesta yang lain, seperti Chap Goh Mei, pesta Tuan-Wu, pesta Dong-Zhi dan
sebagainya, kaum Cina akan mengadakan di rumah masing-masing. Tetapi tatacara
meraikan pesta tersebut dan proses mengadakan pesta tersebut akan sama. Kita juga
tidak dinafikan bahawa setiap pesta yang diadakan pasti ada makna dan sebabnya.
Rujukan:

http://bmpengurusan2010.blogspot.com/

http://farhanaupsi.blogspot.com/2011/11/dekati-masyarakat-cina-di-malaysia.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

http://hemajoo95.blogspot.com/2013/10/kuliah-09-isu-kesantunan-masyarakat.html

http://hemajoo95.blogspot.com/2013/10/kuliah-08-isu-kesantunan-masyarakat.html

http://hemajoo95.blogspot.com/2013/10/kuliah-07-isu-kesantunan-masyarakat.html

You might also like