You are on page 1of 35

Abu Bakar as-Siddiq

Abu Bakar al-Siddiq (Bahasa Arab: ‫ أبو بكر الصديق‬Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang
Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi
selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar
Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar
membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar
beliau ialah Abdullah ibni Abi Quhafah[1].

Isi kandungan

1 Kehidupan awal

2 Menjadi khalifah pertama

2.1 Peperangan Islam-Riddah

2.2 Ekspedisi ke Utara

2.3 Pengumpulan al-Quran

3 Kewafatan Saidina Abu Bakar

4 Sumbangan Saidina Abu Bakar

5 Lihat juga

6 Rujukan

Kehidupan awal

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan
jurai salasilahnya adalah termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa
Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang
yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W mengahwini anak
perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku.
Pernah menjadi kaya, dia juga dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang
beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan
salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi
pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
S.A.W.

Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan
Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra
dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda
berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu
Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh
keyakinan tanpa ragu-ragu.

Menjadi khalifah pertama

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu
majlis Syura', yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang
khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan
menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik
Saidina Ali Abu Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah
s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang
perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina
Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu
Bakar selepas enam bulan. [2]

Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan


bahawa semasa perjumpaan Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd
ibn Ubadah selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya
mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat lain, Abu Ubaidah
ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar
menghulurkan tangannya lalu Sayidina Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi
bai'ah kepadanya. Tindakan Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah,
Sayidina Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu. Kedua-dua
mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila mereka tiba.[3]

Peperangan Islam-Riddah

Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat
kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang
khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali
kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa
mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat
maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sahaja menyatakan taat sembah kepada
seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka
mendakwa bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan
murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan
Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku
menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah
dalam pertempuran.[4]

Ekspedisi ke Utara

Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina Abu Bakar menghantar panglima-panglima
perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid
berjaya menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan
dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu Bakar
hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan
golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

Pengumpulan al-Quran

Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz
al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khattab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar
untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[5]. Saidina Uthman Affan
kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dengan membukukan al-Quran, iaitu mushaf
Uthmani, semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada
dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan
keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum
kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai
khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang
terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak
menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang
ada diantaranya murtad, tidak mahu membayar zakat dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi.
Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh
Islam[6].

Abu Bakar al-Siddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya
digelar Abdul Kaabah tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.
Wikipedia

Lahir: 27 Oktober 573 TM, Makkah, Arab Saudi

Meninggal dunia: 23 Ogos 634 TM, Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi

Nama penuh: Abū Bakr aṣ-Ṣiddīq ‘Abdallāh bin Abī Quḥāfah

Tempat pengebumian: Masjid al-Nabawi, Madinah al-Munawwarah, Arab Saudi

Suami/Isteri: Asma bint Umais (kahwin ?–634 TM), LAGI

Anak: Aisyah Abu Bakar, Muhammad Ibn Abî Bakr, LAGI

Orang juga mencari

Umar Al-Khattab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search

Umar

Abu bakr2 (Umar).jpg

Empayar Islam dibawah pemerintahannya

Mohammad adil rais-Caliph Umar's empire at its peak 644.PNG

Ketua Orang-orang beriman

(Amir al-Mu'minin)

Nama penuh Umar Al-Farooq bin Ishak

Penaklukan 23 Ogos 634 Masihi – 6 November 644 Masihi

Lahir 579 Masihi (45 sebelum hijrah)

Tempat lahir Makkah, Semenanjung Arab

Meninggal dunia 6 November 644 Masihi (26 Zulhijjah 23 Hijrah)[1]


Tempat meninggal dunia Madinah, Semenanjung Arab

Lokasi pengebumian Masjid Nabawi, Madinah

Pendahulu Saidina Abu Bakar

Pengganti Saidina Uthman Affan

Ayahanda Khattab ibn Nufayl

Ibunda Hantamah binti Hisham ibn al-Mugheerah

Saudara lelaki Zayd ibn al-Khattab

Saudara perempuan Fatimah bint al-Khattab

Isteri • Zaynab bint Maz'un

• Umm Kulthum bint Ali

• Quraybah bint Abi Umayyah al-Makhzumi

• Umm Hakim bint al-Harith ibn Hisham

• Jamilah bint Asim ibn Thabit ibn Abi al-Aqlah

• Atikah bint Zayd ibn Amr ibn Nufayl

• Luhyah

• Fukayhah

Anakanda lelaki • `Abd Allah ibn `Umar

• 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar

• 'Ubaid Allah ibn 'Umar

• Zayd ibn 'Umar

• Asim ibn Umar

• Iyaad ibn 'Umar

• 'Abd ar-Rahman ibn 'Umar

• Az-Zubayr ibn Bakkar (Abu Shahmah)

Anakanda perempuan • Hafsa bint 'Umar

• Fatima bint 'Umar

• Zaynab bint 'Umar


Keturunan Farooqui

Gelaran lain Al-Farooq ("Pembanding diantara benar dan salah")

Amir al-Mo`mineen ("Ketua orang-orang beriman") [2]

Basmala.svg

Sebahagian daripada siri

Sunah Waljamaah

‫أهل السنة والجماعة‬

Mazhab

Hanafi

Syafi'i

Maliki

Hanbali

Teologi

Maturidi

Ash'ari

Athari

Cabang

Deobandi

Barelwi

Salafiyah

Lima rukun
Syahadah

Solat

Zakat

Puasa

Haji

Qada dan qadar

Khulafa al-Rasyidin

Abu Bakar

Umar

Uthman

Ali

Pengumpulan hadis

Sahih Bukhari

Sahih Muslim

Al-Sunan al-Sughra

Sunan Abu Daud

Sunan al-Tirmizi

Sunan Ibnu Majah

Al-Muwatta Imam Malik

Sunan Al-Darimi

pbs

Saidina Umar al-Khattab (Arab, ‫( )عمر بن الخطاب‬c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga
sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan
Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22
Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.
Isi kandungan

1 Kehidupan awal

2 Ringkasan

3 Memeluk Islam

4 Saidina Umar di Madinah

5 Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

6 Pemerintahan Saidina Umar

6.1 Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran.

6.1.1 Membentuk Majlis Syura.

6.1.1.1 Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam.

6.1.2 Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah.

6.2 Pembaharuan dalam bidang ekonomi.

6.3 Pembaharuan Dalam Bidang Sosial.

6.3.1 Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi.

6.3.2 Memperbaharui taraf kedudukan hamba.

6.4 Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.

6.5 Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi.

6.5.1 Memajukan sistem pertanian.

7 Kemarau dan kebuluran yang panjang

8 Wafatnya Saidina Umar

8.1 Rupa fizikal

9 Lihat juga

10 Nota

11 Sumber

12 Pautan pilihan

Kehidupan awal

Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau
dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala
kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa
barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan
juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Ringkasan

Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur
39 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-
Quran . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah
berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam,
Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira
dengan Islamnya Umar

Memeluk Islam

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar
mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling
kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah
s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu'aim bin 'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau
haruslah membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab
bin 'Aratt sedang membaca al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa
beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai
balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila
mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu
juga.[3]

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.[4]

Saidina Umar di Madinah

Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai
Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625 M, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan
kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan
bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar
(khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa
baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup
dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa potong ayat Al Quran
untuk mententeramkan umat Islam.

Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa
pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar.
Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada
tahun 634 M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Saidina Umar

Semasa pemerintahan Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam
menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya
menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia
daripada Byzantine (Rom Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera
Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang
menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan
Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637 Masihi, selepas pengepungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya
menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Patriarch Sophronius menyerahkan kunci
kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang
di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan
sebaliknya menunaikan solat tidak berapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin
mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah
masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan
pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang
berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra♙ dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran.

Membentuk Majlis Syura.

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding
yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin
Tsabit, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas dan Mu'az bin Jabal. Semua pekara yang
melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam
majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal
pemerintahan dalaman dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku
dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua
orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam,
Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah
manusia yang tidak berfaedah.

Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam.

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah
memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini,
Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi
menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan
pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas
menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih
pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah bin Abu
Sufyan, Amru bin al-Ass, Al Mughirah bin Syu’bah dan Zaid bin Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi
mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi
menjamin keadilan dan kesucian Islam.
Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah.

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap
sistem tanah. Di Mesir, Syam dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar juga menetapkan tanah-tanah yang
dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan
kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan
dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

Pembaharuan dalam bidang ekonomi.

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan
juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan
mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan
dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam)
untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang
dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai
menjadi cekap dan perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian
dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah
dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

Pembaharuan Dalam Bidang Sosial.

Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi.

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah
berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah
Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basrah supaya mereka
bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan ke atas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam diberikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan
Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak
akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti
rugi oleh kerajaan Islam.
Memperbaharui taraf kedudukan hamba.

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba
tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi
orang-orang yang benar-benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa
hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba
lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-
pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh
Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak
menziarahi pekerjanya yang sakit.

Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Qur'an.
Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan
dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah
ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam
diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip
utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan
diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi.

Memajukan sistem pertanian.

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan
tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah
sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang
menyambungkan Sungai Dajlah (Tigris) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanam-tanaman yang bermutu. Rakyat juga
digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang
tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga
beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Kemarau dan kebuluran yang panjang


Pada tahun 638, Tanah Arab mengalami kemarau dan diikuti dengan kebuluran. Kebanyakan kaum
Badwi mula mati akibat kelaparan dan wabak. Lama kelamaan, rizab makanan di Madinah pula
semakin berkurangan, dan Umar mengutus surat kepada gabenor di Syria, Palestin, dan Iraq untuk
menghulurkan bantuan. Keadaan darurat diumumkan di Madinah dan Semenanjung Tanah Arab.
Gabenor yang pertama menyahut seruan itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah, gabenor Syria yang juga
merupakan panglima tentera ketika itu. Beliau membalas dengan satu surat yang tertulis:

Saya menghantar buatmu kafilah yang satu hujungnya di Syria dan satu lagi di Madinah.

Kemudian, Abu Ubaidah sendiri turun melawat Madinah dan bertindak sebagai pegawai pengurusan
bencana yang diketuai sendiri oleh Umar. Sebaik sahaja bekalan catuan mencukupi di Madinah, Umar
mengerahkan orangnya untuk ke laluan Iraq, Palestin, dan Syria agar bekalan yang lain dihantar ke
kawasan pedalaman Arab yang kemudiannya menyelamatkan jutaan nyawa daripada kebuluran. Bagi
pelarian yang memohon perlindungan di Madinah pula, umar mengadakan makan malam setiap hari
dan dianggarkan lebih dari seratus ribu rakyat yang hadir untuk menumpang makan.[5] Menjelang
awal tahun 639, keadaan semakin pulih. Tanah Arab mula menerima hujan dan Umar sendiri
menyelia perpindahan semula pelarian. Mereka diberikan catuan makanan yang mencukupi dan
dikecualikan daripada zakat untuk tahun tersebut dan tahun seterusnya.

Wafatnya Saidina Umar

Makam khalifah Umar, di Masjid al-Nabawi, Madinah. Tingkap pertama dari kanan memberikan
pandangan makam Umar.

Pada tahun 644, Umar dibunuh oleh seorang Parsi sebagai tindak balas dari Penaklukan Islam ke atas
Parsi.[6] Pembunuhan tersebut dirancang beberapa bulan sebelumnya. Pada Oktober 644, Umar
menunaikan Haji di Makkah, waktu pembunuh tersebut menyatakan kematian Umar pada tahun
tersebut, dan menggunakan jemaah yang ramai sebagai penghadang kepada para konspirasi ini
untuk bersebunyi. Diriwayatkan apabila Umar berdiri di Bukit Arafah, beliau mendengar suara
berkata:

"Wahai Khalifah, tidak akan lagi kamu berdiri di atas Bukit Arafah".

Sahabat Umar, Jubayr bin Mut'im dilaporkan berkata:

Kami lihat seorang lelaki berdiri di atas bukit dan berkata 'Sesungguhnya ini adalah Haji terakhir buat
Umar. Dia tidak akan datang ke sini lagi.'
Ketika salah satu ibadah Haji, iaitu melontar Jamrah, seseorang membaling batu kepada Umar
sehingga melukakan kepala beliau, dan satu suara didengari mengatakan yang Umar tidak akan
menunaikan Haji lagi.

Seorang hamba berbangsa Parsi, Piruz Nahavandi (juga dikenali sebagai Abu Lu'lu'ah), membawa
rungutan kepada Umar tentang cukai tinggi yang dikenakannya oleh tuannya Mughirah. Umar
menulis kepada Mughirah dan bertanya tentang cukai tersebut; jawapan Mughirah memuaskan hati,
tetapi Umar menegaskan bahawa cukai yang dikenakan daripada Abu Lu'lu'ah adalah berpatutan,
disebabkan pendapatan hariannya. Umar kemudian dilaporkan meminta kepada Abu Lu'lu'ah: "Saya
mendegar yang kamu membuat kincir angin; buatkan untuk saya satu." Dalam keadaan merengus,
Piruz menjawab, "Sesungguhnya aku akan buatkan kincir untuk kamu, biar satu dunia ingat
akannya".[7]

Piruzlah yang ditugaskan dengan misi membunuh Umar. Menurut rancangan, sebelum solat Subuh
berlangsung, Piruz akan memasuki Masjid al-Nabawi, masjid utama di Madinah yang solat tersebut
akan diketuai atau diimam oleh Umar dan dia akan menyerang Umar semasa sedang bersolat,
kemudian lari atau bersembunyi di kalangan jemaah masjid.

Pada 31 Oktober 644, Piruz menyerang Umar ketika beliau sedang mengimamkan sembahyang
Subuh, menikamnya sebanyak enam kali di perut dan akhir sekali di pusat, yang menyebabkan maut.
Umar dibiarkan berdarah ketika Piruz cuba melarikan diri, tetapi orang disekeliling dengan segera
menangkapnya; dalam usahanya untuk melarikan diri, dikhabarkan dia mencederakan dua belas
orang lain, enam atau sembilan orang daripadanya meninggal dunia, sebelum dia mengelar dirinya
sendiri untuk membunuh diri.

Umar wafat pada tiga hari kemudian pada hari Rabu, 3 November 644 (26 ZūlḤijjah 23H) disebabkan
luka yang sangat teruk.[8][9] Umar dilaporkan meninggalkan pesanan berikut:

Berbuat baik dan bermurah hatilah kepada Muhajirin dan Ansar. Siapa antara mereka yang berbuat
baik, berbuat baik jugalah kepada mereka; siapa antara mereka yang berbuat silap, abaikan kesilapan
mereka. Berbuat baiklah juga kepada rakyat di kawasan yang ditakluk. Mereka berada di barisan
paling hujung dalam pertahanan kita; merekalah sasaran kemarahan dan tekanan musuh kita.
Mereka menyumbang kepada pendapatan kita. Mereka hanya perlu dicukai jika terdapat lebihan
harta. Berilah belas ihsan kepada kaum Badwi kerana merekalah tulang belakang negara Arab. Saya
mengarahkan kamu untuk berbuat baik kepada kaum Dzimmi kerana mereka adalah tanggungjawab
kamu. Jangan kenakan cukai kepada mereka melebihi dari kemampuan mereka. Pastikan yang
mereka membayar Jizyah tanpa sebarang kesukaran. Takutlah kepada Allah, dan apa yang kamu
lakukan pastikan dalam keredhaan-Nya. Dalam urusan dengan manusia, takutilah Allah, dan dalam
urusan dengan Allah janganlah takut dengan manusia. Berkenaan soal rakyat, saya menggesa kamu
untuk memastikan keadilan terjaga. Pastikan hak semua orang dipenuhi. Beri perhatian kepada
kebajikan mereka. Peliharalah keselamatan diri dan harta mereka. Pastikan perbatasan negara tidak
dilanggar. Ambil langkah yang kuat untuk menjaga sempadan. Berkenaan soal pentadbiran,
janganlah melebihkan yang kaya dari yang miskin. Berkeraslah pada siapa yang melanggar hukum.
Jangan tunjukkan belas kasihan. Jangan berehat sehingga kamu membawa penjahat ke pengadilan.
Layani semua orang sama rata. Jadilah tunggak kekuatan bagi mereka yang lemah dan ditindas.
Mereka yang kuat tetapi berbuat salah, pastikan mereka mendapat balasan atas kesalahan yang
dilakukannya. Bagi urusan harta rampasan dan lain lagi, hindarilah berat sebelah kepada keluarga
sendiri. Jangan jadikan sentimen perhubungan atau kepentingan diri mempengaruhi kamu. Syaitan
itu berleluasa; dia akan menggoda kamu. Atasi semua godaan dan lakukan tugas kamu menurut apa
yang diperintahkan Islam. Cari panduan daripada Quran dan Sunnah. Mintalah nasihat dari mereka
yang bijak di kalangan kamu. Gunakan akal dalam mengendalikan hal yang sukar, dan pohonlah
bantuan daripada Tuhan. Bersederhanalah dalam cara hidup dan tabiat kamu. Jangan ada riak dan
kesombongan pada diri kamu. Terajuilah hidup sebagai orang Islam yang dicontohi. Memandangkan
kamu pemimpin orang Islam, wajari kepimpinan kamu dengan menjadi yang terbaik dari kalangan
semua. Semoga Allah merahmati kamu.

Atas permintaan Umar, beliau dimakam di Masjid al-Nabawi bersama Nabi Muhammad S.A.W dan
khalifah Abu Bakar atas keizinan Aisyah.

Saidina Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah oleh suatu majlis syura selepas kewafatan Umar.

Rupa fizikal

Umar mempunyai badan yang kuat, tegap dan bagus dalam bergusti. Beliau dikatakan pernah
menyertai pertandingan gusti ketika berlangsungnya pasar tahunan di Ukaz.[10] Dari sumber
perdana menyatakan yang Umar mempunyai penampilan yang bertenaga, badan yang sangat tinggi
dan tegap, di pasar beliau menonol dari kalangan orang ramai seperti menara. Bahagian depan
kepala beliau botak, sentiasa A'sara Yusran (bekerja dengan dua tangannya),[11] kedua-dua mata
beliau hitam, dengan kulit kekuningan, walau bagaimanapun, ibn Sa'ad di dalam bukunya
menyatakan yang beliau tidak tahu yang Umar mempunyai kulit kuning kecuali jika seseorang
mengambil keadaan ketika zaman beliau hanya memakan minyak (akibat kemarau panjang).[12] Ada
juga sumber menyatakan beliau mempunyai kulit putih kemerahan. Gigi beliau adalah ashnabul
asnan (sangat putih berkilat). Belau sentiasa mewarnakan jambangnya dan menjaga rambutnya
degan sejenis tumbuhan.[12][13]

Sejarahwan Islam Ibn Saad dan Al-Hakim mencatatkan perihal Umar yang menyatakan bahawa Abu
Miriam Zir, asal dari Kufah menerangkan tentang Umar sebagai:
Aku bersama orang Madinah pada suatu hari raya, dan aku lihat Umar berjalan berkaki ayam. Beliau
kelihatan mendahului usianya, botak, warna kuning keperangan - orang bertangan kidal, tinggi dan
menonjol ketinggiannya dari yang lain.[10]

Anak sulung Umar, Abdullah, menerangkan tentang penampilan fizikal bapanya seperti berikut:

Beliau seorang lelaki yang berkulit cerah, ternampak seri kemerah-merahan, tinggi, botak dan
beruban.

Sejarahwan Salima bin al-Akwa'a pula berkata tentang beliau:

Umar sangat bijak, beliau mampu menggunakan kedua-dua tangannya dengan baik.

Ibn Asakir mencatatkan dari sanad Abu Raja al-U'taridi yang:

Umar seorang lelaki yang tinggi, gempal, sangat botak, sangat kemerah-merahan dengan sedikit
rambut di pipi, misainya besar dan hujungnya kemerahan.[10]

Lihat juga

Saidina Abu Bakar

Saidina Uthman Affan

Saidina Ali Abi Talib

Khulafa al-Rasyidin

Senarai Keluarga Umar al-Khatab

Omar (siri TV)

Nota

Ibn Hajar Al-Asqalani, Ahmad bin Ali. Lisan Ul-Mizan: *Umar bin al-Khattab al-Adiyy.

Muhammad, ibn Sa'ad (830-840 BCE). At-Tabaqat al Kubra. m/s. Chapter 3 page 281. Check date
values in: |date= (bantuan)

(Inggeris) Lings, Martin (2005). Muhammad, his life based on the earliest sources. Lahore: Suhail
Academy. m/s. 85-87. ISBN 969519088X.

Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras)


(dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 109–114.

Haykal, 1944. Chapter 22.


Modern reformist thought in the Muslim world. By Mazheruddin Siddiqi, Adam Publishers &
Distributors, p. 147

"Khalifa Umar bin al-Khattab – Death of Umar". Dicapai 2015-01-19.

Haykal, 1944. Chapter "Death of Umar".

http://dsc.discovery.com/news/2008/11/18/islamic-inscription-02.html

"Hadrat Umar Farooq" by Masud-Ul-Hasan

Lisan al-Arab 4/196

ibn Sa'ad, 3/ 324

History of the Prophets and Kings (Tarikh ar-Rusul wa al-Muluk) 4/ 196 by Muhammad ibn Jarir al-
Tabari

Sumber

Uthman bin Affan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Saidina Uthman Affan)

Jump to navigationJump to search

Uthman bin Affan (Arab: ‫ )عثمان بن عفان‬merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat Islam mengenai cara
bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan
al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat
untuk menyalin semula al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf
Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi menggantikan
salinan-salinan yang lain.

Isi kandungan

1 Biografi

2 Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman

3 Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman

4 Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman

5 Lihat juga

6 Pautan luar

Biografi
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Makkah beberapa tahun
selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah salah seorang daripada orang yang pertama
sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau
juga berhijrah ke Habsyah dan kemudian penghijrahan dari Makkah ke Madinah.

Perkembangan Islam semasa pemerintahan Saidina Uthman

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau
memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Semasa
pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi
sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Uthman melantik saudaranya
sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam
tahun terakhir pula keadaan huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-
beza kepada satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga hari
ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. Semasa di Madinah membeli
telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan masyarakat islam.

Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman

Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, beliau mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW
dalam masa yang berbeza (beliau digelar zunurain). Saidina Uthman R.Anhu salah seorang dijanjikan
syurga. Saidina Uthman mengahwini puteri Rasulullah SAW bernama Ruqayyah, setelah Ruqayyah
meninggal dunia, beliau mengahwini Ummu Kalthum. Selepas Ummu Kalthum meninggal dunia,
beliau telah berkahwin sebanyak 7 kali dan isteri terakhirnya bernama Nailah Binti Furaifisha.

Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman

Golongan Syiah percaya bahawa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah
memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa
Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah
jajahan Islam.

Ali bin Abi Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Saidina Ali Abi Talib)

Jump to navigationJump to search

Kaligrafi khat melambangkan Ali.


Sayyidina Ali bin Abi Talib (Bahasa Arab: ‫ ;علي بن أبي طالب‬13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40 H;
20 September 601[1] atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661 Masihi)[2]) ialah sepupu dan menantu Nabi
Muhammad s.a.w. selepas mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra. Beliau
merupakan Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah dari tahun 656 hingga 661 Masihi.
Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW.

Isi kandungan

1 Kehidupan awal

2 Sayyidina Ali di Madinah

3 Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

4 Menjadi khalifah ke-4

4.1 Pentadbiran Saidina Ali

5 Lihat juga

6 Rujukan

7 Pautan luar

Kehidupan awal

Sayyidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak
Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w.
menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Sayyidina Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk
Islam.

Sayyidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim
berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko
dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh
baginda.[3] Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.[2]

Sayyidina Ali di Madinah

Semasa berlakunya Perang Badar, Sayyidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Al Walid
bin Utbah di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah s.a.w juga
memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah.

Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25
tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi
perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar,
Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan
perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih
yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali
senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai semua
peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang
hakim dan penulis wahyu baginda.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi
khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu
Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang
dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar
merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali
menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi
kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan
Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang
seharusnya dilantik menjadi khalifah.

Menjadi khalifah ke-4

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh
oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas
hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul
mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah
tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.

Pentadbiran Saidina Ali

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina
Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang
hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul
Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn
Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang
Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat
dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina
Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan
100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah
kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam
ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk
menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi
Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka
lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka.
(Daf'ul Kadzib 216-217)

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang
dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah
ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina
Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan
dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan
beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah
dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan
terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes
pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan
Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali.
Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara
para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah
ibn Abbas.

Kesyahidan Imam Ali - Oleh Yousef Abdinejad

Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar,
Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

BIODATA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Saidina Abu Bakar as Siddiq, sahabat Nabi Muhamad saw yang begitu tinggi darjatnya, dijamin masuk
syurga dan imannya begitu teguh.
Abu Bakar as-Siddiq merupakan khalifah pertama bagi umat islam (632-634). Beliau pada
awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas beliau memeluk islam beliau menukar
nama kepada Abdullah ibni Abi Qahafah. Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah
S.A.W.

Namun beliau sering digelar Abu Bakar ( yang bermaksud unta muda di didalam bahasa arab)
kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang
membenarkan).

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau
seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.

Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas
penghijrahan ke Madinah berlaku. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki
sifat yang terpuji...

As-Siddiq

Beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan
Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra
dan Mi'raj yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan baginda
berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina Abu
Bakar menjadi pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh
keyakinan tanpa ragu-ragu.

Khalifah Islam Pertama

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang
dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi
memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi
khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik
Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara
Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim
menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib
membaihkan Saidina Abu Bakar.

Kewafatan Saidina Abu Bakar


Saidina Abu Bakar wafat dua tahun selepas menjadi khalifah iaitu pada 23 Ogos 634 di Madinah .
Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab
sebagai khalifah yang baru.

Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi
yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam walaupun hanya
memerintah selama dua tahun (632-634). Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada
diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan
ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Beliau pernah menjadi kaya, dia juga dikenang jasanya kerana membebaskan beberapa hamba
yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah.

Nama Penuh : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza

Keturunan : Bani Adi, Quraisy

Tarikh Lahir : 584 Masihi iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah

Tempat Lahir : Mekah Al-Mukarramah

Jawatan : Khalifah yang kedua daripada Khulafa' Arrashidin

Tarikh Menjadi : Hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 Masihi

Khalifah

Tempoh Memerintah : Sepuluh tahun enam bulan

Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun


Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama Fairuz (Abu
Lu'lu'ah)

Gelaran : Al-Faruq (Pemisah antara hak dengan batin)

Jasa dan pengorbanan saidina umar

Pembangunan Negara

Mengemaskini Institusi Baitul Mal.

Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian serta membina saliran air.

Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir.

Membina sekolah-sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak orang yang baru memeluk Islam.

Dakwah

Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Parsi dan Rom.

Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru tersebut bagi melicinkan pentadbiran dan penyebaran
dakwah.

Menghantar para ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah.

Pentadbiran

· Mengemaskini Majlis Syura.

· Mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiran seperti jabatan cukai dan harta,

jabatan persuratan dan jabatan ketenteraan.

· Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.

· Mengasaskan undang-undang Hisbah.

· Mengasaskan Taqwim Islam.

emerintahan Saidina Umar


Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; orang Islam menawan
Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi(berjaya menamatkan Empayar
Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom
Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang
Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera
Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia
Kecil.

Pada tahun 637 M, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya
menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu
kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam
gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya
menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan
status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang
digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan
pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang
berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau majlis perunding
yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Zaid b. Tsabit,
Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah
politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut.
Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman
dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku
kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada
semua orang untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam,
Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat adalah
manusia yang tidak berfaedah.

Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam


Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam yang baru telah
memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini,
Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi
menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan
pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas
menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih
pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah b. Abu
Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi
mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi
menjamin keadilan dan kesucian Islam.

Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap
sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik
kerajaan tempatan dan segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki
oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan
kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan
dibahagikan kepada tentera yang menyertai peperangan.

Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan
juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan
mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan
dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam)
untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah yang
dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai
menjadi cekap dan perbendaharan negara bertamba Beliau juga turut memajukan sistem pertanian
dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah
dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

Pembaharuan Dalam Bidang Sosial


Melakukan polisi baru untuk golongan Dhimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah
berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah
Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka
bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan keatas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan
Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak
akan dirampas, malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti
rugi oleh kerajaan Islam.

Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba
tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecualilah bagi
orang-orang yang benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba
perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain.
Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-
pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh
Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak
menziarahi pekerjanya yang sakit.

Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Quran.
Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan
dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah
ditubuhkan di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat Islam
diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip
utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan
diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi


Memajukan sistem pertanian

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang mana terusan
tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah
sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang
menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu. Rakyat juga
digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang
tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga
beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Wednesday, 6 March 2013

KEHIDUPAN SAIDINA UMAR

KEHIDUPAN SAIDINA UMAR KETIKA REMAJA

Semasa jahiliah, beliau telah diberi kepercayaan oleh kaum Quraisy untuk menentang dakwah
Rasulullah.

Beliau memiliki sifat berani.

KEHIDUPAN SAIDINA UMAR KETIKA BERUMUR 33 TAHUN

Saidina Umar telah mendapat hidayah Islam.

Beliau dengan berani mengisytiharkan keislaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar sedikit
pun.

KEHIDUPAN SAIDINA UMAR SETELAH MEMELUK ISLAM

Saidina Umar terkenal sebagai seorang yang berani menegakkan kebenaran.

Keberanian Saidina Umar dapat dilihat dengan jelas ketika beliau hendak berhijrah ke Madinah.

Beliau telah mencabar sesiapa yang berani menghalangnya berhijrah ke Madinah secara terbuka.

SAIDINA UMAR BIN AL-KHATAB RA PENTADBIR YANG ULUNG

BIODATA SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB

Nama : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza


Keturunan : Bani Adi,Quraisy

Tarikh Lahir : 584 Masihi (13 tahun selepas Kelahiran Rasulullah SAW)

Tempat Lahir : Mekkah al-Mukarramah

Jawatan : Khalifah kedua daripada khalifah ar-Rasyidin

Tarikh Menjadi Khalifah : Selasa, 22 Jamadilakhir 13 Hijrah,

bersamaan 23 Ogos 634 Masihi

Tempoh Pemerintahan : 10 tahun 6 bulan

Tarikh Wafat : Bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah( 63 tahun )

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh hamba Majusi berbangsa Parsi

bernama fairuz(Abu Lu’lu’ah)

Gelaran : Al-Farouq(pemisah antara hak dan batil)

SIFAT PERIBADI

1.BERANI

•Sebelum memeluk Islam, diberi kepercayaan oleh kaum

Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW.

•Semasa memeluk Islam (33 tahun), beliau mengisytiharkan

pengisalaman beliau kepada masyarakat Arab tanpa gentar.

2.BERANI MENEGAK KEBENARAN

• Sesudah memeluk Islam, Contohnya, semasa hendak berhijrah ke

Madinah beliau mencabar sesiapa yang berani menghalanganya

secara terbuka.

JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA

UMAR BIN AL-KHATTAB

PENTADBIRAN

•Mengemas kini Majlis Syura.


•Mengasas jabatan pentadbiran (jabatan cukai dan harta,

jabatan persuratan dan ketenteraan)

•Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran.

•Mengasaskan undang-undang hisab.

•Mengasaskan takwim islam.

DAKWAH

• Penyebaran dakwah secara berleluasa

di wilayah baru (parsi-Mesir-Rom).

• Melatih gabenor di wilayah baru bagi

melicinkan pentadbiran dan penyebaran dakwah.

• Menghantar para ulama ke serata tempat

untuk menyebarkan dakwah.

PEMBANGUNAN NEGARA

• Mengemaskini institusi Baitulmal

• Penerokaan kawasan baru untuk pertanian

dan membina saliran air

• Mendirikan rumah persinggahan bagi para musafir

• Membina sekolah untuk mengajar dan mendidik

anak orang yang baru memeluk islam

TELADAN

• Keperibadian Mulia Saidina Umar

• Sikap Berani Tegas demi kepentigan islam

• Istiqamah dengan pekerjaan yang diredhai Allah

• Berwaspada terhadap musuh


SAIDINA ALI BIN ABU TALIB PEMUDA YANG BERANI

BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

Nama : Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

Keturunan : Bani Hasyim

Tarikh Lahir : 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi

Tempat lahir : Dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah

Jawatan : Khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin

Hubungan : Sepupu Nabi sebelah bapa

Tarikh Menjadi Khalifah : Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi

Tempoh Pemerintahan : 4 tahun

Tarikh Wafat : 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi

Sebab Kewafatan : Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah

Gelaran : Abu Hasan / Abu Turab

SIFAT PERIBADI

•Bersikap adil

•Bijaksana

•Berwawasan

•Pintar
•Berfikiran luas

•Berusaha mencari ilmu

•Berani menegakkan kebenaran

•Terbuka

•Taat mengerjakan suruhan ALLAH SWT

•Kreatif dan sanggup berkorban kerana ALLAH SWT

KELUARGA RASULULLAH SAW

•Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW

•Adalah sepupu dan menantu Rasulullah

•Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda

•Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah

•Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah

KANAK-KANAK PERTAMA

MEMELUK ISLAM

•Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun

•Kanak-kanak pertama memeluk Islam

•Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’

bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana

beliau tidak pernah menyembah berhala

•Tidk pernah dikotori keburukan jahiliah

•Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah

•Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga


SEORANG CENDIKIAWAN TERULUNG

•Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman

•Sehingga digelar ‘gedung ilmu’

PEMUDA YANG BERANI

•Terkenal dengan sifat gagah berani di medan perang

•Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan

menyertai hampir semua peperangan menentang

musyrikin kecuali peperangan Tabuk.

•Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan

satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama

Amru bin Wahid.

•Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.

PEMERINTAH YANG ADIL DAN KREATIF

•Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.

•Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.

•Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.

•Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’

•Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah
sebelumnya.
PENGORBANAN DAN JASA

SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

•Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.

•Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).

•Mengembangkan ilmu Islam.

•Pensihat dalam bidang kehakiman kepada

ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin.

•Menerima jawatan khalifah dalam keadaan huru-hara

•Menjadi hakim di Yaman.

•Penulis wahyu.

•Berusaha menyatupadukan umat Islam yang sedang berpecah.

SEBAB BERLAKUNYA PEPERANGAN DI

ZAMAN PEMERINTAHAN

•Berpunca daripada perancangan jahat kaum munafikin yang diketuai oleh Abdullah bin Saba’

•Mereka berusaha menggagalkan setiap perdamaian yang diketuai oleh Saidina Ali

•Contoh:dalam perang Jamal,tentera Saidina Ali mencapai kata sepakat dengan kumpulan Saidina
Talhah dan Saidina Zubair untuk berdamai.Pada malamnya kaum munafikin membuat perancangan
jahat untuk mencetuskan peperangan antara kedua belah pihak

You might also like