You are on page 1of 2

WONG YIT FANG PISMP S4 PAKK PAKK3253 SAINS AWAL DLM PAKK

17. Aktiviti “Peleburan Ais”

Set induksi (3 minit)

1. Guru mempamerkan gambar ais dan air yang tengah lebur.


2. Guru bertanya murid tentang faktor yang boleh mempengaruhi kadar
peleburan ais.

Langkah 1 (8 minit)

1. Guru membawa murid ke kantin sekolah.


2. Guru mengeluarkan ais beku yang disimpan di dalam peti ais di kantin di
mana terdiri daripada ais beku air kosong, ais beku air yang ditambah gula
dan ais beku air yang ditambah garam (Rujuk Rajah 1).
3. Guru meminta kanak-kanak memerhatikan tahap peleburan ais beku
tersebut selepas 5 minit.
4. Guru meminta kanak-kanak melaporkan hasil pemerhatian mereka.

Langkah 2 (8 minit)

1. Guru meletakkan tiga buah ais ketul besar di atas meja kantin yang kalis air.
2. Guru meletakkan bateri atas ketiga-tiga ais ketul seperti apa yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.
3. Guru meminta kanak-kanak memerhati tahap peleburan ketiga-tiga ketul ais
tersebut selepas 5 minit.

1
WONG YIT FANG PISMP S4 PAKK PAKK3253 SAINS AWAL DLM PAKK

4. Guru meminta kanak-kanak melaporkan hasil pemerhatian mereka.

Langkah 3 (8 minit)

1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan A


dan B.
2. Guru meminta setiap kumpulan untuk memerhati dan merekod jangka masa
peleburan ais ketul kecil, di mana:
a. Kumpulan A – Ais ketul kecil yang diletakkan di bawah cahaya
matahari.
b. Kumpulan B – Ais ketul kecil yang diletakkan di dalam bilik darjah.
3. Guru meminta kanak-kanak melaporkan hasil pemerhatian mereka.

Penutup (3 minit)

1. Soal jawab dan refleksi.

You might also like