You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK KOTA 2017

Para murid yang dikasihi,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap dan tumpukan
perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.

Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Perkasa Sekolah


Kebangsaan Kota.
*Tindakan

Guru kelas mengambil kehadiran murid-murid

Menungumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Mohd Zaidi B Hj


Yusoff, Guru Besar Sekolah kebangsaan Kota diiringi oleh
Pengunguman
penolong-penolong kanan pentadbiran sekolah.

Para guru dan murid dipersilakan untuk terus berdiri bagi


menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan
Aku Negaraku.
Nyanyian Lagu
 Cue: Setelah nyanyian selesai

Para guru dan murid sekalian dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera,


salam 1malaysia dan salam Kelantan negeri tercinta.

Salutasi Yang Berusaha,


En Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota.

Yang Dihormati,
Tn Hj Ab Hamid Bin Ibrahim,
Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati,
Tn Hj Rusli Bin Said,
Penolong Kanak Pentadbiran.

1
Yang Dihormati,
Pn Noryah Binti Mat Ajid,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di


atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada pagi ini bagi menghadiri perhimpunan rasmi serta Sambutan
Kata-kata aluan
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Kota 2017.
.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh Al Fadil Uztaz Nik Maruan Bin Nik
Yaacob. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bacaan Doa
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Uztaz Nik Maruan Bin Nik Yaacob atas bacaan
doa itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya,
Ucapan Guru
Besar Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha,
En Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kota bagi menyampaikan ucapan. Dengan penuh tunduk
kasihnya, dipersilakan.

 Cue: setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang itu


tadi.

2
Hadirin sekalian,

Tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Untuk itu, dipersilakan


kumpulan murid tahun 5 untuk mempersembahkan lakonan
ringkas sempena sambutan pelancaran bulan kemerdekaan
peringkat sekolah 2017. Majlis mempersilakan.

 Cue: setelah usher bersedia untuk gimik pelancaran.


Persembahan
Murid dan
Hadirin sekalian, Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, En
Gimik
Mohd Zaidi bin Hj Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota
Pelancaran
diiringi oleh barisan Penolong kanan Sekolah Kebangsaan kota
untuk menyempurnakan gimik pelancaran bulan kemerdekaan
2017. Majlis mempersilakan.

 Cue: setelah selesai gimik pelancaran.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik


pelancaran dan persembahan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Nyanyian Lagu Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema bulan
Tema Bulan kemerdekaan. Untuk itu, para guru dan murid yang dikasihi
Kemerdekaan dipersilakan untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan Lagu
Negaraku Sehati Sejiwa, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang.
Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tema bulan kemerdekaan itu


tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada pagi ini.

Akar Keladi Melilit Selasih


Penutup Selasih Tumbuh Tepi Jambangan
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas


salah dan silap sepanjang pengendalian majlis.

Sekian terima kasih dan salam hormat.


3
4

You might also like