You are on page 1of 2

KUMPUL MODAL UNTUK RUMAH BUSUK

Jika nak layan rumah busuk


Mahu tidak mahu mesti berusaha untuk mengumpul modal
Tanpa modal yang mencukupi memang payah nak memiliki rumah busuk
Anggaran modal yang diperlukan adalah berbeza bagi sebuah rumah busuk dengan rumah busuk yang
lain

Katakan sebagai contoh:


Harga rumah busuk: RM70k
Wang deposit 10%: RM7k
Anggaran kos lawyer SnP & loan facilitie= RM5k
Katakan anggaran kos untuk repair rumah busuk menjadi rumah basic yang boleh didiami=RM20k
Untuk repair item:
pintu
tingkap
tandas
Pasang lampu
Pasang kipas
Sinki
Siling
Atap bumbung
Cat luar rumah & dalam rumah
Masuk bekalan elektrik
Masuk bekalan air
Item untuk repair bergantung kepada keadaan rumah busuk berkenaan
Jika nak jimat ... item cat boleh buat sendiri ler

Bermakna kos duit tunai yang perlu ada ialah sekitar anggaran RM32k
1. Deposit RM7k
2. Lawyer RM5k
3. Kos repair RM20k
Baki harga rumah 90%=RM63k guna loan bank & loan gomen

Cara untuk kumpul wang dengan:


1. Simpan duit gaji setiap bulan
2. Simpan duit bonus
3. Kerja lebih masa jika ada peluang
4. Buat kerja partime ikut kemahiran memasing: jual kuih, menjahit, mesin rumput, bawa kereta
uber/grap, biznes online, jual produk kosmestik, biznes networking dan sebagai nya
Simpan lah sampai cukup modal
Belajar langkah berjimat cermat
Jika dapat memiliki lebih tunai di tangan lagi baik kerana boleh membuat pelbagai pilihan untuk
mewangikan rumah busuk

Ini sebagai panduan sahaja yer


Ikutlah kemampuan masing masing
Tiada paksaan pun
Jika nak buat ... perlulah tekadkan semangat dan berbincang dengan pasangan masing masing
Jika rasa ber manfaat ... mohon SHARE kan yer supaya kenkawan boleh baca bersama
Yuhuu 😄

Ir. AJAK
Hobi rumah busuk

Nota: gambar adalah rumah busuk yang saya menang lelong pada bulan ramadhan yang lepas

You might also like