You are on page 1of 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / JANUARI 2017

MPU3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NAMA :

NO. MATRIKULASI :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

NAMA TUTOR :

PUSAT PEMBELAJARAN :

1
Isi Kandungan
Perkara Halaman
1.0 Pengenalan 3
2.0 Aspek “Ketuhanan dan Kepercayaan” yang Berupaya
Membangunkan Tamadun Manusia yang Unggul
2.1 Aspek Pentadbiran Negara 4
2.2 Aspek Pendidkan 5
2.3 Aspek Ekonomi 6
2.4 Aspek Politik dan Pemerintahan 7
3.0 Aplikasi Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Membentuk
Masyarakat yang Berbudi Pekerti dan Saling Menghormati di Malaysia
3.1 Kemesraan dalam Berkomunikasi 8
3.2 Budaya Ziarah-Menziarahi 9
3.3 Mengambil Berat 9
3.4 Semangat Kejiranan 10
4.0 Kebaikan Dan Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan
Kepercayaan Dalam Kehidupan Manusia
4.1 Kebebasan Individu 11
4.2 Pemikiran Individu 12
4.3 Masa Individu 12
4.4 Keperibadian 13
5.0 Kaedah Memupuk Kesedaran Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam
Kalangan Masyarakat Malaysia
5.1 Peranan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Agama Anak-anak 14
5.2 Peranan Media Massa Dalam Menyebarkan Kesedaran
Kepercayaan Kepada Tuhan 14
5.3 Peranan Pihak Sekolah dan Guru untuk Menerapkan
Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Murid-murid 15
5.4 Peranan Kerajaan Mengadakan Kempen Kesedaran
Berkaitan Agama 15
6.0 Kesimpulan 16
7.0 Senarai Rujukan 17

2
1.0 Pengenalan
Tamadun menurut definisi Kamus Dewan Edisi Keempat ialah budaya atau cara
hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Islam pula berdenifisi
agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Ibn Khaldun (2006) menjelaskan
tamadun Islam sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan
sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih
halus dan mempunyai nilai syumuliah.
Coedes (1968) menjelaskan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu telah
mengubah kepercayaan kehidupan beragama daripada dinamisme, animism, naturisma,
pluralism (Hinduisme dan Buddhisme) kepada monoteisme dengan menyembah Tuhan yang
Esa. Kedatangan tamadun Islam telah mengubah corak pemikiran, akidah dan akhlak
masyarakat Melayu melalui sikap hormat-menghormati antara manusia, cara berpakaian, cara
berpolitik, kebudayaan dan menitikberatkan soal persamaan taraf.
Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara diperkenalkan atas kesan perkembangan tamadun
Islam di Malaysia. Rukun Negara digubal oleh Majlis Perundingan Negara berasaskan tujuan
menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum ekoran
Peristiwa 13 Mei 1969. Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan ini merupakan prinsip pertama dalam Rukun
Negara. Prinsip ini bermaksud rakyat negara ini ialah manusia yang beragama dan
mempunyai sistem kepercayaan. Islam merupakan agama rasmi. Agama lain turut diberi
kebebasan untuk diamalkan. Melalui kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia
berakhlak mulia, jujur, berakomodatif dan bantu-membantu antara satu sama lain tanpa
mengira kaum.
Perkara-perkara yang hendak dibincangkan dalam tugasan ini adalah berdasarkan
prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, aspek ketuhanan dan kepercayaan membangunkan
tamadun manusia yang unggul dan contoh pengaplikasiannya. Selain itu, tugasan ini juga
membincangkan kebaikan dan keburukan meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan
serta cara memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

3
2.0 Aspek “Ketuhanan dan Kepercayaan” yang Berupaya Membangunkan Tamadun
Manusia yang Unggul
Berdasarkan prinsip pertama Rukun Negara “Kepercayaan Kepada Tuhan”, rakyat
Malaysia yang mengamalkan “ketuhanan dan kepercayaan” telah menunjukkan keupayaan
membangun tamadun yang unggul dari pelbagai aspek seperti pentadbiran, pendidikan,
ekonomi dan politik.

2.1 Aspek Pentadbiran Negara


Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi negara. Sungguhpun
demikian, rakyat lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. Dasar Penerapan
Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah salah satu contoh usaha Kerajaan Malaysia untuk
memasukkan unsur-unsur “ketuhanan dan kepercayaan” dalam pentadbiran dan kehidupan
rakyat Malaysia.
Kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu adalah merupakan nilai-
nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan yang datang daripada Allah
s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama Islam. Di
antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan
moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai
Islam dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi
dalam kehidupan setiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-
nilai yang murni dan membina ke dalam sistem pentadbiran negara.
Justeru, objektif Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah seperti
berikut:
(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
disegani oleh masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah “negara bahagia”;
(iii) Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Penjawat awam menghayati nilai-nilai Islam akan menjamin kelancaran dan
kecekapan urusan kerajaan dan mengelakkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.

4
2.2 Aspek Pendidikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan secara rasmi pada tahun
1988 berasaskan pertimbangan laporan-laporan pendidikan, akta pendidikan, Rukun Negara
dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara”. (Akta Pendidikan 1996, Akta 550)

Huraian “kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan” dalam FPK ialah usaha-usaha ke
arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara
tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa
hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji
fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada
Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.
Falsafah Pendidikan Islam pula berasaskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang
merupakan usaha-usaha membaiki diri bagi membentuk sifat kesempurnaan sebagai manusia
beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas. Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Islam ini, perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi
berpandukan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang telah dinyatakan dalam
FPK.
Sehubungan itu, Pendidikan Islam dan Moral telah diperkenalkan dalam kurikulum
pendidikan negara yang mencerminkan ciri-ciri pembelajaran berkesan demi perkembangan
individu, khususnya dari segi rohani, emosi dan intelek. Kepentingan komponen akhlak
dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral di sekolah-sekolah kerajaan diberi penekanan
dengan memasukkan subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ke dalam jadual waktu
rasmi sekolah pada tahun 1962, dengan masa yang diperuntukkan dua jam seminggu.

5
2.3 Aspek Ekonomi
Memandangkan bahawa prinsip “Kepercayaan Kepada Tuhan” ialah Rukun Negara
dan juga rukun hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan, maka sistem ekonomi
negara kita juga tidak dipisahkan dengan etika Islam.
Sistem ekonomi Islam adalah suatu sistem ekonomi yang didasarkan pada ajaran dan
nilai-nilai Islam, bersumber dari Al Quran, As-Sunnah, ijma dan qiyas. Kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah untuk mengembangkan sistem ekonomi Islam melalui institusi-
institusi kewangan Islam dengan fungsi dan peranan tersendiri. Institusi-institusi kewangan
Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad, Lembaga Tabung Haji, Syarikat Takaful Nasional
dan Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Lembaga Tabung Haji ditubuhkan pada tahun 1969 untuk menabungkan wang
simpanan penganut Islam yang ingin menunaikan haji. Segala urusan tabungan daripada hasil
simpanan ahli-ahlinya ditadbirkan mengikut hukum-hukum syariah. Peranan Tabung Haji
semakin meningkat dengan mempelbagaikan aktiviti pelaburan yang menghasilkan
pendapatan dan keuntungan. Hasil pelaburan ini telah memberikan pulangan dengan kadar
yang memuaskan kepada ahli-ahlinya.
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan setelah Akta Bank Islam 1983
dikuatkuasakan pada 7 April 1983. BIMB telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
pada 1 Mac 1983. BIMB mengamalkan prinsip syarak dalam operasinya melalui penubuhan
Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab berikut:
(i) Meneliti dan mengkaji perjalanan serta operasi bank supaya tidak melanggar
hukum syarak.
(ii) Memberi panduan dan nasihat kepada pihak pengurusan dan pegawai bank dari
semua aspek kegiatannya, terutama berkenaan amalan riba.

Daripada perbincangan di atas, sistem ekonomi Islam yang berpandukan “ketuhanan


dan kepercayaan” telah memberi sumbangan dalam bidang ekonomi negara kita. Ekonomi
Islam mempunyai tujuan untuk memberikan keselarasan bagi kehidupan di dunia. Nilai Islam
bukan semata-semata hanya untuk kehidupan muslim saja, tetapi seluruh mahluk hidup di
dunia ini. Inti proses ekonomi Islam adalah pemenuhan keperluan manusia yang
berlandaskan nilai-nilai Islam.

6
2.4 Aspek Politik dan Pemerintahan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian
kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Pentadbiran.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berasaskan kepada sistem persekutuan. Sehubungan dengan itu, negeri-negeri Perlis, Kedah,
Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia.
Setiap negeri yang terlibat telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti
kewangan, pertahanan, pendidikan, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat.
Di dalam syura, kekuasaan mutlak dan tertinggi hanyalah milik Allah. Dialah sebagai
kuasa tertinggi dan manusia sebagai hamba wajib patuh kepada segala arahannya. Di dalam
syura, badan perundangan dimiliki oleh Allah sebagai pembuat hukum. Manakala badan
kehakiman diwakili qadhi-qadhi yang menjatuhkan hukuman dan badan pentadbiran diwakili
oleh manusia.
Dalam konteks Malaysia, konsep syura iaitu perbincangan antara pemerintah dan
rakyat dapat dilihat melalui sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dan Sidang Dewan Undangan
Negeri. Meskipun rakyat tidak mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam sidang
tersebut, tetapi suara mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai “wakil
rakyat”. Wakil rakyat akan menyampaikan mesej rakyat dalam usaha menegakkan keadilan
dan kebenaran rakyat.
Konsep syura memperlihatkan keadilan yang cuba diserlahkan oleh Islam ke arah
melahirkan kerajaan dan kepimpinan yang tidak berat sebelah. Konsep keadilan sebegini
turut ditekankan dalam sistem demokrasi pemerintahan yang adil.
Konsep syura merupakan konsep yang berasaskan daripada “ketuhanan dan
kepercayaan”. Konsep ini berlandaskan dengan prinsip pertama Rukun Negara,
“Kepercayaan Kepada Tuhan”, maka dapat dilihat penerapan konsep “ketuhanan dan
kepercayaan” dalam sistem pemerintahan negara kita telah berjaya membimbing rakyat
membangun tamadu yang unggul.

7
3.0 Aplikasi Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Membentuk Masyarakat yang
Berbudi Pekerti dan Saling Menghormati di Malaysia
Dalam perbincangan di atas, yang perlu ditekankan ialah prinsip Kepercayaan Kepada
Tuhan ini bermaksud rakyat negara ini ialah manusia yang beragama dan mempunyai sistem
kepercayaan. Islam merupakan agama rasmi. Agama lain turut diberi kebebasan untuk
diamalkan. Melalui kehidupan beragama, rakyat akan menjadi manusia berakhlak mulia,
jujur, berakomatif dan bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum.
Berikut ialah contoh-contoh aplikasi prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan yang
dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti dan saling menghormati:

3.1 Kemesraan dalam Berkomunikasi


Bertegur sapa dengan memberi salam atau ucap selamat, memberi senyuman ketika
bertemu, sifat dan sikap lemah lembut, penyayang dan memberi perhatian sewaktu bercakap
merupakan asas perhubungan yang baik dan dapat menimbulkan perasaan kemesraan.
Contoh pengaplikasiannya di masyarakat Malaysia ialah suasana di gerai mamak yang
merupakan gambaran masyarakat majmuk yang mesra. Pergaulan kaum dapat dilihat dengan
jelas di gerai-gerai mamak di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina
dan India boleh duduk bersama menikmati makanan. Masyarakat berbilang kaum yang
datang ke gerai mamak akan berkumpul sambil makan dan dengan itu mereka dapat
berkomunikasi dengan mesra.

Rajah 3.1.1: Kemesraan berkomunikasi antara kaum di gerai mamak


Sumber: http://3.bp.blogspot.com/-dlXRIb8V9VM/T-Fm2dYYN-I/AAAAAAAAC-
g/pRnvZG9Ckyw/s1600/restoran+mamak+malaysia.jpg

8
3.2 Budaya Ziarah-Menziarahi
Budi pekerti dapat diwujudkan melalui budaya ziarah-menziarahi kerana adab-adab
ziarah hendaklah diutamakan. Waktu untuk berziarah hendaklah sesuai agar suasana harmoni
berterusan. Keizinan hendaklah diperoleh terlebih dahulu serta memberi salam kepada tuan
rumah yang dikunjungi. Sekiranya tuan rumah tidak bersedia untuk menerima tetamu,
segeralah beredar kerana itu lebih baik untuk memelihara hubungan mesra dalam jangka
masa panjang.
Contoh pengaplikasiannya ialah suasana ziarah-menziarahi semasa perayaan di
Malaysia. Ziarah-menziarahi memberi peluang kepada manusia untuk bertanya khabar dan
mengeratkan hubungan. Dengan amalan ziarah-menziarahi, saudara mara berkesempatan
mengenali satu sama lain dan perhubungan antara satu sama lain akan menjadi lebih
bermakna.

Rajah 3.2.1: Amalan ziarah-menziarahi antara kaum semasa perayaan


Sumber: http://www.yadim.com.my/v2/?p=24317

3.3 Mengambil berat


Mengambil berat merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sikap mengambil berat bukan bererti mengkritik keburukan dan kesilapan seseorang tetapi
merupakan sikap yang boleh membina ikatan mesra dan kasih sayang melalui nasihat dan
bantuan. Kepekaan dan keprihatinan yang berlaku dalam masyarakat adalah simbol wujudnya
kasih sayang dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota masyarakat.
Contoh pengaplikasian sikap mengambil berat dalam kehidupan masyarakat Malaysia
yang tanpa mengira kaum dan agama telah berlaku di Pulau Pinang pada 15 Mac 2017.
Menurut berita yang disiarkan di surat khabar Kwong Wah bahawa seorang orang tua yang
berhentikan kereta di tepi jalan kerana berasa badannya kurang selesa telah dipukul oleh

9
pembuli jalan sehingga berdarah. Pada masa itu, seorang wanita telah menghalang perbuatan
pembuli jalan dan cuba menghantar orang tua ke hospital malah cermin kereta wanita
tersebut juga dipecahkan oleh pembuli jalan, pengguna jalan raya yang lain juga cuba
menasihat dan menghalang pembuli jalan. Melalui kes ini, jelas menunjukkan sikap
mengambil berat terhadap orang lain masih dapat dilihat dalam masyarakat kita. Dengan
adanya sikap mengambil berat daripada wanita tersebut dan juga pengguna jalan raya yang
lain, orang tua akhirnya dapat diselamatkan.

Rajah 3.3.1: Kes pembuli jalan di Pulau Pinang pada 15 Mac 2017
Sumber: http://www.kwongwah.com.my/?p=288271

3.4 Semangat kejiranan


Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, jiran berdefinisi orang yang tinggal berhampiran
dengan rumah seseorang atau tetangga. Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya agar
bersikap akomodatif terhadap sesama jiran tetangga. Sikap akomodatif adalah seperti
bermurah hati, berziarah, bersikap mulia, melakukan kebaikan dan mengambil sikap memberi
dan menerima antara satu sama lain. Amalan semangat kejiranan ini sepatutnya menjadi
ikutan kepada kita semua, lebih-lebih lagi dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
Contoh pengaplikasian semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita. Berita yang
disiarkan dalam Sinar Harian, Penduduk bersatu atas semangat kejiranan, gotong-royong
membina semula rumah mangsa ribut yang rosak di Blok COJ Sawah Sempadan, Tanjung
Karang.

10
Rajah 3.4.1: Jiran bergotong-royong membina semula rumah ibu tunggal yang terjejas akibat
ribut di Blok COJ Sawah Sempadan.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/jiran-bantu-baik-pulih-rumah-mangsa-
ribut-1.487889

4.0 Kebaikan Dan Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan


Dalam Kehidupan Manusia
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepentingan konsep ketuhanan
kepercayaan dalam kehidupan manusia. Namun, terdapat juga manusia yang meninggalkan
konsep ketuhanan dan kepercayaan. Seterusnya, akan membincangkan kebaikan dan
keburukan meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan melalui empat perkara iaitu
kebebasan individu, pemikiran individu, masa individu dan keperibadian.

4.1 Kebebasan Individu


Bagi individu yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan akan hidup
dengan bebas tanpa batasan dan halangan. Individu tersebut tidak perlu risau perlakuan dan
sikapnya akan melanggar undang-undang agama.
Sebaliknya, individu yang mempunyai kebebasan tanpa batasan kepercayaan akan
melakukan perbuatan yang mengancamkan keselamatan orang lain sesuka hati. Contohnya
memusnahkan sesuatu sesuka hati.

Rajah 4.1.1: Pengganas memusnahkan cermin bangunan sesuka hati


Sumber: http://architectboy.com/wp-content/uploads/2017/01/vandalism-building.jpg

11
Dengan itu, jelas menunjukkan kebebasan individu perlu berdasarkan konsep
ketuhanan dan kepercayaan agar keselamatan masyarakat dan negara dapat dijamin.

4.2 Pemikiran Individu


Seseorang yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan akan berfikiran
dinamik. Mereka akan mempunyai pemikiran yang berlainan dan tidak mengikut ajaran
agama terhadap sesuatu hal.
Sebaliknya, mereka yang berfikir tidak mengikut ajaran agama adalah mengikut
nafsunya sehinggalah melakukan sesuatu yang memburukkan orang lain demi memenuhi
keinginan dirinya. Contohnya peragut meragut beg hingga menyebabkan mangsa cedera.

Rajah 4.2.1: Peragut meragut beg wanita


http://ww1.utusan.com.my/pix/2012/0714/Utusan_Malaysia/Rencana/re_05.1.jpg

Justeru, sekali lagi menunjukkan kesan keburukan meninggalkan konsep kepercayaan


dan ketuhanan adalah lebih besar daripada kesan kebaikannya.

4.3 Masa Individu


Individu yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan akan menjimatkan
masa dan kos mereka semasa waktu sembahyang. Seseorang yang meninggalkan agama tidak
perlu meluangkan masa untuk sembahyang dan tidak perlu membuat perbelanjaan atas
sembahyang.
Sebaliknya, bagi mereka yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan telah
mempunyai masa yang berlebihan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
seperti main judi. Seseorang yang gila judi akan sanggup mengalami keretakan rumah tangga
dan membiarkan ahli keluarganya menderita.

12
Rajah 4.3.1: Main judi pada masa yang terluang
Sumber: http://a2.att.hudong.com/45/22/01300000251452123513223579501.jpg

Sehubungan itu, individu yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan


merupakan suatu ancaman bagi keharmonian masyarakat.

4.4 Keperibadian
Bagi individu yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan mempunyai
keperibadian yang mengikut kehendak dirinya dengan tidak perlu mengikut nilai-nilai etika
yang diterap melalui agama.
Sebaliknya, mereka yang meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan akan
bersifat keperibadian yang tersendiri, mereka mungkin mudah tersinggung, suka mengkritik,
bersikap kejam, bersikap memusuhi, tidak bertanggungjawab, kebiasaan membohong.
Contohnya kes pembunuhan kanak-kanak di Taiwan, pembunuh yang bersikap kejam telah
menetak kepala seorang kanak-kanak perempuan tanpa motifnya.

Rajah 4.4.1: Kes pembunuhan kanak-kanak di Taiwan


Sumber: http://hk.on.cc/tw/bkn/cnt/news/20160328/photo/bkntw-20160328115152672-
0328_04011_001_09b.jpg?20160328234702

Sekali lagi membuktikan bahawa meninggalkan konsep ketuhanan dan kepercayaan


mendatangkan keburukan lebih banyak daripada kebaikannya.

13
Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa seseorang individu tidak harus meninggalkan
konsep ketuhanan dan kepercayaan. Kehidupan di dunia akan menjadi lebih tenang dan
sempurna dengan panduan agama. Agama memimpin manusia menjadi individu yang
bertamadun dan berbudi bahasa tinggi. Dengan memiliki agama seseorang akan selalu berada
pada jalan kebaikan dan kebenaran yang dapat menguntungkan diri sendiri ataupun orang
lain di dalam hidup bermasyarakatnya.

5.0 Kaedah Memupuk Kesedaran Kepercayaan Kepada Tuhan Dalam Kalangan


Masyarakat Malaysia

5.1 Peranan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Agama Anak-anak


Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari
pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Sebagai ibu bapa adalah bertanggungjawab
untuk menjaga dan mendidik anak-anak mereka dari segi perkembangan jasmani, kerohanian
dan juga minda.
Seperti kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan
dan amalan anak-anak sewaktu kecil dijadikan asas pembentukan keperibadian anak-anak
apabila dewasa. Sekiranya ibu bapa kurang memberi penekanan ajaran agama akan
menyebabkan anak-anak remaja mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak baik.
Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan agama anak-
anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang beragama Islam, anak-anak mereka juga akan
menjadi penganut agama Islam. Ibu bapa patutlah menerapkan nilai-nilai akhlak dalam
agama kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya anak-anak mempunyai keperibadian yang
unggul.

5.2 Peranan Media Massa Dalam Menyebarkan Kesedaran Kepercayaan Kepada


Tuhan
Media massa merupakan salah satu bentuk medium komunikasi dalam masyarakat.
Melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan informasi menyebar
dengan mudah di masyarakat. Informasi dalam bentuk apapun dapat disebarluaskan dengan
mudah dan cepat sehingga mempengaruhi cara pandang, gaya hidup, serta budaya suatu
bangsa.
Melalui media massa, kepentingan menghayati prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan
dapat disebarluaskan dengan mudah dan cepat kepada anggota masyarakat. Dengan ini,

14
anggota masyarakat boleh menerima informasi tentang Kepercayaan Kepada Tuhan melalui
surat khabar, radio, internet, media sosial dan sebagainya.

5.3 Peranan Pihak Sekolah dan Guru untuk Menerapkan Kepercayaan Kepada
Tuhan kepada Murid-murid
Di sekolah, pihak sekolah boleh memilih bahan bacaan tentang pelbagai agama umum
yang sesuai dengan tahap penguasaan murid dan letakkan bahan bacaan ini di perpustakaan
sekolah. Murid-murid digalakkan untuk meminjam dan membaca buku-buku agama ini.
Guru-guru agama atau guru-guru Pendidikan Moral boleh menggunakan bahan bacaan agama
ini sebagai bahan pengajaran dalam kelas untuk membimbing murid-murid lebih memahami
dan menghayati agama mereka.
Guru-guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dan ajaran agama semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Contohnya penerapan nilai-nilai
murni dan ajaran agama dalam aktiviti berkumpulan, aktiviti gotong-royong, aktiviti
permainan, melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, murid-murid akan lebih berminat untuk
memahami dan menghayati ajaran agama yang hendak diterapkan.

5.4 Peranan Kerajaan Mengadakan Kempen Kesedaran Berkaitan Agama


Kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan
rakyat di negara ini sentiasa mengamalkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan. Kerajaan
boleh mengambil inisiatif seperti menganjurkan kempen kesedaran berkaitan agama.
Contohnya, mengadakan kempen derma darah. Tidak kira apa-apa agama, Tuhan juga
mahu penganutnya sentiasa menghormati nyawa, baik nyawa sendiri mahupun nyawa orang
lain. Ramai anggota masyarakat yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia,
dan dapat menolong menyelamatkan nyawa orang lain. Dengan kempen ini, secara tidak
langsung telah memupuk kesedaran Kepercayaan Kepada Tuhan dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan kempen menjaga alam sekitar,
kempen anti dadah dan sebagainya. Anggota masyarakat yang menyertai kempen-kempen
kesedaran ini dapat menghayati prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, di samping juga dapat
menggalakkan integrasi antara kaum dan juga menjauhi diri daripada gejala yang tidak
berfaedah.

15
6.0 Kesimpulan
Dari perbincangan di atas, boleh disimpulkan bahawa perkembangan tamadun Islam
di Malaysia telah memberi pengaruh dan kesan yang besar kepada masyarakat kita.
Usaha-usaha ke arah membentuk penerapan Kepercayaan kepada Tuhan amat penting
untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam tidak
terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya. Sikap kepercayaan kepada Tuhan akan
menjadikan jiwa manusia yang taat serta patuh perintah. Sikap ini akan menguatkan
kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Ini menjadikan
individu itu lebih menghargai semua perbezaan dan menghormati orang lain serta sentiasa
berkelakuan baik. Kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan
sebaik mungkin sekiranya rakyat hidup beragama.

(3113 patah perkataan)

16
7.0 Rujukan

1. Bahagian Penerbitan Dasar Negara. (2013). Rukun Negara,


Jabatan Penerangan Malaysia.Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Dicapai dari:
http://www.pfs.edu.my/2016/Kanmani/rukun_negara/jenis_penerbitan%20(1).pdf
2. Sejarah Institusi Parlimen Malaysia. (t. t). Dlm. Portal Rasmi Parlimen Malaysia.
Dicapai dari http://www.parlimen.gov.my/pengenalan.html?view=235&uweb=p&
3. Mahir Al-Hujjah. (2009, Disember 21). Syura Dan Kaitannya Dengan Amalan
Demokrasi Di Malaysia. Google [laman blog]. Dicapai dari http://mahir-al-
hujjah.blogspot.my/2009/12/pendahuluan-syura-merupakan-elemen-yang.html
4. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran. (t. t). Dlm. Jabatan
Penerangan Malaysia. Dicapai dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/243-dasar-penerapan-
nilai-nilai-islam-dalam-pentadbiran.html
5. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala
Lumpur; Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Dicapai dari
http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/edu_law/falsafah_pendidikan_negara.pdf
6. Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho, H.L., Dr. Sarjit, S. G., Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku
Arifin, Lee, Y. F., Nazri Muslim, Ruslan Zainuddin. (2006). Hubungan etnik di
Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
7. Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor). (2007). Modul hubungan etnik. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA.
8. Dr Ghazali Darusalam. (2014). MPU3123 Tamadun islam dan tamadun asia.
Malaysia: Open University Malaysia.
9. Mustafa Dakian. (2005). Sistem kewangan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
10. Shamsul Kamarudin. (2011). Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan
Kepada Tuhan Melalui PTV. Journal of Edupres, (1), 249-257. Dicapai dari
http://eprints.utm.my/17071/1/JOE-1-2011-031.pdf

17

You might also like