You are on page 1of 38

Contoh karangan

LATIHAN 1
Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya
murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam
peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai sekiranya murid itu sendiri
mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-murid tidak sepatutnya menganggap
perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaanlah yang akan
menjamin masa hadapan seseorang pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada
masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan bak kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.
Oleh sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang sepatutnya
saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di
bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika seseorang guru sedang mengajar sudah
tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya.
Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan
pelajar-pelajar adalah disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara aktif ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan suasana bilik
darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan dan secara tidak langsung saya akan
dapat mengingati apa-apa yang disoal atau ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut
atau yang saya ulangi. Saya juga akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh
guru-guru supaya saya akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga
akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang
fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati bahawa
kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah disebabkan oleh pelajar-
pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk
yang kurang difahami oleh mereka. Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang
mengajar dan dengan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru
merupakan salah satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan menyediakan
jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas sekiranya saya ingin mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual
waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya
mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih
menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual
waktu belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana
peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula, kebanyakan
pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah membuat persiapan
awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan awal kerana mereka terlalu leka
membuang masa dan tidak berpegang kepada pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu
tidak akan kembali” maka mereka tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba
peperiksaan. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup
untuk membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya akan
membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran secara berterusan.
Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”. Kalau
ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis
asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau
seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam
hidup.saya akan membuat latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji
sesuatu topik. Hal ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak
langsung saya akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan.
Saya juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya akan belajar
bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara berterusan untuk memastikan
saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan terutamanya dalam mata pelajaran sains.
Tegasnya, saya membuat lebih banyak latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara
berterusan, pasti saya akan mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-guru di sekolah,
bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen tetapi saya juga
perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata
pepatah “malas berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya
tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya
bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat
sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan menguasai
sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama yang telah diajar di pusat
tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di samping itu, saya juga boleh mengikuti
program di sekolah kerana ini juga membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam
peperiksaan. Saya akan menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak
sekolah seperti Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan
dan lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan
ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam program-program sekolah dan
mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi saya untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa.
Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam sesuatu buat kali pertama dan
kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara
kerana saya berpegang pada prinsip, “gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”.
Saya juga akan tabah apabila terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi.
Seseorang yang ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam
hidupnya, tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu
tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat penyelesaian
untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan mencuba beberapa kali
sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya perlu bersikap sabar, tabah dalam
menghadapi halangan dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan
mudah putus asa untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.
Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu bapa saya dan
saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan
menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar
kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada
nasihat dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu.
Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh
itu, saya akan berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa
dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya sekali pun, saya
tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang saya ingini tanpa doa, restu
dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya. Malah, saya juga akan sentiasa berdoa
kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya
mampu merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa
saya dan saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala
pemberianNya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-langkah yang telah saya
tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar
masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam
peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam
yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa
depan kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar berungguh-
sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar
sampai jadi arang.

LATIHAN 2
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau
memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Betapa pun kita
mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan
kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita sejak lahir.
Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau
empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat
kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran,
sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih
sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan
jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu
padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang
dipenuhi pelbagai pancaroba moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat,
semakin meluntur. Oleh itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil
langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk
di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap
daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong
yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh
membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal
hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang
boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan
hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara
bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-
aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga
dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga sedar akan peranan masing-
masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara
yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan
aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak
sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa
perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit sama di daki, ke
lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai
keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti
mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila mengambil
berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau
mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang
dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang
ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga
pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan
bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital,
memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan
nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka.
Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah
terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak
bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama
lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu
perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing
di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya
Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan.
Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat
memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat
menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan
semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun
agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat
yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan
masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri
anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak
menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan
mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh
diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni
walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa
anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan
ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat
membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap
mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata
memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh
pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-
kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak
langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut
mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya,
ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk
memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk
mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama
ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama
dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh
mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan
sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga , Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai
contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir
mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya
kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya.
Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam
kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya
melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam
setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan mmmembentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika
kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu
menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik
dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat
Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa
susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah
kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat
kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya
negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai
manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-
mengenali”.

LATIHAN 3
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan peranan ibu
bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada
masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan.
Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka
mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun,
masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan
kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat
kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh
pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.
Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara
kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat
patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam
menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya
sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang
dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-
anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan
wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah
Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi
lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua
mata kerana anak-anak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat
mengekalkan hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat
yang bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai
cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau
buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-
anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih
banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai
isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu
bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu
bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik
yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat
patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut
hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila
anak-anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca
kerana kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora
dan dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran
mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa
menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh
mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan
terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana
perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi
diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang tebaik
kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh
membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara,
atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar
anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat
patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan
generasi muda yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa
atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda
yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara”. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan
cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk
Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris.
Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka
menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak
sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini
boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari
internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-
anak. Dengan mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul
dan setelah itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan
belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu,
ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman
diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah
dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba
mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Tegasnya,
ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak
yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan
negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan
sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat
disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang
kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat
sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab
sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat
dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak
harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang.
Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat
persembahan daripada kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak
langsung, perpaduan antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang
bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut
hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat At-
Tarmizi ada menyatakan bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah
kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat jelas membuktikan
betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-
anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan
individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.
LATIHAN 4
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia
mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang
mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu,
untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi,
kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang
melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu
bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas
makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air
serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi
kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan
di luar, khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng
dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-
anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu
mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini
tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-
anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa
perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan
gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan
anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat
kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin
badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan
penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal,
berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini
boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja.
Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari
aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa
perlulah melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup
sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa
anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun
dua kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu
penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan
teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini,
ibu bapa dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu
menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak
mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk
mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa
perlulah memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang
ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk
amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri
pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan
asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit,
mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan
seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar
tidak dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu
selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh
membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-
anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga perlu
mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran
yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di
rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu
bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti
nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam
diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai
penyakit.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah
mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang
berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya
hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli
keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-
masing akan memberi impak psikologi yang positif.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan
baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
,kekangan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para
ibu bapa perlu bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan
yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih
dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa
itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga
kelak. Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif
menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka
dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun
rakan-rakan. Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering
melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa
perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan
yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita
dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit
itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan
sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama
anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan
bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat
mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh
ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-
anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan
dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi
anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan
jam sehari untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih
suka tidur selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya,
mereka tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran
anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin
merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa
yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya.
Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini
adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam
keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang
menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit
seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan
dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

LATIHAN 5
Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat
kita?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus
terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat
cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabuing
ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang.
Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu
bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik
rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya
masyarakat kita?

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-
cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga.
Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk
keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya
menjadi putih atau hitam”. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk
berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak
datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa
boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak
menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-
anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan
harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu
memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.

Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak
bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu
anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu
bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan
menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan
mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah
muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun
keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya
mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu
bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi
sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-
anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai
contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi
menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam
pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang.
Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas
rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di
sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka inilah yang
berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini
sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi
memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.

“Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang
dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara
penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat
menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh
diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil
sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung
dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa
depan mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal tersebut,
ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian
dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan
menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan
wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji
anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung sudah terang seperti
“murai berkicau hari siang”.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung
wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada
setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu
bapa menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh
tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba
anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa
mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas
menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak.
Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
“Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum”, Kawan merupakan
‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa
harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang
kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan
dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu,
ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak
bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu
menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk
perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh
anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang
kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan
amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan “Jikalau tiada
wang semua kerja tak terjadi”. Peribahasa Melayu pula menunjukkan “ada padii semua jadi, ada
beras semua deras”. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman
globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung
dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda barakhlak
yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa depan amat diperlukan
untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. “Air bersih, ikannya jernih”

LATIHAN 6
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak
mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa
sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-
anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang
dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah
tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi.
Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan
sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada
masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah.
Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat
menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-
sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa
ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak
membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya
memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini
demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan
atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-
anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk
membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul
dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga
akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini,
ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal
pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah
bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana
anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam
pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan
agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain
putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral
yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-
anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi
anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak
dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup
ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan
anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-
anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu
memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa
perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas
tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk
memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah
menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa
perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke
perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan
dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak
untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan
keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka
berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak
sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa
berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting
kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa
boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat
diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa
juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun
dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada
anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak
mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi
satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak
dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam
pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-
anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak
mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum
nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan
anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak
dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Latihan 7
Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius. Huraikan pendapat anda
tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan tuliskan cadangan-cadangan
tentang peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.
Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. Dalam surat
khabar sering dipaparkan berita tentang golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial ini.
Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang timbul dalam
kalangan remaja akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di
negara ini. Contoh gejala sosial yang berlaku ialah ponteng sekolah, remaja lari dari rumah,
penagihan najis dadah, vandalisme gengsterisme dan melepak. Masalah gejala sosial ini telah
menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan kebimbangan
tentang masa depan para remaja. Menurut Hujatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’
Ulumuddin, sekiranya kita ingin melihat masa depan negara, maka lihatlah pada diri remajanya.
Seandainya baik diri remaja maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, buruk diri remaja
maka hancurlah masa depan sesebuah negara. Persoalannya, apakah punca-punca yang
menyebabkan gejala sosial ini dan apakah cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial
ini?
Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ialah ibu bapa yang terlalu sibuk
dengan kerjaya dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat memberikan
sepenuh perhatian terhadap rumah tangga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa dirinya
kurang diambil berat dan kurang diberi perhatian oleh kedua-dua ibu bapanya. Sebagai contoh,
ibu bapa tidak mempunyai masa untuk bertanya masalah anak-anak sama ada di sekolah
ataupun di rumah. Apa yang menyedihkan, terdapat ibu bapa yang tidak bekesempatan
langsung untuk berbual-bual mesra dengan anak kerana semasa keluar untuk bekerja terlalu
awal dan apabila balik dari kerja, hari sudah malam dan ada kemungkinan anak-anak telah
memasuki untuk tidur. Ibu bapa mungkin bertembung sebentar semasa bersarapan. Keadaan
ibu bapa yang sibuk boleh mewujudkan kerenggangan antara ibu bapa dengan anak-anak
kerana anak-anak tidak mendapat sepenuh belaian kasih sayang daripada ibu bapa. Menurut
pakar psikologi, remaja yang tidak mendapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa mudah
terlibat dalam masalah gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan menonton video
lucah. Jelasnya anak-anak berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian ibu bapa.
Selain itu, masalah gejala sosial berlaku kerana ibu bapa tidak memberikan didikan
agama yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak
mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak. Terdapat sesetengah ibu bapa
yang mengharapkan pihak lain terutamanya pihak sekolah dan guru memberikan didikan agama
kepada mereka. Pengabaian pendidikan agama akan menyebabkan remaja tidak mempunyai
asas panduan hidup dengan kukuh. Sebagai contoh, remaja mungkin hidup dalam keadaan
terumbang-ambing. Mereka tidak dapat menilai baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Remaja juga sanggup melakukan apa-apa sahaja dan mudah terpengaruh dengan
situasi yang kurang sihat. Kecetekan ilmu agama ini menyebabkan remaja kurang kesedaran
dan keinsafan diri sehingga menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam gejala sosial.
Jelasnya, ibu bapa yang tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak
turut menyumbang berlakunya masalah gejala sosial.
Di samping itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak
turut menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga sehingga menyebabkan gejala sosial
dalam kalangan remaja. Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak-anak boleh
menyebabkan anak-anak berasa bosan dan menghadapi tekanan di rumah. Rumah bagi anak
bagaikan neraka kerana anak-anak tidak dapat menikmati kedamaian atau ketenangan di rumah.
Anak-anak akan menganggap ibu bapa tidak lagi mengambil berat tentang keadaan diri mereka.
Suasana ketegangan seperti ini menyebabkan wujudnya kerenggangan hubungan antara ibu
bapa dengan anak-anak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kedua-dua ibu bapa
bercerai-berai. Apatah lagi sekiranya, ibu bapa tersebut telah berkahwin lain dan telah
mempunyai anak dengan pasangan lain. Anak-anak hasil perkahwinan yang pertama ini akan
menjadi mangsanya. Mereka kehilangan kasih sayang ibu bapa dan hidup tanpa belaian kasih
sayang seorang ayah atau ibu. Keadaan inj boleh menyebabkan jiwa anak-anak memberontak
dan sebagai jalan keluar, anak-anak mungkin mencari seseorang untuk meluahkan perasaan
dan melepaskan tekanan yang dihadapinya. Sebagai contoh anak-anak yang kehausan kasih
sayang daripada ibu bapa ini akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak
baik. Keadaan ini boleh membawa anak-anak atau remaja terjerumus dalam kancah gejala
sosial. Tegasnya, kehidupan rumah tangga yang tidak aman, sering bergaduh dan berpecah-
belah turut menyebabkan anak-anak terlibat dalam masalah gejala sosial.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja
terlibat dalam masalah gejala sosial. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya biasanya tidak
ada tumpuan terhadap keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa kesunyian kerana
tidak ada tempat untuk mengadu atau menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh
sebab itu, anak-anak akan mencari seseorang teman atau rakan sebaya untuk menceritakan
masalah mereka. Remaja yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan tidak
mendapat asas didikan agama akan lebih mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya.
Menurut pakar psikologi, anak-anak remaja lebih mudah meniru, mencontohi dan terikut-ikut
dengan sikap rakan sebaya kerana mereka mempunyai nilai, sikap, identiti dan perasaan yang
hampir sama. Kumpulan rakan sebaya ini biasanya mempunyai prinsip dan setiap ahli
kumpulan akan akur dan patuh kepada kumpulan tersebut. Kebanyakan remaja berasa bimbang
kerana disingkirkan daripada kumpulan rakan sebaya. Oleh sebab itu, remaja sanggup
melakukan apa-apa sahaja kehendak anggota kumpulan rakan sebaya. Sebagai contoh,
seandainya rakan sebaya mereka melepak atau ponteng sekolah, remaja tersebut sudah pasti
mencontohi kelakuan tersebut. Dalam hal ini, nasihat ibu bapa tidak akan ambil peduli.
Sekiranya, ibu bapa memarahi mereka, remaja ini sanggup lari dari rumah mengikuti rakan
sebaya mereka. Jelasnya pengaruh rakan sebaya yang tidak baik turut menjerumuskan remaja
dalam masalah gejala sosial.
Untuk menangani masalah gejala sosial ini, ibu bapa perlulah memberikan sepenuh
perhatian dan tumpuan terhadap rumah tangga dan anak-anak. Ibu bapa perlulah memberikan
kasih sayang dan mengambil berat tentang anak-anak. Ibu bapa juga perlulah selalu berhubung
dengan pihak sekolah untuk menanyakan perkembangan diri anak-anak dan pelajaran mereka
di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana rumah tangga yang aman damai
agar anak-anak dapat menyatakan “rumahku syurgaku”. Ibu bapa juga perlulah mengelakkan
pergaduhan di hadapan anak-anak supaya anak-anak akan menghormati mereka. Ibu bapa juga
perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak agar anak-anak dapat mencontohi kelakuan ibu
bapa mereka. Bak kata pepatah “ bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Apabila wujud kasih
sayang terhadap anak-anak, anak-anak akan berasa diri mereka dihargai dan diambil berat. Ibu
bapa yang berjaya memahami jiwa anak-anak dan ditambah pula dengan kemahiran
keibubapaan mampu wujudnya sebuah rumah tangga yang bahagia. Suasana ketenangan dan
dilimpahi kasih sayang dapat menjadi tarikan kepada anak-anak agar tidak terjerumuskan diri
dalam gejala sosial atau terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak sihat.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memberi didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak sejak kecil. Bak kata pepatah “ melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan “ asas
pendidikan bermula dari rumah”. Anak-anak ibaratkan seperti sehelai kain putih dan ibu
bapalah yang mencorakkan warna pada kain putih tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah
memberi didikan agama kepada anak-anak agar anak-anak dapat menghayati ajaran agama dan
nilai murni dalam kehidupan. Didikan agama yang sempurna mampu membentuk keperibadian
dan budi pekerti yang mulia kepada anak-anak. Sebagai contoh, anak-anak akan sentiasa
menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kerana mereka memiliki
keinsafan dan kesedaran diri yang tinggi. Anak-anak akan sentiasa bertutur dengan cara lemah
lembut dan penuh hormat terhadap ibu bapa dan orang yang lebih tua. Anak-anak yang ada
asas didikan agama sentiasa akan menjaga tindak- laku dan tidak akan meninggalkan solat dan
mereka akan membesar sebagai seorang remaja yang mempunyai pinsip dan jati diri serta tidak
akan terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak sihat. Jelasnya, didikan agama yang
sempurna mampu melahirkan anak-anak yang keperibadian mulia dan mereka akan berasa
malu sekiranya mereka melakukan sesuatu yang boleh mencontengkan arang ke arah muka ibu
bapa.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah mengambil berat persahabatan anak-anak mereka
dengan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana ibu bapa boleh mengawal disiplin mereka. Ibu
bapa perlulah memastikan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia. Dalam
hal ini, ibu bapa perlu mengetahui tujuan dan sebab-sebab anak-anak mereka keluar rumah dan
balik lewat ke rumah. Ibu bapa juga jangan terlalu memberi kebebasan yang keterlaluan dalam
bergaulan untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan anak-anak yang
bermasalah di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung
dengan guru-guru kelas atau guru pelajaran anak-anak mereka di sekolah untuk mengetahui
tingkah laku dan prestasi akademik mereka di sekolah. Menurut seorang Ahli Fikir Islam, Ibn
Sina, “hendaklah setiap ibu bapa meletakkan anak-anak mereka dalam kalangan anak-anak
kelakuannya yang berakhlak mulia”. Anak-anak yang sentiasa dikawal oleh disiplinnya dan
pergaulannya oleh ibu bapa sejak kecil, anak-anak ini akan membesar dalam suasana yang baik
dan berbudi pekerti mulia.
Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial
memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh
semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah
bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. Saya berharap anak-anak juga
perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta tahu menghargai segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada
peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama
baik negara di persada masyarakat.

Latihan 8
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu,
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti
pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka . Kata-
kata ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang
sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan
amanah Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah
tangga yang aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa
memberikan sepenuh kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat
sehelai kain putih , ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya ,
apakah peranan keluarga khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ?

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak
dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah sering
menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan
bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak
dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk
perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan membesar dengan
perpandukan ajaran agama . Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh
untuk mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan
dalam keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan
akhlaknya . Sebagai contoh , jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat,
anak-anak mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes,
rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting
untuk membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada
anak-anak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana
anak-anak yang berusia setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk
perlakuan orang yang lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga
yang lebih tua memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-
anak kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi . Sebagai contohnya , jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca , sudah pasti
anak-anak yang terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga
yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih
yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi
menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang
dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Ibu bapa perlulah
menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah yang akan mencorakkan
kehidupan anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik , maka
akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak –anak yang sering mencontohi
perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh
menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama dan
berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia . Dalam hal ini , ibu bapa
perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup untuk saling berkasih sayang . Ibu bapa
perlu meletakkan panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long atau Abang
Long bagi anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya kemesraan dan
kasih sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan kepada
anak-anak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan.
Ibu bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan
kerja rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama . Perbuatan
seperti ini akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga
sendiri. Jelasnya, ibu bapa yang berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang
dalam kalangan ahli keluarga akan dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling
menghormati.

Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan
bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak
lebih bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh
baju, menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar
supaya bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka .
Hal ini amat penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang
dimiliki . Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar
anak-anak dapat menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja
. Anak-anak yang sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai
seorang yang sederhana sikapnya , tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara.
Anak-anak juga melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa
balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan jauh.
Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa
mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab .

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak
khususnya anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu mengetahui
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya
anak-anak. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar
terhadap masa depan anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
dalam segala tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti
yang hampir sama. Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-
anak . Hal ini demikian kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa
dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di
muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap
anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah ,
beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan
siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan mengetahui tujuan anak keluar rumah dan
balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti masa hadapan anak-anak
dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak-geri anak-
anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak
yang bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab untuk mendidik anak-
anak menjadi insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak
harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka
terlebih dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka.
Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa
luhur dan bersahsiah mulia.

Latihan 9
Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan
anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan
ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-
anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca
bahan-bahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan
animasi kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku
motivasi, pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al
Islam, dan Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan
kewujudan majalah tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya
ilmiah dianggap berat dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan
majalah atau buku-buku yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana
pembacaan bagi mereka hanya sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja.
Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa
merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan
dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu
bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa
anak-anak ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC
yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk
membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang
menarik serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang
disukai dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-
anak agar dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda
anak-anak. Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan
keagamaan, falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang
untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan
pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar.Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-
anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat
anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca.
Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan
persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu
bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu
senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-
anak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah
kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak anak sejak kecil lagi untuk
membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas
pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-
anak pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri tidak
betul. Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-
anak hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat
orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-
anak kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja
mereka pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar
ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak
buku atau majalah yang yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan
minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak
banyak membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa,
mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah
Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang
dibeli secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku
dan majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa
mereka. Minat untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa
mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri
unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan
tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau
hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran.
Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir
anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-
sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak
hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan
cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-
anak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang
terkini. Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka
didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku . Secara tidak langsung,
anak-anak juga dapat membezakan bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak
berkualiti. Anak-anak pasti memilih bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan
minda seseorang dalam mengeluarkan pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa
juga boleh menggalakkan anak-anak menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku
yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-
anak bukan sahaja mendapat kesedaran tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut
memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa perlulah membawa anak-anak menghadiri
kempen-kempen membaca dan menggalakkan anak-anak menyertai ahli kelab buku agar anak-
anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat membentuk anak-anak menjadi insan yang
mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan
ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku-
buku agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat
menyuburkan minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut.
Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-
buku yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk
membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada
setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti
membaca tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak
memerlukan modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh
disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali
dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca,
bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar
pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian
dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa.
Mereka akan selalu membaca apabila ada masa terluang dan mereka akan menghargai masa
kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka
bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal
mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu
pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka
dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha
ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan
mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang
menyalahgunakan internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu
bapalah merupakan pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak
melayari internet untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-
kedai buku berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah
supaya boleh melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh
daripada bahan-bahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-
mesej yang terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting
menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap
suka membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-
anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk
menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh
cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan
mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata
bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal,
malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.

Latihan 10
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan
mereka itu tercapai.
Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman
setiap ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal
tersebut. Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Mereka perlu berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan
mengaplikasikan kemahiran keibubapaan ke tahap yang paling optimum. Jika hal ini
dipraktikkan, harapan untuk memiliki anak-anak yang berguna akan dapat direalisasikan.
Persoalannya,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling
berkasih sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan
kasih sayang mereka. bu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan
kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka diambil
berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada
anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan mengucapkan kata-kata
positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah
kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta
motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah
menyatakan rajin dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan
anak menjadi sampah masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di
samping sikap ibu bapa yang materialistik dan mementingkan kerjaya .Sebagai
contohnya,banyak ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada
pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa tersisih dan diabaikan
lalu melakukan perkara-perkara negatif. Tegasnya,anak-anak akan menjadi insan yang berguna
kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika keluarga yang saling berkasih sayang
dan mengambil berat dapat diwujudkan.
Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-
anak. Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak
berasa tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan di
hadapan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-
anak mendengar segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan
dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli
keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar dan bilik untuk
anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti bahawa anak-anak
yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan sesetengahnya
tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk
gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di
bandar-bandar besar, khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu
bapa perlu menyediakan kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka
menginginkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu
bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka
kecil lagi kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya dan asas pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat
membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka
mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk
membezakan baik atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan
ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik. Jika ibu bapa mempunyai pegangan didikan agama
yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu
tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan
kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat
seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat
merealisasikan impian ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan
betul”. Ibu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak
akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik” sudah jelas membuktikan bahawa
segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya
meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah didikan ibu
bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan
bertanggungjawab. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan
mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian
kerana keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan.
Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik agar anak-anaknya turut menjadi
insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada
orang lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna,
ibu bapa tidak sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran.
Hal ini demikian kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak
mereka tetapi untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam
konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain orang lain” dalam masyarakat adalah untuk kebaikan
bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang
diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak
mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang
sama. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima
kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka. Peribahasa “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru terngadah” sewajarnya
menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak
sama ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil
berat ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak
mengecewakan ibu bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada
dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah
juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu
menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin, guru kelas
atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti
perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru
disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu
mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa
juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang lewat.
Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak agar
mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan berbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk
membentuk anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran
ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas
yang mudah. Semua ini perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan
dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh
ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.Setiap ibu
bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan
negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat
anak-anak mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang
sumbangan kepada masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan
keluarga kita.

Latihan 11
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.
Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Pernyataan ini jelas
menunjukkan bahawa hasrat semua ibu bapa di dunia ini adalah sama. Sesungguhnya, ibu bapa
merupakan insan mulia yang melahirkan kita dan membesarkan kita dengan penuh kasih
sayang bagai menatang minyak yang penuh. Mereka merupakan orang yang paling banyak
berkorban demi kesejahteraan hidup kita. Ahli bijak pandai pernah berkata bahawa,”Tiada
anugerah yang lebih berharga yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada anaknya kecuali tunjuk
ajar dan budi pekerti yang mulia”. Ungkapan ini jelas memaparkan betapa besar pengorbanan
ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Sebagai anak yang
bertanggungjawab, kita perlu sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa kita dan sentiasa
bersedia untuk membalas budi mereka agar kita tidak dianggap sebagai anak yang derhaka atau
kacang lupakan kulit. . Satu perkara yang amat wajar kita lakukan dalam kehidupan kita ialah
memenuhi harapan ibu bapa terhadap kita agar berjaya dalam hidup. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang wajar saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai?
Usaha pertama yang perlu saya lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa tercapai ialah
saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Saya akan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar di kelas. Sekiranya
terdapat topik yang tidak difahami, saya akan bertanya kepada guru. Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik pada zaman ini menentukan keadaan
masa hadapan seseorang kerana mereka yang cemerlang dalam akademik biasanya
mempunyai masa hadapan yang cerah. Kejayaan yang saya capai ini, sudah pasti dapat
membanggakan kedua-dua ibu bapa dan keluarga. Pada era globalisasi ini yang penuh dengan
persaingan ini, amat penting bagi seseorang mencapai kecemerlangan akademik untuk
bersaing dengan orang lain terutamanya dalam alam pekerjaan. Masyarakat kini menilai
seseorang berdasarkan pencapaian akademiknya. . Saya akan sentiasa berusaha untuk
membolehkan diri saya meraih kejayaan dan kegembiraan setiap kali keputusan peperiksaan
diumumkan. Oleh itu, saya akan membuat persediaan yang rapi sebelum menduduki
peperiksaan agar saya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang kerana di mana ada
kemahuan di situ pasti ada jalan.. Pada masa yang sama,saya juga akan memberi perhatian
pada perkara yang berkaitan dengan ilmu selain bidang akademik. Hal ini kerana saya sedar
bahawa kecemerlangan akademik bukanlah segala-galanya.Seorang insan yang berjaya perlu
mahir dalam pelbagai bidang.Tegasnya,saya akan belajar dengan tekun dan berusaha dengan
gigih bagi menunaikan harapan ibu bapa.
Selain itu, saya juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa
dalam kehidupan. Saya akan mengamalkan nilai ketabahan, kerajinan, amanah, tidak berputus
asa dan beryakinan tinggi dalam usaha mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana saya sedar
bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang
akademik, malahan perlu menjadi seorang yang cemerlang dari segi akhlak, rohani, intelek dan
emosi iaitu mempraktikkan konsep JERI yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai contohnya, saya akan sentiasa bersopan santun dan menghormati ibu bapa, guru-
guru, jiran tetangga dan orang di sekeliling saya. Amanat ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan saya dengan orang lain malah dapat membina personaliti yang luhur dalam diri saya.
Saya juga akan sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan bertegur sapa seperti
mengucapkan selamat kepada mereka. Sahsiah yang saya miliki ini pasti akan
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa saya, bak kata pepatah, “ahklak yang baik seperti
madu, sentiasa manis dan berkhasiat”. Saya akan membuang sikap malas dalam diri agar tidak
menghampakan harapan ibu bapa saya. Akhlak yang terpuji akan menjadi penghias diri dan
berjalan seiring dengan kejayaan yang kita miliki. Kita perlu ingat bahawa sekiranya ahklak
seseorang itu buruk,,walau betapa cemerlang pun pencapaiannya dalam akademik tidak akan
dihormati dan disegani. Jelasnya,amalan berbudi bahasa amat penting dalam menentukan
kejayaan seseorang individu.
Seterusnya, saya juga akan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama sekiranya
ingin berjaya dalam kehidupan. Pegangan agama yang teguh membolehkan saya mempunyai
benteng keimanan yang kukuh dan ampuh bagi mengelakkan diri saya daripada pengaruh
negatif yang dapat menjejaskan kehidupan saya. Dengan berpegang teguh kepada ajaran
agama, saya akan memiliki jati diri yang utuh untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya ke kancah maksiat. Hal ini kerana Tuhan sentiasa menyeru hambanya
untuk melakukan sesuatu yang baik serta menjauhi perkara yang buruk. Pegangan kepada
agama juga dapat meningkatkan keyakinan diri saya dan membolehkan saya mempunyai
matlamat yang jelas dalam hidup. Hal ini amat penting dalam menentukan kejayaan saya pada
masa hadapan. Pendidikan agama yang saya peroleh, menjadi pedoman hidup yang boleh
membentuk saya menjadi seorang yang positif dalam segala hal. Saya tidak mudah dipengaruhi
oleh rakan-rakan yang tidak baik. Sebaliknya, saya akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa
dan keluarga. Tegasnya,saya akan berpegang teguh kepada ajaran agama agar dapat mencapai
kejayaan dalam hidup dan membanggakan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang baik dan mempunyai
keinginan untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.
Dengan ini, saya tidak akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bermasalah dan seterusnya
terlibat dalam gejala social yang negatif. Saya akan membezakan antara kaca dengan permata
dan sentisasa memikirkan akan masa depan saya serta matlamat hidup saya. Melalui pergaulan
dengan rakan-rakan yang mengutamakan pendidikan mereka, saya akan dapat bertukar-tukar
pendapat serta ilmu dengan mereka. Saya juga dapat menyertai kumpulan pembelajaran mereka
dan membolehkan saya berbincang serta lebih memahami topik-topik yang telah diajarkan oleh
guru. Secara tidak langsung, pencapaian keputusan peperiksaan saya akan meningkat hasil
daripada perbincangan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan. Pergaulan dengan rakan-rakan
yang bijak dalam pembelajaran akan dapat menimbulkan persaingan yang sihat dalam diri saya.
Saya akan mempunyai semangat untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh agar diri
saya tidak akan diasingkan dari kumpulan tersebut serta tidak akan berasa tersisih dan terpulau
apabila dalam menyelesaikan sesuatu soalan. Saya juga dapat bergantung kepada rakan–rakan
yang baik ini apabila saya tidak berdaya untuk menghadapi dan menyelesaikan sesuatu
cabaran dalam hidup. Mereka tentu akan dapat membantu saya untuk membangkitkan diri saya
semula dengan memberi dorongan dan nasihat yang berguna kepada saya dan bukannya
menyuruh saya melibatkan diri diri dengan gejala sosial negatif yang dapat mengurangkan
tekanan jiwa dan stress. Maklumlah, seseorang akan lebih terpengaruh dengan gejala sosial
apabila berada dalam ambang kegagalan dan kekecewaan. Tegasnya, saya akan bergaul
dengan rakan-rakan yang berakhlak mulia agar saya tidak akan tersilap langkah dalam membuat
sebarang keputusan dalam hidup saya agar dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
Seterusnya, saya akan meningkatkan keilmuan diri saya dengan pembacaan. Ibn. Khaldun
pernah berkata bahawa “membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah
sesuatu bangsa dan sesebuah negara”.Hal ini jelas menunjukkan bahawa membaca adalah
amat penting dalam menentukan kekuatan dan kejayaan seseorang individu. Saya akan
membaca buku-buku yang berkaitan dengan pembinaan kendiri seperti buku-buku motivasi dan
sebagainya untuk meningkatkan tahap pemikiran diri saya kerana membaca jambatan ilmu.
Langkah ini bagai serampang dua mata kerana selain boleh membantu saya dalam bidang
akademik, usaha tersebut juga dapat membentuk diri saya menjadi seorang yang berilmu
pengetahuan luas. Secara langsung, kejayaan akan dapat dicapai dalam kehidupan. Saya juga
akan cuba memperbaiki kelemahan diri untuk berjaya dalam kehidupan. termasuk mengatasi
sikap malas. Saya akan mengubah sikap ini untuk mencapai kejayaan dan berubah menjadi
seorang yang rajin kerana rajin dan usaha, tangga kejayaan. Saya berharap agar perubahan
yang saya lakukan ini dapat membolehkan diri saya mencapai harapan ibu bapa iaitu berjaya
dalam kehidupan. Apabila masuk ke alam pekerjaan kelak, saya akan mencari pekerjaan yang
stabil dan membalas budi mereka.
Akhir sekali, saya akan sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kerana Tuhan hanya akan
menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu bapa. Saya akan sentiasa patuh
kepada arahan ibu bapa tanpa sebarang rungutan kerana saya sedar bahawa syurga terletak di
bawah tapak kaki ibu. Saya juga sedar bahawa tanpa doa dan dorongan ibu bapa, betapa tabah
dan pandai saya sekali pun, saya tidak mungkin akan mencapai impian serta kejayaan dalam
hidup saya. Ibu bapa merupakan insan yang lebih tua dan mereka terlebih dahulu makan garam
daripada saya. Oleh itu, ibu bapa mempunyai pengalaman yang kaya dan luas dalam
masyarakat dan dunia luar. Maka, wajarlah saya untuk meminta dan menerima pandangan
mereka agar diri saya tidak akan menimbulkan kesilapan yang mungkin mengakibatkan saya
berasa menyesal buat seumur hidup saya. Mereka merupakan punca tenaga dan dorongan
saya untuk mengejar impian dan cita-cita saya serta memperoleh kejayaan dalam hidup saya.
Tanpa mereka, saya tidak mungkin berpeluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup saya.
Tegasnya, saya akan mematuhi arahan dan mendengar nasihat ibu bapa agar impian saya dapat
dicapai dan yang paling penting sekali ialah kisah Si Tanggang tidak akan berlaku ke atas diri
saya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mencapai
impian dan kejayaan dalam hidup, saya sebagai remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan.. Saya akan berusaha memastikan agar impian dan cita-cita saya
tercapai dan sekali gus, saya juga dapat memenuhi impian dan harapan ibu bapa saya. Charles
Dickens pernah berkata bahawa “kemahuan seperti sebilah pedang yang dapat membuat jalan
melalui hutan rimba.” Manusia memang tidak dapat menjangka dan melihat masa hadapan,
tetapi manusia boleh meramal masa hadapan mereka dengan merancang masa hadapan
mereka sebaik-baiknya. Jelasnya, kita harus memberi peluang kepada diri kita untuk
menjadikan impian dan cita-cita sebagai kenyataan kerana hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih.

Latihan 12
Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda lakukan
untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.

Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk mendapatkan pelbagai
informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun, sejak akhir-akhir ini isu para
pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana para
pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada masa hadapan, bak kata
peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pusat sumber sekolah perlu
diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar
agar menjadi pelajar yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah?
Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya lakukan
untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah satunya ialah
saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas dan menarik. Saya
akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk mengemas kini pusat
sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber akan diadakan secara berkala
agar pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan buku-
buku disusun atur dengan kemas di atas rak-rak buku mengikut kategori dan jenis buku.
Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapat diwujudkan. Situasi ini dapat memberi
keselesaan kepada seseorang pelajar semasa mengulang kaji pelajaran di pusat sumber.
Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik mampu menarik para pelajar berkunjung ke
pusat sumber.
Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program Nilam untuk
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contohnya, saya boleh membantu
mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk kegunaan para pelajar
semasa program Nilam. Oleh itu, program Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Hal ini dapat membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga menyemai
budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan amalan membaca dalam
kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan melambangkan ketinggian tamadun
sesuatu bangsa. Dengan membaca, seseorang itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan
sebagai pedoman hidup, bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu. Justeru, pelaksanaan
program Nilam yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk mengunjungi
pusat sumber.
Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan
kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak pengurusan
agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber untuk kebaikan pelajar.
Saya akan meminta pihak pengurusan menyediakan komputer yang boleh diguna pakai oleh
pelajar untuk melayari internet bagi mendapatkan pelbagai informasi terkini.Saya akan
membantu dari segi penyediaan buku-buku yang baharu dan menarik. Dengan adanya pelbagai
buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.
Pihak sekolah juga perlu menyediakan pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada para
pelajar. Secara tidak langsung keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang kondusif dan
menggalakkan para pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah.
Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya
mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi pekerti mulia
dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya pengunjung
menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi bahasa
budaya kita. Layanan mesra daripada pengawas menggembirakan para pengunjung dan
merupakan salah satu kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga
akan membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat
dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas kepada semua pelanggan
terutama sekiranya mereka lewat atau sengahaja tidak memulangkan buku yang dipinjam
mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah
agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya penggunaan ICT
khususnya komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku dapat menjimatkan masa
dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan langkah bijak kerana semua bahan bacaan
berbentuk buku akan direkodkan secara berkod yang memudahkan urusan pinjaman dan
pemulangan buku yang dilakukan secara ‘ scaning’. Kaedah ini akan mewujudkan sistem
pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu terlalu
lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yang sistematik
dan efektif adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah.
Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber
pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi pengguna
yang bermaklumat dan pemikir yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada pelajar sendiri
sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya, tepuk dada tanyalah minda. . Semua pihak
perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah bak
kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Latihan 13
Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi muda.

Jelaskan usaha-usaha yang boleh anda lakukan bagi memartabatkan permainan tradisional di
negara kita.

Pada zaman pascakemerdekaan ini, arus modenisasi dan globalisasi yang pesat
berkembang menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan
disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Permainan tradisional adalah merujuk
kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu
tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita kaya dengan pelbagai jenis
permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara jenis
permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu
seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan sebagainya. Kebanyakan daripada
permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini membayangkan bahawa
permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha diambil untuk
mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya generasi masa ini.
Persoalannya, apakah peranan yang seharusnya saya mainkan dalam usaha memartabatkan
permainan tradisional di negara kita?

Usaha pertama yang saya lakukan untuk memartabatkan permainan tradisional adalah
dengan memupuk minat diri sendiri terhadap permainan tradisional. Remaja pada masa ini
banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering
menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Oleh itu, sebagai
generasi muda, saya harus sedar bahawa saya berperanan memartabatkan permainan
tradisional. Hal ini boleh dilakukan atas kesedaran diri sendiri untuk mencari pelbagai informasi
berkaitan dengan permainan tradisional. Saya akan mengakses maklumat tentang permainan
tradisional agar dapat memahami dengan lebih jelas setiap permainan tradisional yang ada di
negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenan
pelbagai permainan tradisional berserta gambarnya sekali. Secara tidak langsung, wujud
kesedaran dalam diri sendiri untuk memartabatkan permainan tradisional di negara ini bagi
menyaingi permainan moden yang semakin popular dalam kalangan remaja.

Selain itu, usaha yang boleh saya lakukan adalah dengan menjadikan permainan
tradisional sebagai pengisi masa lapang. Hal ini boleh dilakukan dengan rakan-rakan sebaya
pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Saya
boleh meminta tunjuk ajar daripada golongan yang lebih tua tentang cara-cara permainan
tradisional tersebut bagi membolehkan saya dan rakan-rakan memainkannya bersama rakan-
rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat
memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan
diri saya sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada
pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri saya lebih baik mengisi masa
dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada generasi
muda masa ini.

Di samping itu, bagi memartabatkan permainan tradisional, saya sebagai pelajar sekolah
haruslah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional
menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Saya akan menulis surat kepada
pihak sekolah menerusi persatuan agar memasukkan permainan tradisional menjadi
sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan
memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar. Saya juga akan menyertai
permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum
dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat
wau, pertandingan bermain congkaka dan demonstrasi permainan daripada golongan tua yang
lebih berpengalaman bagi menarik minat pelajar. Dengan cara tersebut, minat remaja terhadap
permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara.
Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika pelajar telah mula
diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat terhadapnya akan
tertanam secara semula jadi. Maka para pelajar perlu berani membuat perubahan ke arah
memartabatkan permainan tradisional.

Usaha yang seterusnya ialah saya sebagai remaja perlu menanamkan semangat cinta
akan budaya terutama permainan tradisional. Hal ini adalah kerana, permainan tradisional
merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar
dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri
sejak kecil sesuai dengan peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya
telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan
memartabatkan permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada
awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan. Begitulah juga
yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika remaja seperti saya telah mula
menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya masyarakat ini, maka sudah pasti permainan
tradisional terpelihara megah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sesungguhnya kecintaan
terhadap permainan tradisional akan memupuk juga rasa cinta terhadap negara

Kesimpulannya, remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan tradisional agar


permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia
umumnya dan generasi muda khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan
meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan tradisional terus dimartabatkan dan
diketengahkan dalam pelbagai situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling
bekerjasama sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan di
negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan sesuai dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Latihan 14

Semangat Kejiranan dalam kalangan rakyat di egara ini semakin longgar.


Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh pelbagai pihak supaya
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan?

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan dan
juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal dalam satu taman atau di sebuah egara yang sama,
mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang
akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi
kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran sepakat membawa berkat”.
Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam
melakukan sesuatu perkara. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat?

Langkah primer yang harus diambil oleh pihak kerajaan ialah kerajaan menjalankan
kempen-kempen kejiranan yang bersesuaian di semua peringkat sama ada peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan.Tujuan kempen ini adalah untuk menanam semangat perpaduan dan
bersatu padu dalam kalangan rakyat. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia.Usahasama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi
masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Kempen kejiranan yang
dijalankan ini perlulah berterusan dan janganlah seperti “hangat-hangat tahi ayam” sahaja.
Jelasnya,kempen yang dijalankan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk
memupuk semangat kejiranan.

Selain itu, langkah yang harus diambil ialah masyarakat setempat perlulah
mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan
bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan
berbincang ,mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus
membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat
digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan
kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri kendara dan sebagainya. Melalui cara
ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan egara jiran. Malahan, menurut laporan
majalah ‘The Times’ di Australia. kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia
merupakan antara aktiviti yang terbaik di dunia.

Di samping itu, peranan media massa merupakan langkah yang amat penting dalam
meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai kaedah boleh
digunakan dalam menyuburkan semangat kejiranan.Media cetak misalnya boleh menyiarkan
artikel-artikel tentang kepentingan semangat kejiranan .Media elektronik pula boleh menyiarkan
dokumentari dan rancangan menarik tentang kejiranan. Melalui media massa, pelbagai
maklumat dan berita boleh disampaikan dengan cepat dan mudah .Sesungguhnya,berita dan
isu semasa yang disiarkan oleh media massa lebih mudah menarik perhatian orang ramai
terutamanya generasi muda. Sebagai contoh, usaha Majalah 3 menyiarkan ‘Colour of Malaysia’
wajar disokong. Justeru,semangat “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” ini
wajar kita tonjolkan melalui media massa.

Seterusnya, setiap penduduk hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka


semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalan kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka,
jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya
,melalui rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan
berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh,
sambutan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,Krismas,
Deepavali dan sebagainya hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka
mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat
lagi.

Di samping itu, Jawatan Kuasa Kampung dan Jawatan Kuasa Taman juga hendaklah
mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat setempat. Semasa aktiviti Hari Keluarga diadakan,s emua ahli keluarga jiran akan
turut serta melibatkan diri dalam aktiviti berkayak, memasukkan air ke dalam botol ,terompah
gajah dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan
sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di
padang bola sepak, gelanggang bola egara, taman rekreasi atau padang sekolah yang
berhampiran .Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat egara jiran dapat dibentuk yang
secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang
lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu,”ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni”.
Tambahan lagi, kerajaan juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri
dalam aktiviti egara seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah
membentuk satu persatuan yang mempunyai satu egara organisasi yang teratur. Persatuan
atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak
pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga,
Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan
sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara
bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak
diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu,iaitu “ibarat aur dengan tebing”
yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Akhir sekali, masyarakat mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi


dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan.
Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan
mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu
berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkanke hospital
kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa “berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya”, namun sebagai
jiran, kita mestilah berpegang kepada prinsip cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.
Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai
segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk


setempat. Dalam era globalisasi, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu
“bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat
kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan egara. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan
semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi,dalam setiap masa, kita
mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya
egara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

LATIHAN 15

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting bagi menggalakkan anak-anak
menggunakan barangan buatan Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-anak dalam
menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.
Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai barangan serta
produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita agar tidak lagi mengagung-
agungkan barangan luar. Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar
dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari tentang
kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi orang muda-muda
yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih kebendaan. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia?
Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah ibu bapa perlulah
menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak
langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan insan yang paling dikagumi kerana ibu bapalah orang
yang terdekat dengan anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum
digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah
dan bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar
anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak hilang rasa kagum dan
kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah membeli kereta buatan Malaysia
seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan elektrik seperti Panasonic, Philips dan lain-
lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan
menyokong barangan buatan Malaysia yang berkualiti ini.
Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-anak
mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian
kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja supaya mereka terpanggil
untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh
menanam minat anak-anak terhadap barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa
Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat
menyuntik nilai cinta akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban
untuk negara kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk mencontohi
warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan
negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti
menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Panasonic. Dengan
menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat
malalui Dasar Pandang Ke Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik
untuk meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan
semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-
bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan
golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja juga merupakan harapan negara
kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli
produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.
Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa membawa
anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa bolehlah membawa
anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara. Karnival sebegini telah ditetapkan hanya
barangan Malaysia yang mempunyai tawaran potongan harga yang istimewa. Sebagai contoh,
kraf tangan dan batik, yang merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu
bapa perlu mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada
pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri. Apabila anak-anak meminta sesuatu benda
yang tidak keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli barang tersebut dan barang tersebut
mestilah merupakan barangan buatan Malaysia. Terdapat juga pameran yang mengadakan
pelbagai jenis pertandingan. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak
menyertai pertandingan-pertandingan seperti menulis esei, melukis poster dan menjawab
soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda
anak-anak supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat
untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu
bapa perlulah membeli barangan buatan Malaysia untuk didedahkan kepada anak-anak
generasi baru ini.
Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan
Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-faedahnya,
menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa haruslah memberitahu
anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang kini bukan sahaja kualitinya setanding
dengan produk-produk luar negara, malah harganya juga cukup murah untuk dimiliki
seseorang. Ibu bapa juga boleh menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti
Kempen Beli Barangan Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan
mengetahui secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang
rendah barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-jauh oleh ibu
bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka, tetapi, sebaliknya, membinakan
semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan
tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting dalam menerangkan manfaat-manfaat
barangan buatan Malaysia kepada anak-anak supaya mereka sedar dan bijak memilih benda
yang baik dan mendatangkan kebaikan kepada mereka.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang
merupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan peranannya yang
amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong, membeli dan menggunakan
barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia supaya negara kita bukan sahaja
mengimport barangan luar negara malah juga mengeksport barangan buatan Malaysia dapat
dicapai. Sedarlah bahawa barangan Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan
import negara malah mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha
daripada ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut menghayati
tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan semangat seisi
negara agar seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap
dengan membeli barangan Malaysia. Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan
azimat yang tersemat agar kita berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.
LATIHAN 16
Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera
Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah komputer
untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau membaca
daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan
rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang
dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan
sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang dihasilkan
merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita. Minat untuk membaca
karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam kalangan masyarakat. Persoalannya,
apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang
ramai untuk membaca karya sastera?
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber
Sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti
novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’ oleh A.Samad Said, ‘Saudagar
Besar Dari Kuala Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad dan ‘Tulang-tulang Berserakan’ oleh
Usman Awang agar murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh
mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan. Langkah
ini membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan mereka
ingin menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat pelajar terhadap karya
sastera akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh menggalakkan setiap kelas
menyediakan satu ruang atau sudut membaca di kelas bagi memudahkan pelajar untuk
menghayati karya sastera ketika guru tiada di dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan
peranan yang penting dalam menarik minat pembaca terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik
minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang
karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum
mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan
sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk dibaca
oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai
kepada anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak
dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran
buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi
dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi
tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah. Dengan itu, minat
anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam mengambil langkah
menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Sebagai contohnya, pihak
media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan
surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan
karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera
atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai. Dengan itu,
orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita dengan lebih mendalam.
Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak
dan syair yang bertemakan karya-karya sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil
langkah untuk menarik perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen
menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang
untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan
boleh membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca
ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil
inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat
menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan berpendapatan
rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa
pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih
banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh
bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga
perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya
Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh
pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi
pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya
sastera dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk
menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas
tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca
karya sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah
tersebut mendapat sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku
warga Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan
warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.
LATIHAN 17
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan
yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal
atau mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan
mental ini menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi ,
pelajaran dan pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara umumnya dapat
dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya
secara sementara. Walaupun banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak
harus dipinggirkan kerana mereka juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab
itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu OKU meneruskan kehidupan dengan
sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan
kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal
ini kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang
tidak sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kelainan
Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang
sama seperti insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna.
Namun begitu kita harus melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu
seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan
sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan
nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka
dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting
dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan
rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti
Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat.
Melalui rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung
wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas
disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan
kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan
daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka
untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya
(OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan
elektrik, membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat
Latihan dan Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam
pelbagai bidang kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan
gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi
menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan
elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat
meringankan beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan
kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan
sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang
susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan
modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan daripada
persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada
pertolongan daripada orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat
yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang
berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang
menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah
ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah
pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini
akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah
yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam
syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang
umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan
kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal
sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus
daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada
OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk
meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan
hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding
bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu
golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun
2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat
kita dalam usaha membantu golongan OKU.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen
menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang untuk
mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan boleh membina
perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca ataupun meminjam
karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk mengurangkan
kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat menurunkan harga buku tersebut agar semua
rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu
sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil
langkah untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya
sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama dengan
penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga perlu memberikan bayaran
setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk
melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan
dan bagi membolehkan para peminat berkongsi pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga
boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera dalam setahun dan bekerjasama dengan
seberapa ramai penulis dan penerbit untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas
tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca karya
sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah tersebut mendapat
sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga Malaysia haruslah
mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan bangsa dan mencerminkan
identiti kita.
LATIHAN 17
Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan
yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Orang Kelainan Upaya (OKU) ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau
mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini
menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan
pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun
banyak kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka
juga turut memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi
membantu OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan kurang
upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini
kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak
sempurna malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kelainan Upaya
(OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti
insan lain. Mereka tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus
melayan mereka secara istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas
jalan, memberi tempat duduk di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa
berperanan penting dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang,
simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Selain itu, media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting
dalam membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan
rancangan khas tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti
Bersamamu kerap kali memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui
rancangan ini , perasaan masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan
simpati dan terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak
media bagi memudahkan masyarakat menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang
demikian nasib OKU akan terbela dan mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk
meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada mereka
untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kurang Upaya
(OKU) diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik,
membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan
Pemulihan Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang
kemahiran supaya mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga
sendiri . Setelah mantap dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan orang lain membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan
mampu menyara hidup sendiri dan keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan
elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan
beban OKU malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.
Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini
demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan
dengan itu, pihak kerajaan telah berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat
melalui permohonan dan sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan
atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa
bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat
yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada
di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak
mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan
tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib
hidup mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat dalam
syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya
sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana
sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha murni
Pasaraya Besar Carrefour yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah
diberi pujian kerana mereka memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja
bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk
meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat
tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu
menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini
sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata
pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha
membantu golongan OKU.

You might also like