You are on page 1of 5

1.

0 Pemerhatian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa PBS

Menerusi pemerhatian saya semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), guru moral
iaitu Cikgu Wong telah menggunakan pendekatan pemupukan nilai dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral. Topik yang diajarkan ialah nilai berterima kasih. Guru banyak
menggunakan teknik penyoalan untuk melibatkan penyertaan murid di dalam kelas. Teknik
penyoalan dilihat dapat membimbing murid untuk menyuarakan pendapat mereka di dalam
kelas. Guru menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad imbasan semasa mengajar.
Murid berasa lebih seronok dan bersemangat untuk belajar. Dengan ini, murid berupaya untuk
melihat serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik yang diajar.

2.0 Definisi Pendekatan

Pendekatan melibatkan cara guru mendekati suatu tindakan yang digunakan secara
menyeluruh untuk menyampaikan isi pembelajaran. Pendekatan turut dapat dikategorikan
kepada beberapa jenis antaranya ialah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan
berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan lain-lain. Pendekatan-pendekatan ini
lazimnya diintegrasikan dengan kaedah dan teknik untuk mencapai hasil pembelajaran yang
terbaik.

3.0 Jenis Pendekatan

3.1 Pendekatan induktif

Pendekatan ini bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu bermula daripada sebab dan
contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi melalui pemerhatian dan mengkaji. Guru
akan membimbing murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan contoh.

3.2 Pendekatan deduktif

Pendekatan ini bermula daripada umum kepada spesifik, iaitu sesuatu hipotesis
diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru menggunakan hukum yang umum untuk memulakan
pengajarannya dan berakhir dengan memberikan beberapa contoh yang kusus.

3.3 Pendekatan berpusatkan guru

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting
sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara
guru dan murid adalah sehala (Tracey, 2008). Guru bersifat autokratik dan pelajar tidak bebas
untuk bergerak dalam bilik darjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih
mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Strategi pengajaran dan pembelajaran
lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

1
3.4 Pendekatan berpusatkan pelajar

Pendekatan ini mengutamakan komunikasi dan interaksi secara dua hala antara guru dan
murid. Pendekatan ini akan meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan murid
melalui proses kolaborasi ketika menjalankan aktiviti pembelajaran (Gloria, 2011). Guru
berperanan sebagai fasilitator dan membimbing murid dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Pendekatan ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan dimana murid
akan mengamalkan pembelajaran kooperatif.

4.0 Pendekatan Pemupukan Nilai

Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanam atau memupuk set nilai budaya
masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat
tersebut. Pendekatan ini bermatlamat untuk membimbing murid untuk menghayati nilai agar
nilai tersebut akan menjadi pegangan hidup seseorang murid. Nilai-nilai yang lazim dipupuk
ialah nilai keperibadian, nilai agama serta nilai dan adab serta nilai sejagat.

Pemupukan nilai dapat dilaksanakan melalui contoh teladan. Menurut Imam Al-
Ghazali dalam Rahimah Ghazali (2013) “Pendidik adalah orang yang menyampaikan sesuatu
kepada orang lain atau pelajarnya iaitu sesuatu yang baik, positif, kreatif dan membina diri
kepada seseorang yang bersedia untuk menerima ilmu tanpa mengira pangkat dan darjat.”
Model bermaksud seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh untuk ditiru atau
diteladani manakala insan membawa maksud manusia (Kamus Dewan Edisi 3, 2002; Kamus
Dewan Edisi 4, 2005). Maksud model insan secara umumnya dapat disimpulkan sebagai
manusia yang mempunyai sifat atau watak cemerlang dan sedia dijadikan teladan atau
dicontohi oleh orang lain. Menurut (Khairi & Suhid, 2010), guru sebagai model insan
merupakan pemimpin teladan baik yang akan dijadikan ikutan di sekolah. Contohnya, seorang
guru yang beramal akan menjadi sumber rujukan warga sekolah dan merupakan pencetus
budaya yang positif dan harmoni.

Selain itu, pemupukan nilai turut dipraktikkan melalui pengukuhan positif. Misalnya,
memuji dan memberi galakkan kepada murid apabila murid melakukan perlakuan yang baik.
Pengukuhan positif ini akan memberi motivasi kepada murid untuk terus mengamalkan
perlakuan positif tersebut. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah
perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Menurut Rahil Mahyuddin (2002), peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu
bentuk tingkah laku dengan adanya rangsangan tertentu. Sebaliknya, jika murid melakukan
perlakuan negatif yang bertentangan dengan nilai moral atau norma masyarakat, murid harus
diberi dendaan untuk dijadikan pengajaran kepada pesalah dan peringatan kepada orang lain.

2
Tambahan pula, pemupukan nilai dapat dilaksanakan dengan memberi keterangan
serta membawa murid untuk mengalami sesuatu pengalaman. Guru boleh berkongsi nilai dan
pengalaman dengan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru
boleh menunjukkan tayangan video mengenai konflik moral kepada murid dan memberi
penjelasan bagaimana menghadapi sesuatu dilema moral dan sebab perbuatan sedemikian
diambil. Selanjutnya, guru boleh mengarah murid untuk berlakon di dalam kelas untuk
memberi mereka pengalaman langsung. Menurut Patricia (1996), pengalaman langsung ini
akan memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada murid dan meningkatkan
keberkesanan pembelajaran.

5.0 Kepentingan Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan ini sangat penting bagi murid sekolah rendah kerana mereka harus
disuntik nilai moral sejak kecil lagi. Tambahan pula, murid sekolah rendah mudah diasuh dan
dididik. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendekatan ini dilihatkan
sebagai wadah yang asas dan mudah bagi guru untuk menyedarkan murid tentang
kepentingan nilai moral dalam kehidupan seharian. Pendekatan ini mudah dijalankan kerana
guru secara langsung dan tidak langsung mengaplikasikan pendekatan ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini turut dilihatkan lebih mendekati kognitif
pemikiran murid di sekolah. Murid lebih mudah menguasai teknik yang hendak disampaikan
kepada mereka. Pendekatan pemupukan nilai mudah diperhatikan untuk perkembangan
semasa seseorang murid.

Murid akan mempelajari dan terdedah kepada nilai murni menrusi aktiviti yang
dijalankan di dalam kelas. Kaedah dan teknik seperti bercerita, soal jawab, perbincangan,
penerangan dan menunjukkan tayangan video berkenaan dapat meningkatkan keberkesanan
pendekatan ini. Murid sementara melibatkan diri dalam aktiviti juga akan mempelajari nilai
murni. Oleh kerana isu keruntuhan moral dalam kalangan remaja semakin membimbangkan,
pendekatan pemupukan nilai merupakan alternatif yang baik untuk menyuntik nilai-nilai baik
dalam sanubari murid di sekolah. Dengan pengamalan dan penghayatan nilai murni, murid
akan bersahsiah tinggi dan menjauhkan daripada gejala sosial yang negatif. Lantaran isu
sosial dapat dikurangkan.

6.0 Apllikasi Pendekatan dalam RPH

Dalam RPH yang dirancangkan, nilai kerjasama merupakan topik yang akan diajar. Murid
akan memahami konsep kerjasama melalui aktiviti kumpulan. Guru sebagai fasilitator harus
memberi peluang kepada murid untuk bekerja dalam kumpulan. Guru juga sebagai motivator
dimana galakkan dan pujian boleh diberikan kepada murid yang berkelakuan baik. Dalam rph
bermatlamat untuk menyampaikan nilai kerjasama dalam kehidupn berjiran. Aktiviti seperti

3
membuat peta buih membantu murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk membantu
jiran. Aktiviti lakonan pula dapat meletakkan murid dalam situasi sebenar dalam kehidupan
seharian apabila menemui konflik dilema moral. Murid akan berfikir secara rasional sebelum
membuat sesuatu keputusan. Dengan ini, murid akan memahami tindakan mereka dan kesan
tindakan mereka dalam sesuatu situasi. Guru dapat membetulkan kesalahan murid dengan
segera dan menyuntik dengan nilai dan tindakan yang amal dan betul.

Rumusan

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami,


menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang
berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih
cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.
Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada
pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.

4
Rujukan

Gloria Brown Wright. (2011). Student-Centered Learning in Higher Education. International

Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 23(3), 92-97.

Kamus Dewan Edisi 3. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Harian Sdn.

Bhd.

Kamus Dewan Edisi 4. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam

Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan. MALIM

SEA Journal of General Studies, 117-130.

Patricia Stohr-Hunt. (1996). An Analysis of Frequency of Hands-on Experience and Science

Achievement. Journal Of Research In Science Teaching, 33(1), 101-109.

Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma

Publications.

Rahimah Ghazali. (2013). 313 Kod Rahsia Guru Super. Percetakan Zafar Sdn. Bhd: Kuala

Lumpur.

Tracey Garrett. (2008). Student-Centered and Teacher-Centered Classroom Management:

A Case Study of Three Elementary Teachers. Journal of Classroom Interaction, 43(1),

34-47.

You might also like