You are on page 1of 5

BAHAGIAN B

Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru Melalui Professional Learning Communities


(PLC) di SMK Seri Intan, Kluang, Johor

1.0 Pengenalan

Kualiti guru amat mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Pelajar-pelajar dari


golongan status sosio ekonomi yang rendah lebih cenderung mendapat manfaat
daripada guru yang berkesan. Pelajar yang mengikuti kelas dan secara berterusan
diajar oleh guru-guru yang berkesan menunjukkan pencapaian prestasi akademik yang
lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang diajar oleh guru-guru yang kurang
berkesan.

1.1 Nama Program

Meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui Professional Learning Communities


(PLC) di SMK Seri Intan, Kluang, Johor.

1.2 Tarikh dan Tempat

Januari hingga Jun 2015 di SMK Seri Intan, Kluang, Johor

1.3 Pelaksana dan Sasaran

Pelaksana program ini adalah terdiri daripada Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa,
Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan dan Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan
Matematik . Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti untuk menjalani program
PLC adalah terdiri daripada Ketua Panitia bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik .

2.0 Tujuan

Meningkatkan dan memantapkan profesionalisme guru-guru SMK Seri Intan


khususnya dalam menjana dan mencetuskan peningkatan kualiti peribadi, pengetahuan
dan pengalaman di samping memupuk semangat kerjasama sepasukan dan hubungan
yang berkualiti dalam kalangan guru dengan berkongsi pengetahuan dan kemahiran

Program ‘Professional Learning Communities’ SMK SERI INTAN 2015 | 1


yang sedia ada di samping guru-guru dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran
dan tidak lagi menumpukan apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari oleh murid.

2.1 Objektif program

2.1.1 Merancang dan menyediakan rancangan mengajar yang menarik minat


murid
2.1.2 Menjalankan PdP aktif dan interaktif yang dapat meningkatkan
motivasi murid
2.1.3 Memperkasakan kualiti guru dari aspek peningkatan ilmu pengetahuan
dan pengalaman.
2.1.4 Menjadikan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
sebagai budaya kecemerlangan.
2.1.5 Memupuk serta meningkatkan semangat dan kerjasama sepasukan
dalam panitia mata pelajaran

2.2 Justifikasi program

Setengah-setengah guru tidak tahu cara untuk meningkatkan daya pemikiran murid-
murid mereka di samping menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Justeru itu, guru-guru mata pelajaran perlu membentuk komuniti pembelajaran
profesional (PLC) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

3.0 Pelaksanaan Program

Guru-guru SMK Seri Intan secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan


Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid, bersama
membantu rakan yang lain dalam pengetahuan dan kemahiran topik-topik dalam mata
pelajaran tertentu dan menonton klip video pengajaran guru untuk melihat kekuatan
dan kelemahan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Amalan-amalan ini
diharapkan dapat menghasilkan sekolah yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia.

Program ‘Professional Learning Communities’ SMK SERI INTAN 2015 | 2


3.1 Peranan kepimpinan

Penolong kanan pentadbiran berperanan sebagai pembimbing di samping


memotivasikan guru untuk melaksanakan program ini secara sukarela dan juga
memantau dan mengawal perjalanan program ini supaya menghasilkan impak yang
tinggi terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM kelak.

3.2 Proses pelaksanaan

Program dimulakan dengan taklimat oleh Penolong Kanan Pentadbiran pada


pertengahan bulan Januari 2015 kepada semua guru diikuti dengan perlantikan
penyelaras kumpulan PLC yang terdiri daripada Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa,
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik dan Guru Kanan Kemanusiaan.
Perjumpaan kumpulan PLC diadakan pada setiap hari Selasa bermula jam 2.30 petang
hingga 4.30 untuk membincangkan strategi dan aktiviti PLC yang akan dijalankan
disamping membuat refleksi aktiviti PLC yang sudah dijalankan, rujuk dalam
lampiran proses pelaksanaan.

3.3 Proses pemantauan

Penolong Kanan Pentadbiran menyediakan borang perjumpaan mingguan dan borang


laporan bulan untuk semakan tentang kemajuan program yang kemudiannya akan
dilaporkan kepada pengetua dan melalui pembentangan kumpulan PLC pada hari Isnin
setiap bulan, pihak sekolah dapat menghasilkan iklim sekolah yang positif dan
warganya akan bertambah ghairah (passionate) dalam tugas dan tanggung jawab
masing-masing dan mampu menjana sinergi dalam sekolah, rujuk dalam lampiran
proses pemantauan.

3.4 Pengurusan kewangan

Bahan bantu mengajar dan bahan sokong aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang
menarik minat pelajar perlu disediakan oleh guru-guru mata pelajaran. Pihak sekolah
menggunakan PCG panitia masing-masing dengan sejumlah peruntukan RM 200.00

Program ‘Professional Learning Communities’ SMK SERI INTAN 2015 | 3


4.0 Implikasi Projek

Pihak sekolah sentiasa membuat refleksi dan melihat impak program yang
dilaksanakan disamping mengadakan inisiatif-inisiatif baru melalui inovasi dan
kreativiti mengikut latar belakang dan budaya sekolah.

4.1 Implikasi projek

Guru bersama-sama berusaha secara profesional melakukan penambahbaikan


pembelajaran murid melalui perkongsian dan sokongan kepemimpinan, perkongsian
nilai-nilai, misi dan visi, pembelajaran dan aplikasi secara kolektif, persekitaran yang
menyokong disamping perkongsian amalan invididu. Di samping itu terdapat
peningkatan GPS yang ketara TOV berbanding Sumatif 1 dengan mata pelajaran
Bahasa Inggeris dari 7.28 ke 4.75, Bahasa Melayu dari 6.44 ke 5.80, Matematik dari
7.93 ke 6.75, Sejarah dari 7.22 ke 5.62 dan Sains dari 8.10 ke 6.30, rujuk dalam
lampiran perbandingan keputusan peperiksaan akhir tingkatan 4 bagi tahun 2014 dan
tingkatan 5 murid yang sama bagi ujian sumatif 1 bagi tahun 2015.

5.0 Penutup

Guru-guru yang bekerja secara individu akan pasti menghadapi kesukaran bagi
mencapai matlamat sekolah. Oleh itu, perkara utama ke arah pembangunan kapasiti
individu dan staf sekolah untuk penambahbaikan pendidikan bergantung kepada
kejayaan pembangunan sekolah ke arah membentuk organisasi sekolah sebagai
komuniti pembelajaran profesional (PLC) secara menyeluruh.

5.1 Refleksi

Prestasi Akademik adalah asas kritikal faktor kejayaan. Sehubungan dengan ini pihak
sekolah perlu menumpukan kepada aspek-aspek kualiti guru, kepimpinan yang
berkesan, membuat keputusan berasaskan data, kecekapan penggunaan masa
pembelajaran, iklim sekolah yang kondusif, masyarakat yang produktif dan
penglibatan ibu bapa akan menjamin peningkatan prestasi akademik sekolah.

Program ‘Professional Learning Communities’ SMK SERI INTAN 2015 | 4


5.2 Cadangan penambahbaikan

Peranan untuk memajukan sekolah bukan sahaja di dalam sekolah tetapi juga di luar
sekolah. Ini sangat penting kerana cara pihak sekolah berinteraksi dengan
komuniti akan dapat menarik masyarakat dan komuniti luar untuk membantu
menambahbaik sekolah.

Program ‘Professional Learning Communities’ SMK SERI INTAN 2015 | 5

You might also like