You are on page 1of 1

Hubungan Etnik ini lebih kepada sejarah Perlembagaan Malaysia.

Kalau dulu
sewaktu sekolah menengah, subjek sejarah amat sukar untuk saya fahami kerana
banyak fakta yang perlu diingati.Tetapi,implikasi daripada sejarah inilah wujudnya
keharmonian di Malaysia.Sewaktu pengajaran subjek Hubungan Etnik ini, pemahaman
dan pendekatan terhadap perpaduan antara kaum memberi banyak makna dalam
kehidupan kita pada masa kini. Ia memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya
hidup bermasyarakat dalam pelbagai kelompok kaum. Perpaduan yang dicapai hari ini
perlulah diteruskan untuk generasi yang akan datang.

Saya amat menyukai subjek Hubungan Etnik ini kerana ia memberi peluang
kepada kita untuk menyuarakan pendapat disamping memupuk sikap kerjasama dalam
kumpulan yang dari pelbagai kaum. Penerangan yang baik dari pensyarah juga memberi
kesan kepada pelajar untuk memahami intipati yang disampaikan.

Secara keseluruhannya, banyak yang saya telah ketahui mengenai Hubungan


Etnik di Negara ini dan betapa pentingnya masyarakat di Negara ini menjaga dan
menyuburkan keharmonian rakyat di Negara Malaysia kita. Oleh itu, rakyat Malaysia
mesti terus memupuk keharmonian kaum, integrasi dan perpaduan kerana ianya adalah
antara asas-asas penting untuk kejayaan negara. Keharmonian kaum harus dijaga,
setiap kaum harus menghormati budaya dan agama kaum lain. Rakyat Malaysia juga
harus sedar bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan penggunaan bahasa juga
mesti dititikberatkan. Bahasa yang kesat dengan mengeji sesuatu kaum mengundang
kepada perbalahan dan perpecahan rakyat.

Dengan integrasi juga rakyat Malaysia boleh disatukan dari pelbagai etnik atau
kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Kerana
itu keharmonian dan integrasi penting demi perpaduan kaum sesebuah negara kerana
perpaduan yang kukuh merupakan perkara penting dalam mencapai kejayaan
pembangunan Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya.

Saya berpendapat bahawa melalui subjek Hubungan etnik ini pelbagai input yang
penting untuk kesejahteraan hidup rakyat pelbagai kaum telah saya pelajari. Saya amat
berharap bahawa subjek Hubungan Etnik ini harus diteruskan agar generasi akan datang
mampu hidup dalam suasana harmoni.

You might also like