You are on page 1of 2

REFLEKSI – HUBUNGAN ETNIK

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan
majmuk. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mestilah mengamalkan integriti antara
kaum iaitu saling berkenalan antara satu sama lain. Apabila terjalinnya persahabatan,
kita dapat mempelajari budaya, adat resam, dan keistimewaan sesebuah bangsa
tersebut.

Melalui subjek Hubungan Etnik ini, saya mempelajari bahawa apabila kita
mempunyai hubungan yang baik antara kaum, kita dapat mencapai perpaduan dan
pembangunan sesebuah negara. Rakyat akan hidup dalam keadaan yang harmoni dan
saling menghormati budaya dan adat resam satu sama lain. Sebagai warganegara
Malaysia, kita mestilah saling kenal- mengenali dan menghormati antara satu sama lain
agar perbezaan budaya tersebut dapat menjadikan Malaysia sebuah Negara yang
istimewa di seantero dunia.

Pada pendapat saya, melalui pembelajaran subjek Hubungan Etnik ini, proses
mewujudkan Malaysia yang bersatu-padu secara berterusan dan apa yang telah dicapai
setakat ini harus dipupuk dan diperkukuhkan. Perpaduan adalah hadiah yang tidak
ternilai melambangkan simbol kemanusiaan kita. Ia adalah asas dimana kita membina
hubungan keluarga, masyarakat dan negara. Ianya juga adalah ikatan permeteraian
kenegaraan kita. Saya meneliti setiap teori yang dipelajari melalui subjek Hubungan Etnik
ini menitikberatkan perpaduan anatara individu mahupun masyarakat.

Lebih penting lagi, kita perlu menerima hakikat bahawa kita hidup dalam sebuah
negara yang berbilang kaum dan kita kongsi pelbagai kaum.Kita perlu memberi tumpuan
kepada keharmonian kaum. Rakyat Malaysia perlu memainkan peranan yang penting
dalam memastikan keamanan dan keharmonian diguna pakai dalam masyarakat. Jika
ada huru-hara dan konflik antara kaum , rakyat Malaysia akan berada dalam kerugian.

Kesimpulannya, saya berasa bahawa tugasan ini banyak membantu saya dalam
profesion ini kerana selain memahami tanah air yang tercinta ini, saya mempelajari cara
mengekalkan hubungan etnik dan menjaga dan menyuburkan keharmonian rakyat
Malaysia. Saya berjanji akan bergaul mesra dengan lebih giat lagi semasa berhadapan
dengan rakan daripada kaum atau etnik yang lain.

You might also like