You are on page 1of 10

RAMALAN UPSR 2018

Disediakan oleh
HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN
MODUL TUNTAS UPSR 2018
Naskhah Guru - Skema Lengkap
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 2 Soalan Pemahaman dan Penulisan

BAB 4 KATA KERJA

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 10


Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.

1 Muhammad Zaidi ________ kesakitan apabila jururawat mencuci luka di lututnya itu.
A merintih
B mengeluh
C merampus
√ D mengerang

2 Kakak ________ otak untuk mencari jawapan teka silang kata dalam surat khabar itu.
A memikir
B memutar
√ C memerah
D memusing

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Encik Abdul Rahim ________ sayur-sayuran yang ditanamnya di belakang rumah itu
supaya hidup subur.
A merenjis
√ B menyiram
C menyimbah
D menyembur

4 Perusahaan ________ songket dan kain batik sangat terkenal di negeri pantai timur
iaitu di Terengganu dan di Kelantan.
A menekat
√ B menenun
C menyulam
D mengayam

5 Pekerja pembersihan itu menggunakan gunting yang tajam untuk ________ pokok
hiasan di perkarangan sekolah.
A menyabit
B menebas
C menebang
√ D mencantas

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 3 Soalan Pemahaman dan Penulisan

BAB 6 KATA GANDA

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 5


Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaan kata ganda.
Tulis kata ganda yang betul dalam ruangan yang disediakan.

1 Perkampungan orang asli di Cheeding, Banting itu terang-benderang kerana terputus


bekalan elektrik.
gelap-gelita
_________________________

2 Suasana di Jeti Kuala Perlis itu lintang-pukang dengan ribuan pelancong yang hendak
menaiki feri ke Pulau Langkawi.
hiruk-pikuk
_________________________

3 Puan Kamariah membuat ulam-ulaman untuk dijual di gerai Pak Leman bagi menyara
keluarganya setelah kematian suami.
kuih-muih
_________________________

4 Pada zaman pemerintahan Sultan Mansyur, pelabuhan Melaka terkenal sebagai pusat
jual beli kayu-kayan yang bermutu tinggi.
rempah-ratus
_________________________

5 Kami sekeluarga berpeluang menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan 2017 yang


sungguh terang-benderang di Dataran Merdeka.
gilang-gemilang
_________________________
[5 markah]

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 4


Padankan kata ganda yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan. Satu daripada telah
ditunjukkan sebagai contoh.

1 Keadaan menjadi ________ apabila berlaku gempa


liang-liuk
bumi di kawasan tersebut.

2 Pepohon kelapa di tepi pantai itu ________ apabila


kelam-kabut
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

3 Semasa melawat Banjaran Titiwangsa, saya dapat


letih-lesu
melihat keindahan ________ yang menghijau.

4 Pendaki Gunung Kinabalu yang tersesat itu ditemui


bukit-bukau
dalam keadaan ________ serta tidak bermaya.

[2 markah]

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 4 Soalan Pemahaman dan Penulisan

BAB 10 ANTONIM / LAWAN KATA

LATIHAN B : Soalan 1 hingga 4


Tandakan ( √ ) di dalam petak jawapan tersedia bagi perkataan antonim yang bergaris dalam
ayat di bawah.

1 Pihak sekolah amat menghargai murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam
aktiviti kokurikulum.

memiliki menyayangi membiarkan √

2 Encik Ahmad Zamri sering menggalakkan anaknya mengikut jejak langkah orang-orang
yang berjaya dalam pelajaran.

menyekat √ mencegah membasmi

3 Kapal terbang penumpang dari Turki itu akan mendarat di Kuala Lumpur International
Airport (KLIA) sepuluh minit lagi.

bergerak berlepas √ meluncur

4 Cuaca yang cerah pada petang itu membolehkan pasukan pengakap sekolah kami
menyusuri titian gantung di Kampung Air itu.

terang kelabu mendung √

[4 markah]

LATIHAN C : Soalan 1 hingga 5


Tulis perkataan antonim yang bergaris dalam ayat pada kotak yang disediakan

yakin umum malang tenang rungsing pendiam

1 Zakiah sangat bertuah kerana menjadi anak angkat Datuk Helmi


malang
yang pemurah itu.

2 Sofea diberi bimbingan khusus oleh Cikgu Suriayati dalam mata


umum
pelajaran Matematik.

3 Suasana menjadi gempar apabila beberapa orang murid tahun


tenang
tiga meracau-racau di dalam kelas.

4 Encik Darwish Haikal berasa sangsi akan layanan berlebihan


yakin
yang diberikan kepadanya oleh pihak hotel itu.

5 “Saya tidak gemar akan sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk


pendiam
dan becok itu,” kata Hidayah kepada kawannya.
[5 markah]

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 5 Soalan Pemahaman dan Penulisan

BAB 11 KATA BANYAK MAKNA

LATIHAN A : Soalan 1 hingga 5


Padankan pernyataan di bawah berdasarkan perkataan yang diberikan.

1 Syafina membuang rangka sayur asparagus itu ke dalam


tong sampah.

2 Banglo Dato’ Kamal tinggal rangka sahaja selepas terbakar


BETUL
petang semalam.

3 Nur Intan Shafini membuat rangka terlebih dahulu sebelum


menulis cerita naratif itu.

4 Rangka pondok bacaan di sekolah saya itu sudah mereput


SALAH
kerana dimakan anai-anai.

5 Pak Cik Hussin baru sahaja selesai membuat rangka wau


bulan yang ditempah oleh pelanggannya itu.
[5 markah]

LATIHAN E : Soalan 1 hingga 4

Tandakan ( √ ) pada ayat yang betul dan ( X ) bagi ayat yang salah.

1 Airel Zafrel dan Azar Azmi menjadi pelakon utama dalam drama bersiri
Cinta Fatamorgana itu. √

2 Tujuan utama ceramah itu diadakan adalah untuk memberi kesedaran


kepada murid-murid tahun enam. √

3 Beberapa orang utama dari rantau ASEAN sedang menghadiri Seminar


X
Keusahawaan Antarabangsa di Putrajaya.

4 Masalah menjaga keselamatan perairan negara hendaklah diberi utama


X
oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia.

5 Penduduk Malaysia yang berpendapatan tinggi lebih utama kenderaan


X
import daripada kenderaan nasional yang ada di pasaran.

[5 markah]

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 6 Soalan Pemahaman dan Penulisan

SOALAN 23 : SOALAN 3

Baca jadual aktiviti di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat
yang lengkap.

JADUAL AKTIVITI TAHUNAN


Persatuan Sains dan Matematik – Sekolah Kebangsaan Seri Perkasa

TARIKH AKTIVITI TEMPAT

Bilik Mesyuarat Persatuan


10 Januari 2018 Mesyuarat Agung Persatuan
SK Seri Perkasa

Taman Rekreasi
19 – 23 Mac 2018 Minggu Sayangi Flora dan Fauna
SK Seri Perkasa

Dewan Ilmu
11 April 2018 Kuiz Sahabat Sains Matematik 1
SK Seri Perkasa

Dewan Ilmu
18 April 2018 Kuiz Sahabat Sains Matematik 2
SK Seri Perkasa

Hutan Lipur Kuala Woh,


12 Mei 2018 Ekspedisi Jejak Sains Matematik 1
Tapah, Perak.

Hutan Lipur Kuala Woh,


14 Julai 2018 Ekspedisi Jejak Sains Matematik 2
Tapah, Perak.

18 -19 Ogos 2018 Aktiviti Lawatan Sambil Belajar Taman Botani, Putrajaya
8 - 12 Oktober 2018 Program Sains, Sekolah Dalam Taman SK Seri Perkasa

(a) Nyatakan aktiviti yang mungkin melibatkan peserta diajar cara-cara membaca kompas.
Peserta yang terlibat dalam Ekspedisi Jejak Sains Matematik 1 dan 2 diajar cara-cara membaca kompas
________________________________________________________________________________________
kerana melibatkan laluan di kawasan Hutan Lipur Kuala Woh.
________________________________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Pertandingan mengarang, ulam-ulaman penting untuk kesihatan mungkin diadakan pada
19 hingga 23 Mac 2018.
________________________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah mesyuarat agung persatuan perlu diadakan?
Pada pendapat saya, mesyuarat agung persatuan perlu diadakan adalah untuk melantik anggota
________________________________________________________________________________________
jawatankuasa kelab yang baharu dan merancang aktiviti tahunan.
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
[3 markah]

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 7 Soalan Pemahaman dan Penulisan

KARANGAN : BAHAGIAN “A”

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti perkhemahan yang dijalankan oleh sebuah keluarga.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti perkhemahan tersebut.
Tulis satu ayat yang lengkap bagi setiap gambar.

AKTIVITI PERKHEMAHAN
SEBUAH KELUARGA
DI KAWASAN HUTAN REKREASI

FORMULA : A BA M {Apa / Buat Apa / Mengapa} – Peluasan Idea (SUKA), (DSKP)

Apa (Merujuk Grafik) Buat Apa (Kata Kerja) PI (supaya / untuk / kerana / agar) - (di / semasa/ ketika / pada)

1 Alif dan keluarganya memasang khemah untuk menjalani percutian di kawasan hutan lipur itu.

2 Keluarga itu bergotong-royong memasak makanan yang mudah untuk hidangan bersama-sama.

3 Mereka berjalan melalui titi gantung untuk melihat serta menerokai keindahan hutan tersebut.

4 Encik Hamid merakamkan gambar keluarganya di sisi bunga pakma sebagai kenang-kenangan.

5 Mereka sekeluarga juga berpeluang melihat pelbagai hidupan yang tinggal di dalam hutan itu.

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 8 Soalan Pemahaman dan Penulisan

KARANGAN : BAHAGIAN “B”

Para pengguna diingatkan agar berhemah dan berwaspada ketika berada di jalan raya.
Tulis ulasan kepentingan berhemah ketika berada di jalan raya dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

SENTIASA BERHEMAH DAN BERWASPADA KETIKA BERADA DI JALAN RAYA

 Gunakan lintasan belang ketika menyeberang


 Pegang tangan anak kecil ketika menyeberang
 Pengguna motosikal mesti memakai topi keledar
 Pakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta
 Sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya

Semoga Selamat Sampai ke Destinasi

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)


Penanda Wacana (PASSK) / (PMSSK) Idea / Isi (Formula : TT) {Tiru / Tambah} Peluasan Idea {Tersurat / Tersirat}

Kita perlu berhemah dan berwaspada ketika berada di jalan raya supaya selamat tiba
di destinasi. Antaranya, kita mesti menggunakan lintasan belang semasa hendak
melintas jalan raya yang sibuk.
Selain itu, penunggang dan pembonceng motosikal mestilah memakai topi
keledar untuk keselamatan jika berlaku kemalangan atas mereka. Seterusnya,
pemandu dan penumpang kereta juga hendaklah mengenakan tali pinggang keledar
sepanjang perjalanan yang dilalui.
Kesimpulannya, semua pengguna jalan raya wajarlah berhati-hati serta
berwaspada ketika berada di atas jalan raya. Patuhilah peraturan jalan raya, “pandu
cermat, jiwa selamat”.

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 9 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Tempat-tempat riadah yang menarik sering diiklankan di media sosial tempatan.


Tulis ulasan tentang tempat riadah tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

KUNJUNGI LAMAN HARMONI – RIADAH BERSAMA-SAMA KELUARGA


Suasana yang nyaman dan hening – sangat sesuai bersantai dengan keluarga

Terletak di kawasan Gua Tempurung, kira-kira


setengah jam perjalanan dari bandaraya Ipoh
atau kira-kira satu jam perjalanan dari pekan
Teluk Intan.

Kemudahan yang disediakan:


1. Pondok riadah
2. Bangku batu
3. Trek berjoging
4. Trek berbasikal
5. Kolam (memancing)
6. Padang permainan
7. Peniaga bergerak

RESPONS TERTUTUP (TERSURAT) RESPONS TERBUKA (TERSIRAT)


Penanda Wacana (PASSK) / (PMSSK) Idea / Isi (Formula : TT) {Tiru / Tambah} Peluasan Idea {Tersurat / Tersirat}

Iklan tentang tempat-tempat riadah yang menarik sering terpapar di media-media


sosial tempatan. Misalnya, Laman Harmoni yang menawarkan tempat riadah yang
selesa untuk seisi keluarga.
Selain itu, Laman Harmoni ini terletak tidak jauh daripada Bandaraya Ipoh
iaitu, kira-kira setengah jam perjalanan jika kita menggunakan kenderaan atau kereta
sendiri. Seterusnya, suasana yang nyaman dan hening pula amat sesuai untuk
bersantai atau beristirahat bersama-sama keluarga tersayang.
Kesimpulannya, pelbagai kemudahan turut disediakan di Laman Harmoni
seperti pondok riadah, trek untuk berjoging dan kolam untuk kaki pancing juga turut
disediakan di laman ini.

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Kertas Ramalan - UPSR Tahun 2018 10 Soalan Pemahaman dan Penulisan

Soalan 5

Kamu dan keluarga kamu telah berkunjung ke ekspo pertanian, “Pesta Buah-buahan Tempatan” yang
diadakan di tempat kamu. Kamu juga berpeluang merasa pelbagai jenis buah yang dipamerkan serta
yang dijual semasa ekspo tersebut berlangsung.

Antara buah-buahan yang terdapat semasa “Pesta Buah-buahanTempatan” tersebut.

Buah-buahan yang bermusim Buah-buahan yang tidak bermusim

Tulis cerita tentang kebaikan buah-buahan tempatan yang kamu ketahui setelah melawat ekspo pertanian
“Pesta Buah-buahan Tempatan” itu.

TEKNIK : {I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] / {I. C. I} : (Idea), (Keterangan), (Huraian)


{I. C. I} - [IDEA - CONTOH - IMPAK] Peluasan Idea : (Apakah? / Nyatakan ... / Bagaimana?)

KEBAIKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh
buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, manggis dan lain-lain lagi. Buah-buahan ini mudah
didapati dan murah pula harganya.
Rakyat Malaysia digalakkan membeli dan mengambil buah-buahan tempatan sebagai satu
daripada sajian makanan harian kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan
ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan pelbagai jenis zat dan vitamin dalam buah tersebut.
Kandungan zat dan vitamin ini sangat baik untuk kesihatan kita.
Buah-buahan tempatan ini juga boleh didapati dengan banyak sekali apabila tiba musimnya.
Pokok buah-buahan seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah
lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Kita juga lebih mudah untuk mendapatkan buah-buahan ini
tanpa perlu pergi ke kedai serta tidak perlu mengeluarkan wang untuk membelinya.
Buah-buahan tempatan juga ada sebahagiannya kita boleh jadikan perasa makanan ataupun
jus minuman yang enak, lazat, dan menyelerakan. Buah tembikai, jambu batu, dan belimbing sangat
sesuai dijadikan jus minuman sejuk. Jus segar ini selain enak rasanya, jus ini juga mengandungi zat
dan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak.
Pengeluaran buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani
dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah
membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.
Kesimpulannya, untuk menanamkan semangat patriotisme, cinta akan tanah air, kita sangat
digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini banyak kebaikannya. Tambahan
pula, buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu,
rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira yang kaya mahupun yang miskin.

Modul TUNTAS UPSR 2.0 : Set Soalan Ramalan Bahasa Melayu Pemahaman (011) & Bahasa Melayu Penulisan (012) - Tahun 2018
Disediakan oleh : Tuan Haji Md. Ramli Sabran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu - Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)

You might also like