You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 5

Tarikh : 3.9.2018 – 6.9.2018

Tajuk Jurnal : Masalah Kebersihan

1. Isu yang difokuskan: Masalah Kebersihan

2. Analisis isu yang difokuskan:


Saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid.
Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian dan diri sendiri.
Saya mendapati murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang
kebersihan dan kekemasan diri, kebanyakan murid datang pada waktu pagi
dengan berpakaian bersih dan kemas, mereka akan mula menjadi kotor dan
berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.

3. Kajian lampau (Literature Review) terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):
Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita.
Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang
memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga
kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar.

Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah
mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain.
Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa
mengekalkan kebersihan. Misalnya kebersihan yang perlu dilakukan khususnya
atas makanan dan tempat tinggal persekitaran. Di samping itu, senario kebersihan
juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya
badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit.

4. Cadangan atau idea penyelesaian masalah:


Sebagai seorang guru, saya haruslah bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan.
Contohnya, guru hendaklah menunjukkan penampilan diri yang kemas, sentiasa
menegur kesalahan dan memperbetulkan. Guru juga boleh menjadikan murid
yang kemas sebagai contoh kepada rakan lain.
5. Tempoh masa penyelesaian:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu, memberi didikan
tentang kepentingan membasuh tangan sebelum makan, sesudah makan, ketika
selesai bermain dari luar, setelah membuang sampah dan kegiatan lainnya yang
memerlukan cuci tangan.

6. Tindakan susulan:
Peranan guru prasekolah amat penting kerana murid dapat mempelajari perkara
asas dalam penjagaan kesihatan diri dari sudut kebersihan anggota tubuh. Hal ini
demikian kerana para pelajar dapat informasi awal dalam penjagaan kebersihan
anggota badan. Antara anggota badan yang perlu dititikberatkan dalam kalangan
pelajar ialah tangan. Oleh sebab itulah pelajar perlu diajar untuk membasuh
tangan yang juga diertikan sebagai mencuci tangan yang merupakan kebiasaan
yang sering kita lakukan dengan tujuan untuk membersihkan kotoran yang melekat
pada kulit tangan dengan menggunakan air bersih dan sabun.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan: sepanjang masa PdP

8. Kesimpulan / Refleksi:
Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada
sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan
disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan.
Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada
generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat;
Badan sihat, otak cergas.’’ Kebersihan diri amat penting dalam memperoleh
kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita mestilah menjaga kebersihan diri.

You might also like