You are on page 1of 4

MAKLUMAN BERKENAAN PENDAFTARAN KURSUS DAN

KEPERLUAN BERGRADUAT PROGRAM BACELOR

KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS

1. Pelajar sesi kemasukkan 2012/2013 dan sebelum beranggapan BBI2409


dikira dalam kredit bergraduat. Sedangkan kursus tersebut tidak dikira dalam
kredit bergraduat kerana kursus tersebut adalah Kursus Asas dan merupakan
prasyarat kepada Kursus Umum Universiti BBI2420.
2. Pelajar sesi kemasukkan 2012/2013 dan sebelum beranggapan mereka
mendapat pengecualian kursus BBI sedangkan tidak ada istilah pengecualian
untuk kursus BBI semua pelajar wajib mengikuti 2 kursus kemahiran Bahasa
Inggeris (6 kredit) mengikut tahap MUET. Terdapat pelajar MUET 5 & 6
beranggapan 2 kursus BBI dikira dalam kursus Elektif (33 kredit) sedangkan
kursus BBI adalah kursus Universiti.
3. Pelajar sesi kemasukkan 2013/2014 diwajibkan mengikuti Skema English
Language Experience (ELEx).

PELAJAR ANTARABANGSA

1. Pelajar antarabangsa diwajibkan mengambil kursus Kenegaraan Malaysia


(SKP2101) manakala kursus TITAS (SKP2203) dan Hubungan Etnik
(SKP2204) boleh ambil atau diganti dengan mana-mana kursus yang sama
jam kredit atau lebih.
2. Pelajar antarabangsa wajib mengambil kursus Bahasa Melayu Asas 1
(BBM1401) dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B mulai sesi
2013/2014. Sesi sebelum 2013/2014 hanya wajib Lulus.

TEST ON COMMUNICATION IN ENGLISH (UPM-TOCIE)

1. Pelajar sesi kemasukkan 2011/2012 hingga sesi kemasukkan 2012/2013


diwajibkan mengambil TOCIE dan mendapat tahap 4 untuk bergraduat.
2. TOCIE diwajibkan untuk pelajar tempatan yang mendapat MUET Band 1,
Band 2 dan Band 3.
3. Pelajar antarabangsa tidak wajib mengambil TOCIE.

1
UJIAN KOMUNIKASI DALAM BAHASA MELAYU (UPM-UKOM)

1. Pelajar sesi kemasukkan 2014/2015 diwajibkan mengambil UPM-UKOM dan


mendapat tahap 4 untuk bergraduat.
2. Pelajar yang wajib mengambil UPM-UKOM ialah pelajar tempatan yang tidak
memperoleh sekurang-kurangnya gred A dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu diperingkat SPM atau sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu diperingkat STPM.
3. Pelajar antarabangsa tidak wajib mengambil UPM-UKOM.

PENDAFTARAN KURSUS

1. Pelajar tidak mengikut skema pengajian menyebabkan terdapat kursus yang


tidak ditawarkan pada semester tersebut dan perlu menambah semester.
2. Pelajar tidak mengambil kisah dengan Skema ELEx.
3. Kredit untuk bergraduat bukan hanya cukup sekadar 123 kredit tetapi
berdasarkan keperluan melengkapkan struktur kurikulum. Antaranya seperti
keperluan kursus universiti, kursus teras, kursus elektif, 2 kursus kokurikulum,
TOCIE Tahap 4 (mulai sesi 2011/2012 hingga 2012/2013), Skema ELEx
(mulai sesi 2013/2014), UKOM Tahap 4 (mulai sesi 2014/2015) dan Bahasa
Melayu Asas 1 (pelajar antarabangsa mulai sesi 2013/2014 gred B).

PELAJAR TUKAR PROGRAM PADA SESI 2015/2016

1. Mulai sesi 2015/2016 FSKTM mempunyai 4 program bacelor sebelum ini


fakulti dianggap mempunyai 1 program dengan 4 major.
2. Bagi kes pelajar yang telah bertukar program contohnya pada Sesi
2015/2016, pelajar tersebut ingin menukar program Bacelor Sains Komputer
(Sistem Komputer) kepada program Bacelor Sains Komputer (Multimedia).
Pelajar tersebut wajib mengikuti kurikulum baharu Sesi 2015/2016 program
Bacelor Sains Komputer (Multimedia) walaupun pelajar tersebut intake Sesi
2014/2015 atau sebelum.
3. Permohonan tukar program boleh dibuat secara online mengikut tarikh
seperti dalam kalendar akademik iaitu dalam tempoh 2 minggu selepas
keputusan peperiksaan diumumkan.
4. Selepas permohonan tukar program diluluskan oleh Dekan pelajar
dikehendaki membuat permohonan pengecualian kursus bagi kursus yang
telah diambil untuk dibawa ke program baru.

2
RINGKASAN PERLAKSANAAN TOCIE, SKEMA ELEX, UKOM DAN KURIKULUM SEMAKAN
MENGIKUT SESI KEMASUKAN PELAJAR

•Perlaksanaan •Bermula Kurikulum


Terakhir Skema ELEx Semakan
Sesi TOCIE Tahap
4
Sesi •Bermula Sesi Bermula
UKOM Tahap
Sesi Semula
BSK(SK),
12/13 •BBM1401 13/14 BBM1401
Wajib B (Int.
14/15 4 15/16 BSK(MM),
Wajib Lulus BSK(RK) dan
(Int. Student) Student) BKP

Tahun 4 Tahun 3 Tahun 2 Tahun 1

3
KEPERLUAN KURSUS PELAJAR TEMPATAN DAN PELAJAR ANTARABANGSA

PROGRAM BACELOR

Pelajar Pelajar
Tempatan Antarabangsa

Wajib TOCIE Tahap 4 Wajib Lulus BBM1401


Sesi 2012/2013 dan Sesi 2012/2013 dan
sebelum sebelum

Wajib UKOM Tahap 4 Wajib Gred B BBM1401


Mulai Sesi 2014/2015 mulai Sesi 2013/2014

Wajib ambil Kenegaraan


Malaysia

Tidak Wajib Ambil TITAS


dan Hubungan Etnik
tetapi perlu ganti dengan
kursus lain yang sama
kredit atau lebih

You might also like