You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOKURIKULUM

Kokurikulm : Kelab Bahasa Cina

Tajuk : Mengenal asal usul perayaan kuih bulan (“Zhong Qiu Jie”)

Tarikh / Hari : 12 September 2018 (Rabu)

Masa : 2.00p.m. – 3.00p.m.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah meraikan perayaan tersebut.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

 Kognitif : Mengenal asal usul perayaan kuih bulan


“Zhong Qiu Jie”
 Psikomotor : Mencerita pengalaman menyambut perayaan
kuih bulan.
 Afektif : Bersikap jujur dan bekerjasama semasa
aktiviti berkumpulan

Penerapan nilai : Kerjasama

KBKK : Menerangkan

Penggabungjalinan : Pendidikan Sivik

BBM : Komputer riba, power point, video,kad manila, marker pen,


kertas warna, pensel warna, crayon, gunting, gum

Langkah / Aktiviti Pengajaran dan


Aktiviti / Isi Kandungan Catatan
Masa Pembelajaran
Set Induksi Sumbangsaran dan Pengenalan 1. Guru menyiarkan video BBM:
(5 min) Tajuk yang mengenai asal Komputer
usul perayaan “Zhong riba, video
Qiu Jie”.

2. Guru memasukkan
teknik sumbangsaran
untuk menggalakkan
murid-murid
menyumbangkan idea.
3. Murid memberi
pendapat dan idea
masing-masing.

4. Guru memperkenalkan
tajuk kokurikulum hari
ini iaitu perayaan
“Zhong Qiu Jie”.

Penerangan 1. Murid berkongsi BBM:


pengalaman mereka Komputer
semasa perayaan kuih riba, power
bulan diadakan. point

2. Murid-murid menyebut
simpulan bahasa yang

Langkah 1 pernah dipelajari.

(10 min)

Aktiviti Kumpulan 1. Murid-murid BBM:


dibahagikan kepada tiga Kad manila,
kumpulan. marker pen

2. Setiap kumpulan
menulis pengalaman

Langkah 2 yang dikongsi tadi

(20 min) dalam bentuk peta buih.

3. Setiap kumpulan
membentangkan hasil
kerja masing-masing.
4. Guru membimbing dan
membuat rumusan.

Langkah 3 Aktiviti Membuat Tang Lung 1. Murid-murid BBM:


(20 min) menggunakan bahan kertas warna,
untuk membuat Tang pensel warna,
Lung. crayon,
gunting,
2. Murid-murid
gum
bekerjasama dalam
proses melaksanakan
Tang Lung.

3. Guru menggalakkan
murid melaksanakan
dengan kreativiti
masing-masing.

4. Guru memberi
bimbingan dan bantuan
kepada murid yang
menghadapi masalah.

Mengapakah kuih bulan 1. Guru menyiarkan video BBM:


disediakan untuk perayaan kuih yang mengenai Komputer
bulan? “Mengapakah kuih riba, video
bulan disediakan untuk

Penutup perayaan kuih bulan?”.

(5 min)
2. Guru membuat rumusan
untuk aktiviti
kokurikulum hari ini.

Asal Usul Perayaan Kuih Bulan

Sekitar tahun 2170 SM, bumi mengalami sepuluh matahari, kesemuanya


merentungkan tanaman dan memandulkan manusia. Dengan perasaan penuh belas
kasihan terhadap rakyat jelata, Houyi si pemanah bertindak dengan menjatuhkan
sembilan matahari tetapi membiarkan satu demi manfaat manusia. Sesudah
menyiapkan tugasnya dia dijadikan wira rakyat. Dia mengahwini Chang’e maka
mereka berdua pun hidup bahagia. Houyi ramai sekali anak muridnya yang setia
mempelajari kemahiran memanah daripadanya. Pada suatu hari, dalam perjalanan
pulang ke rumah, maharaja dewa mengurniakan sebiji ubat hidup abadi kepada
Houyi sebagai ganjaran atas jasanya memadam matahari.
Baginda menggesa Houyi agar tidak berlengah lagi untuk menelan ubat itu.
Akan tetapi, Houyi amat mencintai Chang’e dan enggan meninggalkannya, maka dia
menyerahkan ubat tersebut pada Chang’e untuk disimpan di tempat yang selamat.
Chang’e meletakkan ubat itu dalam peti barang kemasnya. Akan tetapi, salah
seorang anak murid Houyi iaitu Peng mendapat tahu rahsia ini lalu hendak mencuri
ubat itu. Pada suatu hari, Houyi dan anak-anak buahnya pergi ke kawasan gunung,
kecuali Peng yang berpura-pura sakit. Chang’e juga berdiam di rumah sahaja. Peng
mencuri masuk bilik Chang’e lalu memaksanya untuk menyerahkan ubat itu.

Chang’e sedar dirinya tidak terlawan Peng maka dia terus menelan ubat
tersebut lalu terbang jauh dari situ. Chang'e tidak sanggup meninggalkan suami
tersayang, jadi dia dia berehat di Bulan yang paling dekat dengan Bumi. Setelah
Houyi menyedari perkara ini, marah dan sebak jadinya. Houyi mendongak ke langit
malam dan memanggil nama Chang’e tak henti-henti. Beliau menemui bayang-
bayang wanita seiras Chang'e pada bulan, lalu terkejar-kejar bulan itu tetapi tidak
dapat kerana dihalang angin.

Mengapakah kuih bulan disediakan untuk perayaan kuih bulan?

Menurut hikayat cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara
China semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan
kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat
cina supaya tidak ada seorang pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Oleh
sebab itu, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak.
Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih
yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan
pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan
Kerajaan Mongol berjaya digulingkan.
Hingga kini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina.
Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kuih
bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi
yang menyatakan kuih bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan kuih bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk
kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh kuih bulan yang manis
itu.

Kuih bulan biasa adalah dalam bentuk pastri bulat, berukuran kira-kira 10 cm
garis pusat dan 3-4 cm tebal. Kuih bulan yang kaya dengan inti yang tebal biasanya
diperbuat dari kacang merah atau biji teratai dikelilingi oleh (2-3 mm) kerak nipis dan
mungkin mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan biasanya
dimakan dalam sukatan yang kecil disertai dengan teh Cina.

You might also like