You are on page 1of 20

2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

ISI KANDUNGAN:

1. Penghargaan

2. Tugasan

2.1 Pengenalan

2.2 Teori pembelajaran

 Mazhab Behavioris

 Mazhab Kognitif

 Mazhab Sosial

 Mazhab Konstruktivisme

 Mazhab Humanisme

2.3 Analisis teori dengan subjek major

 Mazhab kognitif

 Teori konstruktivisme

2.4 Kesimpulan

3. Rujukan
2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

REFLEKSI

Berdasarkan analisis terhadap teori-teori pembelajaran seperti yang telah dibincangkan,

dapatlah difahami bahawa teori belajar merupakan cara dan kaedah seseorang individu

itu belajar dan menyelesaikan masalah.

Daripada tugasan ini, saya dapat mendalami setiap satu-persatu teori-teori

pembelajaran secara terperinci dan membuat aplikasi terhadap proses pengajaran dan

pembelajran berkaitan dengan subjek major saya iaitu Sains. Saya juga dapat

memahami prinsip-prinsip bagi setiap teori yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh yang

berbeza. Walaupun, kaedah yang dibawa oleh setiap tokoh ini berlainan antara satu

sama lain, namun matlamat bagi setiap teori ini adalah sama iaitu untuk menyelesaikan

masalah pembelajaran murid-murid.

Daripada hasil analisis yang terperinci ini, saya dapati bahawa setiap individu

mempunyai potensi diri yang berbeza-beza. Oleh itu, sebagai guru, saya harus faham

dan pandai memilih pendekatan pembelajran yang sesuai untuk digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan tahap murid-murid. Hal ini

bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat

menggalakkan murid-murid untuk meminati subjek dan topik yang sedang dipelajari.

Saya juga perlu memberi peluang kepada murid-murid untuk melajar berdasarkan

pengalaman mereka sendiri kerana pembinaan pengetahuan boleh berlaku

berdasarkan pengalaman dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Saya berharap agar ilmu yang diperoleh daripada tugasan ini, dapat saya aplikasikan

sewaktu Pengalaman Berasaskan Sekolah, praktikum dan semasa bergelar sebagai

seorang suatu hari nanti.

Nur Atiqah binti Samsimon


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

1.0 Pengenalan

Pengajaran boleh didefinisikan sebagai satu cara menyediakan murid dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar dirinya dapat berfungsi dengan baik.

Oleh itu, guru harus menganal pasti gaya pembelajaran murid-muridnya dan

menggunakan strategi yang sesuai berdasarkan teori-teori pembelajaran tertentu.

Teori ialah hasil daripada kajian saintifik yang telah diterima sebagai suatu prinsip yang

boleh dijadikan panduan pelaksanaan. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada

prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan oleh ahli-ahli psikologi

pendidikan berdasarkan kajian mereka yang merujuk kepada cara manusia dan haiwan

belajar serta memberikan cadangan serta pilihan-pilihan cara menyelesaikan masalah.

Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru dapat memahami pelbagai cara dan teknik

murid-muridnya belajar dan seterusnya berupaya menghubung kait prinsip dan hukum

pembelajaran dengan kaedah mengajar yang sesuai untuk mencapai objektif

pembelajaran dengan berkesan.

Oleh yang demikian, pengajaran merupakan proses penyampaian ilmu serta memudah

cara penimbaan ilmu, menentukan standard, menggalakkan kreativiti, membantu

pelajar belajar dan mencapai potensi yang optimum.

Pada asasnya teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat

mazhab utama iaitu behaviorisme, kognitif, sosial, konstriktivisme, dan humanisme.

Oleh itu, kita akan melihat secara dasar teori-teori pembelajaran tersebut agar dapat

dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

2.0 Teori pembelajaran

2.1 Mazhab behaviorisme

Antara tokoh-tokoh teori behavioris yang berpengaruh dalam pembentukan teori

pembelajaran ini ialah Pavlov, Watson, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat

bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Ujian yang

mereka lakukan ke atas haiwan ditumpukan kepada perhubungan antara rangsangan

dan gerak balas yang menghasilakan perubahan tingkah laku. Mereka menekankan

bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses

pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru.

Teori Pelaziman Klasik

3.1.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov (1849-1936)

Fokus kajian Pavlov yang menghasilkan pelaziman klasik adalah berkaitan

pengeluaran air liur anjing. Pelaziman klasik (classical conditioning) merupakan satu

jenis pembelajaran apabila organisma dapat membuat perkaitan (association) antara

rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi. Apabila perkaitan berlaku maka

gerak balas ini dikenali sebagai gerak balas terlazim. Pembelajaran dalam bentuk

pelaziman klasik ini melibatkan pengalaman positif dan pengalaman negatif.

Melalui kajian ini, pelaziman klasik didefinisikan sebagai satu bentuk perkaitan yang

melibatkan rangsangan neutral dengan rangsangan semula jadi (bermakna) dan

menghasilkan gerak balas yang serupa.

3.1.2 Teori Pelaziman Klasik J.B Watson (1878-1958)


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

J.B Watson (1878-1958) mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah

laku manusia. Behaviorisme melihat tingkah laku sebagai sesuatu yang dapat

dijelaskan melalui pengalaman yang diperhatikan.

Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk emosi positif kanak-

kanak melalui suasana bilik darjah yang mesra, layanan yang adil, berperaturan dan

seumpamanya. Persekitaran psikososial amat mempengaruhi emosi murid-murid.

Teori Pelaziman Operan

Pelaziman operan dikenali juga sebagai pelaziman instrumental (instrumental

conditioning). Pelaziman operan ini adalah satu bentuk pembelajaran yang melibatkan

kesan akibat tingkah laku yang menjadi kemungkinan kepada tingkah laku seterusnya

sama ada diulangi, diteruskan, atau dihentikan.

3.1.3 Teori Pelaziman Operan E.L Thorndike (1874-1949)

Proses pembelajaran yang diperkenalkan beliau ialah connectionist. Menurut

Thorndike, hubungan antara rangsangan dengan gerak balas menjadi lebih kukuh

apabila wujud kesan yang positif. Sekiranya kesan tindakan adalah negatif, maka

hubungan rangsangan dan gerak balas akan lemah dan tingkah laku tidak berulang.

Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian beliau adalah pembelajaran merupakan

proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and

connecting). Maka, perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas mewakili

proses pembelajaran.

3.1.4 Teori Pelaziman Operan B.F Skinner


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Skinner terkenal dengan teori peneguhan yang terbentuk daripada hasil kajiannya ke

atas tingkah laku tikus yang ditempatkan di dalam ‘Peti Skinner’. Menurut Skinner,

apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan memuaskan, maka

peluang mengulangi tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini

boleh diajarkan dan dipelajari melalui ‘peneguhan’ (reinforcement). Peneguhan boleh

berupa positif ataupun negatif.

Implikasi Teori Pembelajaran Behaviorisme:

Kesimpulannya, Teori Pelaziman Klasik menekankan pembelajaran melalui

perhubungan rangsangan dengan gerak balas, manakala Teori Pelaziman Operan

mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. Oleh itu, berdasarkan teori ini, murid

hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Implikasinya, peranan guru

adalah amat dominan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Mazhab Kognitif

Ahli psikologi kognitif berpandapat bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman

yang berlaku dalam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada

tingkah laku manusia. Pembelajaran hanya boleh berlaku berdasarkan pelajar yang

mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan dengan pengalaman baru serta

berinisiatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Teori pembelajaran kognitif juga

melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental yang berlaku secara aktif.
2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

3.2.1 Teori Gestalt (Teori Celik Akal Kohler)

Kohler merupakan ahli kumpulan Gestalt yang membuat kajian terhadap seekor

cimpanzi bernama Sultan. Menurut teori ini, manusia mempunyai struktur kognitif dan

dalam proses pembelajaran, otak manusia akan menyusun segala maklumat dalam

ingatnnya. Pembelajaran celik akal dikenali juga sebagai pengalaman AhHa! Iaitu

keupayaan menyelesaikan masalah apabila individu dapat melihat perkaitan antara

rangsangan yang ada dalam persekitaran.

 Teori pengamatan (Hukum Pragnanz)

Kumpulan Gestalt juga menghasilkan teori berdasarkan pengamatan. Apabila maklumat

mencukupi, maka rangsangan (objek) yang tidak sempurna akan tetap dapat difahami

maknanya oleh otak manusia. Oleh itu, teori pengamatan Gestalt mengusulkan

pembelajaran berlaku secara keseluruhan-bahagian-keseluruhan.

3.2.2 Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

Ausubel mengutamakan pembelajaran secara bermakna. Beliau berpendapat, dengan

cara ini barulah maklumat-maklumat yang diterima dapat diasimilasikan secara

berkesan dalam struktur kognitif sedia ada pelajar dan seterusnya berkembang melalui

asimilasi rangsangan-rangsangan baru. Pembelajaran bermakna berlaku melalui

melalui penggunaan bahan yang bermakna. Oleh itu, banyak maklumat dapat dikuasai.

Menurutnya, pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas. Pembelajaran akan

berlaku apabila maklumat baru mempunyai kaitan dengan maklumat sedia ada dalam

struktur kognitif. Pembelajaran konsep melalui teori penerimaan adalah berbentuk


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

deduktif. Makanisma utama dalam teori pembelajaran penerimaan ini ialah Advance

Organizer.

3.2.3 Teori Pembelajaran Penemuan Bruner

Teori pembelajaran bruner adalah berpusatkan pelajar dan berbentuk induktif.

Pembelajaran konsep berdasarkan teori penemuan memerlukan penelitian data yang

banyak. Persamaan dan perbezaan ciri dianalisis dahulu sebelum membuat kategori

dan membentuk konsep.

3.2.4 Hierarki Pembelajaran Gagne

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning For Instruction (1975)

mengemukan teori tentang bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu

proses pembelajaran. Menurut Gagne, teori pengajaran hendaklah mengambil kira

faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran yang kompleks.

Berdasarkan kepada teorinya, Gagne telah menghuraikan lapan jenis pembelajaran

daripada peringkat yang mudah kepada yang kompleks iaitu:

1. pembelajaran melalui isyarat

2. pembelajaran stimuli-tindak balas

3. pembelajaran melalui rantaian

4. pembelajaran melalui asosiasi verbal

5. pembelajaran melalui pelbagai perbezaan

6. pembelajaran konsep

7. pembelajaran prinsip

8. pembelajaran penyelesaian masalah.


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Dalam penyampaian pengajarannya, Gagne menghuraikan agar guru menarik

perhatian murid, memberitahu murid objektif pembelajaran, mengaitkan pengetahuan

sedia ada murid, menyampaikan isi pengajaran-pembelajaran, membimbing

pembelajaran murid, menguji penguasaan pembelajaran murid melalui aktiviti, memberi

maklum balas tentang penguasaan pembelajaran murid, menaksir pencapaian

pembelajaran, serta meningkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

2.3 Teori Pembelajaran Sosial

Menurut Albert Bandura, manusia belajar melalui proses permodelan iaitu pemerhatian

atau peniruan. Pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas

tingkah laku manusia. Menurut Bandura, terdapat empat unsur utama dalam proses

pembelajaran melalui pemerhatian iaitu perhatian (attention), mengingat (retention),

reproduksi (reproduction), serta motivasi dan peneguhan (motivation and

reinforcement).

2.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa

membina pengetahuan sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada kepada

pengetahuan baru. Teori Konstruktivisme menegaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak

boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Dalam proses pembelajaran, murid membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri
2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan pengetahuan

sedia ada, untuk menyelesaikan sebarang perselisihan yang tmbul dengan tujuan

mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

Teori Konstruktivisme juga menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu

operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Teori ini

melibatkan operasi membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya operasi

merancang, mengarah dan menilai pemikirannya. Oleh itu, untuk mencapai

keberkesanan pembelajaran, murid perlu merancang strategi pembelajaran, cara

pembelajaran yang berkesan, serta menilai dan membuat refleksi tentang

pembelajarannya. Murid juga perlu menghubungkaitkan pengalamannya dengan

maklumat baru yang diperoleh dalam proses pembelajarannya.

2.5 Teori Pembelajaran Humanisme

Mengikut pandangan ahli psikologi mazhab humanis, individu akan bertumbuh secara

semula jadi sekiranya persekitaran hidup mereka adalah sesuai. Oleh itu, guru harus

mengikut keperluan murid, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang

mereka sukai dan dianggap bermakna. Sekolah harus mengutamakan pendidikan

afektif, disokong dengan pendidikan yang berasaskan ilmu pengetahuan.

Berdasarkan teori ini juga, pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan

perasaannya. Setiap individu memiliki cara belajar yang berbeza dengan individu yang

lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturkan mengikut

kehendak dan perkembangan emosi murid. Maka, guru hendakalh menjaga kendiri
2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke

tahap optimum.

Kesimpulannya, situasi pembelajaran, hubungan serta penerimaan guru dan rakan-

rakan adalah faktor penting dalam menghadapi pembelajaran.


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

3.0 Analisis Teori Pembelajaran

Berdasarkan kelima-lima teori pembelajaran yang telah dihuraikan, saya telah memilih

dua teori pembelajaran yang sesuai digunakan dalam subjek sains untuk dianalisis.

Dalam analasis ini, saya akan tunjukkan sejauh mana prinsip-prinsip teori tersebut

dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Teori Pembelajaran Kognitif

Dalam teori pembelajaran kognitif terdapat empat tokoh penting iaitu Kohler, Ausubel,

Bruner, dan Gagne. Mereka berpendapat bahawa teori pembelajaran kognitif

berasakan pada prinsip-prinsip yang berikut:

 Otak manusia berfikir secara aktif untuk memahami persekitarannya.

 Pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu.

 Pelajar membina pengetahuan melalui aktiviti yang memberi makna

kepada pengalaman.

 Pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada murid.

 Pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai.

 Pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.

3.1.1 Teori Celik Akal Kohler

Menurut Kohler, persepsi perkaitan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Daripada

hasil kajian beliau, Kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan

mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang

dihadapi.

Sebagai contoh, seorang guru sains mengajar mengenai konsep pengembangan dan

pengecutan bahan. Konsep yang diajar adalah udara, cecair dan pepejal akan

mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila disejukkan. Untuk

membuktikan kebenaran konsep tersebut, guru membuat demonstrasi dengan

merendam bola pingpong yang kemik di dalam air panas. Hasil daripada demonstrasi

tersebut, murid mendapati bola pingpong yang kemik kembali kepada bentuk asal

apabila direndam di dalam air panas. Maka, murid memahami bahawa udara di dalam

bola pingpong yang kemik mengembang apabila dipanaskan dan menolak bahagian

yang kemik berubah kepada bentuk asal.

Untuk menambah kefahaman murid, guru memberikan beberapa contoh situasi yang

berkaitan dengan konsep. Contohnya guru bertanya, mengapakan wayar kabel elektrik

di bahu-bahu jalan kelihatan kendur pada waktu siang dan menegang pada waktu

malam? Maka murid akan menggunakan persepsi mereka untuk mencari perkaitan

rangsangan yang ada dalam situasi tersebut. Perkaitannya adalah pada waktu siang,

kabel elektrik akan mengembang disebabkan suhu yang tinggi manakala pada waktu

malam, kabel elektrik akan mengecut dan menjadi teganag kerana suhu yang rendah.

Apabila murid memahami konsep, maka mereka dapat melihat perkaitan antara

rangsangan yang ada dalam persekitaran dengan konsep yang telah dipelajari untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, murid diberi tugas untuk menyampul

meja dengan pembalut hadiah. Maka, berdasarkan rangsangan persekitarannya, murid


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

dapat membuat perkaitan antara rangsangan tersebut. Oleh itu, murid mendapat idea

untuk menyampul meja dalam keadaan yang kendur supaya sampul meja tersebut tidak

koyak kerana apabila tiba waktu malam, sampul meja tersebut akan menegang. Idea

yang terhasil daripada perkaitan rangsangan persekitaran ini dinamakn teori celik akal

atau pengalaman AhHa!

Pembelajaran celik akal ini merupakan keupayaan murid menyelesaikan masalah.

Murid dapat melihat perkaitan antara rangsangan yang ada dalam persekitaran mereka.

Oleh itu, guru perlu menyediakan rangsangan yang berkaitan dan menunjukkan

perkaitan antara rangsangan berkanaan. Maka, murid dapat melihat perkaitan antara

rangsangan dan ini memudahkan lagi pemahaman mereka.

Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

1) Guru perlu menggalakkan murid menggunakan celik akalnya untuk

menyelesaikan masalah dalam pelajaran.

2) Guru perlu membimbing murid menghubungkait unsur-unsur dalam

persekitaran mereka.

3) Guru haruslah menyampaikan pengajaran mengikut urutan yang sesuai.

4) Guru perlu membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik

menyoal.

5) Guru perlu bijak menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan

untuk membimbing murid supaya menggunakan celik akal mereka untuk

mendapatkan generalisasi dan kesimpulan.

3.1.2 Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Menurut Ausubel, pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas. Toeri ini

menekankan kepada penyampaian secara terancang oleh guru. Maka teori ini dikenali

sebagai teori pembelajaran penerimaan. Mekanisma yang paling utama diperlukan

dalam teori ini ialah Advance Organizer.

Advance organizer ekspositori merupakan maklumat umun yang diberi sebelum

pembelajaran maklumat khusus. Kaedah ini digunakan sebagai teknik penyampaian

maklumat kepada murid dengan tujuan menggerakkan struktur-struktur kognitif yang

sedia ada supaya proses asimilasi dapat dilakukan secara berkesan. Advance

organizer perbandingan merujuk kepada perkaitan antara maklumat baru dengan

maklumat sedia ada.

Bagaimanakah teori ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran? Contohnya, dalam satu situasi, guru akan mengajar berkenaan dengan

tajuk ‘Photosynthesis’. Guru akan memberikan murid-murid advance organizer

perbandingan terlebih dahulu berkaitan dengan keperluan asas tumbuhan untuk hidup

sebelum memberikan maklumat yang lebih mendalam mengenai Photosynthesis. Oleh

itu, penyusunan semula maklumat sedia ada akan berlaku dalam struktur kognitif

sebagai persediaan sebelum menerima maklumat baru.

Seandainya murid tiada pengetahuan sedia ada berkaitan dengan topik yang ingin

dipelajari, guru boleh melakukan pengurusan awal ekspositori agar murid dapat diberi

pendedahan lebih awal sebelum mereka mempelajari maklumat baru itu dengan lebih

mendalam.
2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Berdasarkan pembelajaran konsep melalui penerimaan pula, guru perlulah mengajar

secara terancang dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid secara umum dan

disusun secara berperingkat-peringkat kepada yang lebih khusus (deduktif).

Contonya, dalam topik ‘sink and float’, guru memberikan murid bahan-bahan bacaan

berkaitan dengan topik yang akan diajar. Guru juga menunjukkan pelbagai gambar-

gambar yang berkaitan. Kemudian guru menunjukkan kepada pelajar pelbagai jenis

bahan yang boleh tenggelam dan bahan yang boleh terapung secara berasingan. Murid

diberi masa untuk memegang bahan-bahan tersebut. Dalam peringkat seterusnya,

murid diberikan bahan tambahan yang terdiri daripada gabungan bahan-bahan yang

boleh terapung dan yang boleh tenggelam. Berdasarkan ciri-ciri yang telah dikenalpasti,

murid dikehendaki membuat perbandingan. Hasil daripada dapatan mereka, guru

membantu murid membina konsep berkaitan dengan tajuk yang dipelajari iaitu ‘sink and

float’ . Sebagai pengukuhan kepada kefahaman murid, mereka dikehendaki

memberikan contoh selain daripada yang telah dipelajari.

Maka, itulah pembelajaran konsep secara penyusunan umum kepada khusus dengan

menggunakan ‘Advance organizer’ yang diperkenalkan oleh Ausubel.

Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel

1) Menggunakan Advance Organizer sebagai motivasi pembelajaran di

peringkat permulaan.

2) Menggunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang berkaitan

dengan pengetahuan sedia ada murid.


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

3) Memberikan maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan

murid supaya mereka dapat memahami pembelajaran baharu.

4) Guru perlu menyusun atur penyampaian agar lebih teratur dan mudah

difahami.

5) Gunakan alat bantu mengajar yang konkrit sesuai dengan tahap

pemikiran murid.

3.1.3 Teori Pembelajaran Penemuan Bruner

Menurut Bruner, pembelajaran konsep merujuk bagaimana membeza dan

mengkategori perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pembelajaran konsep

berdasarkan teori penemuan ini memerlukan penelitian yang pelbagai. Ciri-ciri

persamaan dan perbezaan dianalisis sebelum membuat pengelasan dan membentuk

konsep.

Model inkuiri-penemuan sebenarnya terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan

kaedah penemuan. Namun konsep kaedah inkuiri dan kaedah penemuan adalah

berlainin, tetapi pendekatan, strategi, tujuan prinsip dan langkah-langkah menjalankan

aktiviti kajiannya adalah sama.

Seperti kaedah inkuiri dan kaedah penemuan, model inkuiri-penemuan merangkumi

semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisis dan menemui. Pembelajaran

melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan

dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membentuk satu generalisasi yang diharapkan.
2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Proses inkuiri memerlukan murid mengaitkan pengalaman lepas dengan pengetahuan

semasa untuk menemukan maklumat baru yang dipelajari.

Antara proses pembelajaran dengan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan ialah:

1) Mengenal pasti topik kajian.

2) Merancang strategi penyelesaian.

3) Mengumpul maklumat yang berkaitan.

4) Mengkaji dan menganalisis maklumat.

5) Membuat generalisasi atau rumusan.

Sebagai contoh, haiwan-haiwan boleh diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat yang ada

padanya seperti haiwan bertulang belakang iaitu ikan, mamalia, reptilian, amfibia, dan

burung, serta haiwan yang tidak bertulang belakang iaitu siput, serangga, labah-labah,

dan ular. Untuk merealisasikan objektif pembelajaran ini, guru menerangkan kepada

murid tentang tujuan pembelajaran dan mendedahkan topik kajian kepada murid. Guru

perlu menentukan cara menjalankan kajian dengan aktiviti soal jawab bersama murid.

Daripada aktiviti soal jawab, guru memberikan bahan berbentuk artikel, teks, gambar

dan sebagainya yang menerangkan jenis-jenis kategori haiwan bertulang belakang dan

tidak bertulang belakang. Kemudian, guru mengemukakan pelbagai contoh haiwan

yang ada di persekitaran murid. Murid membuat perbandingan antara maklumat yang

diperoleh dalam artikel yang diberikan dengan pelbagai jenis model dan gambar haiwan

yang ditunjukkan oleh guru. Maka, murid dapat mengumpul maklumat melalui cara

memerhati dan membuat rujukan. Berdasarkan ciri-ciri persamaan, murid-murid

membuat pengelasan. Murid-murid membuat peta konsep mengikut kategori haiwan.


2010 [EDU 3103: MURID DAN ALAM BELAJAR]

Oleh itu, murid-murid dapat menginterpretasi dan menafsir maklumat berdasarkan

pengelasan yang telah dibuat. Akhir sekali, murid membuat generalisasi dan membina

definisi konsep berdasarkan pengelasan yang dibuat. Cara pengelasan ini

membolehkan murid mengenal pasti, memahami, mempelajari dan mengingat dengan

lebih mudah.

3.1.4 Hierarki Pembelajaran Gagne

You might also like