You are on page 1of 1

Encik Mokhsin bin Tumin 15 OGOS 2018

Pengurus Kewangan Kanan


Jabatan Bendahari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor

Tuan,

RAYUAN KELULUSAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN YURAN PENERBITAN ARTIKEL BAGI TAHUN


2018

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Saya dengan rendah diri ingin merayu agar tuan dapat memberikan kelulusan permohonan pembiayaan
yuran penerbitan artikel bagi tahun 2018 berikutan kelewatan pihak Asia International Conference 2017
(AIC). Untuk pengetahuan tuan, AIC 2017 berlangsung dari 9 sehingga 10 December dan pembayaran
yuran penerbitan terlebih dahulu dibuat kepada AIC pada 1 November 2017 melalui akaun CIMB Clicks
peribadi kerana pihak penganjur telah menetapkan ketetapan sebegitu.

3. Walaubagaimanapun, selepas hampir 3 bulan, lembaga editor AIC memaklumkan keputusan penerimaan
artikel dengan kesalahan kecil hanya pada 10 Mac 2018. Setelah pembetulan dibuat, lembaga editor AIC
akhirnya memaklumkan penerbitan artikel dalam jurnal berindeks SCOPUS pada 24 Jun 2018 iaitu
menghampiri 4 bulan selepas keputusan penerimaan artikel. Sesungguhnya, perkara-perkara ini diluar
kemampuan dan kuasa saya.

4. Saya juga mengakui pemahaman saya mengenai syarat-syarat pembiayaan yuran penerbitan artikel
kurang jelas dan lantas melengahkan permohanan yang sedang dilakukan ini.

Jadi, saya amat berharap agar tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya berdasarkan sebab-sebab
yang dinyatakan diatas. Segala kerjasama dan pertimbangan yang diberikan amat dihargai.

Yang Benar,

SAIFUL ISLAM BIN AHMAD SUKRI


Pelajar Pasca Siswazah
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

You might also like