You are on page 1of 2

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum: 9

Tarikh : 30.9.2018 – 4.10.2018

Tajuk Jurnal : Kekurangan Pengalaman / Pengetahuan Sedia Ada

1. Isu yang difokuskan: Kekurangan Pengalaman / Pengetahuan Sedia Ada

2. Analisis isu yang difokuskan:


Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian
teknik yang ada dalam pembentangan kerja. Dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran saya, murid baru belajar mengenali dan menerokai teknik. Dalam
keadaan ini, murid masih baru dengan teknik yang dipelajari. Jadi semasa proses
pembentangan kerja didapati murid agar sukar membentangkannya. Guru perlu
menunjukkan satu per satu langkah dengan terang dan jelas. Walaupun teguran
telah diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid masih tidak
dapat melaksanakan tugasan tersebut dengan baik.

3. Kajian lampau (Literature Review) terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):
Hasil kajian Lipson (1982) ini telah membuktikan bahawa terdapat perhubungan
yang kukuh di antara pengetahun sedia ada pelajar dengan proses pemahaman
isi kandungan teks. Malah jawapan pelajar terhadap soalan pemahaman juga
bergantung kepada pengetahuan sedia ada mereka. Lagipun jika pelajar
kekurangan maklumat tentang isi kandungan teks, mereka hanya menjawab tidak
tahu dan tidak mencipta maklumat baru.

4. Cadangan atau idea penyelesaian masalah:


Sebagai seorang guru, saya haruslah belajar cara untuk mengaitkan pengetahuan
sedia ada dalam pengajaran agar murid dapat menguasai teknik membentangkan
kerja dan menjadikan aktiviti perbincangan bertambah senang serta proses
pengajaran dan pembelajaran bertambah menarik. Saya juga menggalakkan
murid berfikir secara kreatif dan kritis dan untuk memupuk daya saing dalam
kumpulan dan menghasilkan hasil kerja yang terbaik. Saya juga akan menegur
sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas dan mendapatkan tips atau
cadangan daripada guru-guru lain untuk membantu murid mengaitkan
pengetahuan sedia ada dalam pembelajaran.
5. Tempoh masa penyelesaian:
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu, mengaitkan
pengetahuan sedia ada murid dalam isi kandungan pengajaran agar murid dapat
menjalankan tugasan dengan lebih berkesan dan melaksanakannya dalam masa
yang ditetapkan.

6. Tindakan susulan:
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Seorang guru perlu
melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea
baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna
daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid
perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan idea yang sedia ada. Hal ini
demikian kerana beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat
bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada murid.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan: sepanjang masa PdP

8. Kesimpulan / Refleksi:
Perhubungan ini begantung kepada sejauh mana pengetahuan sedia ada pelajar
tentang isi kandungan teks yang dipilih oleh guru, iaitu sama ada pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada yang mencukupi, terbatas atau tiada langsung.
Guru perlu menggunakan skema atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam
pengajaran dan pembelajaran bacaan dan pemahaman. Penggunaan strategi
pengajaran yang teliti berserta dengan penggunaan skema yang relevan akan
menjadikan pembelajaran bacaan dan pemahaman lebih bekesan dan bermakna.

You might also like