You are on page 1of 95

BAB I

PERCERAIAN

1.1 Pengenalan

Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam a.s.cara-cara
perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan
perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan panduan kehidupan manusia. 1

Maka sejak itulah bermulanya perkembangan manusia di bumi iaitu melalui


perkahwinan dan proses perkahwinan inilah yang dapat membezakan antara manusia
dengan haiwan. Sehingga wujudnya suatu sistem perkahwinan yang lengkap dan tersusun
rapi yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang tertulis dan tercatat dalam al-
Quran.

Perkahwinan merupakan faktor utama bagi mewujudkan institusi kekeluargaan


kerana dari permulaan proses perkahwinan iaitu memilih pasangan, pertunangan, mas

1
Bagi masyarakat Melayu, perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna dan tidak akan dilupai. Ia
merupakan majlis yang penuh berwarna-warni dan penuh dengan kemeriahan. Bukan sahaja fenomena
tersebut wujud pada masa lalu, bahkan hingga ke hari ini. Majlis yang objektifnya untuk meraikan
pasangan yang baru berkahwin secara sah ini turut mempunyai falsafahnya sendiri. Masyarakat dan saudara
mara dapat merapatkan hubungan.

Secara tradisional, saudara-mara lelaki merisik terlebih dahulu pihak perempuan untuk
mengetahui statusnya sama ada masih belum terikat dengan lelaki lain. Selepas timbul rasa puas hati dan
yakin dengan kebaikan dan status perempuan, hari pertunangan ditetapkan. Pihak perempuan menerima
banyak hadiah seperti cincin sebagai tanda pertunangan. Kemudian ditetapkan pula hari menghantar
belanja. Ini merupakan sumbangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan dan
secara tidak langsung dapat meringankan beban bakal isterinya untuk menyediakan kelngkapan hari
perkahwinan.

Adat perkahwinan ini sudah dianggap menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu untuk
dilaksanakan. Ia merupakan upacara gemilang bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Atau dengan lebih
tepat pengiktirafan sosial. Pada hari perkahwinan pasangan pengantin bersanding di atas pelamin dan
pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan perlu mengikut norma masyarakat iaitu perlu adapt dan
tradisi yang perlu dipatuhi. Lihat Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru.
Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm.299-300.

1
kahwin, wali, saksi, ijab kabul dan hubungan kekeluargaan serta tanggungjawab suami
isteri, ibu bapa dan anak-anak semuanya berkaitan antara satu sama lain dan mesti
berlandaskan ajaran dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.2

Jadi sebagai pasangan yang berkahwin semestinya inginkan perkahwinan yang


dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun tidak semua yang kita inginkan
akan menjadi kenyataan kerana banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang
tempoh perkahwinan yang indah itu sehingga terjadinya penceraian. 3

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah


perkahwinan. Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara
suami isteri. Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing
yang tidak dapat memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual.
Selain itu faktor ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan
paling utama jika si suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau isteri yang
berlaku curang dan lain-lain faktor lagi. Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan
oleh Islam walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada
jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat
diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah
penceraian ini dilakukan.4 Seperti firman Allah dalam al-Quran,

“Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling
hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara
keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu
bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah
Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Surah An-Nisa´:128)

2
Imam Habib Abdullah Al-Haddad. 1981. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional.
Hlm. 67-68.
3
Abu ‘Urwah. 1986. Risalah Usrah Jilid II: Wanita dan Keluarga. Kuala Lumpur: Pustaka Islam. Hlm. 22.
4
Risalah. “Perceraian”(Pembubaran Perkahwinan).2008. Jabatan Kemajuan Syariah Malaysia(JKSM).

2
JADUAL I: Statistik Perceraian Di Malaysia 2000-2007

Negeri/Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007


Perlis 188 186 226 253 164 228 326 247
Kedah 1,168 1,549 1,133 1,085 1,474 1,737 2,006 2,188
P.Pinang 647 717 911 925 916 913 813 917
Perak 1,234 1,103 1,975 1,363 1,508 1,475 1,577 1,551
Selangor 2,075 1,878 1,977 3,158 3,136 3,030 3,295 3,722
K.Lumpur 499 721 798 885 1,296 1,250 1,423 1,141
N.Sembilan 625 564 629 684 638 807 867 907
Melaka 463 475 530 589 553 612 726 758
Johor 1,942 963 1,627 1,612 1,690 1,521 1,647 1,931
Pahang 1,016 1,042 894 917 616 1,505 1,541 1,502
Trengganu 1,005 1,046 813 897 1,172 1,285 1232 1,537
Kelantan 1,784 2,042 1,472 1,926 1,952 1,900 2,014 2,257
Sarawak 486 602 634 652 826 820 974 910
Sabah  433 311 161 570 514 582 923 924
W.P Labuan  40 79 61 28 50 84 99 37
Malaysia 13,605 13,278  13,841 15,544 16,505 17,749 19,463 20,529

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : 2008

Di antara sebab meningkatkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada


masa kini,adalah disebabkab runtuhnya institusi keluarga,yang mana ia mengakibatkan
anak-anak hilang tempat bergantung,tidak memperolehi kasih sayang serta hidup mereka
terbiar. Allah s.w.t mensyariatkan perkahwinan dengan menjadikannya satu daripada
kurnia dan nikmat yang besar kepada manusia.Perkahwinan memberi kepuasan jasmani
dan rohani kepada mereka dan membantu mencegah daripada kerosakkan akhlak didalam
masyarakat serta memberi ketenangan dalam kehidupan. 5

Malangnya,tidak semua perkahwinan mampu menghasilkan ketenangan yang


diharapkan.Malah ada yang akhirnya mendapati perkahwinan itu satu penderitaan,oleh
5
Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda
Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Hlm. 9-10.

3
kerana tidak bijak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya,perkahwinan yang
menjanjikan seribu kebahagiaan,berakhir dengan perceraian dan perpisahan.6

Dalam carian statistik sepanjang tahun 1990 hingga 2005 (16 tahun) daripada 1.5
juta pasangan yang berkahwin,terdapat sebanyak 200,000 ribu lebih berlaku perceraian di
Malaysia. Hitung panjang 35 pasangan bercerai setiap hari. Bayangkanlah,betapa
ramainya anak yang kehilangan tempat bergantung dan belaian kasih sayang ibu bapa
mereka.

Menurut laman web jabatan kemajuan Islam malaysia (JAKIM) pada tahun 2005
sahaja, terdapat 17,749 perceraian berlaku diseluruh negara. Negeri Selangor merupakan
kes perceraian yang tertinggi iaitu 3,030 perceraian diikuti dengan negeri Kelantan 1900
dan negeri Kedah 1737 pasangan. Jumlah tersebut terus meningkat pada tahun 2007,
terdapat 3722 kes perceraian di negeri Selangor.

Sebenarnya, tujuan perkahwinan dalam Islam untuk membentuk keluhuran


peribadi, keselamatan keluarga,kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara, namun
ianya belum memihak kepada kita.

Kata Imam Al-Ghazali :"Sebenarnya perkahwinan itu bermakna jihad dan latihan
jihad itu mengawal dan mentadbir,menunaikan hak-hak keluarga,bersabar terhadap
telatah budi pekerti wanita, memimpinnya kepada jalan agama, berjuang mencari rezeki
yang halal untuk mereka serta berusaha mendidik anak-pinak. Maka semua tugas-tugas
tersebut merupakan kerja-kerja dan tanggungjawab besar".7

Untuk memastikan satu-satu perkahwinan itu berpanjangan ,maka persediaan dan


persiapan dalam aspek hendaklah dilaksanakan seperti kerohanian,kesihatan

6
“Memperkukuh Modal Insan Kelas Pertama,” dalam Teks Khutbah Jumaat JAIS, 26 Oktober 2007.
7
Mustaffa Daud. 1989. Institusi Kelaurga Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
Hlm.67.

4
jasmani,mental dan keupayaan membuat keputusan yang betul perlu dititiberatkan dan
diberi perhatian sewajarnya.8

Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri
malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka
dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak
digalakkan dalam Islam. Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap
pasangan seperti perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan
kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan
kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka. 9

Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan
tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih
dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan
harian. Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan
terhadap anak-anak. Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan
yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami gangguan emosi
kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan
bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku. 10

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak
menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah
berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah
kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-anak adalah
sebahagian daripada ahli keluarga. Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang
dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan

8
Siti Zulaikha Mohd Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur:
ABIM&Budaya Ilmu Sdn.Bhd. hlm.35-36.
9
Ismaliza Ismail. 1999. Tesis, “Cerai Taklik: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu.” Universiti
Malaya.
10
Che Latifah Ismail. 2004. Tesis, “Tuntutan Hak Selepas Perceraian di Kalangan Ibu Tunggal. : Kajian
Kes di Mahkamah Syariah Perlis”. Universiti Teknologi Mara.

5
bekas pasangan hidup masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk
meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat
daripada penceraian ini. Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau
perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata
pepatah Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan
ibu”, merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.11

Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri
dengan ilmu keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu masing-
masing kerana bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan.
Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang dibina
berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap
perkahwinan yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukum-
hakam yang telah ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup? Jangan
lupa juga bahawa kita telah berusaha untuk menjadi pasangan yang sempurna dan
bertanggungjawab.

Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi
diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan
cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

1.2 Prosedur Perceraian

Sebelum membuat keputusan untuk berpisah selalunya pasangan suami isteri berhadapan
dengan masalah yang rumit atau krisis genting. Hal tersebut hendaklah segera diadukan
kepada Unit Pembangunan Keluarga untuk mendapatkan khidmat nasihat. Kedua-dua
pihak akan dipanggil untuk dinasihati. Jika kedua-dua pihak tidak dapat didamaikan atau

11
K.H Muhammad Nawawi Banten. 1999.Panduan Hidup Suami Isteri Yang Soleh. Bandung: Mestika.
Hlm.39.

6
kedua-duanya tekad untuk berpisah maka suatu tuntutan perceraian hendaklah difailkan
di mahkamah.12

Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani tuntutan perceraian jika:

a) Perkahwinan didaftarkan menurut undang-undang.


b) Perkahwinan adalah sah menurut hukum syarak.
c) Permohonan hendaklah dikemukakan di tempat tinggal salah satu pihak kepada
perkahwinan.13

Suami dan isteri yang ingin memohon perceraian hendaklah mengemukakan


permohonan perceraian ke mahkamah di dalam borang yang ditentukan. Jika salah satu
pihak tidak bersetuju untuk bercerai atau ada kemungkinan bagi kedua-dua pihak untuk
berdamai maka mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada
seorang pegawai agama selaku pengerusi dan dua orang yang terdiri daripada wakil pihak
suamai dan wakil pihak isteri. Keutamaan diberi kepada saudara-mara terdekat kepada
kedua-dua pihak.14

Masa yang akan diambil oleh Jawatankuasa Pendamai ialah selama enam bulan
atau lebih jika dibenarkan oleh mahkamah. Jika suami telah melafazkan talak di luar
mahkamah, talak tersebut tetap jatuh dan perceraian hendaklah dilaporkan kepada
mahkamah.15

C arta I: Prosedur Perceraian

Isi borang permohonan

12
Syeikh Ghazali Abd Rahman et al. 2004. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia. Hlm.35-36.
13
Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS) Bil 2, 2005.
14
Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil. 3, 2005.
15
Ibid. hlm.35

7
  Lampirkan dokumen :  
Salinan kad pengenalan pemohon Surat keputusan perceraian dari
Mahkamah Syariah. Bayaran RM 25.00

  Hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah  

  Lengkap  

  Terima surat makluman mengambil Surat Perakuan Cerai Dalam  


tempoh 14 hari

  Tandatangan pengesahan penerimaan Surat Perakuan Cerai  

  Terima Surat Perakuan Cerai  

  Selesai  

 
 
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor : 2008

Kita perlu lihat kedudukan perceraian dulu. Walaupun perceraian adalah suatu
yang amat dibenci Allah, namun sekiranya perkahwinan itu tidak lagi dapat melahirkan
suasana mawaddah dan rahmah dalam kehidupan pasangan, maka perceraian jalan keluar
disediakan Islam.
Firman Allah yang bermaksud:
“…… dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.”
(Surah al- Ahzab, ayat 49)

8
Apabila kedua belah pihak bersetuju untuk bercerai, maka prosedur sesuai diikuti
adalah permohonan bercerai atas persetujuan bersama. Jika di Selangor, permohonan
boleh dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor
2003.

Sesi kaunseling di Pejabat Agama sememangnya tidak diwajibkan untuk dihadiri


pasangan yang pada dasarnya sudah mempunyai kata sepakat untuk bercerai. Apa yang
perlu dilakukan, salah satu pihak sama ada suami atau isteri boleh membuat permohonan
untuk bercerai di mahkamah rendah syariah berdekatan dengan alamat tempat tinggal.
Borang permohonan perceraian boleh diperoleh di mana-mana mahkamah rendah
syariah.

Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama adalah:


i). Salinan kad pengenalan (tiga salinan)
ii) Sijil nikah (tiga salinan)
iii) Sijil kelahiran anak (tiga salinan).

Pihak pemohon juga akan dikehendaki membuat Surat Akuan yang antara lain
mengatakan mengenai maklumat pernikahan dan maklumat peribadi seperti alamat surat-
menyurat, tempat bernikah, wali, pekerjaan, anak hasil perkahwinan dan maklumat lain
berkaitan pernikahan. Surat Akuan itu hendaklah diikrarkan di hadapan Pendaftar
Mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah Islam.

Jika kedua belah pihak, isteri dan suami sudah mempunyai kata sepakat mengenai
nafkah edah, mutaah dan nafkah anak hasil perkahwinan iaitu ia adalah masih bidang
kuasa mahkamah Rendah Syariah iaitu jika persetujuan itu tidak melebihi RM100,000,
maka persetujuan itu boleh dinyatakan dalam borang permohonan perceraian supaya
boleh di rekodkan di mahkamah dan seterusnya mahkamah boleh mengeluarkan perintah
berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.16

16
Buletin At-Taqwa. Bil.4 Muharram 1425 H(Mac 2004). Shah Alam: Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan.

9
Walau bagaimanapun jika tiada persetujuan dicapai merujuk kepada isu di atas,
maka mahkamah hanya akan memutuskan permohonan cerai yang dimohon oleh kedua-
dua pihak. Pemohon akan diberi tarikh sebutan pertama dalam masa 21 hari daripada
tarikh permohonan perceraian difailkan dan pada tarikh sebutan pertama itu, jika
mahkamah berpuas hati tiada peluang untuk kedua-dua pihak bersama semula dan atas
persetujuan kedua belah pihak untuk bercerai, maka mahkamah boleh membenarkan
suami melafazkan cerai pada tarikh berkenaan di hadapan mahkamah.

Kebenaran mahkamah itu dengan syarat isteri mesti berada dalam keadaan suci.
Jika tidak satu tarikh sebutan lain akan diberikan iaitu ketika isteri berada dalam keadaan
suci bagi membolehkan suami melafazkan talak di hadapan mahkamah. Kedua belah
pihak akan memperoleh surat cerai, selepas tamat tempoh edah isteri iaitu dengan
membawa surat keputusan atau perintah perceraian daripada mahkamah ke pejabat agama
Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk mendapatkan surat cerai.

Perlu diingat bahawa sesuatu lafaz cerai yang ingin dilafazkan mestilah dengan
kebenaran mahkamah syariah dan di hadapan mahkamah. Jika berlaku lafaz cerai di luar
mahkamah dan bukan dengan kebenaran mahkamah, maka ia bersalahan dengan
peruntukkan undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1000
atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 125
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

1.3 Jenis-Jenis Perceraian

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19:

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

10
Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan
bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama
Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan
implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun
masyarakat amnya.

Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan
suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau
perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi
kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran
Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan
hingga ke akhir hayat mereka.17

Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah, dan ia tidak pernah


dipermudahkan dan digalakkan oleh agama Islam. Islam hanya membenarkan perceraian,
jika kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang bagi mengatasi
permasalahan mereka untuk berdamai.18

Jika semua usaha-usaha ini telah mereka laksanakan, namun rumahtangga mereka
masih tidak dapat diselamatkan, maka Islam membenarkan pasangan tersebut bercerai.
Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman
Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud,

17
Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah. 1986. Undang-Undang Keluarga Islam Konsep dan
Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie. Hlm. 34-35.
18
Akhlak Husain. 1987. Ibu Bapa Muslim: Panduan Untuk Bakal Suami Isteri. Terj: Mustafa Ramadhan.
Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran. Hlm.52.

11
"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka
dengan cara yang baik"

Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab
yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud;
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang
meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke
atasnya bau syurga"

(Riwayat : Abu Daud dan Ibnu Majah)

Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa
ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau
menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan
isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah
dicampurinya.19

1.3.1 Talak

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak
membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya.
Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak
dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.
Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Hadis Rasululllah SAW bermaksud:”Sebenci-benci perkara yang halal disisi Allah ialah
talak.”
19
Lihat Mahmood Zuhdi Abd.Majid & Raihanah. Hlm. 86-87.

12
(Riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)20

Dengan Perintah atau izin mahkamah, perceraian didalam mahkamah yang


berlaku dengan izin mahkamah, setelah suami atau isteri membuat permohonan kepada
Mahkamah Syariah dengan mengisi borang tertentu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju
untuk bercerai. Borang tersebut boleh didapati di mana-mana Mahkamah Syariah yang
berhampiran dengan tempat suami atau isteri bermastautin.Talak yang dilafazkan diluar
mahkamah adalah satu kesalahan dan ia perlu dirujuk ke mahkamah untuk mengesahkan
lafaz tersebut.21

1.3.1.1 Talak Raj'ie

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk
kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami
tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

1.3.1.2 Talak Bain

Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya
tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin
lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah
habis idah dengan suami barunya. Ia boleh dibahagikan kepada dua;

20
Muhamad Nor Ibrahim et al. 1982. Mustika Hadis Rsulullah(saw) Jilid I . Kuala Lumpur: Bahagian Hal
Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
21
Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS 2003) memperuntukkan
seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran
mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah.
Lihat Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.

13
i. Talak bain Sughra(kecil)

Iaitu apabila suami menceraikan isteri dengan talaq raj'ie samada satu atau dua kemudian
tidak merujuknya hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga perceraian yang berlaku
sebelum persetubuhan, perceraian denagn sebab 'ila,fasakh dan khulu' (tebus talaq) dan
pertukaran agama suami isteri.22

ii. Talak Bain Kubra (besar)

Iaitu talak tiga (talaq raj'ie atau talaq bain sughra) yang telah berlaku sebanyak tiga kali.
Apabila berlakunya talak tiga, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya
biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:

a. Setelah selesai iddah isteri itu.


b. Bekas isteri berkahwin dengnan lelaki lain.
c. Suami kedua menyetubuhi bekas isteri itu.
d. Suami kedua menceraikan si isteri.
e. Selesai iddah dari suami yang kedua itu.23

1.3.1.3 Talak (Faraq) Bain Muabbad (kekal)

Iaitu pembubaran perkahwinan yang terjadi sebagai implikasi daripada proses li'an, dan
tidak ada peluang lagi bagi suami isteri untuk berkahwin semula melalui apa cara sekali
pun, selama-lamanya. Ia hanya berlaku dengan cara li'an.

1.3.1.4 Talak Sunnah (Mengikut Sunnah)

Iaitu talaq yang digalakkan oleh syarak dan menurut adab yang telah ditentukan seperti
mentalaq isteri yang pernah disetubuhi ketika sedang suci dan belum berlaku
22
Ibid.
23
Ibid.

14
persetubuhan ketika suci tersebut,dan talaq yang berlaku sekali lalu diikuti dengan rujuk
dalam tempoh iddahnya, kemudian talaq kedua lalu diikuti dengan rujuk. Talaq sebegini
hukum asalnya diharuskan dan menjadi sunat jika dilakukan dengan alasan yang
munasabah di sisi syarak dan ia dikira sah.24

1.3.1.5 Talak Bid'ah (Tidak Mengikut Sunnah)

Iaitu talak yang tidak digalakkan oleh syarak dan tidak menurut adab yang
ditentukan.Contohnya mentalakkan isteri dengan talak tiga sekaligus, atau mentalakkan
secara berturut-turut 3 kali dalam satu majlis sebelum sempat tamat iddah bagi setiap satu
talak, atau mentalakkan ketika keadaan haid atau nifas atau ketika masa suci tetapi telah
disetubuhinya. Ijma' ulamak telah menyatakan bahawa talaq bid'ah haram dilakukan dan
pelakunya (suami) adalah berdosa.Namun jumhur ulamak menyatakan bahawa talak
bid'ah ini tetap jatuh.

1.3.2 Khulu’(Tebus Talak)

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan
lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan
perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah
membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka
suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 :

“Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada
mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut
peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan
Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh
perempuan.”

24
Ibid.

15
Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran
RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan
demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan
khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad
nikah baru sahaja. Tujuan khuluk;

a. Memelihara hak wanita


b. Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya
c. Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan
mahkamah.

1.3.3 Penceraian Ta’lik

Ta'lik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu


yang lain. Cerai ta'lik ini berlaku dalam beberapa hal; Ta'lik yang diucapkan suami di
hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil
pernikahan.

Perceraian seumpama ini (ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi) hanya
boleh disabitkan oleh Hakim di dalam perbicaraan. Perkara ini berlaku jika isteri ingin
menuntut perceraian di hadapan Hakim, sementara suami tidak mahu menceraikan
isterinya dan belum melafazkan talak kepadanya. Isteri dikehendaki membuktikan
bahawa suaminya telah melanggar perjanjian (Ta'lik) yang telah dibuat sewaktu bernikah
dahulu.25

Jika Hakim dapati suami telah melanggar ta'lik dengan hujah yang jelas yang
dikemukakan oleh isteri di dalam perbicaraan, maka Hakim berhak memisahkan kedua
pasangan dan menghukumkan jatuh talak kepada pasangan tersebut. Ta'lik yang
diucapkan oleh suami kepada isterinya sebagai contoh:

25
Lihat Risalah. “Perceraian”(Pembubaran Perkahwinan).

16
"Jika awak keluar rumah ini, maka jatuhlah talak satu kepada kau"

Jika isteri tetap keluar dari rumah tersebut setelah memahami ucapan yang dibuat
oleh suaminya maka jatuhlah talak ke atasnya. Tetapi jika ada lafaz tambahan umpama
kalimah "hari ini", dalam lafaz yang diucapkan oleh suami, maka jika isteri keluar dari
rumah pada esok hari , lusa atau sebagainya maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Walau
bagaimanapun, pasangan dinasihatkan agar membuat pengaduan di Mahkamah Syariah
bagi mendapatkan pengesahannya.

Perceraian ta'lik ialah suatu bentuk perceraian yang berlaku disebabkan terjadinya
sesuatu perkaar atau lafaz yang dilafazkan oleh suami selepas akad nika. Lafaz Ta'lik
hanya boleh dibuat oleh pihak suami dan ia tidak boleh ditarik balik dan berkekalan
hinggalah perkara yang disyaratkan itu terjadi.

Contoh lafaz ta'lik yang digunapakai mengikut Enakmen Undang-Undang


Keluarga Islam Negeri Selangor 2003:

”Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya................... selama 4 bulan Hijrah
berturut-turut atau saya dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada
memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau
saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu
kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan ia
memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka
pada ketika itu tertalaqlah ia dengan cara talak khulu'.” 26

Seseorang isteri boleh mendapatkan perceraian mengikut syarat-syarat ta'lik yang


telah dibuat oleh suami menurut surat ta'lik, atau memohon pengesahan lafaz ta'lik lain
yang telah dibuat oleh suami dalam masa perkahwinan

1.3.4 Fasakh

26
Lafaz ini terdapat di muka surat dua Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Selangor.

17
Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula,
pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya,
perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak
mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan
talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau
kecacatan yang terdapat pada pihak isterinya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri
boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan
suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit
yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu
memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal,
pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau
muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya
terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan
isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak
menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).27

Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh. Membuat
aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka jika dapat
dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan
membatalkannya. Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk
kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003;

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan yang dipohon samada oleh isteri atau
suami dengan kebenaran oleh hakim Mahkamah Syariah disebabkan oleh alasan-alasan
yang dibenarkan oleh hukum syarak iaitu:

27
Temubual penulis dengan Tn.Hj.Syafie bin Ahmad, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Mukim
Batu, Gombak diadakan di pejabat beliau, Masjik Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada
11 November 2008, pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

18
a. Suami tidak diketahui(ghaib) selama tempoh melebihi satu tahun.
b. Suami cuai menyediakan peruntukan nafkah selama tiga bulan atau lebih.
c. Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
d. Suami tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
e. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri
tidak mengetahui perkara itu sebelumnya.
f. Suami telah gila selama tempoh dua tahun,mengidap penyakit kusta, vitiligo, atau
penyakit kelamin yang berjangkit.
g. Isteri yang telah dikahwinkan oleh walinya sebelum mencapai usia 16 tahun, lalu
menolak perkahwinan itu sebelum berumur 18 tahun dan masih belum disetubuhi
suaminya.
h. Suami telah menganiaya isteri dengan cara:
i. menjadikan isteri hidup menderita
ii. berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji
iii. memaksa isteri hidup secara lucah
iv. melupuskan harta isteri atau menyekat hak isteri terhadap hartanya
v. menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan dan amalan agama
vi. tidak adil kepada isteri-isteri(poligami)

i. Suami dengan sengaja enggan meyetubuhi isteri dalam tempoh empat bulan.
j. Perkahwinan tanpa izin isteri atau izinnya tidak sah disebabkan oleh
paksaan,kesilapan, ketidaksempurnaan akal,atau alasan lain yang diakui oleh
Hukum Syarak.
k. Apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinanan menurut
hukum syarak. Sebagai contohnya, pembubaran perkahwinan yang berlaku kerana
alasan teknikal berkaitan dengan kesahihan sesuatu akad nikah seperti, wujudnya
pertalian mahram antara suami dan isteri yang tidak diketahui semasa akad nikah
berlangsung;berlaku perkahwinan poligami secara menghimpunkan dua orang
mahram dalam satu masa; nikah tanpa wali yang diiktiraf sah; nikah secara
kontrak (mut'ah); nikah melebihi daripada empat orang isteri dalam satu masa;dan

19
perkara ini hanya diketahui setelah perkahwinan diakadkan. Dalam hal ini,
Mahkamah berbidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut.

l. Fasakh yang berlaku disebabkan dari pihak suami seperti kerana ia dihukum
penjara selama tiga tahun,maka fasakh ini mengurangkan bilangan talak yang
dimiliki suami.Jika pasangan itu belum pernah bercerai maka fasakh sedemikian
dikira sebagai talak pertama. Oleh itu, suami hanya memiliki dua kali talak lagi,
jika ia mengahwininya semula.

m. Fasakh yang berlaku disebabkan seperti kecacatan daripada pihak isteri,seperti


kecacatan anggota peranakannya maka fasakh sebegini mengurangkan bilangan
talak yang dimiliki oleh suami. Maka jika si suami mengahwininya semula, ia
masih memiliki tiga kali talak terhadap isterinya seperti sediakala.

1.3.5 Pertukaran Agama Suami Isteri

Pertukaran agama salah satu pihak dalam perkahwinan akan menyebabkan pembubaran
perkahwinan mengikut hukum syarak. Walau bagaimanapun hanya Mahkamah Syariah
sahaja yang boleh mensabitkan pembubaran perkahwinan itu samada berlaku atau tidak.

1.3.6 Anggapan Kematian

Isteri boleh memohon pengesahan perceraian disebabkan oleh keadaan suami yang
dipercayai telah mati tanpa menemui jenazahnya, atau tidak diketahui perkhabaran
mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih sehingga wajar bagi si isteri untuk
berkahwin semula.

1.3.7 Li’an

20
Perceraian boleh terjadi sebagai implikasi daripada proses Li'an. Ia merupakan sumpah
yang dilafazkan oleh suami sebanyak 4 kali, iaitu menggantikan 4 orang saksi,untuk
menyatakan bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain atau menafikan nasab
kandungan isterinya itu. Li'an mestilah dilakukan di Mahkamah Syariah.Contoh lafaz
li'an ialah “Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku melihat isteriku berzina”.
Setelah selesai proses li'an maka terbubarlah perkahwinan mareka serta tidak boleh rujuk
atau berkahwin semula sesama mereka selama-lamanya.

1.3.8 Ila’

Berlaku apabila suami yang berkuasa mentalak isterinya,bersumpah dengan menyebut


nama Allah untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih. Ila'
haram dilakukan kerana ia memudaratkan isteri. Jika suami berila' tidak menyetubuhi
isterinya sehingga tamat tempoh ila’ maka gugurlah talaq bain ke atas isterinya sebagai
alasan atas kezaliman suami dan rahmat pula bagi membolehkannya berkahwin dengan
lelaki lain. Walau bagaimanapun,perceraian dengan sebab ila' hendaklah dirujukkan
terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah.

Jika suami melanggar sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya sebelum cukup


empat bulan atau lebih maka dia wajib menbayar kifarah yamin dengan memilih salah
satu daripada 3 perkara berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 89 dan Ijma'. Memberikan
makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang. Memberikan
pakaian yang menutupi aurat kepada 10 orang miskin, sepasang seorang. Memerdekakan
seorang hamba (muslim) jika suami tidak mampu melakukan salah satu daripada perkara
di atas maka wajiblah dia berpuasa 3 hari,sebaik-baiknya berturut-turut.

1.3.9 Zihar

Pada zaman jahiliyah zihar digunakan untuk menceraikan isteri. Hukum ini telah
dibatalkan dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk menceraikan isteri. Maka jika si suami

21
menziharkan isterinya dengan niat talak, ia tetap dikira sebagai zihar. Zihar terjadi
apabila suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang merupakan mahram
muabbadnya iaitu ibu kandung, khususnya dari aspek keharaman berkahwin.

Contoh lafaz zihar ialah kata suami: ”Engkau sama seperti ibu kandungku yang
haram bagiku. ”Maka haramlah bagi si suami menyetubuhi isterinya.Jika penyamaan itu
bertujuan untuk memuliakan isteri seperti kata suami “kepandaian tangan kamu
memasak tak ubah seperti ibuku.”, maka ia tidak dikatakan zihar menurut mazhab Syafie.

Sebenarnya zihar ini adalah satu pernyataan kinayah untuk tidak menyetubuhi
isteri. Perbuatan zihar hukumya haram dan si suami dikira berdosa kerana mengharamkan
yang halal. Jika suami ingin kembali menyetubuhi isteri ia wajib membayar kifarah
terlebih dahulu, mengikut keutamaan salah satu daripada perkara dibawah :

a. Memerdekakan seorang hamba (muslim)


b. Berpuasa 2 bulan berturut-turut
c. Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak
seorang.

Sebaliknya jika suami terus tidak mahu menyetubuhi isterinya sehingga tempoh 4
bulan maka zihar ini telah hampir sama hukumnya seperti ila' kerana isteri telah
dizalimi(tidak mendapat nafkah batin).

1.4 Hukum talak

Wajib

a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi


b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat
perdamaian rumah tangga mereka
c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik
d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

22
Haram

a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifas


b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi
c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada
menuntut harta pusakanya
d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau
talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat

a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya


b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh

Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai
pengetahuan agama
Harus

Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus
haidnya

1.4.1 Rukun talak

Suami

a) Berakal
b) Baligh
c) Dengan kerelaan sendiri

Isteri

a) Akad nikah sah


b) Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

1.4.2 Lafaz

23
a) Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya
b) Dengan sengaja dan bukan paksaaan

1.4.2.1 Contoh lafaz talak

Talak sarih

Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau
“Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan
sebagainya.

Talak kinayah

Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak
awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan keluar
dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib
oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya
dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan
dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi,
apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan
sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya,
dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus
talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri
saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

24
1.5 Rumusan

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang baru mendirikan
rumahtangga ialah masalah ekonomi. Si suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
atau pun pendapatan yang tidak mencukupi. Terdapat juga si suami yang gagal
menguruskan kewangan rumahtangga dengan berkesan. Justeru itu, si suami gagal
menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami terutama dalam
menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

Konflik rumahtangga dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin juga


berpunca daripada kejahilan pasangan tentang agama. Kurang pengetahuan agama Islam
terutama mengenai munakahat menyebabkan pasangan jahil tentang tugas dan
tanggungjawab masing-masing.

25
Terdapat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menghadapi tekanan jiwa.
Keadaan ini berlaku kerana suami atau isteri ataupun kedua-duanya belum bersedia untuk
memasuki alam perkahwinan. Mereka tidak bersedia untuk memainkan peranan sebagai
suami ataupun isteri. Akibatnya tanggungjawab sebagai suami atau isteri tidak
dilaksanakan dengan sepenuh hati.

Dalam institusi perkahwinan, Allah s.w.t telah mengamanahkan tanggungjawab


tertentu kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini merupakan ibadat yang mesti
ditunaikan oleh pasangan dan pelaksanaan tanggungjawab sepertimana yang dikehendaki
Allh s.w.t akan membawa kebahagiaan kepada keluarga..

BAB II

PERKARA BERBANGKIT DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN

2.1 Pengenalan

Perkara-perkara berbangkit jika berlaku pembubaran perkahwinan ialah perkara yang


menjadi tanggungjawab pasangan selepas perkahwinan mereka dibubarkan. Tanggung
jawab ini adalah menjamin keadilan sosial masyarakat Islam melalui institusi keluarga
iaitu semua pihak yang terlibat mendapat perlindungan dan hak masing-masing dalam
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Dengan itu setiap pihak akan terjamin
daripada pengabaian dan penganiayaan.

26
Pada asasnya konsep penyelesaian pertikaian secara damai atau muafakat pihak-
pihak tanpa melibatkan institusi pengadilan formal seperti mahkamah merupakan amalan
tradisi dalam kalangan anggota masyarakat dan ia telah diamalkan secara meluas dalam
kalangan bangsa-bangsa didunia meskipun istilah ini tidak didefinisikan secara jelas pada
masa itu. Sejarah juga mencatitkan bahawa semua masyarakat dan bangsa-bangsa di
dunia samada Ponisia, Rom, Greek, Hindu, Yahudi, Kristian, China dan Muslim
menggunakan aturan-aturan agama dan adat dan bukannya sistem mahkamah atau proses
litigasi bagi menyelesaikan pertikaian-pertikaian sivil. Campurtangan proses litigasi
kalaupun perlu hanya setelah penyelesaian secara tidak formal menemui jalan buntu dan
keadilan tidak mungkin akan tercapai kecuali melalui proses tersebut. .( Buxbaum 1968;
Jandt & Pedersen 1996; Syed Khalid 2002)

Setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai metod dan istilah tersendiri dalam
merealisasikan amalan ini . Umpamanya dalam kalangan orang-orang Cina, proses
penyelesaian secara damai yang dikenali sebagai mediasi dianggap sebagai “one of
China’s fine tradition” . Proses ini di kesan sebagai telah diamalkan dalam era Dinasti
Zhou hampir 1,100 tahun dahulu. (Jandt & Pedersen 1996)

Di dalam Islam penyelesaian pertikaian tanpa melalui prosedur litigasi dikenali


sebagai sulh. Pada zaman pra Islam konsep ini yang diaplikasi melalui kaedah tahkim
merupakan amalan tradisi masyarakat Arab dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku
dikalangan mereka samada ia melibatkan pertikaian komersil atau pertikaian antara
kabilah dan juga kekeluargaan. Meskipun dalam sistem kehidupan masyarakat pra Islam
tidak ada kekuasaan politik dan sistem pengadilan yang tersusun, namun jika terjadi
pertikaian mengenai hak milik, hak warisan dan pelanggaran hukum selain dari
pembunuhan, maka pertikaian ini akan dirujuk untuk diselesaikan oleh jurudamai yang
dipanggil hakam yang mewakili pihak masing-masing. Oleh kerana sistem sosial pada
masa itu didominasi oleh sistem suku atau kabilah maka setiap suku kaum mempunyai
hakamnya sendiri. (Madkur 1964;Coulson 1991;Schacht 1955)263.

27
Sejarah juga mencatitkan Nabi Muhammad s.‘a.w sebelum dilantik menjadi Rasul
pernah menjadi hakam dalam pertikaian yang hampir-hampir mencetuskan pertumpahan
darah di antara pembesar Quraysh. Peristiwa ini berlaku apabila masing-masing pihak
tidak mahu bertolak ansur dalam pertikaian bagi menentukan siapakah yang akan
meletakkan kembali hajar al-’aswad ketempat asalnya. (Iqbal 1961)

2.2 Perkara-perkara Berbangkit dengan Pembubaran Perkahwinan

2.2.1 Ihdad

Perkara yang timbul dengan sebab kematian bagi isteri yang kematian suami wajib
berkabung dalam tempoh yang tertentu. Dia antara perkara-perkara yang perlu dijaga
dalam tempoh berkabung ialah tidak boleh bersolek berlebih-lebihan dan tidak boleh
keluar dari rumah tanpa ada tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tempoh berkabung
kepada seseorang isteri ialah empat bulan sepuluh hari.28

2.2.2 Rujuk

Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia
membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan
pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

2.2.2.1 Hukum rujuk

Wajib

Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari
isteri-isterinya yang lain

Haram

Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu

28
Akmal Mohd Zain. 1992. Kegoncangan Rumah Tangga: Penyelesaian Menurut Al-Quran dan Al-
Sunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn.Bhd. Hlm. 45-46.

28
Makruh

Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus

Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

2.2.2.2 Rukun Rujuk

Suami

a) Berakal
b) Baligh
c) Dengan kerelaan sendiri

Isteri

a) Telah disetubuhi
b) Berkeadaan talak raj’i
c) Bukan dengan talak tiga
d) Bukan cerai secara khuluk
e) Masih dalam idah

2.2.2.3 Lafaz

a) Ucapan yang jelas menyatakan rujuk


b) Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihan
c) Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat
d) Dengan sengaja dan bukan paksaan

2.2.2.4 Contoh lafaz rujuk

Lafaz sarih
Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau
“Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

Lafaz kinayah

29
Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya
pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika
dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah
rujuknya.29

2.2.3 Iddah

Iddah bermaksud suatu jangka waktu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah diceraikan
oleh suaminya (cerai hidup atau mati). Isteri tersebut harus menunggu supaya dapat
dipastikan sama ada beliau hamil. Iddah ialah satu tempoh masa yang perlu dinanti oleh
seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya
daripada hamil untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh
berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.30

Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang di dalam Iddah


berkahwin dengan lelaki yang lain maka perkahwinan itu tidak sah pada hukum syarak
dan wajib difasakhkan serta merta.31

2.2.3.1 Jenis-jenis Iddah:

Iddah Talak

Iddah yang disebabkan oleh perceraian

Iddah Wafat
Iddah bagi seorang isteri yang kematian suaminya, iddahnya adalah empat bulan sepuluh
hari.

Iddah Hamil

29
Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia, 19 Disember 2007. Hlm.2.
30
Ibid.Hlm.3-4.
31
Lihat Syeikh Ghazali Abd Rahman.et al. Hlm.44.

30
Iddah bagi isteri yang diceraikan semasa beliau sedang hamil. Iddah isteri yang hamil
ialah sampai beliau melahirkan anak.

Iddah Kehilangan suami


Bagi seorang isteri yang kehilangan suami dan tidak mengetahui di mana suaminya
berada, iddah isteri tersebut adalah empat tahun lamanya, dan setelah cukup empat tahun
maka hendaklah dia beriddah lagi selama empat bulan sepuluh hari.

2.2.3.2 Hikmah Iddah

a) Untuk memastikan kesucian rahim perempuan


b) Perkara ta’abbud (ibadat)
c) Memberi peluang kepada suami berfikir semula dan kembali merujuk isterinya
semasa di dalam iddah . Hal ini tertakluk kepada kes talak rajie sahaja

2.2.3.4 Tempoh Iddah

a) Iddah perempuan yang hamil ialah gugur kandungannya itu sama ada melalui
kelahiran biasa atau keguguran sama ada ia perempuan yang diceraikan atau
kematian suami

b) Iddah perempuan yang masih didatangi haid ialah sebanyak tiga kali suci

c) Iddah perempuan yang tidak ada haid sama ada telah putus haid atau belum
kedatangan haid maka iddahnya ialah tiga bulan

d) Iddah perempuan yang kematian suami dengan syarat dia tidak hamil maka
iddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Sekiranya dia kematian suami dan dia
pula hamil maka iddahnya ialah melahirkan kandungan tersebut32

32
Lihat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. 2003.

31
Seorang perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak
pernah disetubuhi suaminya itu maka perempuan itu tidak perlu beriddah. Tetapi dia
wajib beriddah selama empat bulan sepuluh hari sekiranya suaminya itu meninggal dunia
walaupun tidak pernah disetubuhi suaminya.33

Berkaitan isu ini mahkamah merujuk kepada beberapa ayat al-Quran, hadis
Rasulullah SAW dan pendapat fuqaha-fuqaha seperti di bawah ini:-

Maksudnya: Dan isteri-isteri itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(daripada berkahwin) selama tiga kali suci dari haid. Dan tidaklah halal bagi mereka
menyembunyikan dan tidak memberitahu tentang anak yang dijadikan Allah dalam
kandungan mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan
suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri-isteri itu dalam masa
eddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu
mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap
(suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang perempuan (isterinya).
Dan ingatlah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al- Baqarah:Ayat 228)

2.2.4 Nafkah

Nafkah yang dimaksudkan ialah pemberian selepas perceraian. Pemberian nafkah ini
tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau
perceraian sebelum persetubuhan.

Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab


yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan dan minum,
tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu
tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada
keluarga.34 Ini telah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

33
Ibid. hlm 45-46.
34
Lihat Syeikh Ghazali Abd Rahman. Hlm. 62.

32
Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarga, maka(iaitu
nafkah yang diberikan adalah sedekah
(Riwayat Ibnu Majah)

Pemberian nafkah tersebut tersebut mengikut kemampuannya. Firaman Allah


s.w.t yang bermaksud:

Hendaklah menafkahkan orang-orang kaya itu dari kekayaannya dan sesiapa yang
sempit rezekinya maka nafkahkanlah daripada apa yang Allah berikan padanya.
Tidakkah Allah membebankan sesuatu jiwa itu kecuali sekadar apa yang Allah berikan
kepdanya. Nanti bakal Allah jadikan selepas kesusahan itu kemudahan
(Surah al-Talaq: 7)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Cukup berdosa ke atas orang yang menahan nafkah ke atass orang yang ditanggungnya
(Riwayat Muslim)

2.2.4.1 Nafkah isteri yang diceraikan

a) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talak rajie maka
menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada
isterinya selama ia di dalam iddah:

i) Menyediakan makanan yang sepatutnya


ii) Menyediakan pakaian yang sepatutnya
iii) Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu
iv) Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti alat soleh,
belanja perubatan dan sebagainya35

35
Ibid. Hlm. 48.

33
b) Sekiranya ia diceraikan dengan talak bain maka isteri tersebut hanya layak
mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi
sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak medapat keempat-empat
kemudahan seperti perempuanyang diceraikan dengan talak rajie.

Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak
mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya. Pemberian nafkah akan gugur dengan
sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan
yang nusyuz juga tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam
iddah.36

2.2.5 Mutaah

Mutaah ialah sebarang bentuk pemberian yang diberikan oleh suami kepada isterinya
sebagai ganti terhadap kemungkinan si isteri akan terdedah kepada kesempitan hidup dan
lain-lain kemudharatan. Dalam kalangan masyarakat Melayu, mutaah difahami sebagai
saguhati perceraian.37

Perempuan-perempuan yang berhak mendapat mutaah:

i) Perempuan yang diceraikan dengan kehendak suami


ii) Perempuan yang dihukum oleh kadi, jatuh talaknya(fasakh) disebabkan
suaminya ada keaiban atau hilang atau mendatangkan mudharat
kepadanya38

Perempuan-perempuan yang tidak berhak mendapat mutaah:

i) Perempuan yang diceraikan sebelum bersetubuh


ii) Perempuan yang bertebus talak (Khulu’)
iii) Perempuan yang difasakh nikahnya dengan li’an
iv) Perempuan yang diceraikan oleh suaminya di atas permintaannya sendiri
36
Ibid.
37
Lihat Che Latifah Ismail. Hlm.34.
38
“Dalam Hal Tuntutan Mutaah.” Enakmen Undang-Undang Kelaurga Islam Negeri Selangor 2003.
berkaitan tuntutan mutaah.

34
v) Perempuan yang tercerai dengan sebab keaiban yang ada pada dirinya
sendiri39

2.2.6 Hadhanah

Hadhanah ialah mendidik dan menjaga anak bagi mereka atau sesiapa yang berhak
berbuat demikian. Hukum hadhanah adalah wajib kerana sekiranya diabaikan maka
anak-anak akan terdedah kepada segala bahaya dan mudharat.

2.2.6.1 Hak Mendapatkan Hadhanah

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa ibu lebih berhak mendapatkan hak hadhanah
daripada bapa. Ini kerana ibu sebagai seorang perempuan dilihat lebih pengasih daripada
bapa dan ibu juga lebih tahan menanggung sabar dalam mendidik anak jika dibandingkan
dengan bapa, tambahan pula ibu lebih rapat dengan anak jika dibandingkan dengan
bapa.

Hak hadhanah boleh juga beralih kepada bapa dalam keadaan-keadaan berikut:

i) Ibu enggan menjaga anak-anaknya


ii) Ibu tidak layak menjaga anak-anaknya disebabkan gila, fasik dan tinggal
dalam persekitaran yang boleh menjejaskan pembesaran anak dalam
suasana Islam
iii) Anak enggan tinggal bersama ibunya

Walaupun Kadi mempunyai kuasa sepenuhnya menentukan kepada siapakah hak


hadhanah hendak diberikan setelah mengambil kira keadaan-keadaan ibu bapa (suami
isteri yang bercerai) dari segi kewangan, pendidikan, persekitaran tempat tinggal, tahap
keagamaan dan sebagainya.40 Penjagaan anak atau hadanah bermaksud penjagaan kanak-

39
Ibid.
40
Jurnal Hukum JAKESS. Kes Mal Bil. 1000-050-060. 2006.

35
kanak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan diri sama ada lelaki
atau perempuan sesudah berlakunya perceraian di antara kedua ibu bapa mereka.41
 
Ibu adalah yang paling berhak daripada orang lain bagi menjaga anak kecil sama
ada dalam masa perkahwinan atau selepas berlakunya perceraian. Tanggungjawab itu
akan berterusan sehingga anak kecilnya mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan).
Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

i) Kebajikan kanak-kanak tersebut.


ii) Kemahiran ibu bapa kanak-kanak
iii) Kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang
boleh menyatakan pendapatnya.42

  Anggapan yang boleh disangkal bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-
kanak yang masih kecil supaya ia berada bersama ibunya. Anggapan ini boleh dipatahkan
sekiranya dapat dibuktikan bahawa pihak lain dapat menjaga dengan lebih sempurna.
Bahawa adalah tidak baik untuk mengganggu kehidupan kanak-kanak dengan bertukar-
tukar penjagaan dari seorang penjaga kepada seorang penjaga yang lain.

Sekiranya terdapat lebih daripada seorang anak hasil daripada sesuatu


perkahwinan mahkamah tidak terikat untuk meletakkan hak penjagaan kedua-dua atau
kesemua anak-anak itu dalam penjagaan seorang yang sama kerana kebajikan setiap
kanak-kanak tersebut dipertimbangkan secara berasingan.

Walaupun terdapat penjaga yang sesuai untuk diberi hak penjagaan anak,
mahkamah boleh pada bila-bila masa membuat perintah untuk meletakkan kanak-kanak
dalam penjagaan pihak-pihak lain sekiranya mahkamah berpendapat wujud keadaan yang
luar biasa yang menyebabkan tidak diingini kanak-kanak itu diamanahkan kepada
seseorang atau kepada kedua-dua ibu bapanya.
41
Risalah “Hak Penjagaan Anak”. 2008. Biro Bantuan Guaman. Jabatan Perdana Menteri.
42
Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadhanah dan Nafkah Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di
Malaysia. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004. Gurney Resort Hotel and Residences.
Pulau Pinang. 21-22 Julai 2004.

36
Orang yang bertanggungjawab membayar upah ialah orang yang
bertanggungjawab menanggung nafkah anak iaitu bapa kanak-kanak. Ini adalah kerana
upah penjagaan anak dikira sebagai sebahagian daripada nafkah wajib keatas bapa untuk
membayarnya. Sekiranya bapa tidak sanggup untuk menjaga anak tersebut, kewajipan
bapa untuk membayar nafkah tetap ada.
 
Orang yang bertanggungjawab membayar upah dan hadanahnya ialah orang yang
bertanggungjawab menanggung nafkahnya kerana perbelanjaan hadanah dikira sebagai
sebahagian dari nafkah dan ia merupakan perkara wajib keatas seseorang bapa ataupun
penjaganya.
 
Jika orang yang mengendalikan hadanah itu seorang perempuan asing, iaitu
bukan ibunya sendiri, maka dia, berhak mendapatkan upah kepada pelbagai khidmatnya
untuk si kecil, kecuali jika dia rela memberikan khidmatnya dengan percuma maka
gugurlah haknya itu. Bayaran hadanah dikira dari permulaan hari perempuan tersebut
menjalankan tugasnya. Bayaran itu tidak akan gugur sama sekali kecuali dengan
membayarnya atau menghalalkannya.
  2.3 Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS

Visi

Berusaha membantu membina dan mengukuhkan institusi keluarga yang cemerlang


bertemakan
"Baiti Jannati" yang menepati kehendak Syariat Islam dan diredhai Allah

Misi

Menyediakan perkhidmatan, memupuk kefahaman dan mendidik masyarakat Islam

37
mengenai pembangunan dan pengurusan kekeluargaan berlandaskan Enakmen Undang-
Undang Keluarga dan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan
cemerlang.

Objektif

a) Mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan hal-ehwal pengurusan kekeluargaan


Islam kepada pelanggan dalam suasana penuh tanggungjawab, mesra, cekap dan
amanah.

b) Menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat Islam mengenai cara hidup


kekeluargaan Islam mengikut pendekatan pembinaan keluarga 'Baiti Jannati' yang
selaras dengan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan
beriman.

c) Menyebarkan dan memberi kefahaman kepada masyarakat Islam berhubung


peraturan dan perundangan semasa, berkaitan pengurusan hal-ehwal keluarga
Islam untuk keharmonian institusi kekeluargaan

d) Menyediakan modul dan melaksanakan kursus-kursus pembangunan keluarga


yang berinformasi, berkualiti, berkesan dan mampu melahirkan modal insan yang
akan berfikiran positif serta mempunyai daya usaha tinggi selaras dengan cara
hidup Islam yang cemerlang

38
e) Menyediakan dasar, garis panduan, kaedah dan perkhidmatan
rundingcara/khidmat nasihat keluarga dan guaman syarie dalam suasana
mesra,beretika dan bertepatan dengan peruntukan dalam Enakmen Undang-
undang Kekeluargaan Islam serta Hukum Syarak

f) Melahirkan Pegawai Rundingcara / Khidmat Nasihat, Pegawai Syarie dan


Pendaftar Nikah yang berkualiti, berhemah dan professional.

g) Memantau pelaksanaan pengurusan perkhidmatan hal-ehwal keluarga Islam untuk


penyelarasan secara turun padang, berjadual dan efisen untuk penambahbaikan
serta pencegahan pelanggaran peraturan secara berterusan

h) Merancang dan meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat bagi


pengumpulan dan penyebaran data-data aduan keluarga, pernikahan, perceraian
dan rujuk untuk melancarkan aktiviti harian dan penyusunan program pelan
tindakan pembangunan institusi keluarga secara berterusan

2.3.1 Peranan JAIS dalam Institusi Kekeluargaan

Dalam usaha untuk menyelamatkan institusi kekeluargaan, JAIS sentiasa


meningkatkan tahap profesionalisme para pegawai rundingcara keluarga. Pegawai-
pegawai ini sentiasa menunjukkan imej yang baik serta sentiasa mahu berusaha bagi
meningkatkan ilmu sama ada ilmu kaunseling atau hukum hakam bagi meningkatkan
mutu bidang khidmat kaunseling keluarga di Jabatan Agama Islam Selangor.

Pegawai Rundingcara sentiasa tabah dan cekal hati dalam memberi perkhidmatan
kepada orang ramai terutamanya mereka yang bermasalah dalam rumahtangga. Banyak
cabaran yang ditempuhi dalam memberi khidmat rundingcara kepada mereka yang
mempunyai masalah, oleh itu kesabaran dan ketabahan mereka amat diperlukan. 43
43
Seminar Peningkatan Pegawai Rundingcara Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor. Hotel Carlton
Holiday. Shah Alam. 13 November, 2008.

39
Begitu juga dengan urusan berkaitan nikah, cerai dan rujuk masyarakat Islam di
Selangor kini lebih mudah, pantas dan tepat berbanding sebelum ini selepas Jabatan
Agama Islam Selangor melancarkan sistem Nikah, Cerai dan rujuk secara online. (Sistem
NCR Online).

Urusan yang mencakupi urusan permohonan kursus pra perkahwinan, permohonan


kebenaran berkahwin, permohonan perkahwinan, aduan serta khidmat nasihat,
permohonan cerai, permohonan rujuk dan permohonan salinan surat nikah, kini boleh
didapati dengan melayari Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jika sebelum ini, orang ramai perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
hanya semata-mata hendak mendapatkan borang yang berkaitan, kini mereka boleh
mendapatkan borang tersebut dengan mengisi data maklumat yang diperlukan dan
mencetaknya sebelum di bawa ke PAID yang berkenaan untuk proses selanjutnya.

2.4 Latarbelakang JAKESS

Agama Islam di negeri Selangor telah ada diawal kurun 15 melalui Melaka kerana
Selangor pada masa itu berada di bawah jajah takluk Melaka. Pada zaman pemerintahan
Melaka tersebut, telah wujud jawatan kadi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di
negeri tersebut. Sejarah penubuhan mahkamah syariah di negeri Selangor Darul Ehsan
pula telah wujud dalam kurun ke-17.44

Undang-undang Mencegah Berzina Tahun 1894 (Prevenatation of Adultry


Regulation 1894) adalah undang-undang pertama yang dikanunkan di negeri Selangor.
Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 26hb September 1894 dan
undang-undang ini hanya berkuatkuasa untuk yang beragama Islam sahaja. Mengikut

44
Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil.1, 2004.

40
undang-undang ini, seorang lelaki yang melakukan perhubungan jenis dengan seorang
perempuan yang telah bersuami adalah bersalah dan boleh dihukum 2 tahun penjara bagi
lelaki dan 1 tahun penjara bagi perempuan dan mungkin kedua-duanya didenda.45

Pada tahun 1900 pula, Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan Undang-undang
Pendaftaran Nikah Kahwin dan Cerai Orang-Orang Islam 1900 (Muhammadan Marriage
and Divorce Registration Enactment 1900) iaitu undang-undang berhubung dengan nikah
kahwin dan cerai orang-orang Islam di negeri Selangor.46

Undang-undang ini memperuntukkan suami atau wali hendaklah melaporkan


perkahwinan kepada kadi atau naib kadi daerah dalam masa 7 (tujuh) hari selepas akad
nikah dan kadi atau naibnya hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkannya sijil
perkahwinan. Begitu juga dengan percerian, hendaklah dilaporkan kepada kadi dalam
masa 7 tujuh selepas bercerai dan sijil cerai akan dikeluarkan kepada mereka yang
berkenaan. Sekiranya ini tidak dipatuhi, tindakan boleh diambil dengan hukum denda
tidak melebihi daripada RM 25.00. Dengan adanya undang-undang tersebut dan untuk
membicarakan hal nikah kahwin dan cerai, maka diadakan mahkamah kadi. 47

Pada tahun 1900 juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam
negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu
daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam,
Kuala Kubu dan Rawang.48

Pada tahun 1948 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan, dengan
itu usaha menggubal undang-undang telah dilakukan dan menghasilkan Undang-undang
Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dengan nama Enakmen Undang-
undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dan mula dikuatkuasakan
pada 5 Disember 1952. Dengan adanya undang-undang ini maka termansuhlah undang-

45
Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, “Undang-Undang Mencegah Berzina 1894” .
Bil. 1, Disember 1895.
46
Buletin JAKESS. Bil.2. 2004.
47
Ibid.
48
Ibid.

41
undang terdahulu daripadanya. Sehingga ke hari ini undang-undang ini telah mengalami
pindaan sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1969, 1960, 1961, 1962, 1966, 1972 dan pada
1979. Pindaan ini dibuat berkaitan dengan urusan mengemaskinikan pentadbiran hal
ehwal Islam di negeri Selangor.49

Pada tahun 1984 Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 tahun 1984 telah
diluluskan dan dikuatkuasakan pada 23 Januari,1989 di seluruh negeri Selangor.
Perlaksanaan Undang-undang ini telah memansuhkan bahagian ke 6 dan 7 seksyen 155,
156, 158, 160 dan 178 perenggan (n) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor
No. 3 tahun 1952.50

Pada tahun 1989 Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2 tahun 1989 telah
diluluskan. Berdasarkan enakmen ini, Mahkamah Syariah Selangor ditubuhkan secara
rasmi dan berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada tahun 1991,
Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor No. 6 tahun 1991 dan Enakmen
Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 telah diluluskan dan mula
dikuatkuasakan pada 1hb September 1991. Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah Selangor
telah diasingkan secara rasminya dari JAIS.51

Pada tahun 2003 nama Mahkamah Syariah Selangor telah ditukar kepada Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) selaras dengan perkembangan dan
peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.Penubuhan Mahkamah Syariah di
Negeri Selangor adalah di bawah peruntukan Seksyen 55(1), 55(2), 55(3) dan 55(4)
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

2.4.1 Mahkamah Syariah

49
Buletin JAKESS. Bil.4.2006.
50
Ibid.
51
Ibid.

42
Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan peruntukan di
bawah Seksyen 55(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Akta
tersebut memperuntukan bahawa “Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat majlis
melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi
Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah pula diperuntukan di bawah Seksyen


62(1) iaitu sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di
seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.
Selain itu dalam Seksyen 62(2) dalam akta yang sama menjelaskan bidang kuasa
Mahkamah Rendah Syariah iaitu:

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan
oleh seorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau
mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap
rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh
Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit,
atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan
mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan

(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan
memutuskannya,jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi
seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan
hadhanah atau harta sepencarian).52
 

2.4.2 Senarai Mahkamah Syariah Negeri Selangor53

52
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
53
Buletin JAKESS. Bil. 3.2007.

43
1) Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor,
Tingkat 5 & 6,Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Persiaran Pegawai, Seksyen 5,
40000 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan

2) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Klang
Tingkat 3, Unit 3-05 & 3-06,
Garden Business Centre,
No 3, Jalan Istana,
41000 Klang.
Selangor Darul Ehsan

3) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam
Tingkat 3, Bangunan Umno Selangor,
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam.
Selangor Darul Ehsan

4) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya
Jalan Othman,
46000 Petaling Jaya.
Selangor Darul Ehsan

5) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat
Jalan Low Ti Kok,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan

6) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sabak Bernam

44
Jalan Parit 1 Timur,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan

7) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat
Batu 17 ¾ ,
48050 Kuang,
Selangor Darul Ehsan

8) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur
Jalan Au 2A / 17,
Taman Sri Keramat,
54200 Keramat,
Kuala Lumpur

9) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Selangor
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan

10) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor
Bandar Baru Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

11) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan

12) Hakim Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Langat

45
Sungai Manggis,
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan

2.4.3 Penyelesaian Kes Mal 2005

Hulu Langat Mahkamah Syariah Paling Sibuk Pendaftaran kes mal tertinggi dicatatkan
antara MRS (Mahkamah Rendah Syariah) telah diraih oleh daerah Hulu Langat. Dengan
pendaftaran sebanyak 1,224 kes sepanjang tahun 2005. Daerah Hulu Langat juga telah
mendahului pesaingnya yang terdekat MRS Klang dengan majoriti 300 kes. Berdasarkan
keluasan bidang kuasa serta kepadatan penduduk di daerah tersebut, kekuatan fizikal dan
mental setiap pegawai dan kakitangan di lokasi berkenaan adalah diperlukan pada tahap
yang tinggi. Jesteru tidak hairanlah jika pencapaian kes selesai paling banyak juga
disandang oleh daerah tersebut dengan catatan sebanyak 908 kes. Manakala MRS
Petaling hanya ketinggalan satu kes dibelakang MRS Klang yang mendapat 924 kes.
Pendaftaran kes paling sedikit adalah MRS Sepang iaitu sebanyak 169 kes dan diikuti
dengan MRS Kuala Selangor sebanyak 220 kes dan MRS Hulu Selangor 252 kes. Seperti
yang dimaklumkan kes yang paling banyak selesai adalah MRS Hulu Langat diikuti oleh
MRS Petaling Jaya 704 kes, MRS Klang 676 kes dan tangga keempat Bandaraya Shah
Alam sebanyak 659 kes.

2.5 Sulh: Suatu Kemestian atau Sukarela

Secara prinsipnya, menurut Islam pihak-pihak kepada pertikaian berhak menentukan


samada memilih penyelesaian secara perbicaraan atau sebaliknya. Namun demikian
pihak-pihak yang terlibat digalakkan mengadakan sulh bagi menyelesaikan pertikaian
kerana jelas ia memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

46
Secara dasarnya proses sulh di Mahkamah Syariah Selangor merupakan suatu
kemestian( compulsory ) sebelum suatu kes dikemukakan untuk perbicaraan, kecuali kes-
kes yang dikemukakan di bawah seksyen 45 dan 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam
1984. Dengan lain perkataan perbicaraan hanya akan dijalankan jika sulh gagal mencapai
persetujuan samada atas keseluruhan atau sebahagian perkara yang dipertikaikan.
Prosedur ini bertujuan untuk memastikan bahawa usaha yang maksima telah diambil bagi
menyelesaikan pertikaian secara damai melalui rundingan antara pihak-pihak dan
seterusnya mempercepatkan proses penyelesaian kes-kes.

Begitupun samada prosedur tersebut bersifat kemestian atau sukarela, pada


prinsipnya iahanya boleh diteruskan jika pihak-pihak kepada pertikaian tersebut bersedia
untuk meneruskannya. Pihak-pihak dalam konteks ini mempunyai hak samada untuk
meneruskannya sehingga mencapai penyelesaian atas keseluruhan perkara-perkara yang
dipertikaikan atau sebahagian daripadanya atau menarik diri dan menamatkan proses
tersebut pada mana-mana peringkat proses tersebut berjalan selagi belum ada apa-apa
bentuk perjanjian.

Oleh yang demikian apa yang dimaksudkan sebagai prosedur sulh yang bersifat
kemestian ialah keperluan untuk melalui prosedur sulh sebelum sesuatu kes dikemukakan
untuk perbicaraan dan bukannya kemestian dalam menerima apa-apa cadangan
penyelesaian atau bukannya kemestian membuat perjanjian persetujuan. Pelaksanaan dan
Penguatkuasaan Perintah Persetujuan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini oleh
kerana sulh yang diamalkan di Mahkamah Syariah ini berasaskan kepada Kaedah
Tatacara Mal Sulh 2001 dan ia menjadi sebahagian dari perkara yang tertakluk di bawah
bidangkuasa mahkamah, maka setiap penyelesaian yang dicapai menerusi sulh ini akan
direkodkan sebagai “penghakiman berasaskan persetujuan”oleh mahkamah. Ini bermakna
dari segi praktiknya amalan sulh yang dipakai di negara ini lazimnya akan menggunakan
mahkamah sebagai kuasa pemutus sesuatu pertikaian meskipun sesuatu kes itu begitu
mudah untuk diselesaikan diluar mahkamah.

47
Fakta telah membuktikan bahawa pada asalnya masyarakat Melayu memang
menggunakan mahkamah sebagai rujukan terakhir bagi menyelesaikan kes-kes
kekeluargaan. Mimi Kamariah telah menjelaskan “in Malaysia where familial ties are
still fairly strong, parties whose marriages are facing difficulties should invirably seek
help from members within the family circle”. Beliau kemudiannya menambah “ only if
that fails, a party wuld consult a lawyer and be advised on the procedures, requirements
and implications relevant to divorce proceeding”. (Mimi 1999)

Namun demikian belum ada kajian berbentuk kuantitatif yang membuktikan


kecenderungan itu berada pada peratus yang paling tinggi, malah beberapa kajian
mutaakhir menjelaskan bahawa atas beberapa alasan, kecenderungan itu sudah semakin
berkurangan terutamanya dikalangan penduduk bandar. (Aida 2002; Lim 1997)

Oleh yang demikian, apabila rujukan kepada proses rundingcara bagi tujuan
perdamaian yang dijalankan di Jabatan Agama Islam Selangor bukan lagi suatu
kemestian maka tanggungjawab tersebut mestilah dipikul oleh Mahkamah Syariah
sebagai institusi pertama yang dituju oleh masyarakat bagi menyelesaikan masalah. Ada
benarnya kenyataan bahawa pihak-pihak yang mengemukakan permohonan terutamanya
tuntutan dibawah seksyen 47 sememangnya tidak berminat untuk meneruskan lagi
kehidupan suami-isteri, namun demikian tindakan ini menampakkan suatu bentuk
pengabaian terhadap salah satu fungsi sulh iaitu berusaha mendamaikan kembali
pasangan yang bertikai (reconciliation). Apalah ertinya pelaksanaan sulh yang dapat
mempercepatkan penyelesaian kes-kes dan mengurangkan lambakan kes-kes di
mahkamah tetapi dalam waktu yang sama kes-kes perceraian semakin meningkat
bilangannya.

Begitu pun usaha-usaha kearah mendamaikan kembali pasangan yang bermasalah


hendaklah dilakukan pada peringkat awal sebelum sesuatu petisyen itu difailkan di
mahkamah. Kajian telah menunjukkan bahawa prosedur perdamaian yang bermula
setelah kes tersebut berada dalam situasi yang kronik dan kritikal atau prosedur
perdamaian yang bermula apabila sesuatu petisyen di failkan di mahkamah telah

48
menunjukkan peratus kejayaan yang terlalu rendah dan kadang-kadang lebih bersifat sia-
sia.(Zaleha 1993).

2.5.1 Penyelesaian Kes Sulh 2005

Dengan mengasingkan kategori sulh yang dijalankan di MTS (Mahkamah Tinggi


Syariah) dan MRS mungkin boleh memberi gambaran tepat tentang pencapaian sebenar
pelaksanaan Sulh di Selangor, jika dilihat gabungan MTS Dewan 1 dan Dewan 2
menjadikan kes yang didaftarkan di MTS adalah sebanyak 414 kes, berjaya diselesaikan
melalui perundingan sebanyak 151 kes mewakili 31% dan yang terpaksa dirujuk ke
Dewan Bicara sebanyak 258 mewakili 50% manakala baki 98 kes atau 19%
ditangguhkan untuk tahun berikutnya. Bagi kategori MRS pencapaian tertinggi mengikut
peratusan pendaftaran kes sulh untuk kes yang berjaya diselesaikan melalui perjanjian
penyelesaian disandang oleh MRS Sabak Bernam sebanyak 88% dituruti oleh MRS
Kuala Langat sebanyak 85%, MRS Sepang sebanyak 81%, MRS Klang 76% dan MRS
Kuala Selangor 65%. Secara keseluruhannya untuk MTS dan MRS kes yang didaftarkan
adalah sebanyak 1906 kes, berjaya diselesaikan melalui perjanjian penyelesaian sebanyak
1218 kes atau 58%.Gagal diselesaikan sebanyak 666 kes atau 32% dan tangguhan
sebanyak 10%. Apapun catatannya Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
masih berjaya mengekalkan rekod kes berjaya melebihi 50% dari kes yang diserahkan
pada tahun 2005.

2.5.2 Implikasi Tidak Mematuhi Perintah Persetujuan

Pada prinsipnya oleh kerana penyelesaian pertikaian menerusi sulh dicapai berdasarkan
persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak, maka sepatutnya tidak timbul isu mengenai
pelaksanaan persetujuan tersebut. Begitupun jika berlaku keengganan oleh mana-mana
pihak untuk melaksanakan apa-apa perkara yang dipersetujui melalui sulh, disebabkan
persetujuan ini kemudiannya menjadi sebahagian dari perintah mahkamah, maka
peruntukan yang berkaitan dalam Enakmen Acara Mal berhubung pelaksanaan dan

49
penguatkuasaan perintah mahkamah bolehlah dirujuk untuk dipakai bagi tujuan
pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Keunggulan sulh sebagai kaedah dalam menyelesaikan pertikaian adalah suatu


hakikat yang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan data-data yang terkumpul, dan laporan-
laporan media massa di Malaysia menunjukkan meskipun pelaksanaannya baru bermula,
namun prosedur ini telah memperlihatkan hasil yang membanggakan dalam pengurusan
kes-kes kekeluargaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Selain dari
berjaya menanggani masalah kes-kes tertunggak (Harian Metro 4/9/02) pelaksanaan
kaedah ini juga dilihat mampu memberikan kepuasan hati kepada pihak-pihak yang
bertikai, disamping beberapa faedah lain seperti pengurangan kos tanggungan oleh pihak-
pihak bertikai. Adalah menjadi harapan semua, meskipun perubahan yang telah dilakukan
kepada sistem yang digunapakai ini dapat mempermudah dan meringkaskan prosedur-
prosedur kehakiman serta memberikan impak yang positif kepada pengurusankes-kes
kekeluargaan, dalam masa yang sama ia perlulah terus memastikan prinsip keadilan dapat
ditegakkan.

50
2.6 Rumusan

Syariah menggariskan peraturan hidup individu dan kolektif. Peraturan ini mencakupi
bidang-bidang ritual, moral, keluarga, social, ekonomi, warganegara, system undang-
undang, undang-undang perang dan damai serta hubungan antarabangsa. Ringkasnya, ia
mencakupi semua bidang hidup manusia. Syariah menunjukkan perkara baik dan buruk
yang berfaedah dan yang merosakkan. Ia menunjukkan cara-cara untuk mencapai
matlamat yang luhur dari peraturan-peraturan berkenaan. Syariah menunjukkan cara-cara
untuk menggerakkan masyarakat dinamik di bawah peraturan dan disiplin.

Syariah berbeza dari undang-undang yang lain kerana ia merupakan segugus


peraturan skima sistem kehidupan yang digariskan oleh kesepaduan hidup insan. Hukum-
hukum syariah mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat Islam. Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menentukan aspek-aspek tertentu di mana
enakmen-enakmen syarak boleh digubal oleh State Legislature (Badan Penggubal
Undang-Undang Negeri). Terbatasnya skop Islam sebagai agama rasmi Malaysia juga
dapat dilihat daripada pencabulan bidang kuasa oleh Mahkamah Sivil ke atas bidang
kuasa Mahkamah Syariah yang sememangnya telah terhad itu.

Dalam tahun 1998, di dalam usaha untuk menaikkan taraf Undang-Undang


Syariah dan Mahkamah Syariah, Parlimen telah meminda Perkara 121 dengan
memasukkan klausa 1A yang tidak lagi membenarkan Mahkamah Sivil menceroboh
bidang kuasa Mahkamah Syariah. Masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan demi
untuk memperbaiki martabat Islam, hukum Islam dan Mahkamah Syariah

51
keseluruhannya. Pentadbiran Mahkamah Syariah haruslah diperkemaskan bagi
melicinkan pengendalian kes.

  

BAB III

PERCERAIAN MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS

3.1 Pengenalan

Pada 24 April 2003, masyarakat Islam dikejutkan dengan isu cerai SMS, iaitu lafaz cerai
atau taklik dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi telefon bimbit. Ianya hanya
sebuah pesanan ringkas tapi membawa natijah yang baru dalam kehidupan
berumahtangga. Isu ini menjadi semakin hangat apabila adanya campurtangan dari Dato
Seri Dr Mahathir Muhamad dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Dato’ Shahrizat
Haji Jalil. Isu ini sebenarnya tidaklah sekronik mana, tetapi medialah yang memainkan
peranan mewarwarkan seolah-olah isu ini merupakan isu penting untuk didiskusikan di
kedai-kedai kopi, tidak kira di kafe berinternet atau kedai-kedai runcit. Kebanyakan
tukang cerita-cerita ini berbicara hingga melangkaui batas hukum syarak.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengesah dan
mensabitkan perceraian satu pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui sistem
pesanan ringkas (SMS) pada April 2003. SMS yang dihantar oleh Shamsudin Latif
kepada bekas isterinya, Azida Fazlina Abdul Latif tertera: “kalau engkau tak keluar dari
rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga”. Pada masa lafaz itu dihantar pada pukul
10.04 pagi 18 April 2003, Azida berada di rumah keluarganya dan dia hanya
membacanya pada pukul 8 malam apabila telefon bimbitnya dipasang. Hakim Syarie
Mohamad Fauzi Ismail semasa membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan

52
sabit serta gugur talak tiga terhadap Azida. 54  Pada prosiding 9 Julai 2003, Azida yang
bertindak sebagai plaintif memberitahu mahkamah bahawa dia pasti SMS itu dihantar
oleh suaminya (ketika itu). Shamsudin yang dinamakan sebagai defendan ketika ditanya
oleh mahkamah, memperakukan keterangan yang diberikan oleh Azida.55
 
Berasaskan sumber berita dari media-media tempatan ini maka lahirlah berbagai
spekulasi berkenaan dengan cerai SMS ada yang pro dan kontra. Ada yang melampau-
lampau membangkang cerai SMS dan merasakan seolah-olah ia penghinaan kepada
wanita, tidak terkecuali Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Shahrizat Hj Jalil,
Sisters in Islam, beberapa pertubuhan NGO wanita yang kurang dikenali. Isu hukum
syarak tidak ditonjolkan berkenaan dengan cerai SMS, yang ditonjolkan ialah isu
‘menghina wanita’, mereka bersikap anti-kepada keputusan Mahkamah Syariah itu. Ada
satu tulisan menarik dari sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang betul-betul
mempertikaikan tidakan Hakim Syarei. Seolah-olah Hakim Syarei tersebut tidak teliti,
yang amat menggelikan hati, rencana tersebut cuba mengajar pihak tertentu bagaimana
untuk mengesahkan SMS itu ditulis oleh suaminya dan sebagainya.
 
Tidak kurang juga yang betul-betul mempermainkan isu ini, ada yang membuat
andaian kalau seseorang itu poligami, tiba-tiba isteri pertama cemburu hantar SMS
menceraikan isteri kedua dengan talak tiga sekali gus, habislah sang suami. Itulah
beberapa kedangkalan pihak yang kononnya mereka berfikiran kritis tetapi sebenarnya
masih dangkal dalam mengkaji idea ini secara menyeluruh, bahkan mereka mungkin
tidak merujukpun kepada written decision, mungkin mereka ini hanya merujuk kepada
laporan akhbar dan media massa yang agak terhad laporannya dan mengarah kepada
memenangkan pendapat pihak tertentu.

3.2 Pendapat dan Hukum Penggunaan SMS

Kemudian bermulalah isu mempertikaikan kewibawaan Hakim Syarei Mahkamah


Gombak Timur bermula apabila Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
54
Utusan Malaysia. Muka Depan. 25.8.2003.
55
Ibid.

53
Masyarakat akan meminta Jabatan Agama Islam memberi penjelasan lanjut mengenai
kedudukan perceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang disahkan oleh
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Menterinya, Datuk Dr. Siti Zaharah
Sulaiman berkata, beliau ingin mengetahui kedudukan sebenar mengenai fatwa atau
perkara-perkara yang membolehkan perceraian dengan cara itu disahkan. 56 Beliau ingin
mendapatkan maklumat mengenai perkara tersebut dan tidak akan mengeluarkan
kenyataan mengenainya, sehingga mendapat penjelasan sepenuhnya. Soal yang menjadi
pokok sekarang ialah institusi kekeluargaan yang harus sentiasa dilindungi dari
menghadapi masalah perpecahan. Perpecahan boleh mengakibatkan beberapa masalah
lain dan elak menambah masalah. Ahli keluarga mesti bertanggungjawab terhadap
keluarga masing-masing dan tidak boleh membiarkan masalah itu diselesaikan secara
berasingan atau mengambil pendekatan sambil lewa. Beliau menambah, jika menghadapi
masalah dalam keluarga, perkara itu perlu dirujuk kepada pihak tertentu yang mahir.
 
Para mufti dan ahli agama berpendapat walaupun lafaz perceraian melalui alat
telekomunikasi moden termasuk e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) dibolehkan
dalam Islam tetapi ia tidak digalakkan bagi mengelakkan kekeliruan. Mereka turut
meminta umat Islam supaya menggunakan kaedah lebih terhormat apabila melafazkan
cerai terhadap isteri kerana agama Islam sendiri membenci perceraian. Mufti Kedah,
Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya
daripada menggunakan kemudahan teknologi semasa termasuk dalam berkomunikasi
dengan seseorang. Bukan sahaja SMS, kalau guna Internet juga boleh kerana yang
penting ialah maklumat itu mesti sampai kepada si isteri. Lafaz melalui SMS dinamakan
sebagai lafaz kinayah (tidak terus terang) sementara lafaz ucap (bersemuka) pula
dipanggil sebagai lafaz soreh (terus terang). Perbezaan antara kedua-dua lafaz tersebut
ialah lafaz talak kinayah hanya sah jika diikuti dengan niat manakala lafaz talak soreh
cukup menerusi kata-kata sahaja.57
 
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata,
penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalah perkara baik tetapi ia tidak harus
56
Utusan Malaysia. “Berita Dalam Negeri”. 26.7.2003.
57
Ibid.

54
disalahgunakan terutama bagi perkara yang membabitkan hukum agama. Penggunaan
sewenang-wenangnya e-mel, Internet atau SMS walaupun latar belakang mereka yang
menghantar pesanan boleh disiasat untuk mengesahkannya. Menurut beliau, meskipun
menyampaikan sesuatu seperti talak melalui SMS perlu disahkan oleh mahkamah, ia
dibimbangi akan menimbulkan masalah lain.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemajuan
teknologi tidak sepatutnya disalah guna termasuk bercerai melalui SMS telefon bimbit.
Beliau yang kesal dengan kejadian menimpa sepasang suami isteri terbabit berkata,
walaupun dibolehkan oleh syarak namun ia tidak sepatutnya diamalkan. Beliau tidak
menyokong perceraian melalui SMS. Sepatutnya kalau hendak bercerai kena bersemuka
bukan SMS, Mereka (pasangan terbabit) boleh menggunakan teknologi ini untuk
bersemuka atau berbual, dan dari situ mungkin timbul perasaan kasihan dan tidak jadi
bercerai. Inilah kemajuan dalam bidang telekomunikasi. 58
 
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata mesyuarat mingguan Kabinet
berpandangan bahawa perceraian pasangan Islam tidak sepatutnya dilakukan dengan
lafaz cerai melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Kabinet memutuskan yang
sementara mereka mungkin betul daripada sudut lain, ia bukan cara untuk bercerai. 59
Penceraian melalui SMS adalah sesuatu hal menghina wanita, dengan berhujahkan
bahawa lelaki yang menggunakan SMS perlu menfailkan kesnya ke Mahkamah , ini
menunjukkan bahawa wanita diberi hak. Dengan sinis beliau menyelar orang
mengatakan cerai SMS bersifat jalanan, dalam masa yang sama mengiktiraf cinta jalanan
dengan sms.60
 
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga tidak bersetuju dengan budaya
tersebut. Ia merupakan satu penghinaan kepada wanita dan membawa imej yang negatif
kepada Islam. Kementerian meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul

58
Utusan Malaysia. Muka Depan. 30.7.2003.
59
Utusan Malaysia. Muka Depan. 31.7.2003.
60
Dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia. 30.7.2003.

55
Hamid Zainal Abidin mengambil kira perkembangan terbaru ini agar SMS tidak menjadi
alat untuk wanita diceraikan. 61
 
Manakala dalam tajuk “Pinda Undang-undang Keluarga Islam jika lemah”.
Utusan Malaysia.31.7.2003.   Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan
mengesyorkan supaya Undang-undang Keluarga Islam dipinda jika terbukti wujud
kelemahan sehingga membolehkan lafaz cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
dibuat sewenang-wenangnya. Kabinet memandang berat perkara itu dan sependapat
dengan kementerian bahawa perceraian melalui cara tersebut tidak selaras dengan
semangat Syariah. Tegasnya, ia tidak harus dilihat sebagai penghinaan ke atas wanita
sahaja, sebaliknya boleh mencemarkan imej agama suci itu dan menjatuhkan maruah
lelaki Islam di negara ini.62

Kementerian akan mengesyorkan pindaan undang-undang kalau jelas dan nyata


ada kelonggaran di dalamnya yang menyebabkan perceraian melalui SMS berlaku di
negara ini. Bukan setakat menerusi SMS bahkan melalui e-mel pun kerana dianggap
telah menyalahgunakan teknologi yang ada. Kabinet membincangkan isu lafaz cerai
melalui SMS ekoran timbul kontroversi sama ada cara itu beradab atau tidak dan apakah
ia satu penghinaan kepada wanita serta kesannya kepada imej Islam.
 
  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin
berkata bahawa Lafaz cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak sah sehingga
diperakukan oleh Mahkamah Syariah di negara ini. Menurut beliau, jika seseorang suami
menghantar SMS menyatakan cerai kepada isteri, talak tidak jatuh kerana ia tertakluk
kepada hukum bahawa mengikut undang-undang Islam di negara ini ia perlu dibawa ke
mahkamah untuk disahkan. Situasi itu dianggap sebagai cuba untuk bercerai dan ia tidak
sah sehingga diperakukan oleh Mahkamah Syariah mengikut Undang-Undang Keluarga
Islam 1984. Merujuk kepada lafaz cerai melalui SMS yang dihantar oleh Shamsudin
Latif kepada bekas isterinya, Azida Fazlina Abdul Latif pada 18 April 2003 dan
disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 24 Julai 2003, Lafaz
61
Lihat Utusan Malaysia. 30.7.2003.
62
Utusan Malaysia. “ Pinda Undang-Undang Keluarga Islam Jika Lemah.” 31.7.2003.

56
cerai itu tidak sah dan mereka masih suami isteri yang sah dalam tempoh mula SMS itu
dihantar sehingga mahkamah sahkan perceraian itu pada 24 Julai 2003.

Talak yang dilafaz oleh suami termasuk menggunakan e-mel, faksimile dan surat
juga dikategorikan sebagai `cuba' melakukan perceraian di luar mahkamah atau tanpa
kebenaran dan ia bertentangan dengan undang-undang Islam di negara ini. Undang-
undang itu diwujudkan mengikut kaedah fiqah iaitu sesuatu tindakan imam (pemimpin)
ke atas rakyat bergantung kepada kepentingan umum. Ia adalah untuk memastikan si
suami tidak melafazkan talak dengan sesuka hati yang boleh menganiaya isteri. Oleh itu,
mengikut Seksyen 124 undang-undang berkenaan, sesuatu perceraian di luar mahkamah
atau tanpa kebenaran mahkamah akan dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara
tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.Jadi, jika suami cuba melakukan
perceraian menggunakan SMS, maka tidak jatuh talak. Bukan SMS yang `berkuasa'
menceraikan pasangan suami isteri tetapi mahkamah.

Undang-undang keluarga Islam di negara ini tidak membenarkan suami


melafazkan talak dengan sesuka hati bertujuan untuk memelihara kehormatan kaum
wanita. Selain itu ujarnya, ia bagi memastikan proses perceraian berlaku dalam suasana
harmoni, sekalipun ia dibenarkan oleh Islam. Oleh yang demikian, Jabatan Kefahaman
Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditugaskan
mengkaji semula peraturan berkaitan. Mungkin denda boleh dinaikkan kepada penjara
tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000, ini semua akan dirujuk semula.63
  
Melafaz talak melalui SMS tidak seharusnya berlaku kerana ikatan perkahwinan
dalam Islam jauh dari sikap emosional. Seorang Muslim sejati seharusnya memiliki
kesopanan, budi, kesabaran dan kekuatan diri dalam menangani persoalan ini. Seseorang
itu mungkin tidak menyukai sesuatu dan cuba untuk menjauhinya padahal dari segi
kenyataannya ia mengandungi banyak kebaikan dan rahmat.64

63
Ibid.
64
Mohd Shauki Abdul Majid. “ Lafaz Talak SMS”. Buletin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Ogos 2008.

57
Bergaullah dengan isteri kamu menurut yang sepatutnya. Kalau kamu benci kepada
mereka (hendaklah kamu bersabar), kerana boleh jadi kamu benci pada sesuatu sedang
Allah menjadikan kebaikan yang banyak di dalamnya.
(Surah an-Nisa ayat 19)
Peraturan yang membabitkan perceraian di luar mahkamah mungkin
diperketatkan termasuklah cadangan memperkenalkan hukuman penjara mandatori
kepada suami yang melafazkan cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telefon
bimbit. Hukuman yang ada sekarang gagal menghalang perkara tersebut walaupun ia
sebenarnya sudah cukup tegas. Bagaimanapun, walau setegas mana undang-undang
sekalipun ia bukanlah satu jaminan bahawa masalah berkenaan dapat diatasi kerana yang
paling penting adalah kesedaran di dalam diri para suami. Suami hendaklah ingat bahawa
mereka mesti menggunakan cara yang lebih beradab dan bertanggungjawab walaupun
lafaz cerai yang dilakukan di luar mahkamah, ia tetap jatuh dari segi syarak.65
 
Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) berpendapat cadangan
memperkenalkan hukuman penjara mandatori ke atas suami yang melafazkan cerai
melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telefon bimbit mampu mengatasi masalah
perceraian melalui SMS daripada berleluasa. Yang Dipertua NCWO, Profesor Datuk Dr.
Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, hukuman berkenaan akan menjadikan
golongan suami lebih berhati-hati dan membendung perbuatan melafazkan cerai dengan
sewenang-wenangnya melalui perkhidmatan SMS. Hukuman penjara adalah lebih berat
dan serius berbanding dengan hukuman mengenakan denda.66

Pengerusi Perkhidmatan Hotline MCA, Tai Sim Yew dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan berkata, masalah lafaz cerai melalui SMS harus dibendung demi memelihara
kesucian dan kehormatan institusi kekeluargaan dan perkahwinan. Selain itu perbuatan
tersebut juga adalah satu bentuk diskriminasi, prejudis dan penghinaan kepada maruah
dan martabat kaum wanita di negara ini.67
  

65
Sheikh Ghazali Abdul Rahman. “Peraturan cerai SMS”. Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
(JKSM) Ogos 2003.
66
Utusan Malaysia. Muka Depan. 4.8.2003.
67
Ibid.

58
Isu ini benar-benar mengajak pelbagai pihak terdiri daripada orang ramai, ulama
dan terutamanya golongan wanita melihat perkembangan kurang sihat ini. Kebanyakan
mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara talak itu `dilafazkan'. Bahkan,
lafaz cerai melalui SMS disifatkan sebagai menghina kaum isteri selain dilihat sebagai
diskriminasi terhadap wanita. Pertubuhan Sisters In Islam (SIS) melalui Pegawai
Penyelidiknya, Nik Noriani Nik Badlishah berkata, lafaz cerai menerusi SMS
menunjukkan si suami tidak mempunyai adab ihsan di dalam diri. SIS begitu terkejut
kerana Majlis Agama Islam membenarkan perkara tersebut tanpa adanya tatatertib atau
ihsan di dalam perkara tersebut. Seorang pekerja pun tidak boleh dibuang kerja melalui
SMS, inikan pula perceraian yang merupakan satu pekara besar yang melibatkan rumah
tangga.68

Walaupun perceraian memang merupakan hak suami tetapi selalunya pihak


isterilah yang akan menanggung segala proses perundangan dan sebagainya. Proses
perceraian selalunya akan berakhir dalam jangka masa yang lama dan menelan kos yang
mahal. Menurut SIS, Majlis Agama Islam sudah bersedia untuk menggunakan alatan
moden bagi tujuan lafaz cerai yang sudah tentu memberi banyak kelebihan kepada pihak
suami. 69

Dalam pada itu, Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Faridah
Khalid berkata, perceraian menerusi SMS merupakan satu penghinaan kepada institusi
perkahwinan itu sendiri. Tambahan pula katanya, implikasi terhadap isteri dan keluarga
adalah besar akibat perceraian dengan cara demikian. Kita tidak tahu sama ada SMS
tersebut dilakukan dengan tujuan penganiayaan oleh pihak yang sakit hati dengan
pasangan tersebut. Ini sudah tentu akan menghuruharakan sesebuah rumah tangga.
Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang suci, namun dilihat untuk meleraikannya sebagai
paling mudah dan terlalu singkat. Untuk bercerai bukanlah satu yang mudah. Suami perlu
mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat perisytiharan perceraian ke atas
isterinya. Bukan hanya setakat menggunakan SMS sahaja.70

68
Ruangan Keluarga. “Jangan Hina Isteri”. Utusan Malaysia. 3.8.2003.
69
Ibid.
70
Ibid.

59
Sementara itu Pengerusi Wanita Ikram, Maryam Abdul berkata, perceraian
menggunakan SMS adalah terlalu mudah, terutamanya bagi suami yang sudah `hilang
pertimbangan'. Penyalahgunaan teknologi canggih untuk membuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan makhluk Tuhan yang lain. Jika perlu bercerai, pergi ke mahkamah untuk
kemukakan perceraian. Adalah tidak adil dan satu diskriminasi terhadap wanita sekiranya
saluran ini tetap digunakan. SMS tidak boleh dijadikan satu medium untuk perceraian
dan kaum lelaki perlu dididik mengenai hal itu.71

Presiden Pekerja Wanita Malaysia (Perwanis), Silam Hassan berkata, sekiranya


perkara itu menjadi amalan, beliau khuatir lafaz cerai menerusi SMS akan menjadi satu
polisi Undang-Undang Keluarga Islam pada masa akan datang. Jika ini berlaku katanya,
ia merupakan satu penganiayaan, penghinaan dan diskriminasi terhadap golongan isteri
dan wanita. Banyak kes yang melibatkan tuntutan perceraian daripada isteri akan
mengambil masa berbulan-bulan malahan bertahun sedangkan suami dengan hanya satu
petikan butang boleh melafazkan perceraian. Suami yang bertanggungjawab sepatutnya
menghargai isteri mereka dan tidak melakukan perkara sewenang-wenangnya apabila
sudah tidak suka. Perceraian menggunakan SMS akan merendahkan kedudukan wanita,
perkara ini akan mengakibatkan imej agama Islam dipandang negatif. Kalau sesuatu
perceraian perlu dilakukan, ia hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah dan beradab.
Wanita mempunyai maruah yang tinggi. Bukannya apabila dihargai diambil, bila dibenci,
dibuang begitu sahaja bagai sampah tidak berguna.72

 
3.3 Kes Cerai SMS Pertama yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah

Pada tahun 2003, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan ensabitkan
perceraian sepasang suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila si suami

71
Ibid.
72
Ibid.

60
menghantar mesej kepada isterinya bertulis, “Kalau engkau tak keluar dari rumah mak
bapak engkau, jatuh talak tiga.”

SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam
apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan, dia yakin suaminya yang
mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan soalan kepada defendan, dia
memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim Syarie ketika membuat keputusan
berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap plaintif.

Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang
bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan
mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah, talak dalam bentuk
tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti
melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika
disertai dengan niat. Namun semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah
untuk mensabitkan talak berkenaan. Apapun, talak yang dilakukan dengan menggunakan
alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang dianggap tidak menepati adab
perceraian digariskan oleh syarak.

Dalam keterangannya di mahkamah, Azida Fazlina menyatakan bahawa dia ada


menerima dan membaca mesej itu yang berbunyi seperti berikut “Kalau engkau tak
keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga”. Suami Azida pula, dalam
keterangannya di mahkamah, mengakui bahawa dia ada menghantar mesej itu kepada
isterinya.
 
Berlandaskan peruntukan undang-undang berhubung keterangan, seperti yang
terkandung dalam Enakmen Keterangan Syariah yang sudah lama berkuat kuasa di
mahkamah syariah, apabila setiap pihak dalam sesuatu kes itu telah berikrar di hadapan
mahkamah semasa prosiding berjalan (iaitu mengakui apa yang berlaku itu adalah
perbuatannya dengan sengaja dan rela hati), maka mahkamah tidak perlu melihat kepada

61
keterangan-keterangan lain. Kes akan hanya menjadi rumit sekiranya (sebagai misalan) i
suami menafikan ada menghantar SMS itu atau isteri menafikan ada menerima dan
mengetahui kandungan SMS itu.
 
Kesimpulannya dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur itu, disebabkan hakim bicara dalam kes itu telah mendengar ikrar kedua-
dua pihak (suami dan isteri) tentang penghantaran (oleh suami) dan penerimaan (oleh
isteri) lafaz taklik menerusi SMS itu, dan syarat atau perkara yang disebutkan dalam
taklik itu benar-benar telah berlaku, hakim bicara tidak ada pilihan lain lalu mensabitkan
perceraian telah berlaku. Dengan lain perkataan, dalam kes Azida dan suaminya ini,
ikatan perkahwinan mereka bubar disebabkan mahkamah terima ikrar kedua-dua pihak
sebagai bukti lalu mengesahkan perceraian berlaku disebabkan lafaz taklik suami kepada
isterinya.

Mahkamah juga mengaitkan persoalan mengenai ikrar bagi mensabitkan


perceraian tersebut. Bila menyebut tentang lelaki berikrar, di dalam Kitab I’anat At-
Talibin juzu’ 3 muka surat 187 ada menyebut:

Maksudnya: Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut syarak
diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya. Iqrar disebut juga sebagai
I’tiraf.

Dalam kitab I’anat At-Talibin juzu’ 4 muka surat 27 ada menyebut:

Maksudnya: Perkara talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki yang adil
lagi merdeka, sebagaimana pula ianya di sabitkan dengan iqrar adanya talaq.

Dalam Seksyen 17 (1) Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 menyatakan:

62
“Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau atau
lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa ia mempunyai obligasi atau tanggungan
terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.”

Manakala Seksyen 17 (2) dalam Enakmen yang sama menyatakan:


“Sesuatu iqrar hendaklah di buat:
a. dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
b. di luar Mahkamah di hadapan dua orang saksi lelaki yang
akil baligh dan adil.”

Menurut Seksyen 55 (1) Enakmen yang sama memperuntukkan bahawa:

i) Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima


sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang melaksanakan dokumen itu;

ii) Sesuatu pengakuan melalui dokumen yang ditulis atau disebabkan ditulis oleh
seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang
lain boleh diterima sebagai iqrar dengan syarat.

Berdasarkan kepada keterangan dan ikrar Plaintif dan Defenden dengan ini,
Mahkamah berpuashati di atas iqrar Plaintif yang menyatakan Plaintif telah menceraikan
Defenden. Dengan lain perkataan, ikrar Plaintif telah memenuhi kehendak peruntukan
hukum syarak dan peruntukan Seksyen 17(1) dan (2) Enakmen Keterangan Syariah 1996.
Mengenai rukun ketiga bagi talak iaitu qasad (niat), oleh kerana lafaz cerai menggunakan
lafaz yang sareh maka ianya dan Plaintif tidak lagi memerlukan niat untuk menceraikan
Defenden sebagaimana huraian sebelum ini. Manakala rukun keempat bagi perceraian
iaitu kepada siapa lafaz cerai ditujukan, Mahkamah berpuashati daripada ikrar dan
keterangan-keterangan yang diberikan oleh Plaintif dan Defenden adalah ditujukan
kepada Defenden. Defenden ketika lafaz cerai dilafazkan oleh suaminya adalah isteri
yang sah kepada Plaintif dan beliau tidak berada dalam eddah ba’in walaupun ketika itu
defenden haid.

63
  Kes ini bukan kes seorang suami menggugurkan (melafazkan) talak terhadap
isterinya menerusi SMS, lalu mahkamah terus memutuskan perceraian telah berlaku
tanpa usul periksa lagi. Justeru, harap tidak akan ada mana-mana pihak, walau
bagaimana baik sekalipun motif mereka, mempertikai atau mempersoal keputusan
Mahkamah Syariah Gombak Timur itu.
 

3.4 Kedudukan Cerai SMS dari Kaca Mata Peguam Syarie

Isu bercerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sememangnya menjadi polemik
dalam masyarakat. Ada yang berjuang mendesak supaya cerai secara SMS dianggap tidak
sah kerana tindakan itu tidak bermaruah, memalukan serta mempersendakan keutuhan
institusi keluarga yang menjadi inti pati kekuatan ummah. Apakah sebenarnya kedudukan
cerai SMS?

Secara umumnya kuasa menjatuhkan talak berada di tangan suami. Apabila suami
menjatuhkan talak, maka berlakulah perceraian sama ada lafaz talak menggunakan
bahasa Arab atau bahasa lain, melalui tulisan atau bahasa isyarat boleh difahami. Talak
dijatuhkan itu boleh dibahagi kepada dua iaitu talak dilafazkan secara jelas (talak al-
soreh) dan talak yang berlaku secara sindiran (talak al-kinayah). Talak soreh iaitu lafaz
yang jelas maknanya merujuk kepada cerai dan ia memberi kesan walaupun suami
menyebutnya tanpa niat atau pun secara main-main. Contohnya, seorang suami berkata
kepada isterinya, “A” “Abang ceraikan awak dengan talak satu” “A” atau lain-lain.
Talak kinayah iaitu talak secara kiasan atau sindiran di mana ia boleh membawa banyak
maksud sama ada cerai atau tidak, ia hanya menjadi sah apabila ada niat di pihak suami.
Contohnya, suami berkata, “Awak baliklah ke rumah ayah awak”, “A” “Kita berdua
sudah tiada hubungan lagi””A” dan lain-lain.73

73
Nurhidayah Muhd Hashim. “SMS Talak Sah Jika Suami Ada Niat Bercerai”. Buletin Persatuan Peguam
Syarie Malaysia. 17 Disember 2007.

64
Di sinilah datangnya jawapan kepada kedudukan bercerai menggunakan kaedah
tulisan SMS. Jumhur fuqaha berpandangan talak melalui tulisan dianggap sah jika ketika
suami menulisnya ada disertai niat untuk bercerai. Menurut mazhab Syafie dan Maliki,
talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk jelas (soreh) dan dapat difahami maksudnya
tetap tidak sah dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Contohnya,
suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis, “Aku
ceraikan kamu” maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat
demikian. Selain itu, tulisan berkenaan juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada
isterinya.

Dalam kes Azida Fazlina lawan Shamsudin Latif yang diputuskan pada 2003,
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan mensabitkan perceraian
pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila suami menghantar kepada
isteri SMS berbunyi,“Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh
talak tiga.”

SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam
apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan bahawa dia yakin suaminya iaiitu
defendan dalam kes ini yang mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan
soalan kepada defendan, beliau memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim
Syarie ketika membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur
talak tiga terhadap plaintif.

Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang
bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan
mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah:

i) talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada
isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah
talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat.

65
ii) Semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan
talak berkenaan.

iii) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah
kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak.

Apabila berlaku situasi sebegini, ke mana pasangan perlu pergi untuk


menyelesaikan masalah itu? Jawapannya, pihak isteri atau suami perlu membawa kes ke
mahkamah syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz itu. Mereka tidak boleh
mendiamkan diri atau memutuskan sendiri kes itu sama ada suami mengatakan ada niat
atau tiada niat dan sebagainya. Hanya mahkamah syariah yang ada kuasa untuk
mendengar dan memutuskan pertikaian sebegini sekali gus mensabitkan atau tidak
mensabitkan perceraian antara pasangan terbabit.

Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS


2003) memperuntukkan seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar
mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada
talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah hendaklah
mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu sah mengikut
hukum syarak. Jika mahkamah berpuas hati bahawa talak yang dilafazkan sah mengikut
hukum syarak, maka mahkamah hendaklah membuat perintah membenarkan perceraian
dengan talak, merekodkan perceraian itu dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar
yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Kita semua perlu melihat bahawa semua urusan perkahwinan, perceraian dan
rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seseorang berkahwin secara baik
dan terhormat, membuat kenduri dengan begitu meriah, maka apabila perkahwinan tidak
dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan
menggunakan SMS dan sebagainya. Sungguh tidak beradab orang yang berkahwin

66
dengan penuh kebesaran dan keriuhan tetapi mengakhiri perkahwinannya dengan
menggunakan kaedah SMS.

3.5 Rumusan

Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), trend perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia amat
membimbangkan iaitu merangkumi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perkahwinan
setiap tahun.

Pada 2004 dan 2005, sebanyak 111,944 dan 110,951 perkahwinan didaftarkan di
jabatan agama Islam seluruh negara, dan pada tahun sama juga sebanyak 16,509 dan
13,465 perceraian dicatat. Kes rujuk di kalangan pasangan bercerai dalam kedua-dua
tahun itu pula hanya membabitkan jumlah kecil iaitu 2,267 pada 2004 dan 1,749 pada
2005.

Adalah penting bagi pasangan suami isteri meminta maaf atau mengaku kesalahan
selepas bertengkar. Ini kerana dengan meminta maaf antara satu sama lain dapat menjaga
perasaan marah dan mengawal kemarahan serta membenarkan perhubungan perasaan
dengan lebih mesra. Selain daripada itu, dengan meminta maaf dapat membantu
pasangan dalam membuat komen yang membina dan menjalinkan perhubungan yang
mesra sebagaimana termaktub dalam al-Quran antaranya surah al-Baqarah 2 : 263 yang
bermaksud:
Perkataan yang baik dan pemberian kemaafan lebih baik daripada sedekah yang diiringi
dengan sesuatu yang menyakitkan ( perasaan penerima)

67
Kebanyakan daripada pasangan mengadu bahawa masalah yang wujud dalam
kalangan mereka telah lama berlaku dan tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini berpunca
akibat daripada pasangan mempercayai bahawa masalah yang dihadapi selama ini tidak
dapat diselesaikan adalah disebabkan oleh pasangan dalam mengubah personalitinya.
(Weiner-Davis, 1992). Sebagai contohnya, pasangan mungkin sering digambarkan
sebagai ‘marah’, ‘kebencian’, ‘tidak hormat’, ‘tidak mengambil berat’ atau ‘tidak
sensitif’ dikatakan tingkah laku mereka adalah berpunca daripada pergolakan personaliti
yang berpunca dariapada masalah dalaman. Malangnya dalam kes seperti ini, pasangan
mula membuat jangkaan ke atas tingkah laku yang dilakukan. Dengan ini, jangkaan
demikian sentiasa berhubung terus dengan pasangan. Cadangan bagi mengatasi
rintangan:

i) Membantu pasangan untuk berubah kelakuannya kepada respon yang


lebih positif dan jelas
ii) Berhadapan dengan pasangan secara lebih terbuka untuk mengubah
persekitaran di mana mereka membincangkan hal tersebut.
iii) Mengelakkan daripada menerima pandangan atau anggapan bahawa
pasangan tidak akan berubah

Dalam membicarakan isu rumah tangga, umat Islam seharusnya menjadikan


junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh untuk memastikan keharmonian
dalam rumah tangga.Sebagai contoh, baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja
rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda
(nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa
dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban) Sikap baik
Rasulullah terhadap isteri diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan:
“Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat
Bukhari)

68
BAB IV

KESAN-KESAN PERCERAIAN TERHADAP MASYARAKAT

4.1 Pengenalan

Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan


permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai-bagai
permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri.

Sesungguhnya, penyelesaian secara sulh ini wajar digalakkan kerana adakalanya


keputusan mahkamah tidak dapat memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan
sulh adalah lahir dari perasaan tolak ansur dan reda meredai yang akhirnya membawa
kepada penyelesaian secara muafakat. Penyelesaian secara sulh juga lebih tepat dalam
mencapai keadilan kerana kedua-dua pihak lebih mengetahui tentang hak yang
sepatutnya diperolehi.

Prinsip mengutamakan sulh ini bukan sahaja digalakkan kepada mereka yang
mempunyai hubungan kekeluargaan sahaja malahan kepada semua orang. (Ibn Yaman
1393H) Dalam konteks yang lain, pertikaian merupakan perkara yang lumrah dan sering
berlaku dalam kehidupan masyarakat samada pertikaian dalam institusi keluarga atau
dalam sesebuah komuniti. Boulle (Boulle 2001) menjelaskan: konflik merupakan suatu

69
kenyataan dalam proses kehidupan, manakala Wan Halim Othman (Wan Halim 1990)
pula menyatakan “konflik yang berlaku di dalam sesebuah keluarga merupakan satu
gejala yang berlaku sejak asal sejarah manusia lagi”. Noone menyimpulkan bahawa
“pertikaian antara individu yang terhasil dari konflik-konflik tertentu adalah suatu yang
tidak dapat dielakkan dan ia merupakan suatu perkara yang normal dalam kehidupan”.
(Noone 1996)

Keadaan ini sudah tentu akan merumitkan jika semua kes pertikaian dirujuk
kepada institusi mahkamah untuk diselesaikan, malah apabila sesuatu kes dibawa ke
mahkamah biasanya ia akan mengambil masa yang lama dan terpaksa mengeluarkan kos
perbicaraan yang bukan sedikit dan terpaksa ditanggung oleh ke dua-dua pihak.

Sehubungan itu penyelesaian secara sulh adalah yang terbaik kerana selain dari
mampu memuaskan hati ke dua-dua pihak ia dapat menghubungkan kembali perasaan
kasih sayang dan persaudaraan di antara pihak-pihak bertikai, mempercepatkan proses
penyelesaian pertikaian dan paling penting ia dapat memberikan keadilan kepada ke dua-
dua pihak kerana kedua-dua pihak memaklumi secara jelas hak yang sepatutnya
diperolehi atas objek yang didakwa. Ini juga kerana sulh di asaskan atas prinsip reda
meredai atau tolak ansur antara satu dengan lain dan muafakat pihak-pihak bertikai.

4.1.1 Insitusi Keluarga Semakin Rumit

Para sarjana pelbagai disiplin ilmu sepakat bahawa masalah dalam institusi keluarga yang
semakin rumit adalah akibat daripada pembangunan sosial dan ekonomi negara yang
pesat. Para sarjana pengajian Islam sudah lama menyedari bahawa pembangunan sosio
ekonomi negara yang pesat tanpa diimbangi oleh pengisian aspek spiritual boleh
meninggalkan kesan negatif ke atas individu dan keluarga.

Akibat perubahan sosio ekonomi yang pesat juga, institusi keluarga akhir-akhir
ini semakin kehilangan fungsi dan menjadi porak peranda dan dengan itu semakin banyak
rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian. Masalah perceraian dan konflik

70
rumah tangga sudah menjadi masalah negara yang memerlukan sokongan dan kerjasama
pelbagai pihak. Yaacob Harun(1992) menyatakan proses pembandaran menyebabkan
berlakunya perubahan fungsi keluarga. Fungsi keluarga, seperti fungsi ekonomi,
pendidikan, keagamaan, perlindungan dan rekreasi bagi keluarga di bandar banyak yang
telah diambil alih oleh institusi lain yang turut melaksanakan fungsi tersebut.

Akibatnya terjadilah perubahan dari segi peranan dan juga kuasa dalam keluarga.
Pemindahan sebahagian fungsi keluarga kepada institusi lain seperti kilang dan industri
telah melemahkan institusi keluarga. Oleh itu tidak hairanlah jika dalam masyarakat
bandar terdapat pelbagai macam masalah sosial berkaitan dengan keluarga sehingga
keluarga itu sendiri sudah tidak lagi mempunyai keupayaan menyelesaikan segala
persoalan keluarga atau rumah tangga yang timbul. Akhir-akhir ini penerimaan
masyarakat ke atas proses kaunseling sebagai satu bentuk sistem sokongan menjadi
semakin meluas. Institusi kaunseling itu sendiri sudah dapat diterima kewujudannya
dalam masyarakat.

Bagi kebanyakan pasangan pula, khususnya pasangan yang mengalami masalah


rumah tangga di Selangor, mendapatkan perkhidmatan kaunseling sebagai satu cara
menyelesaikan permasalahan rumah tangga bukan lagi dianggap sebagai satu tindakan
yang luar biasa.

Bagaimanapun tidak semua proses kaunseling yang diberikan kepada pasangan


yang bermasalah yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di institusi-institusi
yang menawarkan perkhidmatan kaunseling tersebut berakhir dengan kejayaan.
Kebanyakan orang menyangka bahawa perkahwinan yang bahagia itu wujud secara
semulajadi sekiranya pasangan itu serasi di antara satu sama lain dan saling suka
menyukai. Dalam hubungan ini Jacobson (1981) menekankan tentang keperluan untuk
mengembangkan kemahiran hubungan.

Perkahwinan yang baik dipercayai adalah bukan dibentuk secara semulajadi,


tetapi adalah dibina dari pembelajaran (coping ) tingkah laku yang efektif. Jacobson

71
(1981) juga menyatakan bahawa perkahwinan yang bahagia adalah umpama seperti salah
seorang pasangan mengekalkan kadar pulangan ganjaran yang tinggi dan kadar kos
rendah dalam hubungan tersebut. Ini kerana perkahwinan memainkan peranan yang
penting dalam proses pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi
perkahwinan tidak hanya berperanan mendidik anak, menyediakan persekitaran fizikal
dan mental yang selamat malah turut berfungsi dalam mewujudkan suasana yang bahagia
dan mesra, serta membentuk budi pekerti dan nilai hidup yang baik di kalangan ahli
keluarga (Hinde, 1989).

4.2 Sosial

Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan.
Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia
akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh:
Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki
(janda/duda). Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.
Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan
masing-masing.

Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan


saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini
pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian. Pasangan
kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

4.3 Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka.
Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka.
Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah sebahagian daripada perkara-
perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

72
a) Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
b) Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
c) Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
d) Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
e) Perasaan terganggu dan bingung
f) Hilang tumpuan pada pelajaran
g) Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-
anak, maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka.
Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap
kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus
prihatin terhadap perkara-perkara berikut:-

a) Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan
perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di
dalam konflik antara ibu dan bapa.

b) Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan
segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai.

c) Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu,
pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan
banyak perhatian, sokongan dan bantuan.

d) Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif
yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.74

74
Nora Abdul Hak. “Hak Kanak-Kanak dari Aspek Nafkah: Menurut Undang-Undang Keluarga Islam.”
Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam, Isu-Isu Mahkamah Syariah ke 6. AIKOL IIUM. 24
April 2004.

73
4.4 Kesan Emosi

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan


tekanan-tekanan perasaan berikut :
a) Jiwa terganggu
b) Marah
c) Sedih
d) Tidak bermaya
e) Rasa bersalah
f) Terpencil
g) Rendah diri
h) Runsing
i) Putus asa/kecewa
j) Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian,
baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya
menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi
dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.
 
4.5 Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab
dan peranan yang bertambah; sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah.

4.6 Masalah Kewangan

Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap
menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan
mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah
berkurangan.

74
Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata
sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri
sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami. Keperluan dan
perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas
pretasi mereka. Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Syariah.
Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah
anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas
keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi

4.7 Undang – undang

Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undang-
undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban
yang sedia ada: lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang
sudah bercerai;

a) Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal.


b) Perbelanjaan guaman.
c) Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian.
d) Bersambungnya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari
tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan.

Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara


yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah.
Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu
ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan
kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun,
bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.

75
4.8 Rumusan

Pasangan harus bersifat amanah dan bertanggungjawab setelah bercerai terutama di


dalam hal penjagaan anak-anak dan dalam menangani isu kehilangan. Sokongan yang
padu dapat mewujudkan perhubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak
setelah bercerai.

Berdasarkan fail rekod Bahagian Informasi Islam, JAKIM (2007), terdapat


pelbagai sebab yang mendorong berlakunya perceraian. Antara sebab-sebab tersebut ialah
poligami, cemburu, masalah seks, suami isteri tidak bertanggungjawab, kahwin paksa,
kurang didikan agama, curang, kekerasan, cerewet, gila, campur tangan mertua, politik
(berlainan fahaman), bergurau, pendapatan tidak mencukupi, suka sama suka, isteri
engkar, tiada persefahaman, isteri bisu, isteri mandul, masalah kesihatan (isteri tidak
boleh mengandung), terlibat dengan najis dadah (suami), cacat anggota, kurang sabar,
hamil sebelum kahwin, judi, minum arak, zina, suami dalam penjara, suami tidak
memberi nafkah, suami ada perempuan lain, isteri ditinggalkan suami (ghaib), kezaliman
atau penganiayaan terhadap isteri, isteri melayan lelaki lain atau tidak senonoh serta
pengabaian terhadap nafkah dan kasih sayang. Bagi memulihkan semula kestabilan
perkahwinan kaunseling dianggap dapat memainkan peranannya.

Merujuk kepada Gottman (2000), setiap pasangan yang baru berkahwin akan
membentukbudaya yang baru berdasarkan perikatan budaya yang mungkin sama atau
tidak sama. Gottman berhujah dalam ‘sound marital house’ pasangan menimbulkan
perkongsian maksud simbolik – the meshing of individual life dreams, myths and
metaphors. Ini bermaksud pasangan mesti mengkaji maksud adat resam keluarga,

76
peranan, matlamat dan simbol. Contohnya oleh kerana kebanyakan konflik perkahwinan
berlaku adalah disebabkan pasangan mempunyai maksud yang berlainan dan
mengasosiasikan kepada situasi atau komunikasi, ahli terapi akan menaksir makna bagi
perkara seperti keseronokan, cinta, penyakit, rumah dan keluarga. Salah satu tugas bagi
pasangan yang menjalani terapi perkahwinan iaitu mereka perlu bertutur di antara satu
sama lain mengenai makna dan matlamat hidup serta belajar bagaimana menyokong dan
memenuhi harapan di antara satu sama lain.

77
BAB V –RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Terdapat persepsi negatif daripada masyarakat terutamanya kaum wanita yang


menganggap Mahkamah Syari'ah tidak cekap dalam mengendalikan kes-kes
kekeluargaan. Persepsi ini diperkuatkan lagi oleh media yang mengenengahkan kes-kes
tertentu seperti kes Aida Melly. Sebagai institusi yang melaksanakan hukum Islam,
persepsi yang negatif akan mencemar imej Islam secara tidak langsung. DYMM Sultan
Selangor telah menitahkan supaya suatu kajian dibuat bagi mengatasi isu kelewatan
perceraian di negeri Selangor. Sebuah jawatankuasa telah dilantik yang dipengerusikan
oleh Y.B Dato' Haji Zawawi bin Haji Salleh bertanggungjawab untuk mengenalpasti
tahap dan sebab-sebab kelewatan kes-kes perceraian dan mencadangkan langkah-langkah
mengatasi kelewatan tersebut di Selangor.

Negeri Selangor mempunyai sebelas buah Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS
Petaling Jaya, MRS Shah Alam, MRS Gombak Timur (Keramat), MRS Gombak Barat
(Kuang), MRS Hulu Selangor, MRS Klang, MRS Kuala Langat, MRS Hulu Langat,
MRS Sepang, MRS Kuala Selangor dan MRS Sabak Bernam dan sebuah Mahkamah
Tinggi Syariah bagi seluruh negeri Selangor yang terletak di Shah Alam.

Kelewatan kes perceraian ini, antaranya ialah kurangnya atau tiada kerjasama
daripada pihak-pihak yang terbabit dalam kes tersebut seperti suami, isteri, saksi dan
peguam, saman tidak sempurna atau tidak sampai kepada responden kerana alamat yang

78
diberikan tidak lengkap, terlalu banyak kes di mahkamah, prosedur untuk perbicaraan
mengambil masa yang panjang, dan sikap kakitangan mahkamah sendiri.

Faktor utama perceraian di mahkamah syariah dapat diselesaikan dalam tempoh


yang singkat adalah kerana tuntutan tersebut diselesaikan melalui Majlis Sulh. Majlis ini
berfungsi sebagai tapisan pertama kepada kes-kes tersebut tidak perlu dibicarakan di
mahkamah sekiranya ia telah selesai di majlis ini.

Mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 254 Enakmen Kanun


Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 negeri Selangor telah mengambil
tindakan proaktif dengan mewartakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Sulh Selangor 2001
pada Disember 2001 mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U.44. Sungguhpun
kaedah penyelesaian secara sulh ini mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2001 tetapi ia telah
beroperasi secara resmi di mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negeri Selangor
hanya pada 1 Mei 2002. Operasi ini bermula dengan perlantikan Pegawai Syariah Gred
L3 secara kontrak seramai sepuluh orang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk
berkhidmat sebagai Pegawai Syariah (Sulh) di sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah
di Selangor dan seorang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Ini bermakna proses
sulh di Mahkamah-Mahkamah Syariah negeri Selangor dikendalikan oleh seorang
pengantara atau mediator yang dikenali sebagai Pegawai Sulh. (Ghazali 2002) Bagi
melaksanakan Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 satu Manual Kerja Sulh telah
digubal untuk diguna pakai dan dipatuhi oleh semua Pegawai Sulh. Antara objektif
manual kerja ini ialah untuk memperjelas dan menyeragamkan prosedur yang perlu
diikuti oleh semua pegawai sulh dalam mengendalikan Majlis Sulh .

Kedua, kehadiran kedua-dua pihak (suami dan isteri ) amat penting untuk
menyelesaikan kes perceraian. Kehadiran mereka akan memudahkan segala urusan yang
melibatkan kedua-dua pihak.

Ketiga, tuntutan perceraian yang ditukar kepada persetujuan bersama untuk


bercerai didapati mempercepatkan proses perceraian.

79
Keempat, faktor lain menyumbang kepada kecepatan kes perceraian selesai ialah
kerjasama daripada kedua-dua pihak, kedua-dua pihak tahu dan faham apa yang mereka
hendak pohon, dan saman dapat disempurnakan dengan segera.

5.2 Cadangan

Antara cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi masalah kelewatan adalah seperti
berikut:

i. Peruntukan Undang-Undang.

a. Satu kertas kerja berkenaan Cadangan Pindaan kepada Enakmen Keluarga Islam
Selangor no.4 Tahun 1984 Pindaan 1989 dan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam
Selangor no.2 1989 telah diusulkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara
pindaan yang dicadangkan ialah berkenaan dengan pemindahan kuasa daripada Hakim
Syarie kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam bagi
mempercepatkan proses permohonan perceraian secara talak, fasakh, khuluk dan taklik.
Cadangan ini, antara lain akan membantu meringan bebanan Mahkamah Syariah dalam
mengendalikan kes-kes yang semakin bertambah serta mengurangkan kes kes-kes yang
tertangguh. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut berpendapat
cadangan itu mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri Selangor telah
bersetuju untuk menerima pakai Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang telah
digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang telah
diperkenankan oleh Majlis Raja-raja. Cadangan ini bagaimanapun, boleh dikemukakan
kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut untuk dipertimbangkan sewajarnya.

ii. Prosedur

a. Berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam Enakmen Keluarga Islam


Selangor no. 4 tahun 1989, terdapat beberapa prosedur seperti kehadiran untuk sesi

80
kaunseling, rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai dan juga Hakam yang perlu dilalui
oleh pihak yang menuntut perceraian. Prosedur-prosedur ini dilihat sebagai punca-punca
yang menimbulkan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Tempoh yang terlalu
lama dan tidak seragam bagi setiap peringkat dalam prosedur yang terlibat adalah
menjadi sebab utama kelewatan yang berlaku. Di dalam sesetengah kes, walaupun
Mahkamah telah mengesahkan sesuatu perceraian , kelewatan pula timbul dalam isu
pengeluaran Sijil Cerai yang turut mengambil masa yang lama. Ahli Jawatankuasa
berpendapat kajian semula perlu dibuat berhubung dengan prosedur kaunseling dan
Jawatankuasa Pendamai/ Hakam. Jika perlu, suatu tempoh hendaklah ditetapkan bagi
setiap peringkat dan pengendaliannya diberi kepada satu pihak sahaja.

b. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dicadangkan mengeluarkan Arahan


Amalan berhubung dengan jenis-jenis kes yang perlu dirujuk untuk sesi kaunseling,
tempoh masa yang ditetapkan dan bentuk laporan yang diperlukan.

c. Peranan Pegawai Sulh dan Jawatankuasa Pendamai atau Hakam perlu dijelaskan
kepada orang ramai. Mahkamah Sulh perlu diperbanyakkan supaya kes-kes dapat
diselesaikan dalam masa yang singkat. Selain dari itu, Arahan Amalan mengenai kes-kes
yang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai atau Hakam perlu dikeluarkan bagi
memastikan kes-kes yang mempunyai potensi untuk didamaikan sahaja yang dirujuk
kepada Jawatankuasa tersebut.

d. Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk pengendalian kes-kes fasakh dan taklik
terutamanya bagi aspek pembuktian termasuk prosedur pembuktian. Kajian tersebut amat
penting kerana seperti yang dibuktikan dalam kajian ini kebanyakan kes-kes perceraian
yang mengalami masalah kelewatan adalah dalam kategori ini.

iii. Amalan-amalan Yang Terpakai Dalam Tuntutan Perceraian

a. Amalan-amalan yang terpakai di dalam tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah


turut menimbulkan kerumitan dan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Sebagai

81
contoh mahkamah memerlukan laporan sesi kaunseling dalam permohonan untuk
perceraian. Sekiranya pasangan tersebut tidak menghadiri sesi kaunseling kerana
merasakan perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi akan mengalami kerumitan. Ini
adalah kerana pihak mahkamah tetap mengarahkan supaya sesi kaunseling dijalankan
terlebih dahulu. Ini terbukti apabila laporan dari Bahagian Perundangan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan terdapat kes-kes yang terpaksan ditangguh
kerana pemohon tidak hadir untuk sesi rundingcara setelah dipanggil melalui surat
sebanyak tiga kali atau pihak yang diadu terlibat dengan jenayah dan di tahan di dalam
lokap dan pelbagai kes yang tidak dapat diselesaikan kerana kedua belah pihak tidak
memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga kepada pegawai
rundingcara. Kes-kes yang melibatkan tuntutan perceraian secara persetujuan jua perlu
mematuhi prosedur yang sama. Persepsi dan corak pemikiran pihak Mahkamah yang
lebih cenderung untuk membawa pihak-pihak yang terlibat dalam kes tuntutan perceraian
ke arah perdamaian (sulh) walaupun perkahwinan itu tiada harapan lagi untuk
diselamatkan, menyumbang kepada penangguhan kes-kes tersebut. Mesyuarat
berpendapat bahawa prosedur ini perlu dikaji semula dan suatu garis panduan yang jelas
dikeluarkan bagi mempercepatkan lagi prosedur tuntutan perceraian.

iv. Pengendalian Perbicaraan di Mahkamah Syariah

a. Antara punca-punca kelewatan pengendalian perbicaraan kes-kes perceraian di


Mahkamah Syariah ialah masalah kekurangan kakitangan mahkamah termasuk hakim-
hakim dan pendaftar-pendaftar yang kecil bilangannya berbanding dengan jumlah kes
yang dirujuk dan dibawa ke Mahkamah. Dengan penambahan hakim dan pegawai sulh
pada tahun 2002, tahap pengendalian kes perceraian mengalami peningkatan yang sangat
positif. Tahap pengendalian kes boleh ditingkatkan sekiranya kakitangan mahkamah
mempunyai pengalaman.

b. Walau bagaimanapun, penambahan hakim sahaja tidak mencukupi untuk


mempercepatkan penyelesaian kes-kes perceraian. Jawatankuasa turut mencadangkan
supaya urusan penyediaan surat-surat. Tauliah bagi hakim-hakim dan pendaftar-pendaftar

82
yang akan dilantik dipercepatkan bagi membolehkan pegawai-pegawai terbabit
mengendalikan kes-kes mahkamah khususnya yang masih lagi tertangguh.

c. Antara punca lain kelewatan adalah ketidakhadiran pihak yang dituntut. Waran-
waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap pihak yang tidak hadir,
menambah lagi kekusutan yang sedia ada apabila tidak dapat dilaksanakan oleh Pegawai
Penguatkuasa Agama dan pihak polis. Suatu persepakatan perlu dibuat antara pihak
Mahkamah dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam bagi membolehkan
waran, perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah data dilaksanakan dengan
segera terutamanya bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat hadir semasa tarikh
perbicaraan ditetapkan.

d. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syari'ah berkenaan kes-kes tuntutan penceraian


perlu diperjelaskan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kes-kes yang
boleh dirayu. Prosedur rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi perlu juga dikaji semula
bagi mengelakkan pihak-pihak menyalahgunakannya bagi tujuan melewat-lewatkan
penyelesaian kes atau atas tujuan membalas dendam terhadap pihak yang satu lagi

5.3 Memartabat Wibawa Mahkamah Syariah

Menjengah seketika episod perebutan tuntutan jenazah Wira Everest M. Moorty atau
nama Islamnya Muhammad Abdullah dan Nyoya Tahir di Melaka , pastinya ramai
diantara kita menarik nafas lega kerana pengakhir isu tersebut telah di adili dengan
sebaiknya dan sedikit sebanyak menafikan bahawa Mahkamah Syariah bukan lagi di
label sebagai Mahkamah Kelas Dua.

Rentetan peristiwa itu juga sebenarnya secara tidak langsung membuka mata
pihak-pihak bahawa peranan Mahkamah Syariah di mata masyarakat yang selama ini
mempunyai persepsi hanya terhad kepada penyelesaian masalah keluarga yang
melibatkan kes perceraian , rujuk dan khalwat sahaja semakin di sedari wibawanya. Pun
begitu, sebenarnya masih terlalu sukar bagi kita untuk menyakinkan masyarakat umum

83
agar menerima status Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil lantas
mempertingkatkan wibawa nya tanpa diperlekeh dan diprejudiskan sama ada daripada
orang Islam sendiri maupun bangsa lain. Pelbagai usaha dan idea yang di cadangkan
mudahmudahan mampu merealisasikan tuntuan ini.

5.3.1 Penyeragaman Undang-Undang

Usaha penyeragaman Undang-Undang Syariah di seluruh Malaysia yang di lakukan oleh


Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ( JKSM ) semenjak beberapa tahun yang lalu
dianggap sebagai jalan penyelesaian yang utama dalam semua permasalahan yang
berkaitan dengan orang Islam. Dengan penyeragaman yang selaras ini, apa jua perkara
yang timbul pasti akan dapat dirungkai dan diadili dengan jayanya bagi semua peringkat
di seluruh Malaysia tanpa ada pertikaian daripada mana-mana pihak.

Isu status keagamaan yang timbul ini juga sebenarnya boleh di selesaikan dengan
secara baik tanpa kontroversi seandainya sistem keadilan Islam tidak di pinggirkan oleh
Masyarakat hari ini. Seandainya kefahaman yang jelas tentang perkara ini dimiliki oleh
masyarakat betapa konsep institusi kehakiman yang ada semuanya menuju kepada
keadilan, tidak timbul prejudis terhadap orang bukan Islam tidak mendapat keadilan
berkaitan kesnya di Mahkamah Syariah.

5.3.2 Penubuhan Suruhajaya Reformasi Undang-Undang

Cadangan dan idea ahli akademik untuk membuat Suruhanjaya Reformasi Undang-
Undang Syariah wajar di puji kerana melaluinya beberapa kajian dan penambahbaikan
dapat menjadikan sistem perundangan yang sedia ada ini lebih mantap dan perkasa lagi.
Langkah yang perlu diambil sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Perunding
Wanita Islam Malaysia , Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan bahawa kita perlu kepada
sistem yang tidak terlalu impersonal, inflexsible dan imprerious ( tidak insani, tidak
fleksibel dan angkuh ).

84
Apa yang lebih penting ialah kebenaran dan mencapai keadilan dilihat mampu
memberikan kepercayaan kepada institusi kehakiman yang lebih dipercayai oleh
masyarakat agar ianya lebih harmoni, tidak terikat dengan pandangan yang rigid sehingga
Islam itu sendiri diberi persepsi yang negatif.
5.3.3 Pemilihan Hakim Syarie

Tidak dinafikan kriteria seseorang yang menjadi hakim perlu memiliki ilmu pengetahuan
serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengadili sesuatu kes yang di
kendalikan olehnya. Oleh itu, seseorang hakim yang dilantik perlulah diperhalusi
kewibawaannya secara menyeluruh terutama di dalam bidang kependidikan Islam dan
hukum hakam agar kerja buat yang di lakukannya bertepatan dengan hukum Syarak
lantas menjadikan golongan hakim diiktiraf dan dihormati .

5.4 Tradisi Kaunseling dalam Budaya Masyarakat Islam

Walaupun perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk pasangan yang bermasalah


dalam perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor merupakan program yang masih
baru bagi masyarakat Muslim di Selangor, tetapi tradisi memberikan bantuan kepada
orang yang bermasalah sudah menjadi budaya sejak lama dalam masyarakat Islam.

Perkhidmatan kaunseling boleh dikatakan telah wujud sejak era dakwah Nabi
Muhammad (s.a.w.) iaitu sejak Baginda dilantik sebagai Rasul pada tahun 610M. Hal ini
disebabkan peranan Rasulullah (s.a.w.) sendiri pada masa itu yang menjadi tempat
kepada umat Islam mengadu masalah, mendapat tunjuk ajar dalam menghadapi krisis
atau masalah dan mendapat bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dialami. Namun,
proses Rasulullah (s.a.w.) membantu umat Islam memahami, menghadapi, menerima dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi, tidak dikenali sebagai perkhidmatan kaunseling,
sebaliknya ia lebih terkenal dengan nama sistem hisbah.

85
Hisbah adalah satu konsep syarak yang bererti perintah mengerjakan kebaikan
(makruf) yang sudah nampak ditinggalkan dan larangan mengerjakan kemungkaran yang
sudah nampak dikerjakan serta membaiki hubungan antara sesama manusia (Hassan
Langgulung,1990). Mengikut Abd al-Karim Zaidan (1978), hisbah ialah fungsi
keagamaan yang terkandung dalam al-amr bi al-macrüf wa al-nahy can al-munkar yang
merupakan fardu bagi sesiapa yang memerintah kaum Muslimin. Ibn Khaldun (1981)
pula berpendapat hisbah adalah satu jawatan dalam urusan agama yang
bertanggungjawab untuk menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Manakala al-Faruqi, Isma’il R. & Lois Lamya (1986) berpendapat hisbah adalah
satu institusi yang berkonsepkan al-amr bi al-macruf wa al-nahy can al-munkar.
Walaupun hisbah ini tidak dijalankan secara profesional dan formal pada zaman
Rasulullah (s.a.w.), namun al-Mawardi berpendapat ia berjaya membentuk sahsiah dan
tingkah laku anggota masyarakat Islam untuk hormat, berkasih sayang dan bertimbang
rasa (Abd al-Karim Zaidan, 1997). Kejayaan perlaksanaan hisbah ini mempunyai
hubungan yang rapat dengan firman Allah (s.w.t.) yang menegaskan bahawa sesiapa yang
menyeru kepada kebajikan dan menyuruh membuat segala perkara yang macruf serta
melarang daripada segala perkara yang mungkar, maka mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang berjaya.

Oleh kerana hisbah banyak memberi faedah kepada umat Islam, pada zaman
Saiyidina Umar al-Khattab, satu institusi yang diberi nama Diwan al-Hisbah telah
ditubuhkan. Penubuhan Diwan al-Hisbah ini adalah langkah awal ke arah menjadikan
hisbah sebagai satu profesion dalam program dakwah. Pada peringkat permulaannya,
Saiyidina Umar al-Khattab menyusun organisasinya dengan melantik muhtasib yang
berkebolehan, daripada golongan khalifah, amir, peniaga, pengusaha, peladang, guru,
imam masjid, bapa, ibu, belia, beliawanis, suami, isteri, rakan, kaum kerabat dan jiran
yang secara umumnya bertanggungjawab terhadap kebajikan orang awam dan untuk
membimbing manusia kepada kebaikan. Selepas itu sistem hisbah dijalankan di pelbagai
tempat seperti di rumah, masjid, pasar ataupun jalan. Untuk memenuhi tugas sebagai

86
muhtasib, mereka dikehendaki keluar kepada orang awam untuk menyiasat dan
memastikan syariat Islam dilaksanakan (al-Faruqi,& Lois Lamya’, 1986).

Pada zaman al-Mahdi iaitu Khalifah Abbasiyyah yang ketiga, Diwan al-Hisbah
telah diperkenalkan sebagai sebuah jabatan yang tidak memisahkan antara politik dengan
agama. Sejak penubuhannya, Diwan al-Hisbah dikembangkan sebagai sebuah institusi
separa kehakiman yang menguruskan perkara-perkara yang tidak terikat atau dikawal
sepenuhnya oleh undang-undang Syariah. Diwan al-Hisbah ini bertanggungjawab dalam
pelbagai tugas seperti mentadbir aliran dan tukaran wang, timbangan dan nilai wang
syiling, memelihara akhlak masyarakat, menghalang perbuatan bidcah, melindungi tanah
perkuburan daripada dijadikan tempat minum dan berfoya-foya atau sebagai tempat
berjual beli, memelihara perilaku antara jantina di jalan raya atau permandian awam serta
menyiasat sebarang usaha menyembunyikan atau menghalang kebenaran. Diwan al-
Hisbah juga menyelia perkahwinan semula balu dan wanita yang diceraikan dengan
menyediakan calon suami yang sesuai, bertanggungjawab dan berkemampuan (Abdul
Malek,1995).

Dalam konteks masyarakat Malaysia sekarang ini pula, perkhidmatan kaunseling


telah dijadikan sebagai satu kaedah di Jabatan Agama Islam Selangor, sebagai usaha
untuk membantu pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga
mewujudkan kembali persefahaman dan mencari jalan mengeratkan hubungan kasih
sayang di antara mereka serta menangani keruntuhan institusi kekeluargaan. Semua
aduan daripada pasangan suami isteri yang bermasalah dikendalikan oleh pegawai tadbir
agama dengan cara memberi bimbingan dan nasihat, bukannya kaunseling dalam erti kata
sebenar. Fenomena ini menunjukkan masyarakat Muslim kini semakin menyedari tentang
kepentingan perkhidmatan kaunseling.

87
5.5 Kesimpulan

Perceraian membawa implikasi besar kepada pasangan dan keluarga. Perceraian adalah
perkara halal yang amat dibenci Allah. Lafaz talak jangan sekali-kali dibuat mainan
kerana walaupun tanpa niat ia mungkin membawa kesan gugurnya talak. Apatah lagi jika
dilafazkan berkali-kali yang mungkin membawa kepada perceraian tidak boleh dirujuk.
Apabila perkara itu berlaku, penyesalan tidak bermakna lagi.

Perkara yang sering dilupakan pasangan pengantin ialah belajar ilmu agama
walaupun sepatutnya bergelar suami atau isteri persoalan itu tidak perlu diungkit lagi.
Namun, sebagai peringatan kita yang sering lupa, suami wajib mengajar sekurang-
kurangnya ilmu fardu ain kepada isterinya. Jika suami tidak mampu mengajar isterinya,
hendaklah mencari pengajar. Juga amat baik jika suami meluangkan masa mendalami
ilmu agama kerana jika ada masalah dalam keluarga, suami isteri boleh merujuk agama
bagi mencari penyelesaian. Risiko perceraian akan dapat dikurangkan. Bagi orang Islam
di Malaysia, ada undang-undang khusus berhubung perkahwinan dan perceraian.
Undang-undang itu digubal bagi memelihara hak seperti mana dianjurkan Islam. Undang-
undang itu dinamakan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Akta itu digubal dan diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh
negara. Penting bagi suami isteri mengetahui hak dan tanggungjawab mereka mengikut
undang-undang. Undang-undang itu mengawal peraturan dan tatacara sebelum
perkahwinan, ketika dalam perkahwinan dan selepas perkahwinan dibubarkan.

88
Ketahuilah hak masing-masing supaya apabila berlaku masalah, mudah mencari jalan
penyelesaian atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapinya.

Sudah tentu kursus perkahwinan beberapa hari terlalu singkat untuk mendedahkan
perkara sebenar kepada pengantin. Kursus itu hanya memberi lontaran idea dan gambaran
kasar alam perkahwinan secara teori. Ia tidak mencukupi bagi mengeratkan simpulan
ikatan pernikahan antara kedua pasangan. Sentiasalah berbincang dalam semua perkara
walaupun dalam isu dianggap remeh. Hormati pasangan. Semakin hari tanggungjawab
semakin berat dan jika kita tidak mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah tidak
membantu kita meringankan beban berkenaan. Jangan akhiri pernikahan yang suci di
Mahkamah Syariah atau tempat tidak sepatutnya. Pernikahan yang disulami adat dan
ibadat jangan dinodai dengan perceraian. Jika tidak dapat dielakkan, lakukanlah ia
dengan penuh hormat dan rasa tanggungjawab.

Keunggulan sulh sebagai kaedah dalam menyelesaikan pertikaian adalah suatu


hakikat yang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan data-data yang terkumpul, dan laporan-
laporan media massa di Malaysia menunjukkan meskipun pelaksanaannya baru bermula,
namun prosedur ini telah memperlihatkan hasil yang membanggakan dalam pengurusan
kes-kes kekeluargaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Selain dari
berjaya menanggani masalah kes-kes tertunggak (Harian Metro: 4.9.2002) pelaksanaan
kaedah ini juga dilihat mampu memberikan kepuasan hati kepada pihak-pihak yang
bertikai, disamping beberapa faedah lain seperti pengurangan kos tanggungan oleh pihak-
pihak bertikai.

Adalah menjadi harapan semua, meskipun perubahan yang telah dilakukan


kepada sistem yang digunapakai ini dapat mempermudah dan meringkaskan prosedur-
prosedur kehakiman serta memberikan impak yang positif kepada pengurusankes-kes
kekeluargaan, dalam masa yang sama ia perlulah terus memastikan prinsip keadilan dapat
ditegakkan.

89
Bibliografi

Abd al-Karim Zaidan.1997. Usul al-Dacwah. Ed.6. Beirut: al-Resalah Pub. House

Abdul Malek, A. al-Sayed. 1995. Etika Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Abu ‘Urwah. 1986. Risalah Usrah Jilid II: Wanita dan Keluarga. Kuala Lumpur:
Pustaka Islam

Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti

Akhlak Husain. 1987. Ibu Bapa Muslim: Panduan Untuk Bakal Suami Isteri. Terj:
Mustafa Ramadhan. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran

Akmal Mohd Zain. 1992. Kegoncangan Rumah Tangga: Penyelesaian Menurut Al-
Quran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn.Bhd.

Aida Othman .2002., “Introducing Alternative Dispute Resolution In Malaysia: Prospects


And Challenges”, 2 MLJ

Al-Faruqï, Ismail R. & Lois Lamya. 1986. The Cultural Atlas of Islam. New York:
Macmillan Publishing Company

Al-Quranul Karim

Al-Quran dan Terjemahan .1974. Jakarta; Yayasan Penyelenggaraan dan Terjemahan Al-
Quran

90
Baharuddin Yaa’cob.2004. Tesis, “Faktor-Faktor Berlakunya Perceraian di Kalangan
Masyarakat Islam: Satu Kajian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur” .
Universiti Malaya

Buletin At-Taqwa. Bil 4. Muharram 1425 H(Mac 2004). Shah Alam: Jabatan Mufti
Selangor Darul Ehsan

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil.1. 2004

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil.2. 2004

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS) Bil 2. 2005

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil. 3, 2005

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor( JAKESS). Bil.4.2006

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil. 3.2007

Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 19 Disember 2007.

Che Latifah Ismail. 2004. Tesis, “Tuntutan Hak Selepas Perceraian di Kalangan Ibu
Tunggal. : Kajian Kes di Mahkamah Syariah Perlis”. Universiti Teknologi Mara.

David C Buxbaum.1968. Family Law And Customary Law in Asia, A Contemporary


Legal Perspective . Netherlands: The Hague, h.xxvi-Introduction

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991

Enakmen Keluarga Islam Selangor no.4. Tahun 1984 Pindaan 1989

Enakmen Keterangan Syariah Selangor.1996

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor(Pindaan) 2003 (EUKIS 2003)

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor no.2. 1989

Gottman, J. 2000. Why marriages succeed or fail. New York: Simon & Schuster.

91
Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadhanah dan Nafkah Di Bawah Undang-Undang
Keluarga Islam di Malaysia. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak
2004. Gurney Resort Hotel and Residences. Pulau Pinang. 21-22 Julai 2004

Harian Metro. 4.9.2002

Hassan Langgulung.1990. Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Kertas kerja Seminar


Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala
Lumpur, 25-26 September.

Hinde, R.A. 1989. Reconciling the family systems and relationships approaches to child
development. Oxford: Clarendon

Imam Habib Abdullah Al-Haddad. 1981. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura:
Pustaka Nasional

Ismaliza Ismail. 1999. Tesis, “Cerai Taklik: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Kota
Bharu.” Universiti Malaya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Bahagian Informasi Islam.2007. Fail Rekod


Perkahwinan dan Perceraian Seluruh Negeri (2000-2007).

Joseph Schacht (1955) “Pre Islamic Background And Early Development of


Jurisprudence” dalam Majid Khadduri & Herbert J. Liebesny (ed) Law in The
Middle East, Vol. 1, Washington D.C. The Middle East Institute

Jurnal Hukum JAKESS. Kes Mal Bil. 1000-050-060. 2006

Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Sulh Selangor 2001. Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel.
P.U.44

K.H Muhammad Nawawi Banten. 1999.Panduan Hidup Suami Isteri Yang Soleh.
Bandung: Mestika.

Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, “Undang-Undang Mencegah


Berzina 1894” . Bil. 1, Disember 1895

Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah. 1986. Undang-Undang Keluarga Islam
Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie

92
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952

Utusan Malaysia. 26.7.2003

Utusan Malaysia. 3.8.2003

Utusan Malaysia. 4.8.2003

Utusan Malaysia. 25.8.2003

Utusan Malaysia. 30.7.2003

Utusan Malaysia. 31.7.2003

Sheikh Ghazali Abdul Rahman. “Peraturan cerai SMS”. Buletin Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia (JKSM) Ogos 2003

Michael Noone.1996. Mediation – Essential Legal Skills, cet.1. London: Cavendish


Publishing Limited

Mimi Kamariah Abd. Majid.1999. Family Law In Malaysia. Malayan Law Journal

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah
Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru

Mohd Shauki Abdul Majid. “ Lafaz Talak SMS”. Buletin Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia (Yadim). Ogos 2008

Muhamad Nor Ibrahim et al. 1982. Mustika Hadis Rsulullah(saw) Jilid I . Kuala Lumpur:
Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri

Mustaffa Daud. 1989. Institusi Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Nik Roslina Raja Ismail, ‘Kajian Perbandingan Mengenai Jangkamasa yang Diambil
Untuk Menyelesaikan Kes-Kes Berhubung Perceraian Serta Kekerapan
Penangguhan Kes-Kes Di antara Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil,
Modul Praktikum, Kursus Diploma Pengurusan Awam INTAN. 1999

93
Nora Abdul Hak. “Hak Kanak-Kanak dari Aspek Nafkah: Menurut Undang-Undang
Keluarga Islam.” Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam, Isu-Isu
Mahkamah Syariah ke 6. AIKOL IIUM. 24 April 2004.

Nurhidayah Muhd Hashim. “SMS Talak Sah Jika Suami Ada Niat Bercerai”. Buletin
Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 17 Disember 2007.

Risalah Perceraian (Pembubaran Perkahwinan). 2008. Jabatan Kehakiman Syariah


Malaysia(JKSM)

Risalah “Hak Penjagaan Anak”. 2008. Biro Bantuan Guaman. Jabatan Perdana Menteri

Seminar Peningkatan Pegawai Rundingcara Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor.


Hotel Carlton Holiday. Shah Alam. 13 November, 2008

Siti Zulaikha Mohd Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: ABIM&Budaya Ilmu Sdn.Bhd.

Syeikh Ghazali Abd Rahman et al. 2004. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Surat Perakuan Nikah, Jabatan Agama Islam Selangor

Teks Khutbah Jumaat JAIS, “Memperkukuh Modal Insan Kelas Pertama”.26 Oktober
2007

Temubual penulis dengan Tn.Hj.Syafie bin Ahmad, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan
Rujuk Mukim Batu, Gombak diadakan di pejabat beliau, Masjik Jamek Kampung
Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada 11 November 2008, pukul 8.30 pagi hingga
pukul 11.00 pagi

Wan Halim Othman,“Konflik Keluarga dan Intervensi” kertas kerja yang dibentangkan
dalam Seminar Kaunseling dan Kemanusiaan pada 15-16 Disember 1990

Wan Halim Othman (1996), “Community Mediation In Malaysia”, in Fred Edmunt Jandt
& Paul. B

Yaakob Harun.1992. Keluarga Melayu Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Zaleha Kamarudin (1993)., A Comparative Study of Divorce Among Muslims and Non
Muslims in Malaysia, Tesis Ph.d. University of London.

94
Zaleha Kamaruddin, “Delays in Disposition of Matrimonial Cases”, IIUM Law Journal,
Volume 7, Number 1, 1999

Rujukan Lain

Jenis-Jenis Kes Dan Seksyen:

Seksyen 13-Persetujuan wali, Seksyen 23-Poligami, Seksyen 45- Pengesahan cerai,


Seksyen 47 Permohonan Cerai, Seksyen 50-Ta‘liq , Seksyen 52-Fasakh, Seksyen 56-
Mut‘ah, Seksyen 58-Harta Sepencarian, Seksyen 59- Nafkah isteri, Seksyen 65- Nafkah
‘iddah, Seksyen 66-Ubah Perintah Nafkah Isteri, Seksyen 69-Nafkah Tertunggak,
Seksyen 73-Nafkah Anak, Seksyen 75-Ubah Perintah Nafkah Anak, Seksyen 81-
Hadanah, Seksyen 132-Penguatkuasaan perintah, Seksyen 134/, 135, 7/91-Pelaksanaan
Perintah, Seksyen 155 /220(2)7/91 Perintah Memenjara/Menghina Mahkamah

95

You might also like