You are on page 1of 14

Dalam permainan bola baling, guru boleh menilai kemahiran-kemahiran

seperti menangkap, menjaring, berlari dan melompat terhadap murid-murid.


Kemahiran-kemahiran berikut adalah penting kerana dengan penguasaan
kemahiran berikut dapat menyumbang mata kepada pasukan.

Kemahiran pertama yang guru boleh ambil untuk menguji kecekapan


murid dalam permainan bola baling ialah kemahiran menghantar dan
menangkap Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan
situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada
faktor-faktor berikut:

Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola.


Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua
belah tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk
menerima hantaran.Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah
tangnnya sentiasa terbuka bagi memudahkan mengawal bola, manakala ibu
jarinya adalah tetap untuk menahan bola yang ditangkap.Pemain membawa bola
rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini dilakukan sebaik sahaja bola
ditangkap.Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk
melakukan tindakan seterusnya, seperti membuat hantaran, mennggelecek,
membuat jaringan atau pergerakan lain. Pemain hendaklah memastikan
kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya dengan meletak sebelah kakinya ke
hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya.  Bola yang
diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-
jari menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk ‘w’ di belakang bola. Untuk bola
yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya
pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan,
lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain hendaklah mampu menerima
sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanya hantaran yang liar
meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak , dan pada
kelajuan yang berbeza-beza.Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai
hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada
dalam kedudukan bergerak atau statik. Semua prinsip dalam tangkapan
merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka
yang baru mempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama
bermain. Sebagai pemain, anda perlu berlatih dengan betul kerana dalam
permainan bola baling, kemahiran menghantar dan menangkap menjadi asas
penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. Satu perkara paling sukar untuk
pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di
tangan pemain yang membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan
kemungkinan kecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal
dan mengekalkan penguasaan bola untuk diri pemain dan pasukannya.

Ansur maju

Latihan menghantar dan menangkap

Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu


kemahiran, maka latihan untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan
berasama. Setiap pemain harus diberi kesempatan memegang bola atau cuba
bermain dengan bola di peringkat awal khusunya untuk sesi latihan. Bola plastik
yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleg digunakan untuk tujuan
ini.

Latihan dalam kedudukan duduk

Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan
duduk, iaitu kaki direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu
sama lain atau mengahadap dinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus
dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang menggunakan tapak tangan, dan
dihantar kea rah dinding atau kepada rakan menggunakan lengan depan, jari
serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditinggalkan dengan
menjauhkan jarak.

Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan
berdepan dengan dinding.

a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter.


b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan
membuat lontaran ke dinding.
c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.

2) Dua pemain menggunakan satu bola.

a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan


menggunakan pelbagai jenis hantaran dan tangkapan.
b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan
berjalan, seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depan
dan ke belakang. 
c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun.

3) Tiga pemain menggunakan satu bola.

a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa
sesama sendiri.
b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan.
c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari
mengelilingi kon tersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali
dengan mengubah arah dan kelajuan.
4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua
kumpulan dengan enam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris
dengan berhadapan antara satu sama lain pada jarak 5 hingga 10 meter. 
5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu
sama lain dalam dua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris.
6) Hantaran dalam barisan.

a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi.


b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada.
c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain.
7) Hantaran dalam bulatan.

a) Pemain membentuk bulatan.


b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan
kelajuan.
MENJARINGKAN GOL

inan diri pada setiap pemain.


b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh
permainan.
c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak
dilaksanakan.
d) Pemain mengikut lajak.
e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu
pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya
dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata
jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu perlawanan bola baling ialah
40 gol. Maka bola baling merupakan permianan yang banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua
pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada
pada pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol,
manakala pemain-pemain lain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan
melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan
kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol. 

Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama
yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan
pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan
tidak mudah putus asa. 

Prinsip-prinsip utama

Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol


dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

a) Pemain mempunyai keyak


Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola
baling, iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat
dan jaringan menjunam.

1) Jaringan dari atas kepala.

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah
pula mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru.
Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan
bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:


• Pemain bergerak satu langkah ke depan.
• Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
• Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke
belakang kepala pada aras bahu.
• Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola
diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat
lontaran.

2) Jaringan dari bawah lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia


boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan
tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada
kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol
pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti
berikut:

• Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan
dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
• Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya
melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.
• Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3) Jaringan lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala,
tetapi perkara yang terpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu
bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak
sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru, namun jika sudah
mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam
kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini
sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan
dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

• Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil
membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan
dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak
lawan.
• Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
• Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jarringan ini adalah seperti berikut:

• Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat


molpatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. 
• Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas
secara memusingkan bahu dan lengannya.
• Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam
gol di celah-celah kaki penjaga gol.
• Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka
mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

3) Jaringan pada aras paha

Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak


memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya
pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan.
Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini
amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringan
ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya
sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini
membuat jaringan yang ditujukan ke seberang bahagian di bawah palang pintu
gol pihak lawan.

4) Jaringan sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan


pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain
yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada
arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya,
menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendaratdi
sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa
bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan.
Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

5) Jaringan junam dan jaringan jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-


pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik,
khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan
balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan
pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:

• Pemain berada di luar garisan kawasan gol.


• Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju
kawasan gol.
• Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat
semasa berada di udara sebelum mendarat.
• Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan badan.

6) Jaringan penalti

Jaringan penalty dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut
undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi
garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas
pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

• Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan


hendaklah fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan
pergerakan yang bakal dilakukan.
• Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
• Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan
lambung (lob) untuk menjaring.
• Pemain melakukannya mengikut lajak.
7) Jaringan lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah
bergerak ke depan gol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini,
iaitu:

• Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan
sudut pemain lawan daripada lontaran penalti 
• Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
• Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain
lawan ketika terjadi serangan pantas.

8) Jaringan voli

Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan
voli adalah seperti berikut:

• Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.


• Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
• Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Ansur maju

Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran
menjaringkan gol ialah:

I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah nergerak 3


langkah ke depan. Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi
pemain tangan kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali
dan diakhiri dengan kaki kiri. Bagi pemain tangan kiri pula, mereka hendaklah
mula bergerak dengan kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat
jaringan dengan pergerakan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan
secara perseorangan ataupun bersama-sama rakan.
II. Membaling bola ke sasaran melalui gelung rotan seperti dalam rajah 1.
Pemain berlatih membaling bola menggunakan sebelah tangan ke sasaran.
Pemain boleh membuat balingan berlari ke barisan belakang. Aktiviti dilakukan
dalam kumpulan kecil pada jarak 2, 3, 4 m secara statik.
III. Membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan
sebelah tangan ke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke
barisan belakang.
IV. Menjaring dari arah hadapan, sisi kiri, dan sisi kanan pintu gol dalam
kedudukan statik. A menghantar bola ke B dan B membaling bola ke pintu gol
dengan sebelah tangan. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.
V. Menjaring dari arah hadapan pintu gol. A menghantar bola ke B dan B
menggelecek bola sambil berlari dan berjalan seterusnya.
VI. Aktiviti menjaraing dari pelbagai arah/penjuru dilakuakan dalam kumpulan
kecil. Pelajar yang telah menjaring berlari ke barisan belakang. Ulang aktiviti
yang sama dan tukar kedudukan.
VII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah
tengah/hadapan. B berlari ke hadapan dan melompat menyambut boal tinggi
yang dihantar oleh A dan seterusnya membaling bole ke arah pintu gol.
VIII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah sisi kiri/
kanan. B berlari ke sisi kiri dan melompat menyambut bola tinggi yang dihantar
oleh A dan seterusnya membaling bola ke arah pintu gol.

You might also like