You are on page 1of 9

1.

0 Pengenalan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), seseorang
murid memerlukan enam ciri utama supaya mampu berdaya saing pada peringkat
antarabangsa. Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menjadi panduan utama bagi
melahirkan generasi berupaya bersaing pada peringkat global. Dalam Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) mencatatkan
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.” Impian untuk melahirkan generasi yang
dapat bersaing antarabangsa merupakan cabaran yang dihadapi oleh negara kita
dan guru memainkan peranan penting dalam usaha membentuk generasi berkualiti.

1
2.0 Isi Kandungan

2.1 Pengetahuan

Antara ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid ialah pengetahuan. Ilmu
pengetahuan merupakan asas ke arah kejayaan. Hal ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, iaitu rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Perkara ini sangat ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selari
dengan dapatan daripada Noriati A. Rashid, Lee K. C., Zulkufli Mahayudin, & Zakiah
Noordin (2016) , rakyat Malaysia akan memupuk budaya membaca, cinta akan ilmu
pengetahuan dan menggunakan pengetahuan yang ada untuk memberi sumbangan
kepada negara. Sikap mencintai ilmu amat penting supaya mempunyai dorongan
untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Dengan pengetahuan, rakyat Malaysia akan lebih bertamadun dan


meningkatkan kualiti negara. Contohnya, dengan ilmu pengetahuan, rakyat Malaysia
dapat menghasilkan lebih banyak produk inovasi yang membawa faedah dan
kesenangan hidup kita seperti telefon pintar, Inovasi Olah Minyak, robot-robot, dan
sebagainya. Menurut berita The Borneo Post (2012), Rektor Universiti Teknologi
Mara (UiTM) Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata, karnival inovasi yang
meningkatkan kreativiti dan inovatif selaras dengan impian Perdana Menteri untuk
melihat perkembangan minda generasi muda masa kini melalui pembabitan aktiviti
inovatif serta kreatif. Jelaslah bahawa PPPM 2013-2025 dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan amat mementingkan pengetahuan dalam setiap murid.

Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu


pengetahuan untuk bersaing pada peringkat global. Menurut Wikipedia (2016),
Program Galakan Membaca diurus setia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
untuk melaksanakan pelbagai kegiatan galakan membaca bagi menjayakan hasrat
membudayakan amalan membaca dalam kalangan Masyarakat Malaysia. Sebagai
guru, kita harus mendidik anak murid mengamalkan budaya membaca. Guru boleh
mengalakkan murid untuk menjalankan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun
1999. Langkah ini dapat mencapai objektif Program NILAM, menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (2010),iaitu membina tabiat membaca dalam kalangan murid
dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai

2
tabiat membaca sekiranya guru memainkan peranan mereka. Tuntasnya, guru
mempunyai peranan penting dalam mendidik anak bangsa yang berilmu
pengetahuan.

2.2 Identiti Nasional

Seterusnya, ciri yang diperlukan oleh setiap murid ialah identiti nasional. Ciri
ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu rakyat Malaysia yang
dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.Sekiranya mempunyai elemen ini, Noriati A. Rashid, Lee K.
C., Zulkufli Mahayudin, & Zakiah Noordin (2016) berpendapat bahawa seseorang
akan berusaha untuk mempertahankan diri, maruah, bangsa, agama, dan negara
daripada ancaman luar.

Chandra Muzaffar (2012) mengatakan identiti nasional ialah pengiktirafan diri


sebagai warganegara atau semangat kebangsaan. Seseorang yang mempunyai
identiti nasional, akan mempunyai semangat untuk memperjuangkan negara dan
memberi sumbangan kepada masyarakat. Kita juga akan mempertahankan diri,
bangsa, dan negara. Sebagai contoh, Datuk Lee Chong Wei tetap berusaha dalam
latihan dan pertandingan badminton untuk bersedia menyertai Sukan Olimpik di Rio
de Janeiro, Brazil (2016) walaupun beliau merupakan pemegang pingat perak
semasa Sukan Olimpik Beijing(2008) dan London (2012), menurut berita Astro
Awani (2015). Beliau bersemangat untuk mengharumkan nama Malaysia di persada
dunia kerana beliau mempunyai ciri identiti nasional.

Namun, ciri identiti nasional perlu dipupuk sejak anak murid masih kecil lagi
kerana melentur buluh biar dari rebungnya. Guru mempunyai tugas yang sangat
penting dan antaranya ialah guru mendidik murid-murid bahasa kebangsaan yang
betul dan pada masa yang sama tidak mengabaikan bahasa yang lain. Kemahiran
menulis, membaca, dan mendengar bahasa kebangsaan adalah sangat penting bagi
setiap murid. Selain menguasai bahasa kebangsaan, rakyat Malaysia harus berasa
bangga terhadap bahasa kebangsaan supaya mempunyai identiti nasional.

“Secara perbandingan, Perancis, Jepun dan China antara negara yang


bangga dengan bahasa kebangsaan mereka. Ia menjadi prasyarat penting dalam
urusan membabitkan negara seperti perniagaan, perindustrian dan pendidikan

3
sosial. Mereka juga tidak memandang rendah kepentingan bahasa lain, khasnya
bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi penting dunia dan bahasa ilmu. ”(
Muhammad Arif Mohd Hashim, 2015). Sekiranya kita mengambil negara atas angin
sebagai teladan, kita akan mendapati mereka bangga dengan bahasa kebangsaan
masing-masing. Kemahiran menguasai bahasa kebangsaan menyebabkan
seseorang berasa dirinya sebagai warganegara. Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab
Halim, & Mohd Hafiz Sulaiman. (2013) mencatatkan bahawa bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu pernah menarik minat pegawai tentera laut Rusia, A. Butakov
yang pertama kali sampai di Pulau Pinang pada tahun 1842. Beliau sangat
menyukai bahasa Melayu dan bahasa tersebut mirip dengan bahasa Itali. Jelaslah
bahawa bahasa kebangsaan sangat menarik dan menguasai bahasa kebangsaan
berupaya untuk memupuk identiti nasional dalam anak-anak murid.

2.3 Kemahiran Memimpin

Selain itu, setiap murid juga memerlukan elemen kemahiran memimpin.


Perkara ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang mencatatkan rakyat
Malaysia yang berketerampilan. Menurut Noriati A. Rashid, Lee K. C., Zulkufli
Mahayudin, & Zakiah Noordin (2016), rakyat yang berketerampilan ialah rakyat yang
mempunyai ilmu pengetahuan dan mampu memikul tugas dengan cekap serta rela
memberi sumbangannya demi kemajuan negara. Ciri ini penting dalam setiap murid
kerana mereka merupakan warisan negara pada masa depan. Sidek Baba (2013),
dalam Sinar Harian mencatatkan bahawa kemahiran memimpin menjadi syarat
utama untuk membawa negara kita ke arah kemajuan. Seseorang yang
berkemahiran memimpin, bukan sahaja dapat mempertahankan diri, bangsa, dan
negara tetapi secara langsung,mempengaruhi ekonomi dan kestabilan politik yang
merupakan tulang belakang negara. Kepimpinan juga ditakrifkan sebagai aktiviti
mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif
sesuatu kumpulan (Jaafar Muhamad, 1996).

Antara peranan guru dalam melahirkan pemimpin adalah dengan mendidik


para pelajar kemahiran berkomunikasi.Kelakuan dan prestasi pengikut bergantung
pada cara berkomunikasi pemimpin sama ada terang, tepat atau jitu. Menurut Zaiko
dan Dance (1965) 85-90 peratus daripada masa kerja mereka digunakan oleh
pengurus dalam organisasi-organisasi besar di Amerika Syarikat untuk

4
berkomunikasi. Guru boleh memupuk kemahiran komunikasi murid-murid dengan
menjalankan kerja kumpulan dan memberi peluang kepada mereka untuk
berkomunikasi antara satu sama lain. Guru juga boleh memberi peluang kepada
anak murid untuk berpendapat di hadapan kelas untuk memupuk keyakinan diri.
Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2008) berpendapat bahawa guru
menerima idea atau pandangan murid dapat memberikan kepuasan dan perasaan
ingin terus mencuba dalam kalangan murid. Secara tidak langsung, para murid
bukan sahaja belajar ilmu pengetahuan malah akan menjadi semakin berani untuk
meluahkan pedapat walaupun di hadapan orang ramai. Justeru, para pemimpin
dapat dilahirkan sekiranya bermula dari kemahiran berkomunikasi.

3.0 Kesimpulan

Akhirulkalam, keenam-enam ciri aspirasi berserta Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang dikemukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan
peranan masing-masing dan sangat penting pada abad ke-21. Guru sebagai ibu
bapa kedua kepada anak-anak murid memainkan peranan yang sangat penting.
Namun, kerjasama dari pelbagai pihak seperti pihak ibu bapa, masyarakat, media
massa, dan sebagainya turut diperlukan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Sekiranya kita dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
berindentiti nasional, dan berkemahiran memimpin, Malaysia menjadi negara yang
setaraf dengan negara atas angin bukan lagi sebuah cerita dongeng.Semoga
dengan setiap inisiatif yang telah diambil oleh pelbagai pihak, negara Malaysia
mampu melahirkan generasi yang mampu menjulang nama bangsa dan negara di
persada dunia.

5
4.0 Lampiran

Rajah 4.1 Rajah di atas menunjukkan 6 ciri aspirasi murid

Rajah 4.2 Seorang guru mendidikan murid ilmu pengetahuan

6
Rajah 4.3 Rakyat Malaysia yang berbilang kaum

Rajah 4.4 Kemahiran memimpin

7
5.0 Rujukan

Rujukan

Astro Awani. (2015, April 17). Pingat Bukan Sasaran Utama Chong Wei Di Sukan SEA |

Astro Awani. Diambil dari http://www.astroawani.com/berita-sukan/pingat-bukan-

sasaran-utama-chong-wei-di-sukan-sea-58087

The Borneo Post. (2012, September 8). Karnival Inovasi Tingkat Kreativiti Pelajar

UiTM. The Borneo Post [Kuching]. Diambil dari

http://www.theborneopost.com/2012/09/08/karnival-inovasi-tingkat-kreativiti-

pelajar-uitm/

Chandra Muzaffar. (2012, August 19). Apa Maksud Identiti Nasional? Utusan

Malaysia [Kuala Lumpur], p. 8.

Jaafar Muhamad. (1996). Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur, Malaysia: Leed Publication.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sinar Harian bertarikh 26 Mei 2010 – Program

Bacaan Nilam Kurang Berkesan | Kementerian Pendidikan Malaysia. Diambil dari

http://www.moe.gov.my/v/surat-kepada-pengarang-view?id=1054&

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025. Kuala Lumpur, Malaysia: Author.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (1). Kuala

Lumpur: Giga Wise Network Sdn. Bhd.

Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim, & Mohd Hafiz Sulaiman. (2013). Keupayaan

Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal of the Malay World

and Civilisation, 1(1), 55-65.

Mohd Zuri Ghani, & Aznan Che Ahmad. (2008). Strategi untuk Mengembangkan

Kemahiran Berkomunikasi Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Pendidikan Khas, 8(2),

5-13.

8
Muhammad Arif Mohd Hashim. (2015, October 3). Bentuk Identiti Nasional Sejak Di

Sekolah.Berita Harian [Kuala Lumpur].

Sidek Baba. (2013, October 17). PPPM: Kemahiran Memimpin. Sinar Harian [Kuala

Lumpur]. Diambil dari http://www.sinarharian.com.my/pppm-kemahiran-memimpin-

1.211865

Wikipedia. (2016, May 19). Perpustakaan Negara Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu,

ensiklopedia bebas. Diambil pada Ogos 8, 2016, dari

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpustakaan_Negara_Malaysia#Peranan

Zelco, H., & Dance, F. (1965). Business and professional speech communication. New York:

Holt, Rinehart & Winston.

You might also like