You are on page 1of 1

Pedang Raja

Dahulu, tinggal seorang raja bernama Raja Haris. Baginda mempunyai


anak lelaki yang bernama Adam. “Ahli sihir, sekarang beta menyerahkan
anakku kepada engkau, tolong jaga dia baik-baik,” kata Raja Haris.

Ahli sihir meminta sebuah keluarga satria membesarkan Adam.


Keluarga itu mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan Adam yang
bernama, Dani. “Dani, ini Adam. Saya berharap kamu berdua boleh menjadi
kawan baik.” kata Satria sambil memperkenalkan Adam kepada Dani. Adam
dan Dani telah menjadi sahabat baik.

Ahli sihir mengajar Adam pelbagai ilmu. “Sekarang saya akan mengajar
kamu ilmu tentang magik, kamu ikut saya buat, mani mani mani hum…” Meja
di hadapan Adam menjadi seekor burung. “Wah, hebatnya! Saya juga ingin
belajarnya. Mani mani mani hum…” Kerusi di hadapannya telah menjadi seekor
kucing yang comel. “Wah, saya telah berjaya!”kata Adam dengan gembira.

Demi keselamatan Adam, ahli sihir merahsiakan identiti sebenarnya


daripada orang ramai, termasuklah Dani dan keluarganya. Masa terus berlalu
dan Adam membesar menjadi seorang yang bijak dan gagah.

Setelah Raja Haris mangkat, tiada siapa menggantikan tempatnya.


“Sesiapa yang berjaya mencabut pedang yang tertanam di dalam batu, maka
dia akan ditabalkan menjadi raja,” kata Raja Haris sebelum baginda mangkat.
Orang ramai cuba untuk mencabut pedang itu, termasuklah para pahlawan
yang gagah perkasa. Malangnya tiada seorang pun yang berjaya.

Selepas beberapa hari, berlangsung sebuah pertandingan antara


semua satria. Dani turut menyertai pertandingan itu dan Adam pula sebagai
pembantunya. “Adam, sudah sampai giliran aku ini, mana pedangku?” kata
Dani kepada Adam dengan cemas. “Oh, aku terlupa untuk membawanya! Aku
balik sekarang untuk mengambil pedang tersebut,” kata Adam sambil berlari ke
arah rumahnya. Malangnya pintu terkunci. “Ah, pintu terkunci!” Adam berasa
amat gelisah. Tiba-tiba, Adam terpandang akan pedang yang tertanam di
dalam sebuah batu.

You might also like