You are on page 1of 12

KP(IPG)8585/600/1/1/1 (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALASIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BUKU PANDUAN
PENDAFTARAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6
CYBERJAYA
TELEFON: 03-83126666/6765/6736/6768/6763/6720/6758/6733/6731/6769
FAKS: 03-83126725/6655
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

MAKLUMAT UMUM BERKAITAN


PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan


(PPISMP)
1.2 Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
1.3 Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. TEMPOH PENGAJIAN

2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester


2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) semester

3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

3.1 Warganegara Malaysia;


3.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau
selepas 30 Jun 1995;
3.3 Calon hendaklah sihat tubuh badan;
3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum;
3.5 Calon mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana lima
(5) mata pelajaran;
3.6 Calon mestilah mendapat sekurang-kurangnya:
 Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah;
 Lulus Bahasa Inggeris; dan
 Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

4.1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP);


4.2 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan
Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah Kementerian
Pendidikan Malaysia;
4.3 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan
selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di institut berkenaan
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia;
4.4 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk
mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4)
tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

2
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

5. PEMATUHAN KEPADA PERATURAN

5.1 Sepanjang tempoh pengajian di IPG anda diwajibkan mematuhi:


 Undang-undang dan Perlembagaan Negara;
 Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976;
 Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru;
 Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
(IPG KPM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK).

6. PEMBATALAN TAWARAN

Pihak IPGM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan sekiranya


didapati:
6.1 Anda tidak memenuhi syarat kelayakan mengikuti Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Anda dinasihatkan meneliti
kelayakan masuk sebelum datang mendaftar;
6.2 Anda dipohon meneliti perkara 6.1 sebelum mendaftar;
6.3 Anda mengemukakan maklumat/dokumen palsu semasa permohonan
kemasukan/pendaftaran. Maklumat ini akan disemak semasa, selepas
pendaftaran dan sepanjang pengajian;
6.4 Anda gagal mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah
ditetapkan;
6.5 Anda didapati positif ujian dadah walaupun pengesahan tersebut
diterima selepas anda diterima mendaftar dan sedang mengikuti
pengajian.

7. CALON TIDAK LAYAK MENDAFTAR

7.1 Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda


Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia;
7.2 Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses
tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan
yang dianjurkan oleh agensi kerajaan;
7.3 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan
Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan tidak menamatkan
pengajian;
7.4 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan
penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah;
7.5 Tawaran bagi mengikuti program ini adalah tidak sah dan terbatal bagi
calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan
masih belum melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa
kemalangan/sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa
bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini.
Penangguhan pendaftaran pengajian adalah tidak dibenarkan. Calon
boleh memohon untuk mengikuti program ini pada tahun berikutnya
jika memenuhi syarat semasa.

3
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

8. PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN) DAN PUSAT


PENGAJIAN

8.1 Bidang Pengajian dan Pusat Pengajian yang ditawarkan adalah


muktamad. Sebarang pertukaran adalah tidak dibenarkan - Rujuk Surat
Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pendidikan Guru Perkara 2.2 (b)
dan (c);
8.2 Oleh yang demikian, anda hendaklah mempertimbangkan sebaik-
baiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti mempunyai anak
kecil yang perlukan perhatian, ibu bapa yang tua dan uzur dan ingin
berdekatan dengan suami/isteri/keluarga sebelum membuat keputusan
menerima tawaran ini.

9. MENARIK DIRI SELEPAS MENDAFTAR

9.1 Pelajar yang ingin menarik diri daripada mengikuti program mestilah
memohon secara rasmi kepada Pengarah IPG Kampus berkenaan;
9.2 Pelajar yang telah mendaftar dan kemudian menarik diri sebagai
pelajar, bayaran pendaftaran anda TIDAK DIKEMBALIKAN;
9.3 Pelajar yang telah menarik diri daripada mengikuti program tidak
dibenarkan memohon dan mengikuti semula program yang telah
ditawarkan.

10. TANGGUNGJAWAB CALON

10.1 Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi


syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPG KPM;
10.2 Adalah menjadi tanggungjawab calon untuk membaca dan memahami
semua maklumat yang dibekalkan oleh IPG KPM.

11. ELAUN

11.1 Pelajar akan dibayar elaun sepanjang tempoh pengajian termasuklah


apa-apa bantuan lain bergantung kepada budi bicara KERAJAAN
(Rujuk dokumen perjanjian fasal 3.1 dan 3.2);
11.2 Walau bagaimanapun anda dinasihatkan membawa bersama-sama
wang untuk keperluan asas yang mencukupi sementara menunggu
pembayaran elaun;
11.3 Pelajar perlu menyerahkan salinan maklumat akaun Bank Simpanan
Nasional untuk tujuan pembayaran elaun.

4
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

12. KOLEJ KEDIAMAN

12.1 Anda DIWAJIBKAN tinggal di kolej kediaman sekiranya penginapan


disediakan oleh IPG Kampus;
12.2 Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapan
yang dikeluarkan oleh pihak IPG KPM semasa anda menginap di kolej
kediaman.

13. PELANGGARAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

13.1 Anda akan dikenakan tindakan sekiranya anda melanggar perjanjian


pendidikan guru. (Rujuk Fasal 5);
13.2 Sekiranya anda didapati mengemukakan maklumat palsu untuk
mendapatkan tempat pengajian, anda akan diberhentikan;
13.3 Jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan pengajian atau
sedang berkhidmat, Ijazah anda akan ditarik balik;
13.4 Anda serta penjamin-penjamin akan dikenakan bayaran balik tuntutan
pecah kontrak Perjanjian Pendidikan Guru kepada Kerajaan (Rujuk
Fasal 5.2 (h,i, ii dan iii) Perjanjian Pendidikan Guru).

14. PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Sila Rujuk Panduan mengisi borang perjanjian Program Persediaan Ijazah


Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2015.

PERINGATAN
 Sekiranya anda sedang berkhidmat dengan pihak swasta anda hendaklah
meletak jawatan sebelum mendaftar di IPG KPM yang ditetapkan.
Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan;
 Sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan, kelulusan cuti belajar/cuti
belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan dengan izin/perletakan jawatan perlu
diperoleh sebelum anda mengikuti latihan ini. Adalah diingatkan bagi
tujuan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang
meletak jawatan adalah tertakluk kepada Perintah Am 6 Bab A;
 Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda gagal
menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk keputusan x-
ray semasa pendaftaran;
 Tawaran pengajian akan terbatal dengan sendirinya jika anda memberi
sebarang maklumat/dokumen palsu tentang diri anda sebagaimana yang
dikehendaki.

5
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

SEMAKAN TAWARAN DAN PROSES PENDAFTARAN

15. SEMAKAN TAWARAN

15.1 Rujuk Panduan menyemak tawaran;


15.2 Sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di
www.moe.gov.my;
15.3 Masukkan nama pengguna (kad pengenalan) dan kata laluan;
15.4 Ambil tindakan berikut:

 JIKA MENOLAK
Sila klik pada butang menolak serta nyatakan sebab menolak
dan hantar. Apabila anda klik pada butang menolak, anda dikira
tidak berminat dan tidak menerima tawaran tersebut. Sebarang
rayuan untuk mengikuti semula program ini tidak akan dilayan.

 JIKA MENERIMA
Sila klik pada butang menerima dan hantar, anda dikehendaki
melengkapkan maklumat diri, serta mencetak surat tawaran dan
surat akaun menerima tawaran.

 JIKA TIDAK MENERIMA MAKLUM BALAS


Penawaran ini terbatal sekiranya anda tidak memberikan maklum
balas menerima atau menolak selepas tarikh akhir yang telah
ditetapkan. Anda juga tidak dibenarkan mendaftar diri pada hari
pendaftaran.

16. SENARAI SEMAKAN SETELAH TERIMA TAWARAN


Sila tandakan/ setelah anda meneliti setiap perkara berikut:

Bil Perkara Semakan


Mencetak Surat Tawaran Kemasukan ke Institut Pendidikan
1
Guru (IPG)
2 Mencetak surat akuan terima
Membuat pemeriksaan kesihatan di hospital
3 kerajaan/swasta (Borang Permohonan Pemeriksaan
Perubatan IPG KPM Pin. 1/2014)
Penyediaan gambar berukuran passport sebanyak 14
4
keping
Penyediaan keperluan peribadi seperti wang pendaftaran
5
(RM500) dan wang saku yang berpatutan
Melapor diri pada tarikh, masa dan IPG Kampus yang
6
dinyatakan dalam surat tawaran
... Jadual 1

6
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

17. PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

17.1 Cetak dan lengkapkan maklumat diri dalam Kit Pendaftaran;


17.2 Kit Pendaftaran mengandungi borang-borang yang berikut:

Bil. Rujukan Jenis Borang

1. Borang 1 Borang Pendaftaran Pelajar

2. Borang 2 Surat Memberi Kuasa Lawatan/Pendidikan Luar

3. Borang 3 Surat Memberi Kuasa Menjalankan Pembedahan

4. Borang 4 Surat Pengakuan Tidak Terlibat Dengan Dadah

5. Borang 5 Borang Maklumat Kahwin

6. Borang 6 Surat Akuan Tidak Mengandung

7. Borang 7 Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu


... Jadual 2

17.3 Pemeriksaan Kesihatan


Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta
dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar di
Institut Pendidikan Guru (Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan
IPG KPM Pin. 1/2014).

17.4 Penyediaan Gambar


Anda diminta menyediakan empat belas (14) keping gambar berukuran
passport.

17.5 Keperluan Peribadi


Persiapan keperluan peribadi pelajar seperti duit saku, pakaian formal,
pakaian sukan dan lain-lain keperluan diri sepanjang Minggu
Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) dan sepanjang pengajian.

17.6 Melapor Diri


Melapor diri pada tarikh, masa dan tempat/Institut Pendidikan Guru
Kampus (IPGK) yang dinyatakan dalam surat tawaran.

7
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

18. SEMASA PENDAFTARAN

18.1 Pengesahan Pendaftaran


 Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran
melalui wakil tidak dibenarkan;
 Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada
tarikh, masa dan tempat/Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK)
yang ditetapkan dalam surat tawaran.

18.2 Penangguhan Pendaftaran


 Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja.
Sebarang penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan dan
perlu memohon semula pada sesi berikutnya.

18.3 Pendaftaran Lewat


 Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh
dan masa yang ditetapkan dalam surat tawaran.

19. SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI


PENDAFTARAN

Dokumen (asal dan salinan) yang mesti dibawa semasa mendaftar sebagai
pelajar Institut Pendidikan Guru adalah seperti berikut:

Bil Dokumen Bilangan Semakan


Fail Pelajar (akan diberi kepada pelajar semasa
1. 1
mendaftar)
Surat Tawaran Sementara (cetakan
2. 5
berkomputer)
Borang Perjanjian Pendidikan Guru (BPPG)
3. 5
(asal)
4. Borang Penjamin dan Saksi (asal) 5
5. Borang 1 (Asal) - Borang Pendaftaran Pelajar 2
Borang 2 (Asal) - Surat Memberi Kuasa Lawatan
6. 2
Pendidikan Luar
Borang 3 (Asal) - Surat Memberi Kuasa
7. 2
Menjalankan Pembedahan
Borang 4 (Asal) - Surat Pengakuan Tidak
8. 2
Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah
9. Borang 5 (Asal) - Borang Maklumat Kahwin 2
Borang 6 (Asal) - Surat Akuan Tidak
10. 2
Mengandung
Borang 7 (Asal) - Senarai Semak Pendaftaran
11. 2
Pelajar Baharu
12. Kad Pengenalan (salinan disahkan) 5
13. Sijil Lahir (salinan disahkan) 5
8
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

14. Sijil-sijil SPM/SMA/SMU/UEC (salinan disahkan) 5


Gambar berwarna ukuran pasport (nama,
15. kursus, major dan nombor kad pengenalan 14
ditulis di belakang)
16. Setem Hasil (RM 10.00 sekeping) 5
Borang Pemeriksaan Perubatan yang disahkan
1 (asal)
oleh pegawai perubatan (Borang Permohonan
17. 4
Pemeriksaan Perubatan IPG KPM Pin. 1/2014)
(salinan)
(asal dan salinan disahkan)
18. Surat Nikah (jika berkenaan) (salinan disahkan) 5
1 (asal)
Surat Majikan Suami/Isteri mengesahkan tempat
19. 4
kerja (asal dan salinan disahkan)
(salinan)
20. Surat Berhenti Sekolah (salinan disahkan) 5
Salinan fotostat akaun Bank (mengandungi
21. 5
nombor akaun)
Bayaran pendaftaran pelajar sebanyak
RM500.00 (cara bayaran sila rujuk IPG Kampus
22
tempat anda ditawar belajar). Dibayar semasa
pendaftaran di IPG Kampus.
... Jadual 3

20. NOTA PENTING

20.1 Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil
STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia;
20.2 Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu
mendapatkan semua sijil kelahiran yang baru di Jabatan Pendaftaran
Negara;
20.3 Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu
membuat Kad Pengenalan sementara;
20.4 Bagi ibu/bapa yang talah meninggal dunia, salinan sijil kelahiran
ibu/bapa tidak perlu dibawa semasa hari pendaftaran;
20.5 Dokumen salinan hendaklah disediakan dengan menggunakan kertas
bersaiz A4 dan perlu mendapat PENGESAHAN daripada Pegawai
Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar (DG 41 dan ke atas) /
Guru Penolong Kanan (Siswazah) / Wakil Rakyat / Penggawa /
Penghulu Mukim / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang dilantik) / Ketua Kaum /
Ketua Anak Negeri;
20.6 Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang
bermaustautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah
mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di
mana pegawai bertugas;
20.7 Dokumen pada Jadual 3 perlu disusun mengikut urutan yang
disenaraikan;
9
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

20.8 Dokumen ini mestilah disemak dan diserahkan kepada mentor


semasa semakan dokumen semasa pendaftaran pelajar;
20.9 Calon tidak akan didaftarkan sebagai pelajar di Institut Pendidikan
Guru sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL;
20.10 Semasa mendaftar, calon perlu menyerahkan salinan dokumen-
dokumen yang mencukupi seperti di dalam Jadual 3.

21. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

Pelajar wajib berpakaian seperti etika berpakaian dalam Buku Peraturan


IPG KPM:

21.1 SISWA
 Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam/gelap, berkasut
hitam, berstokin dan bertali leher (semasa mendaftar dan sepanjang
Minggu Pengurusan Pelajar Baharu);
 Memakai baju kemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut;
 Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN sama sekali;
 Berambut pendek dan kemas (dilarang mewarnakan rambut)
contoh: keperangan, kemerahan, kekuningan dan lain-lain;
 Dilarang bertindik dan/atau bertatu kekal atau sementara memakai
subang/gelang/rantai;
 Dilarang memakai kemeja “T” tanpa kolar;
 Dilarang berselipar/bercapal;
 Memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan
bersopan.

21.2 SISWI
 Berbaju kurung putih, berkain hitam, berkasut hitam bertutup dan
bertumit (semasa mendaftar dan sepanjang Minggu Pengurusan
Pelajar Baharu);
 Memakai baju kurung dan berkasut hitam (kasut bertumit tinggi tidak
dibenarkan);
 Seluar jeans TIDAK DIBENARKAN sama sekali;
 Dilarang mewarnakan rambut (contoh keperangan, kemerahan,
kekuningan dan lain-lain);
 Memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan
bersopan.

10
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

22. CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN

PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PADA HARI PENDAFTARAN

Semakan Nama Dalam Senarai Pelajar Bagi


1 Menentukan Kumpulan Mengikut Bidang
Pengajian Dan Mentor

Menyemak Dokumen Kit Pendaftaran


2
Bersama Mentor

Membuat Bayaran RM 500


3
Di Kaunter Unit Kewangan

Mengambil Barang-Barang Bagi Keperluan


4 Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB)
Di Koperasi

Pendaftaran Di Kolej Kediaman


5
(Jika Kolej Kediaman Disediakan)

11
Buku Panduan Pendaftaran PPISMP

SELEPAS PENDAFTARAN

23. MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

 Semua calon yang telah didaftarkan wajib mengikuti Minggu Pengurusan


Pelajar Baharu (MPPB) selama empat hari yang bermula selepas
pendaftaran.

24. INTERAKSI AKADEMIK

 Interaksi akademik bermula selepas hari terakhir Minggu Pengurusan


Pelajar Baharu (MPPB).

-TAMAT-

12

You might also like