You are on page 1of 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SR)


(PISMP AMBILAN JAN 2013)

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK


(INDIVIDU)
TAHUN: 2016 SEMESTER: 8

PKP 3173
SENI BAHASA DAN SASTERA
DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
KUMPULAN AKADEMIK: G8 .1 (SEM. 8)

DISEDIAKAN OLEH: NO K/P

BAVANI A/P SAGATHEVAN 920802-02-5800

PENSYARAH:
ENCIK ABU BAKAR HJ AHMAD
TARIKH MULA: TARIKH SERAHAN:
9 OGOS 2016 30 OGOS 2016
PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia, saya merafatkan sepenuh kesyukuran
kehadrat Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya, saya dapat menyelesaikan tugasan
kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik
Abu Bakar Hj Ahmad pensyarah saya yang di atas kesudian beliau memberi tugasan ini
kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini
berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut
begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu
haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman
yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA

1.
PENGENALAN

2.
TUGASAN 1
 PROJEK SIMULASI DIDIK HIBUR

3. TUGASAN 3
 PENULISAN ESEI

4.
PENUTUP

5.
RUJUKAN
PENGENALAN
PENGENALAN
Kemunculan abad baru sudah pasti membawa bersamanya cabaran terhadap
perkembangan dunia pendidikan dan bahasa Melayu. Yang penting adalah bagaimana
pendidikan bahasa Melayu harus berhadapan dengan keperluan abad baru ini. Pada hari ini
kita ingin melihat pula kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dalam arus abad ke-21. Jika sastera mampu untuk mengisi ruang
tersebut, bagaimana pula coraknya dapat mewarnai dan menangani proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.

Menurut Kamus Dewan bahasa didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara
individu dengan individu yang lain). Bahasa juga merupakan percakapan yang baik dan penuh
sopan santun. Bahasa juga meliputi adab, tatatertib, sopan santun, dan tingkah laku yang baik.
Bahasa dirumuskan sebagai satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan menjadi
medium manusia berkomunikasi. Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu: bunyi
ucapan, dan satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna. Melalui bahasa, kita
dapat: berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya,
mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana, dan mewariskan ilmu, budaya, peradaban,
dan agama

Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa
mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa
menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh
pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu
masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994)
karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa
sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain
itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan
dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan.
Titik pertemuan antara bahasa dan sastera adalah sifat sastera itu sendiri yang
memerlukan bahasa sebagai wahana komunikasi. Melalui bahasa isi dan tujuan karya itu dapat
difahami pembaca. Bahasa memungkinkan pembaca menghayati pengalaman dan emosi yang
terkandung dalam karya sastera. Bahasa sastera dilahirkan melalui imaginasi, fikiran, dan
emosi. Bahasa bukan sastera bermaksud untuk memberikan keterangan manakala bahasa
sastera di dalamnya merangkumkan adunan emosi, imaginasi dan pemikiran. Bahasa sastera
membawa unsur ketaksaan dalam maknanya berbanding bahasa bukan sastera yang lebih
objektif sifat maknanya.

Bahasa sastera mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Bahasa sastera tidak
terikat pada sistem bahasa yang amat ketat seperti mana yang perlu ada pada bahasa sains
atau bahasa ilmu. Bahasa sastera juga bukanlah suatu yang sewenang-wenangnya
diungkapkan. Keterikatan dan sekatan makna pada bahasa sastera tidak akan menghidupkan
sastera kerana ia gagal berfungsi meperagamkan emosi dan bayangan. Susun kata dalam
sastera juga tidak boleh sewenang-wenangnya kerana ia akan gagal melahirkan kesan
keindahan yang diharapkan dalam sastera.

Keupayaan bahasa sastera untuk lahir sebagai bahasa yang penuh estetika terletak
pada kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa yang melahirkan kesan mendalam terhadap
pembaca. Pengarang berkemampuan untuk menjadikan bahasa beranekaragam kesan
penggunaannya serta melahirkan kesan rasa dalaman terhadap pembaca. Pengarang
menggunakan kata untuk melahirkan makna konotatif atau mempelbagaikan makna kata atau
frasa yang digunakan. Hidupnya karya sastera bergantung kepada hidupnya bahasa yang
digunakan oleh seseorang pengarang.

Sulamlah kain sastera berbenang bahasa


pakailah ke taman ilmu ke kolam pujangga
serikanlah taman dengan muzik sastera dan suara bahasa
dendangkanlah puisi sabda bahasa lidah sastera
di kolam sastera ada cermin budaya ada citra bahasa
sulamlah kain sastera berbenang bahasa
hiasan anak muda di bangku ilmu
gemerlap sutera bahasa serinya cahaya sastera
membiak nusa membina negara
TUGASAN
1
PROJEK SIMULASI
DIDIK HIBUR
TUGASAN
3
PENULISAN ESEI
TUGASAN 3

 PENULISAN ESEI

Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan
nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita,
namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan,
kehadirannya tetap dirasai. Semasahayatnya, beliau terkenal sebagai
seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant,
Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang
termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’
Usman Awang.

Dr. Dato’ Usman Awang walaupun bukan seorang guru tetapi keakrabannya dengan
golongan guru bagaikan sinonim dengan jiwanya yang penyayang, romantis dan dedikasi.
Usman Awang menyelam hati guru dan mendedahkan sifat sempurna guru kepada semua,
terutama mereka yang pernah menjadi muridnya. Bahkan Sasterawan Negara Usman Awang
ini begitu prihatin dan tafsiran semangat yang menjiwai sajaknya ‘Guru Oh Guru’ ini
menyerlahkan peranan dan sumbangan golongan guru terhadap perkembangan tamadun
bangsa dan nusa. Dalam antologi ‘Guru oh Guru’ beliau merakamkan penghargaan tinggi
kepada golongan guru.

Secara amnya, sajak ‘Guru O Guru’ membawa tema keguruan iaitu bertemakan
kemurnian profesion keguruan. Setiap baris mahupun perkataan dalam sajak ini mempunyai
perkaitan yang amat kukuh dengan tugas profesionalisme keguruan. Menurut penulis guru
merupakan manusia yang tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa memberikan ilmu dengan ikhlas
demi untuk membentuk generasi muda yang berjaya dan cemerlang. Persoalan ini dinyatakan
penulis dalam rangkap pertama. Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru
berperanan sebagai ibu bapa, dan rakan yang sentiasa mengambil berat dan memberikan
nasihat kepada pelajarnya. Guru juga pemimpin atau orang yang dipercayai dan dihormati oleh
golongan masyarakat. Pandangan dan nasihatnya akan terus diingati.
Selain itu dalam rangkap ketiga beliau menyatakan jasa seorang guru yang telah
berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional, golongan istana dan rakyat
biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar seorang guru mengajar
membaca dan menulis. Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan
pengorbanan guru yang mengajar di bandar, luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka
sangat besar. Mereka sanggup mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman
semata-mata untuk menurunkan ilmu.

Akhir sekali dalam rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru yang
sukar untuk dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat “Cikgu”
sehingga ke akhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang sangat tinggi
meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran ‘Tun’, ‘Tan Sri’ dan
sebagainya. Kesimpulannya, sajak ‘Guru O Guru’ mengangkat tema keguruan yang
menyatakan jasa, pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam masyarakat.

Sajak ‘Guru O Guru’ sarat dengan nilai murni yang disulam dengan begitu indah
sekali oleh penulis. Penulis menyelitkan nilai mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi
penulis guru mencintai ilmu dan tidak lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya. Dalam
rangkap kedua pula penulis memaparkan nilai kasih sayang, ingat-mengingati dan daya
kepemimpinan yang ada pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu bapa
menyayangi anaknya dan menjadi sahabat akrab terhadap pelajarnya.

Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan jasa guru mendidik anak
muridnya sehingga menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Pada rangkap keempat pula
dipaparkan nilai pengorbanan guru yang sanggup bertugas di bandar, luar bandar dan
pedalaman semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu
pengetahuan. Seterusnya, penulis menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan
sentiasa diingati oleh masyarakat. Panggilan ‘cikgu’ akan kekal meskipun seseorang guru
sudah berpencen.

Menurut McEwan (2002) menyatakan, terdapat sepuluh tret guru yang amat berkesan.
Hal ini termasuklah dorongan misi dan passionate, positif dan benar, guru sebagai pemimpin,
with-it-ness, gaya, kepakaran dalam motivasi, keberkesanan pengajaran, budaya membaca;
street smarts (pintar) dan kehidupan mental. Beliau juga menggariskan kesemua ini dalan
sajaknya. Manakala, Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik, hubungan guru dengan
pelajar seperti ibu bapa dan rakan karib, kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan
jasa guru, pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, bandar dan pedalaman,
jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang oleh masyarakat yang diterapkan oleh beliaua
sangat berguna kepada profession perguruan.

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai
ilmu. Berbanding sistem pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara
pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan
pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa
memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak
pelajar sebagai 'knowledge worker' dalam era revolusi maklumat abad ke-21.

Justeru, kita dapat merumuskan bahawa guru yang profesional perlu berilmu,
berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan
kandungan pedagogi dalam pengajaran & pembelajaran seperti mana yang disarankan oleh
Usman Awang. Di samping itu, guru yang profesional perlu mempunyai sahsiah yang baik dan
boleh diteladani pelajar.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh


untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Hal
ini termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu meningakatkan
profesionalisme keguruan seiring dengan aspirasi murid. Para guru sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan
kehendak teras PPPM. Hal ini selaras dengan pendapat beliau dari awal hingga akhir sajak ini
tentang kemulian profession keguruan.
PENUTUP
PENUTUP
Penggunaan bahan sastera yang penuh dengan ilmu dan nilai estetikanya yang
tersendiri membantu guru dalam memperkembangkan potensi murid secara konprehensif dan
harmonis. Oleh yang demikian, seni dan sastera sangat penting dan sesuai untuk dipilih
sebagai bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu pada peringkat
rendah khususnya kepada murid pemulihan khas. Maka, adalah lebih baik sekiranya guru
pemulihan khas menelusuri kepentingan dan peranan sastera dan melihat kesesuaian bahan
sastera yang akan digunakan dalam pendidikan pemulihan khas di sekolah.

Sebagai guru pemulihan khas, kita seharusnya sedar akan kepentingan penggunaan
bahan sastera sebagai bahan rangsangan yang boleh menarik minat murid yang lambat dan
mundur untuk belajar. Guru pemulihan khas juga perlu kreatif dalam merancang pengajaran
dan pembelajaran yang mengandungi unsur-unsur sastera supaya dapat membantu mereka
daripada terus menderita dengan kegagalan mereka dalam pelajaran.

Bahan sastera sebenarnya dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan daya


fizikal apabila mereka melakukan pelbagai gerakan sambil menghayati unsur-unsur sastera
yang indah dan unik. Bagi merangsang kemahiran secara fizikal, murid-murid pemulihan khas
memerlukan pengajaran yang cenderung kepada pergerakan agar mereka menjadi lebih cergas
dan aktif semasa belajar. Sebagai contoh, lagu-lagu rakyat boleh dijadikan salah satu bahan
rangsangan bagi meningkatkan potensi jasmani dan fizikal murid-murid pemulihan khas.

Permainan ini sangat menyeronokkan dan menjadi satu medium hiburan kepada kanak-
kanak agar mereka tidak berasa bosan dan jemu untuk belajar. Kesusasteraan kanak-kanak
sebenarnya dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan kognitif dan intelektual
murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan sebagai medium bagi
mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak
Murid pemulihan dilihat golongan yang lemah dalam menguasai ilmu pengetahuan. Menurut
Julia Unggai (1992), hasil sastera yang tidak bermutu akan menjadikan karya tersebut tidak
memberi apa-apa makna kepada kanak-kanak dari aspek pengetahuan mahupun pengalaman
psikologi mereka. Oleh itu, pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka
berpeluang berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat
mengasah minda mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka
untuk meneka sesuatu di samping diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun
dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu,
bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan
ingatan murid akan perkataan yang diajar.

Selain daripada itu, kesusasteraan penting dalam membantu pembentukan emosi positif
dalam diri murid. Murid pemulihan khas seringkali dilihat mempunyai masalah emosi yang
dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam kehidupan mereka. Oleh itu, dengan memilih bahan
sastera dalam pengajaran, guru dapat membantu mengatasi masalah emosi dan berharap agar
kanak-kanak ini dapat mengamalkan tingkah laku yang baik dan berupaya membina konsep
kendiri yang positif.

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan
motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar
kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan
pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk
berjaya

Melalui drama kanak-kanak juga, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka
telah diberikan kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk menjalankan
tanggungjawab yang diberikan. Mereka akan berusaha memberi kerjasama kepada rakan-
rakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih baik. Hal ini dapat meningkatkan
kemahiran kominakasi dan interpersonal murid-murid pemulihan khas yang selalunya lemah
atau gagal berkomunikasi secara berkesan. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan diri di
samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri mereka.

Sementara itu, bahan sastera juga membantu guru dalam memperkembangkan aspek
kerohanian dan moral supaya murid-murid pemulihan khas dapat menjadi seseorang insan
yang berakhlak mulia dan bermoral. Hal ini adalah kerana bahan-bahan sastera mempunyai
unsur-unsur nasihat dan teladan. Oleh itu, bahan-bahan sastera seperti cerita teladan, pantun
nasihat, sajak budi dan sebagainya amat sesuai didedahkan kepada murid-murid. Melalui
bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Bahkan, mereka dapat belajar untuk menilai perasaan orang lain, bertolak ansur dan
sebagainya. Dari aspek kerohanian, murid-murid boleh didedahkan dengan kisah-kisah nabi.

Tambahan pula, bahan sastera dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri dalam
diri murid pemulihan. Contohnya, melalui cerita kepahlawanan Hang Tuah memberi inspirasi
kepada murid dalam semangat menyayangi negara sendiri. Biografi tokoh-tokoh pembangun
negara Malaysia memberikan inspirasi kepada mereka. Di samping itu, mereka juga akan
menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola mereka untuk berjaya dalam
kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi pendorong utama
penggerak motivasi murid pemulihan yang sering patah semangat untuk berjaya.

Secara tuntasnya, bahan seni dan sastera memainkan peranan yang sangat penting
sebagai bahan rangsangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan khas.
Guru pemulihan khas seharusnya sedar bahawa mereka perlu kreatif dalam menerapkan
bahan-bahan sastera dalam pengajaran mereka di dalam bilik darjah darjah. Guru berperanan
dalam memperkenalkan keindahan dan keunikan kesusasteraan Melayu kepada generasi muda
agar tidak lapuk ditelan zaman.
RUJUKAN
RUJUKAN
Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan (2003). ”Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa”.
Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 – 11

Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Teknik Pengajaran Sastera Dalam
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 2 Bil 6 : 12 – 17.

Gardener, H (1993). Frames of Mind:The Theory of Multiple Intelligences. (2nd edition) London:
Fontana

Gutiérrez, Kris (2000) . “Teaching and Learning in the 21st Century”. English Journal. 7 : 290 –
298

Geertz, Clifford. (1973). The interpretation of cultures, Basic Books, New York.

Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mana Sikana (2001). ”Pengajaran Drama Sebagai Peneguhan Bahasa Melayu”. Dewan
Bahasa. Jil 1 Bil 9 : 7 -13.

Muhammad Haji Salleh (2004). “Sastera Di Ambang Globalisasi” Dlm. Ilmu Kesusasteraan
Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia

Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusoff. (2001). ”Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu”.
Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 – 26.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. (2004). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meek Spencer, Margaret. (2001). Children’s literature and national identity, Trentham Books,
Stoke on Trent.

Nafii Mat (2006). “Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu”. Dewan Bahasa.
Jilid 6 Bil 9. : 44 – 47.

Nik Safiah Karim. (2004). ”Bahasa Melayu Bahasa Tamadun Moden”. Dewan Bahasa. Jil 4 Bil
1. : 10 – 15.

Noriah Taslim. (1996). ”Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera Melalui Penstrukturan
Kurikulum dan Pemantapan Kaedah Pengajaran”. Dlm. Pengajaran Sastera. Othman Puteh
(Peny.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Buku Panduan Guru Kesusasteraan Melayu Tingkatan
IV dan V . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

http://mimbarkata.blogspot.my/2013/05/puisi-puisi-usman-awang.html

https://www.scribd.com/doc/13322224/Unsur-Gaya-Bahasa-Dalam-Sajak

http://www.southern.edu.my/malay/lain/koleksi%20sajak%20USMAN%20AWANG.pdf

http://anggeriksastera.blogspot.my/2014/02/sajak-guru-oh-guru-usman-awang-berburu.html

http://zalina052625.blogspot.my/p/pautan.html

http://drrajieehadi.blogspot.my/2014/04/penulis-guru.html

https://www.scribd.com/document/41912571/Aspek-Sastera-Dalam-Pengajaran-Bahasa-

Malaysia#download

https://www.scribd.com/doc/2511556/Bahan-Sastera-dalam-pengajaran-BM

http://normawatialias.blogspot.my/2012/12/sajak-guru-oh-guru.html

http://www.slideshare.net/saieyen/analisis-bentuk-sajak

https://www.askiven.com/sajak-guru-oh-guru-mp3.html