You are on page 1of 3

PENGENALAN TAMADUN INDIA

Kumpulan kami telah menonton video mengenai pengenalan tamadun India yang
disampaikan oleh Dr Adlina Ab Halim. Dari segi hasil pembelajaran, di akhir pembelajaran
kita dapat menghuraikan tentang latar belakang sejarah dan pandangan semesta tamadun
India. Selain itu, dapat menjelaskan tentang interaksi tamadun India dengan tamadun lain dan
meneliti sumbangan tamadun India daripada perspektif sejarah dan pencapaian semasa.
Terdapat 3 sub topik perbincangan dalam tamadun India ini iaitu pertama dari sejarah dan
pandangan semesta tamadun India di mana ia dapat dilihat dari latar belakang sejarah,
perkembangan zaman dan pandangan semesta Tamadun India. Yang kedua adalah interaksi
tamadun India dan tamadun lain dari kesan interaksi Tamadun India dan tamadun Melayu.
Yang ketiga ialah sumbangan tamadun India iaitu daripada penemuan, sumbangan dan
pencapaian dalam bidang kesenian, sains dan teknologi.
Seterusnya, sejarah dan pandangan semesta tamadun India ialah merupakan salah
satu tamadun terawal di dunia berpusat di lembah Sungai Indus dan masih bertahan hingga ke
hari ini. Tarikh sebenar bermulanya Tamadun India sukar dikesan namun, berdasarkan bukti
arkeologi sejarah awal Tamadun India dikesan seawal 400,000 SM. Tamadun India juga
mempunyai kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak dia antara Lautan Hindi dan
Pergunungan Himalaya. Tamdun India juga merangkumi dua bahagian utama benua India,
India Utara dan India Selatan. Terdapat lima zaman dan perkembangan tamadun India iaitu
yang pertama adalah zaman Pra-sejarah pada 400,000 SM. Selain itu, yang kedua ialah
zaman proto-sejarah atau dikenali sebagai tamadun Lembah Sungai Indus pada tahun 3000-
1500 SM dan ketiga ialah zaman Kuno/Vedik pada tahun 1500-1200 SM. Keempat ialah
zaman pertengahan iaitu pada tahun 1200 SM-1750 M dan ketima ialah zaman Moden iaitu
1750 M hingga kini.
Pada umumnya, tamadun India tertumpu di Tamadun Lembah Sungai Indus
memperlihatkan kemajuan peradaban dalam semua aspek termasuklah sistem keagamaan,
bahasa dan kebudayaan, organisasi pertanian dan pertukangan. Contohnya dalam sistem
keagamaan terdapat penemuan yang dikenali sebagai The Great Bhai iaitu kolam pemandian
yang sistematik untuk upacara keagamaan bagi penganut Hindu di India. Seterusnya dari segi
pandangan semesta pula bergantung kepada falsafah dan pegangan yang menjadi anutan
masyarakat di India. Terdapat pelbagai agama di India seperti agama Hindu merupakan
anutan agama yang utama, agama Buddha, Islam, Sikh, Jaina, Bahai dan lain-lain lagi.
5 kesan hasil daripada interaksi Tamadun India dan Tamadun Melayu iaitu
penyebaran agama, sistem pemerintahan, adat resam dan budaya, asimilasi budaya-
masyarakat Chitty, bahasa dan kesusasteraan. Penyebaran agama iaitu Candi di Lembah
Bujang, Kedah-merupakan bukti arkeologi kedatangan agama Hindu ke Alam Melayu.
George Coedes (1948) menggunakan istilah “Indianization” bagi melambangkan proses
perluasan pengaruh tersebut. Namun mengikut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972)
pula, Hinduisme tidak memberi kesan besar di Alam Melayu.
Kedatangan agama Hindu telah turut mempengaruhi kehidupan seharian dan adat
resam masyarakat Melayu. Amalan adat melenggang perut, bertindik telinga, bersanding,
berinai dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi kesemuanya merupakan pengaruh dari
kebudayaan India. Namun, amalan adat-adat ini telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan
adat-adat yang bertentangan sudah tidak diamalkan lagi. Asimilasi budaya masyarakat Chitty
iaitu dalam kalangan kaum India, berlaku proses asimilasi antara budaya asal (India) dan
kebudayaan tempatan (Melayu) yang membentuk satu identity, ciri,ciri budaya dan kesenian
yang unik. Persamaan budaya Melayu dari segi pakaian tradisional adalah seperti kebaya
labuh dan bersanggul bagi kaum wanita, kaum lelaki berpelekat, baju Melayu dan talapa.
Pencapaian Tamadun India dalam pelbagai bidang iaitu dari aspek kesenian seperti
drama, muzik, tarian, seni bina, seni ukir, dan seni lukis. Dari aspek sains dan teknologi pula
ialah matematik, astronomi, fizik, kimia, dan perubatan. Pencapaian tinggi tamadun India
dalam bidang sains dan teknologi memberikan sumbangan dan manfaat kepada seluruh
masyarakat dunia. Sumbangan dalam bidang kesenian, sains dan teknologi menjadikan
Tamadun India sebagai sebuah tamadun yang hebat dan mampu bertahan hingga ke dekat ini.
ULASAN VIDEO
PENGENALAN TAMADUN INDIA

MOGAN RAJ A/L DHANABALAN A16KM0167 970902085865


NAVARAJAN A/L SUBRAMANIAM A16KM0350 970910025378
RAJEEV NAIR A/L SRIDHARAN A16KM0410 970616075017

PENSYARAH
DR BUSHRAH BINTI BASIRON
KURSUS
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
SEKSYEN
53&54

You might also like