You are on page 1of 13

PROGRAM SARJANA PSIKOLOGI PENDIDIKAN (PMKL)

KPP 6044

MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI

TUGASAN INDIVIDU 1 (15%)

Hasilkan satu penulisan ilmiah berasaskan jurnal berwasit yang berkaitan dengan motivasi
dan efikasi kendiri terhadap tingkah laku dan pembelajaran.

NAMA : KHOO HUI XIN


NO. MATRIK : M20181000073
KURSUS : KPP 6044 MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI
PENSYARAH : DR. NORLIZA ABDUL MAJID
1.0 Pengenalan

Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan
yang berkualiti dan bertaraf dunia serta dapat membangunkan potensi individu sepenuhnya bagi
memenuhi aspirasi negara Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, 2001). Bagi
mencapai tahap kecemerlangan akademik yang tinggi pelajar-pelajar daripada pelbagai latar
belakang, ia melibatkan interaksi beberapa pemboleh ubah seperti persekitaran sekolah, motivasi
dan faktor diri pelajar itu sendiri (Pintrich & De Groot, 2000). Tuckman (2000) pula mengatakan
bahawa kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar itu adalah hasil interaksi antara
kepercayaan tentang kebolehan diri untuk mencapai, dorongan untuk mencapai dan strategi untuk
mencapai. Interaksi antara kepercayaan, dorongan dan strategi itu sangat penting dalam membentuk
motivasi pencapaian pelajar-pelajar. Oleh demikian, memotivasikan pelajar-pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dalam akademik di sekolah merupakan perkara penting yang perlu
disedari oleh guru-guru, ibu bapa dan para penyelidik.

Kepercayaan motivasi mempunyai hubungan dengan strategi pembelajaran kendiri, kerana


pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi dalaman menggunakan orientasi intrinsik, iaitu
menggunakan strategi-strategi kognitif dan regulasi kendiri (Anderman & Young, 1994; Pintrich
& De Groot, 1990). Pintrich dan De Groot (1990) juga mengatakan, pelajar-pelajar yang
mempunyai kepercayaan motivasi diri yang positif mampu menggunakan strategi pembelajaran
yang melibatkan strategi kognitif dan strategi metakognitif (regulasi kendiri). Hal ini bererti
pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi positif dapat menentukan strategi pembelajaran yang
sesuai demi mencapai matlamat akademik mereka.

Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan
mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan
keberkesanannya. Pelajar yang bermotivasi tinggi biasanya mempunyai dorongan yang kuat dan
mantap untuk terus berminat dengan apa yang disampaikan hasil dari rangsangan-rangsangan yang
kuat iaitu menerusi insentif dan motif. Insentif dalam pengajaran dan pembelajaran sering
disampaikan dalam bentuk ekstrinsik seperti markah, gred, wang, pujian, penghargaan, tanda
bintang dan sebagainya. Motif pula timbul akibat dorongan semula jadi atau kecenderungan
individu yang menggerakkan individu untuk bertindak bagi mencapai sesuatu matlamat walaupun
dalam tempoh yang lama.
Oleh kerana para pelajar mempunyai kecenderungan dan minat yang berbeza, mereka
harus dibantu supaya berminat untuk belajar. Sebagai guru pula, seboleh-bolehnya dapat memilih
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, serta menggunakan strategi pengajaran yang dapat
memenuhi keperluan dan minat pelajar. Motif adalah sebagai penggiat, pemilih dan pengarah gerak
kerja yang berkait rapat dengan sikap dan minat. Kepentingan elemen motivasi dan emosi pelajar
seperti yang telah dihuraikan perlu sentiasa diambilkira dan dipantau setiap masa agar segala
matlamat pendidikan yang dihasratkan dapat dicapai dengan jayanya.

2.0 Objektif

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

i. Hubungan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains.
ii. Hubungan strategi pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata
pelajaran Sains.
iii. Hubungan tidak langsung motivasi terhadap pencapaian akademik melalui strategi
pembelajaran.

3.0 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian penting dalam memperkayakan lagi pengetahuan sedia ada pengkaji dan juga
memanfaatkan banyak pihak seperti pelajar, guru sekolah, penggubal kurikulum serta ibu bapa atau
penjaga.

3.1 Kepentingan kepada Pelajar

Dapatan kajian menunjukkan kesan motivasi dan strategi pembelajaran terhadap


pencapaian akademik. Pelajar merupakan subjek kajian ini, maka dapatan kajian ini secara
langsung dapat membantu pelajar mencari jalan untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang akademik.

3.2 Kepentingan kepada Warga Pendidik

Pentadbir sekolah dan guru-guru yang bertindak sebagai pelaksana kurikulum bukan sahaja
terpaksa mengikut segala dasar yang telah ditentukan oleh KPM, tetapi perlu memikirkan
adakah faktor-faktor lain seperti persekitaran sekolah dan bilik darjah itu mampu untuk
membangkitkan motivasi pelajar. Dengan dapatan kajian ini, para guru dapat menyediakan
pengajaran yang lebih rapi dan terancang dengan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi pelajar, dengan secara langsung
meningkatkan prestasi pencapaian akademik.

3.3 Kepentingan kepada Penggubal Kurikulum

Kurikulum yang dirancang boleh bersesuaian kepada keperluan dan kehendak pelajar
setelah mengetahui sama ada motivasi dan strategi pembelajaran menyumbang kepada
pencapaian akademik, khususnya bagi mata pelajaran sains. Kurikulum sentiasa disemak
semula bagi memastikan pelajar-pelajar menerima isi kandungan pengajaran sejajar
dengan keperluan tenaga manusia dan kehendak semasa negara. Kurikulum yang digubal
perlu memberi peluang kepada pelajar untuk mengembang kebolehan kognitif dalam
menguasai pelajaran. Pada masa yang sama, tajuk pelajaran seharusnya dapat
menimbulkan minat pelajar untuk mempelajari pelajaran tersebut agar motivasi
pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan.

3.4 Kepentingan kepada ibu bapa

Kajian ini penting untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan motivasi
kepada anak-anaknya. Seterusnya, mereka dapat memberi tumpuan dan kasih sayang yang
secukupnya kepada anak dengan menentukan strategi pembelajaran anak bagi membentuk
motivasi yang tinggi dalam diri anak agar dapat membantunya dalam mencapai
kecemerlangan akademik.

4.0 Perbincangan

4.1 Kekuatan

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah


tinjauan dipilih kerana ianya dapat mengumpul maklumat yang banyak daripada sampel
berskala besar (Fraenkel & Wallen, 1993), malah bilangan sampel yang besar ini akan
mewakili populasi yang dikaji. Hasil kajian mendapati motivasi menyumbang kesan
langsung yang tidak signifikan terhadap pencapaian akademik sebanyak 7.6% (β = - 0.114,
p < 0.113); sementara strategi pembelajaran pula menyumbang kesan langsung yang
signifikan terhadap pencapaian akademik sebanyak 6.8% (β = 0.278, p < 0.000). Motivasi
didapati mempunyai kesan tidak langsung yang signifikan sebanyak 43.84% terhadap
pencapaian akademik melalui strategi pembelajaran.

Kajian ini mendapati bahawa elemen motivasi sahaja tidak memberi kesan yang
signifikan terhadap pencapaian akademik mata pelajaran sains, manakala strategi
pembelajaran signifikan kepada pencapaian akademik mata pelajaran sains. Kajian oleh
Nurul Ain, H. & Azizi Yahaya (2012) juga menyatakan bahawa tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara motivasi pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.
Walaupun sedemikian, terdapat pula kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahawa
terdapat hubungan motivasi dengan pencapaian akademik, di antaranya kajian Nordin,
M.A. & Mohammad, S.H. (2018) yang menunjukkan wujud hubungan sederhana yang
signifikan dan positif antara motivasi kendiri dengan pencapaian pelajar dalam matematik.

Oleh itu, kajian ini dikatakan mempunyai kelebihan kerana kajian ini tidak
berhenti di situ sahaja apabila mendapati motivasi tidak membolehkan pelajar mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik, sebaliknya mengkaji dengan lebih mendalam
tentang kesan tidak langsung motivasi terhadap pencapaian akademik melalui perubahan
strategi pembelajaran dan terbukti bahawa motivasi mempunyai kesan tidak langsung yang
signifikan apabila mata pelajaran sains diajar melalui pelbagai strategi pembelajaran yang
membuka minda pelajar kepada aspek kognitif dan metakognitif. Hasil dapatan kajian
Chen, U.R., Masek, A., Amiruddin, M.H. (2014) turut menyokong bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan di antara beberapa aspek motivasi dengan tahap pencapaian
pelajar untuk aspek sikap dan aspek teknik pembelajaran pelajar. Tahap motivasi intrinsik
dan motivasi ekstrinsik yang tinggi dalam mendorong mereka untuk belajar.

Percanggahan hasil dapatan kajian-kajian lepas telahpun mendapat kesimpulannya


di sini. Dengan penemuan dalam kajian ini, kita dapat mengesahkan bahawa motivasi
positif (matlamat masteri dan matlamat ego-mendekati) tidak cukup tinggi untuk
mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik jika tidak
mempunyai kebolehan kognitif. Matlamat merupakan elemen yang sangat penting dalam
memastikan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Menurut Reeve (2005) dalam
jurnal Mohd Rustam, M. R. (2013), orientasi matlamat tertentu akan menentukan perlakuan
pelajar sama ada akan terus melibatkan diri dalam pembelajaran ataupun sebaliknya. Luo
et al. pula (2011) menyatakan bahawa motivasi pencapaian yang berorientasikan masteri
menyebabkan seseorang itu lebih melibatkan diri dengan aktiviti kelas, kerja rumah dan
dapat menguruskan masa dengan lebih baik (Mohd Rustam, M. R., 2013).

Pelajar-pelajar yang mempunyai matlamat masteri diandaikan mempunyai efikasi


kendiri yang tinggi dan mempunyai motivasi positif untuk melakukan aktiviti-aktiviti
akademik dan ini menentukan kejayaan dan kegagalan kepada usaha mereka. Menurut
Meece, Blumenfeld & Hoyle (1988), pelajar-pelajar yang menekankan kepada matlamat
masteri dilaporkan lebih aktif menggunakan strategi kognitif melalui regulasi kendiri.
Strategi kognitif adalah strategi pembelajaran yang dapat memandu pelajar untuk bertindak.
Manakala Pintrich (2000a & 2000b) pula mengatakan bahawa pelajar yang menggunakan
strategi pembelajaran yang melibatkan strategi kognitif dan strategi metakognitif
mendorong pelajar untuk mendapat pencapaian akademik yang baik.

Dalam kajian ini, strategi pembelajaran pelajar terdiri daripada strategi kognitif
(permukaan dan mendalam) dan strategi metakognitif (regulasi kendiri dan mendapatkan
bantuan). Pelajar yang mempunyai matlamat pencapaian yang berbeza mempunyai
orientasi matlamat yang berbeza-beza. Strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar
juga berbeza-beza bergantung kepada orientasi matlamat masing-masing, dan seterusnya
akan menentukan pencapaian akademik mereka.Orientasi matlamat memainkan peranan
penting dalam menentukan nilai dan harapan pelajar terhadap sesuatu perkara yang
dipelajari. Dalam pada itu, pelajar berusaha dengan bersungguh-sungguh agar matlamat
dan ego untuk mencapai tahap kecemerlangan tertentu itu dapat dicapai. Dengan itu, kita
sedar bahawa betapa penting untuk mewujudkan motivasi positif bermatlamat dalam
kalangan pelajar bergabung dengan pengajaran strategi pembelajaran kognitif dan
metakognitif kepada pelajar untuk peningkatan prestasi pencapaian akademik pelajar.

Motivasi didapati mempunyai kaitan dengan strategi pembelajaran dan saling


mempengaruhi antara satu sama lain (Pintrich, 2000c). Justeru itu, pelajar-pelajar yang
mempunyai tahap motivasi yang positif mampu menggunakan strategi pembelajaran
kognitif dan metakognitif (Pintrich & De Groot, 1990; Pokay & Blumenfeld, 1990). Oleh
itu, pelajar yang mempunyai motivasi positif mampu menggunakan pelbagai strategi
pembelajaran kognitif dan metakognitif untuk mencapai hasil akademik yang dihajati, dan
seterusnya dapat menentukan pencapaian akademik mereka.

Pelajar dalam kajian ini umumnya lebih positif dalam menggunakan strategi
pemprosesan permukaan (menghafal dan mengulang-ulang) dan amat positif mengawal
diri mereka dalam menghadapi ujian atau peperiksaan (regulasi kendiri). Ini menunjukkan
pelajar-pelajar mampu menggunakan strategi kognitif dan strategi metakognitif dalam
pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru-guru wajar memberi bimbingan bagi
meningkatkan lagi penggunaan strategi kognitif (pemprosesan mendalam) dan strategi
metakognitif (mengawal diri dalam pembelajaran dan mendapatkan bantuan) demi
meningkatkan prestasi akademik mereka dalam mata pelajaran sains. Dapatan kajian ini
disokong oleh Zimmerman dan Pons (1986) yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar yang
mampu menggunakan strategi kognitif dan metakognitif dalam pembelajaran boleh
mendapat pencapaian akademik yang lebih baik.

Dapatan kajian ini juga memberi implikasi kepada guru untuk mengajar dengan
menggunakan strategi inkuiri-penemuaan, pembelajaran akses kendiri, konstruktivisme
kontektual dan bersesuaian dengan kemampuan pelajar dan strategi pembelajaran
berasaskan kognitif, metakognitif dan teori kecerdasan pelbagai. Kebanyakan pelajar-
pelajar lebih gemar menggunakan kaedah menghafal dan mengulang-ulang, maka untuk
meningkatkan penggunaan strategi pemprosesan mendalam iaitu mengorganisasi dan
memproses maklumat, guru-guru perlu menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai
seperti mana yang dicadangkan oleh Gardner (1983) iaitu: kecerdasan linguistik, logikal-
matematik, ruang, kinestetik, muzikal, interpersonal, intrapersonal dan naturalis bagi
mencungkil potensi maksimum seseorang pelajar. Aktiviti-aktiviti dalam pengajaran guru
haruslah menitikberatkan kefahaman dan penguasaan pelajar, di samping mewujudkan
suasana persaingan dalam kalangan pelajar. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti dalam
pengajaran guru ini dapat membentuk matlamat positif personal pelajar-pelajar, seterusnya
dapat meningkatkan penggunaan pelbagai strategi pembelajaran (kognitif dan
metakognitif), dan akhirnya dapat meningkatkan prestasi akademik khususnya dalam mata
pelajaran sains.

Antara intervensi yang boleh dilakukan oleh guru dalam mempertingkatkan


kecerdasan pelajar secara maksimum dalam mata pelajaran sains ialah:

i. Memberi tugasan yang dapat merangsang sensitiviti pelajar terhadap bunyi,


struktur, maksud dan fungsi perkataan dalam penggunaan bahasa. Contohnya
aktiviti melaporkan tugasan dalam bentuk lisan, bentuk cerita dan menulis prosa
atau puisi sesuai dengan tajuk yang diajar.
ii. Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti atau tugasan sains yang melibatkan pengiraan
terhadap graf atau carta, penggunaan komputer, eksperimen, penggunaan logikal
dan membuat hubungan.
iii. Memberi tugasan sains yang melibatkan penggunaan peta minda, dan imaginasi
berpandu.
iv. Menggalakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemampuan mengawal
pergerakan badan dan menangani objek. Contoh aktivitinya seperti main peranan,
ekperimen yang menggalakkan kemahiran menggunakan radas dan material
dengan betul.
v. Memasukkan aktiviti-aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan bunyi-
bunyian seperti menyanyi, penggunaan alat muzik dan bunyi-bunyi di persekitaran.
vi. Menggunakan aktiviti-aktivitipengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi
dan menerima maklumat sepertistrategi pembelajaran kooperatif, dan projek
kumpulan.
vii. Merancang dan menyediakan aktiviti yang dapat menyedarkan diri pelajar tentang
perasaan, emosi, kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Contohnya tugasanyang
melibatkan penaakulan aras tinggi, dan gambaran komplek berpandu.
viii. Membuat aktiviti lawatan yang dapat memberi peluang pelajar-pelajar mengalami
dan merasa sendiri tentang kewujudan persekitaran semulajadi sesuai dengan tajuk
yang diajar dalam mata pelajaran sains.

Untuk membantu pelajar meningkatkan ingatan tentang apa yang dipelajari tidak
hanya bergantung kepada cara menghafal sahaja, aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ini
dapat mengaktifkan semua kecerdasan yang ada dalam diri pelajar-pelajar, dan secara tidak
langsung membantu mereka lebih menyedari tentang apa yang dipelajar, mendapat
maklumat yang lebih bernilai dan bermakna, dan maklumat-maklumat yang bermakna ini
dapat ditaakulatau ditafsir, dan disimpan dalam ingatan jangka panjang serta boleh diambil
semula dengan lebih mudah apabila diperlukan.

Dengan penemuan kajian ini, guru-guru juga dapat mengetahui bahawa mereka
perlu meningkatkan motivasi pelajar secara ekstrinsik dalam mata pelajaran sains dengan
memberi ganjaran dalam bentuk material seperti hadiah dan sijil, atau ganjaran bukan
material seperti memberi pujian atau penghargaan dalam bentuk verbal. Di samping itu,
mereka turut meningkat dan menyuburkan motivasi intrinsik pelajar-pelajar dengan
menyediakan pengalaman-pengalaman belajar yang menyeronokkan (seperti projek
kumpulan dan lawatan sambil belajar), mementingkan kefahaman dan penguasaan tajuk-
tajuk yang dipelajari, mengaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan masa kini dan pada
masa hadapan.

Selain itu, pihak pentadbir dan guru-guru sewajarnya memastikan program-


progaram motivasi yang dilakukan menjelang peperiksaan awammemberi kesan positif
dalam meningkatkan motivasi pelajar-pelajar, agar ianya tidak terhenti selepas peperiksaan
berakhir. Pihak pentadbir dan guru-guru juga perlu mendapatkan maklum balas daripada
pelajar-pelajar selepas program motivasi, agar penambahbaikan dapat dirancang. Guru-
guru boleh membantu pelajar-pelajar menilai sendiri kemajuan dalam mata pelajaran sains,
contohnya melukis graf skor ujian bulanan, dan kaedah ini dapat membantu mereka
membuat refleksi kendiri untuk pencapaian lebih baik. Dengan itu usaha-usaha guru perlu
ditingkatkan lagi agar amalan-amalan atau aktiviti pengajaran guru di bilik darjah sains
dapat membangkitkan motivasi intrinsik dan meningkatkan kesedaran kognitif mereka
dalam pembelajaran, seterusnya memperoleh pencapaian mata pelajaran sains yang baik.

4.1 Penambahbaikan

Dapatan kajian ini adalah hanya menjurus kepada kesan motivasi ke atas pelajar berasaskan
kepada pencapaian mata pelajaran sains. Pada kajian yang selanjutnya, kajian ini boleh
dilaksanakan untuk mengkaji sama ada elemen motivasi memberi kesan kepada
pencapaian prestasi akademik mata pelajaran lain.

Kajian lanjutan berkenaan kesan motivasi juga perlu dijalankan pada kumpulan
sampel yang sama tetapi dalam jangka masa yang agak panjang bagi melihat sama ada
kesan motivasi ke atas pencapaian akademik pelajar apabila dikaitkan dengan jangka masa.
Dengan itu, kita dapat mengetahui bahawa adakah kesan motivasi terhadap pelajar itu
boleh kekal unutk jangka masa panjang.

Kajian selanjutnya harus dilaksanakan bagi mengenal pasti jenis motivasi yang
memberi kesan tidak langsung pada pencapaian akademik pelajar, sama ada motivasi
intrinsik atau ekstrinsik. Aspek konstruk bagi motivasi intrinsik seperti faktor minat, sikap,
keluarga; dan motivasi ekstrinsik seperti faktor gred, pujian, ganjaran juga harus ditelitikan
dalam kajian selanjutnya.

Kajian seterusnya dicadangkan untuk dijalani menggunakan kuasi-eksperimen di


mana strategi pengajaran chalk and talk dijadikan kumpulan kawalan, manakala strategi
pembelajaran secara koperatif, strategi inkuiri penemuan, strategi pembelajaran integrasi
ICT atau sebagainya dijadikan sebagai kumpulan eksperimen. Dengan ini, kita dapat
mengesan lebih terperinci lagi tentang tahap motivasi pelajar bagi setiap strategi
pembelajaran yang berbeza-beza pada sebelum dan selepas ujian pra dan ujian pos. Di
samping itu, kita juga dapat mengesahkan peningkatan pencapaian akademik melalui
perbandingan antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.
Cadangan kajian lanjutan dibuat agar ia boleh dijadikan sebagai garis panduan
kepada penyelidik yang berminat untuk meneruskan kajian berkenaan motivasi pelajar dan
pencapaian akademik. Penyelidik akan datang disarankan agar menjalankan kajian lanjutan
ke atas pelajar peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. berkenaan tahap
motivasi dan kesan motivasi terhadap pencapaian akademik mereka melalui strategi
pembelajaran kognitif dan metakognitif bagi melihat perbezaan dapatan kajian berdasarkan
peringkat perkembangan kognitif yang berbeza.
BIBLIOGRAFI

Anderman, E. M., & Young, A. J. (1994). Motivation and Strategy Use in Science: Individual
Differences and Classroom Effects. Journal of Research in Science Teaching, 31, pp.
811–831.

Chen, U.R., Masek, A., Amiruddin, M.H. 2014. Kajian Gaya Pembelajaran Dan Motivasi
Terhadap Pencapaian Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik. CiE-TVET
Proceeding 008. pp. 117-136. eISBN 978-967-0468-99-0. Retrieved October 14, 2018,
from
http://eprints.uthm.edu.my/6734/1/Kajian_Gaya_Pembelajaran_Dan_Motivasi_Terhadap.
pdf

Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York: Basic Books Inc.

Hamimah, A.N. & Buerah, T. 2014. Kesan Motivasi dan Strategi Pembelajaran Terhadap
Pencapaian Akademik dalam Mata Pelajaran Sains. Vol. 2, No. 1. pp. 55–64. e-ISSN:
2289-6996. Retrieved October 12, 2018, from http://www.myjurnal.my/public/article-
view.php?id=80144

Hamsari, N. A. & Yahaya, A. 2012. Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan
Sikap Dengan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology & Counseling,
Vol.5. pp. 30-57. ISSN: 2231-735X. Retrieved October 12, 2018, from
https://core.ac.uk/reader/11797271

Meece, J., Blumenfeld, P. C., & Hoyle, R. H. (1988). Students' goal orientations and cognitive
engagement in classroom activities. Journal of Educational Psychology, 80(4), 514-523.
http://dx.doi.org/10.1037/0022-0663.80.4.514

Mohd Rustam, M. R. 2013. Pengaruh Orientasi Matlamat Pencapaian Dan Keresahan


Matematik Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Mohd%20Rustam%20Bin%20
Mohd%20Rameli.TP.pdf

Nordin, M.A. & Mohammad, S.H. 2018. Hubungan Antara Motivasi Kendiri Dengan
Pencapaian Matematik Pelajar Tingkatan 5 Di Daerah Rompin. e-Proceedings National
Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18).
https://upikpolimas.edu.my/conference/index.php/icompex/icompex_2018/paper/viewFil
e/405/234
Pintrich, P. R. (2000a). An Achievement Goal Theory Perspective on Issues in Motivation
Terminology, Theory, and Research. Contemporary Educational Psychology, 25. pp. 92–
104.

Pintrich, P. R. (2000b). Multiple Goals, Multiple Pathways:The Role of Goal Orientation in


Learning and Achievement. Journal of Educational Psychology, 92. pp. 544–555.

Pintrich, P. R. (2000c). The Role of Goal Orientation in Self Regulated Learning. In M.Boekaerts,
P. Pintrich, & M. Zeidner (Eds.), Handbook of Self-regulation: Theory,Research and
Applications. pp. 451–502. San Diego,CA: Academic Press.

Pintrich, P. R., & De Groot, E. 1990. Motivational and Self-regulated Learning Components of
Classroom Academic Performance. Journal of Educational Psychology, 82, pp. 33–40.

Pokay, P. Blumenfeld, P.C. 1990. Predicting Achievement Early and Late in the Semester: The
Role of Motivation and Use of Learning Strategies. Journal of Educational Psychology,
v82 n1. pp. 41-50. ISSN: ISSN-0022-0663.
LAMPIRAN JURNAL

You might also like