You are on page 1of 4

Stesen Katak

Ahli Kumpulan: Yap Yin Fang

Hemalatha A/P Rajakumar

Ivy Lieu Chai Ling

Pada pukul 10.30a.m., kami telah memulakan aktiviti stesen kami. Stesen kami
adalah stesen katak yang dikendalikan oleh ahli kumpulan, iaitu Yap Yin Fang,
Hemalatha A/P Rajakumar dan Ivy Lieu Chai Ling dari T2 Pemulihan. Tema stesen kami
adalah membina ayat. Sebelum aktiviti ini, kami telah menyediakan satu BBM mesin
basuh, kad-kad manila yang berbentuk pakaian kertas dan stoking kertas. Stoking
kertas telah ditulis dengan kata hubung. Objektif bagi stesyen kami ialah murid dapat
membina ayat majmuk berdasarkan kata hubung seperti jika, sehingga, atau, dan
sebagainya. Selain itu, kami juga telah menyediakan aktiviti melipat origami jika
mempunyai masa tambahan. Origami yang dilakukan ini boleh menjadikan cenderahati
kepada murid.

Pada hari tersebut, semasa murid datang ke stesen kami iaitu stesen katak, kami
telah membawa mereka ke depan mesin basuh dan meminta murid untuk mengambil
sarung kaki yang mengandungi kata hubung seperti lalu, sehingga dan sebagainya.
Seterusnya, kami telah meminta murid memilih baju kertas yang disukai. Murid diminta
untuk membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang telah dipilih.
Kami telah berperanan sebagai guru pembimbing untuk membimbing murid membina
ayat. Penjelasan tentang maksud kata hubung telah diberi kepada murid. Murid haruslah
membina ayat sendiri dengan betul selain melukis gambar yang berkaitan dengan ayat
yang telah dibina. Selepas itu, murid diminta untuk memasukkan baju kertas yang telah
ditulis tersebut ke dalam mesin basuh. Langkah-langkah di atas telah diulangi sebanyak
2 kali. Sebelum masa tamat, kami telah meminta murid menggantung “pakaian-pakaian”
yang terdapat dalam mesin basuh dan membaca ayat-ayat yang telah dibina bersama-
sama.

Selain itu, sementara menunggu baju kertas “dibasuh”, kami telah mengajar
murid membuat origami apabila mempunyai masa tambahan. Terdapat dua kumpulan
sahaja yang dapat melakukan aktiviti ini. Murid-murid diminta untuk melipat kertas warna
yang telah disediakan berdasarkan langkah-langkah lipatan origami dalam kad yang
telah ditunjukkan. Semasa proses melipat, murid telah dibimbing untuk melipat kertas
dengan langkah yang betul. Selepas selesai aktiviti melipat, murid tekah menghiaskan
origami masing-masing dengan menggunakan pensel warna, pen marker dan
sebagainya.

Secara keseluruhan, aktiviti yang kami jalankan adalah lancar dan sangat
menyeronokkan bagi murid-murid. Hal ini demikian kerana murid boleh belajar
bagaimana membina ayat dalam keadaan yang seronok. Tambahan pula, mereka juga
mendapat pengalaman baru dalam aktiviti origami. Kami berasa bersyukur kerana
mendapat peluang untuk mengajar murid semasa BIG dijalankan.
Gambar di atas menunjukkan kami telah membimbing murid untuk membina ayat
majmuk dengan kata hubung yang diberi.

Gambar di atas menunjukkan kami telah meminta murid untuk membaca ayat yang
dibina daripada hasil kerja pakaian kertas yang telah ditulis oleh murid tersebut.
Gambar di atas menunjukkan kami telah membimbing murid untuk membuat origami,
iaitu aktiviti melipat kertas.

You might also like