You are on page 1of 1
Soalan 24 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan ayat yang lengkap. Pada hujung minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Hari Usahawan. Aktiviti ini diadakan dari pukul 8:00 pagi hingga pukul 5:00 petang. Suasana ketika aktiviti ini riuh-rendah dengan suara para pengunjung yang hadir. Saya bersama-sama dengan tiga orang rakan telah ditugaskan oleh guru untuk menjaga gerai Kelab Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Tujuan gerai ini dibuka adalah untuk melatih anggotanya berniaga dan mengurus wang di samping mendapatkan dana untuk aktiviti kelab. Di gerai ini, kami menjual rak penggantung kunci, peti surat, pensel daripada bahan terbuang, Kereta kawalan jauh, dan lain-lain. Banyak gerai lain turut dibuka di tapak-tapak yang telah disediakan. Pelbagai jenis barang dijual selain makanan dan minuman. Ada gerai jualan pakaian, buku dan majalah, cenderamata, barangan sukan, dan lain-lain. Saya hanya sempat membeli sebuah topi untuk digunakan semasa hari sukan nanti. Saya tidak dapat mengunjungi kesemua gerai yang ada kerana perlu bergilir-gilir untuk menjaga gerai kami. Schingga petang, saya dan rakan-rakan saya sibuk melayan pengunjung yang ingin membeli barangan di gerai kami, Banyak keuntungan yang kami peroleh hasil jualan pada hari ini, Pengalaman sebegini tidak dapat saya lupakan. Saya juga berharap agar aktiviti ini akan diteruskan pada tahun depan. (a) Perkataan cenderamata dalam petikan membawa maksud 7 [1 markah} (b) Bagaimanakah suasana ketika Hari Usahawan itu? [1 markah (c) Apakah jenis barangan yang dijual di gerai Kelab RBT? [2 markah] (@ Pada pandangan kamu, apakah kepentingan Hari Usahawan diadakan? Berikan satu (x) contoh aktiviti lain selain Hari Usahawan. [3 markah]

You might also like