You are on page 1of 2

Soalan

Sebuah Kilang Sawit menerima bekalan 415V, 1000A, dari pemegang lesen, tidak
disenggarakan dengan sempurna. Kelengkapan Papan Suis Utama banyak yang rosak dan
tidak diganti. Oleh kerana ACB utama sering terpelantik pihak pengurusan telah
mengarahkan Penjaga Jentera Elektrik pepasangan itu mengubah tatahan geganti
perlindungan .

Mengikut Akta Dan Peraturan Elektrik, huraikan tindakan yang boleh diambil oleh
Suruhanjaya keatas ;

a) Pepasangan itu
b) Pihak pengurusan pepasangan itu.
c) Orang kompeten pepasangan itu.
Jawapan

A) Pepasangan

Bahagian IX, seksyen 38 . (1) Jika mana-mana orang yang diambil kerja oleh pemegang
lesen mendapat keterangan dimana-mana premis yang pada pendapatnya membuktikan
bahawa suatu kesalahan telah dilakukan dibawah seksyen 37 (1), 37 (3) atau 37 (14),
pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberikuasa sewajarnya oleh pemegang lesen
boleh, dengan memberi notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam, dalam apa-apa
bentuk sebagaimana yang ditetapkan, menyebabkan bekalan elektrik diipotong daripada
premis tersebut.

Bahagian IX, seksyen 38 (2) Jika bekalan elektrik telah dipotong dibawah subseksyen
(1), maka ia tidaklah boleh disambung semula sehinggalah pemegang lesen menurut budi
bicaranya memberikan kebenaran bagi penyambungan semula:

Dengan syarat bahawa tempoh pemotongan itu tidaklah melebihi tiga bulan.

B) Pihak Pengurusan Pepasangan

Bahagian IX, seksyen 37 (1) Telah melakukan suatu kesalahan mengganggu atau melaraskan
apa-apa pepasangan dan bagi setiap kesalahan sedemikian, apabila disabitkan, boleh
dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

ATAU

Bahagian IX, seksyen 37 (3) Mana-mana orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang
boleh dikenakan apabila disabitkan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

C) Orang Kompeten Pepasangan

Bahagian IX, seksyen 37 (7) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah gagal
mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit
dan, denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagaian
daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

You might also like