You are on page 1of 4

Abstrak

Adat perpatih merupakan adat yang masih diamalkan di Malaysia. Pada asasnya, adat ini
adalah adat yang sangat lengkap kerana ianya mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia
dan mengutamakan kaum wanita. Negeri sembilan merupakan satu-satunya negeri di
Malaysia yang mengamalkan adat perpatih dan majoritinya dari suku minangkabau. Kajian
ini dilakukan bertujuan mengkaji pengetahun masyarakat sekitar kawasan UiTM Puncak
Alam,, Selangor tentang keistimewaan adat perpatih suku minangkabau di Negeri Sembilan.
Tumpuan perbincangan adalah berkenaan adat perpatih dari sudut pembahagian harta
pusakan dan perkahwinan. Penyelidikan mengenai kajian ini dibuat memalui lawatan ke
muzium adat Negeri Sembilan dan hasil soal selidik secara rawak beberapa individu di
sekitar UiTM Puncak Alam berkaitan isu adat perpatih. Melalui kajian ini terdapat beberapa
salah faham yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai pengamalan adat perpatih
dari segi pembahagian harta dan perkahwinan. Hasil daipada kajian adat perpatih masih
relevan untuk diamalkan dan mengikuti syariah islam. Kajian ini adalah menyediakan
pemahaman berkaitan adat perpatih berkaitan tanah dan perkahwinan dan cadangan
penambahbaikan agar adat ini dilihat sebagai adat yang menjamin kebajikan kaum wanita dan
tidak pupus ditelan zaman.

Penghargaan
Pendahuluan

Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum, agama, bangsa dan
suku secara amnya. Ia bersifat menyeluruh dari segi fungsinya iaitu memainkan peranan
sebagai rakyat yang bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Negeri Sembilan antara salah satu negeri yang sememnagnya terkenal dengan adat dan
kebudayaannya tersendiri iaitu adat perpatih. Antara salah satu suku yang terlibat dan
mengamalkan adat ini adalah dari suku Minangkabau. Pada awalnya, suku minangkabau
merupakan kelompok etnik Nusantara yang memartabatkan adat Minangkabau. Antara
kawasan yang masih mentradisikan adat ini adalah dari daerah Sumatera Barat, separuh
daratan Riau, utara Bengkulu, barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan
juga Negeri Sembilan di Malaysia.[ CITATION Bit18 \l 17417 ] Jadi, dari skop kajian ini,
ianya menfokuskan lebih kepada etnik Minangkabau di kawasan Negeri Sembilan antaranya
di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu.

Perkataan Minangkabau berasal dari dua perkataan yang digabungkan iaitu minang yang
bermaksud menang dan kabau bermaksud kerbau. Perkataan ini dikatakan diperoleh dari
cerita rakyat yang disampaikan secara turun-temurun. Berdasrkan cerita rakyat dan lagenda,
berlakunya perselisihan antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa.
Untuk mengelakkan peperangan dari tercetus, rakyat Minangkabau mencadangkan agar satu
pertandingan di adakan iaitu pertandingan beradu kerbau. Mereka mempertaruhkan seekor
anak kerbau yang tidak diberi susu oleh ibunya. Kemudian, tanduk anak kerbau tersebut
diasah menjadi tajam. Ketika pertandingan bermula, anak kerbau itu menyangkakan bahawa
kerbau pihak lawan adalah ibunya dan ia berlari untuk mendapatkan susu. Maka, kerbau
pihak lawan mati kerana tertusuk tanduk anak kerbau yang tajam dan rakyat Minangkabau
menjerit kegembiraan dengan menyebut menang kerbau. Dan lahirlah masyarakat
Minangkabau berdasarkan peristiwa ini.

Asal penubuhan adat perpatih adalah oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Secara amnya, adat
perpatih lebih mementingkan kaum wanita daripada kaum lelaki. Dan adat ini adalah adat
yang lengkap yang mencakupi keseluruh aspek kehidupan masyarakat. Kaum wanita diberi
kelebihan dan keutamaan daalm adat ini dari segi perwarisan harta pusaka dan darah
keturunan. Berbeza dengan adat temenggung, yang mana kaum lelaki yang mewarisi harta
dan darh keturunan. Datuk Pepatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemanggungan adalah dua
saudara seibu yang mempunyai berlainan ayah. Ada yang menyebut bahawa Datuk Pepatih
sebagai seorang yang suka menjelajah ke seluruh pelosok dunia sebelum mengasakan dasar-
dasar adat perpatih, manakala Datuk Ketemanggungan tetap tinggal di daerahnya.
Pengalaman yang berbeza antara dua saudara melahirkan dua gagasan mengenai adat
Minangkabau. Datuk Pepatih Nan Sebatang melahirkan adat yang lebih demokrasi dan Datuk
Ketemanggungan melahirkan adat yang lebih autokrasi.

Tiga kumpulan utama masyarakat adat Perpatih ialah Perut, Suku dan Luak. Perut terdiri
daripada anggotan sesuatu perut yang berasal daripada moyang keturunan perempuan yang
sama dan diketuai oleh seorang ketua iaitu buapak dan tinggal di kawasan perkampungan
yang sama. Suku terdiri daripada beberapa perut dan diketuai oleh Lembaga. Terdapat 12
suku iaitu Suku Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri
Melanggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Batu dan Anak Melaka. Luak pula diketuai
oleh seorang Undang yang merupakan kawasan pentadbiran dari segi adat. Terdapat empat
luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol, dan Jelebu.

Secara latar belakangnya, etnik Minangkabau telah menerapkan sistem demokrasi sejak
zaman pra-Hindu lagi dengan adanya adat untuk menentukan hal-hal penting dan
permasalahan hukum. Adat perpatih adalah adat yang mengaturkan bahawa sebelum
menjalankan sesuatu urusan, keputusan harus dilakukan melalui perbincangan bersama ahli
atau anggota kelompok kekeluargaan yang berkenaan supaya wujudnya sifat persefahaman
antara satu sama lain. Adat melalui suku ini juga menekankan bahawa segala urusan harus
diusahakan secara kerjasama. Ia mengharuskan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian
dalam semua jenis aktiviti, tanpa pengecualian. Hal ini demikian kerana setiap orang
berpotensi dan mempunyai peranan tersendiri dalam masyarakat. Orang kelainan upaya
sekalipun tidak diketepikan dari segi pengurusan dan mereka juga berhak mendapat layanan
yang sama seperti yang lain.

Namun, semenjak kemasukan orang barat, sistem budaya Melayu secara amnya dan adat
perpatih mula memperlihatkan proses kemerosotan. Penghakisnya berlaku tanpa sedar hingga
menyebabkan budaya Melayu kurang dimartabatkan . Pada masa yang sama, anak muda
Negeri Sembilan khususnya kaum lelaki yang menjadi ketua adat, mula keluar dari kampung
dan merantau ke kawasan bandar untuk memperoleh pendidikan dan pekerjaan. Oleh sebab
mereka lebih lama berada di luar negeri sembilan, generasi muda ini tidak mendapat
persosialisasian yang secukupnya tentang Adat Perpatih. Sebahagian daripada mereka
bukannya seratus- peratus mengikut arahan dan tatacara adat dan mereka juga tidak
mempratikkan dan mengerjakan falsafah dan ideologi adat yang sebenarnya. Justeru itu
ketulenan adat mula merosot. Tetapi adakah benar budaya Melayu serta pengetahuan
mengenai adat perpatih semakin merosot pada zaman ini terutamanya dalam kalangan anak
muda?[ CITATION Nor18 \l 17417 ]