You are on page 1of 10

Kesediaan membaca

Kesediaan membaca boleh didefinisikan sebagai satu tahap kemampuan berkaitan


pengajaran yang dijalankan berteraskan kepada aspek ketahanan mental,emosi,fizikal dan
keadaan persekitaran. Ini kerana kelima-lima aspek tersebut berkait rapat untuk menerima
pengajaran bacaan asas. Kesediaan membaca merupakan kaedah yang dilakukan sebelum
kanak-kanak memulakan kaedah bacaan.

Dalam peringkat kesediaan membaca,kanak-kanak didedahkan dengan lebih mendalam


dalam aspek melihat dan memanipulasi sesuatu objek atau bentuk di mana dengan cara ini
kanak-kanak dapat didedahkan dengan kefahaman yang terperinci berkaitan nama sesuatu objek
atau sebagainya apabila mereka perhatikan. Antara aktiviti lain yang berasaskan kesediaan
membaca ialah guru-guru menyediakan bahan bantu mengajar berbentuk turutan
abjad,memperdengarkan sesuatu bunyi dan yang paling baik supaya kaedah kesediaan akan
berjalan dengan lebih berkesan ialah dengan cara memberi kebebasan dan kelonggaran untuk
kanak-kanak merasai persekitaraan yang sebenar dalam sesuatu tempat.

Dengan cara ini,kanak-kanak akan merasai kehidupan yang sebenar dan yang paling
penting kanak-kanak dapat menjalinkan persahabatan dengan kanak-kanak sebaya dan lebih tua
daripadanya. Dengan pendedahan dan kelonggaran kepada kanak-kanak, sedikit sebanyak akan
mengembangkan lagi minat kanak-kanak untuk berfikir dan menyelesaikan sesuatu perkara
dengan lebih baik.

Pentingnya kesediaan membaca ditegaskan oleh Syed Abu bakar (1994) sebagaimana
kenyataan di bawah.

“jika rahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan kemahiran
membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada
kanak-kanak, ibu bapa, dan guru” .

Beliau juga memberi pendedahan awal berkaitan dengan proses perkembangan dan
pertumbuhan setiap kanak-kanak di mana setiap perkembangan dan pertumbuhan yang berlaku
adalah berperingkat-peringkat. Contohnya,seseorang kanak-kanak yang baru sahaja dapat
berjalan perlulah melalui beberapa peringkat iaitu meniarap, merangkak dan berdiri terlebih
dahulu (pecahan kemahiran membaca).

Daripada perkembangan yang berlaku kepada kanak-kanak dapatlah kita padankan


dengan tahap atau peringkat-peringkat bacaan mereka.antara peringkat-peringkst yang
dilaksanakan ialah peringkat prabacaan,peringkat melatih membaca dan memahami, peringkat
membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan,dan peringkat membina sikap gemar
membaca.

Peringkat pertama yang dikeutamakan adalah peringkat membina asas bacaan. Ketika
peringkat ini dijalankan, kanak-kanak tidak seharusnya didedahkan dengan perkataan dan ayat
yang saintifik atau sukar. Kanak-kanak pada peringkat ini perlu ditonjolkan dengan kaedah
mengemukan dan mendedahkan mereka dengan ayat-ayat ringkat dan mudah difahami.
Antaranya ialah penyediaan persekitaran tempat kanak-kanak mendapatkan ilmu contohnya bilik
prasekolah di mana selain Selain daripada papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah
menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad
perkataan suku kata dan ayat serta gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat
mereka.

Kanak-kanak pada peringkat ini akan lebih memahami sesuatu pengajaran yang berunsur
kepelbagaian warna. ini kerana perkembangan pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini adalah
lemah dan tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan. Dengan warna yang ditonjolkan
dalan bahan bantu mengajar akan memberi keselesaan dan mudah untuk difahami.

Peringkat kedua pula menghuraikan secara mendalam mengenai peringkat untuk melatih
membaca dan memahami. Pada peringkat ini perlulah diutamakan aspek pemilihan bahan bacaan
d nisi bacaan di mana hendaklah selaras dengan peringkat umur dan kecenderungan kanak-
kanak. Dalam aspek ini juga perlu kita tekankan membuat pengukuhan terhadap kanak-kanak
mengenai penyediaan soalan-soalan sebagai sumber kefahaman dan tidak menitik terlalu
keterlaluan dalam pengajaran berteraskan sebutan dan kelancaran setiap daripada mereka.

Antara kaedah yang dikatakan amat berkesan pada peringkat ini ialah kaedah bacaan
senyap di mana aktiviti bacaan seperti itu dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi
pelajaran yang dibaca.
rajah 1: Kaedah mengajar bacaan
Kaedah
mengajar bacaan

Kaedah Kaedah Kaedah


mengeja bunyi pandang
sebut

Kaedah untuk mengajar bacaan pada peringkat kanak-kanak prabacaan dibahagikan


kepada 3 jenis kaedah iaitu kaedah mengeja, kaedah bunyi dan kaedah ketiga ialah kaedah
pandang sebut. Bagi kaedah mengeja dilakukan dengan dengan mengemukakan suku kata
terlebih dahulu atau perkataan yang mudah bagi kanak-kanak peringkat prabacaan.

Contohnya,suku kata b,a yang bermakna ba manakala t,u adalah tu. Pada peringkat
permulaan kaedah ini hendaklah ditumpukan kepada satu suku kata dan apabila kanak-kanak
dapat memahami dengan lebih baik melalui baaan dan kelancaran, barulah guru-guru
memperkenalkan kanak-kanak kepada dua suku kata dan lebih contohnya gabungan antara
b,a,t,u yang memberi makna batu.

Manakala kaedah bunyi pula adalah kaedah membunyikan suku kata dan
menyambungkan dengan suku kata yang lain misalnya ba,tang iaitu membawa makna batang.
Kaedah bunyi banyak menggunakan peringkat demi peringkat supaya kanak-kanak yang
menggunakan kaedah ini akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih berkesan apabila
disebut atau didengar . antara peringkat awal yang diamalkan adalah kanak-kanak
membunyikan huruf-huruf yang diajar atau ditunjukkan selepas itu barulah melalui huruf-huruf
yang dibunyikan membentuk suku kata dan akhirnya perkataan.

B (beh), a (ah) = ba

T (teh), u (uh) = tu

Ba + tu = batu

Manakala kaedah pandang sebut pula mementingkan dua aspek iaitu membunyikan
perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar serta membunyikan ayat
melalui gambar yang ada cerita.

Pendekatan mengajar bacaan

pendekatan pendekatan
membina
cerakinan
(sintesis)
(analisis)

Pendekatan

Mengajar
bacaan

pendekatan
eklektik

Pendekatan membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina
atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang
besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat ; 'nina ada baju merah'.
i. Memperkenalkan huruf – a, b, d, i, j, h, r, u, m, n.
ii. Memperkenalkan perkataan – ba, ni, na, ju, rah, me, da.
iii. Merpekenalkan rangkai kata – baju, nina, ada, merah.
iv. Memperkenalkan ayat – baju merah, nina ada, nina ada baju merah

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah
suku kata. Pendekatan yang kedua ialah pendekatan cerakinan di mana satu cara yang berlainan
atau berlawan prinsipnya dengan cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau
mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada
bahagian-bahagian yang kecil.

Manakala pendekatan eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan


kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan
cara membina dan cara cerakinan.

Mengenali Nama Pengesahan setelah


dapat giliran
Dengan Abjad

Kad-kad Abjad
Aktiviti-aktiviti
Membaca Buku Abjad
prabacaan

Peti Surat Peribadi

Buku Besar Permainan Abjad

Komputar

Pratulisan

Ketika mencapai tahap pratulisan, terdapat tiga peringkat diperkenalkan iaitu peringkat
pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) dan peringkat untuk
pelahiran. Apa yang kita sedia maklum ,kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf
dan urat daging ang mengawal jari dan tangan. Menurut pengkaji terkemuka , kemahiran
menulis bagi kanak-kanak prasekolah adalah meliputi kebolehan kanak-kanak menggunakan
alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat untuk membuat sebarang bentuk
contengan (scribble) di mana contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak meliputi percubaan
kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita.

(Allyn dan Bacon (1997))

Dalam aspek penyampaian , guru perlu menekankan kepada kanak-kanak supaya


mengenai lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum dilatih menulis
terlebih dahulu guru-guru memberi peluang kepada kanak-kanak supaya melakukan latihan
bebas di mana berfungsi membetulkan dan melonggarkan urat-urat dan otot jari dan tangan .
kanak-kaak pada peringkat awal juga perlu diberikan kertas kosong atau tidak bergaris supaya
kanak-kanak tidak mudah terikat dengan sebarang halangan ketika menulis dengan lebih baik
dan tersusun.

Terdapat banyak aktiviti yang dapat kita jadikan permainan antaranya melengkapi bilik
prasekolah dengan persekitaran tulisan. Dengan penyediaan yang di buat sedikit sebanyak akan
membantu kanak-kanak memahami dan mengenal huruf dengan lebih cepat. Tambahan lagi,
setiap penulisan hendaklah berunsurkan aspek kepelbagaian warna dan ditempatkan diseluruh
tempat atau tempat yang sentiasa menjadi laluan alternatif kepada kanak-kanak setiap hari.

Selain daripada itu, guru-guru boleh menyediakan sudut bacaan di mana Bahan-bahan
seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di
sudut ini.

Aktiviti seterusnya yang dapat kita lakukan ialah memberi galakan supaya kanak-kanak
menulis pesanan, latihan menggerakkan kaki,latihan memegang alat tulis dengan betul,latihan
menggerakkan mata ke kiri dan ke kanan dikordinasikan dengan gerakan jari dan tangan.
Contohnya permainan menyambung titik dan mencari arah yang ditunjukkan dan ditentukan
oleh guru atau pengurus sekolah.
Pemulihan

Dalam aspek pemulihan , terdapat beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan antaranya
kenyataan daripada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:111; 1967 di mana memerihalkan
mengenai definisi pulih dengan lebih terperinci. Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan
semula ). Merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Pembelajaran
pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetulkan sesuatu. Sebagai contoh,kanak-kanak yang baru pandai menulis akan
mengubah corak tulisannya dari semasa ke semasa sehingga mencapai satu tulisan yang jelas dan
boleh difahami.

(KAMUS DEWAN: EDISI 111: 1967)

Menurut Blair pada tahun 1956 pula memberi penekanan dan huraian mengenai program khas
di mana katanya program khas adalah berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-
kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

(BLAIR: 1956)

Menurut penganalisis lain di mana telah membuat kenyataan bertulis mengenai tindakan khas.
Tindakan khas merupakan tindakan khususu yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan
murid-murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah
biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan biasa
dan dalam darjah untuk pengajaran.

(O. C SIMPSON: 1975)

Syarifah Alawiyah Alsagof pula telah menyatakan mengenai keperluan pendidikan murid-murid
di mana mengasingkan kanak-kanak yang mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza supaya
proses pembelajaran yang di ajar akan menepati dan selaras dengan kemampuan kanak-kanak.

(SYARIFAH ALAWIAH ALSAGOF: 1898)

Pentafsir yang disegani seperti Ishak Harun dan Koh Boh Boon juga menekankan kepada aspek
perkhidmatan khas supaya kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah
rendah dapat dikesan dan diatur ke tahap yang sama supaya kanak-kanak dapat mengatasi
masalah pembelajaran.

(ISHAK HARUN & KOH BOH BOON: 1983)

Program pemulihan telah dilakukan sebagai usaha menangani masalah pembelajaran


kanak-kanak dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah mereka dapat
dikesan dan dikenal pasti. Murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan memerlukan
pemulihan ialah mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-
murid ini boleh ditemui di semua peringkat persekolahan, sama ada di luar bandar mahupun di
bandar. Program khas merupakan program yang bersifat sementara. Ini kerana apabila kanak-
kanak telah dapat mengatasi masalah pembelajaran dan selaras dengan tahap pemikiran dalam
kelas biasa, secara terus akan dipindahkan semula ke kelas asal.program khas merupakan
program yang membantu kanak-kanak dalam menghadapi masalah pembelajaran dan bukannya
bersifat mengasingkan kanak-kanak lemah dengan yang normal.
Dalam mewujudkan strategi pengajaran pemulihan, kaedah secara berkumpulan perlu
dititikberatkan kepada kanak-kanak. ini kerana mereka akan dapat membantu satu sama lain
dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

You might also like