You are on page 1of 3

BIL 2/2014

Sekolah Kebangsaan Nanga Ibau, Kapit, Sarawak

Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 2/2014

Tarikh : 17 Julai 2014


Masa : 3.00 Petang
Tempat: Pusat Sumber, SK Nanga Ibau, Kapit

Kehadiran:
1. Encik Lamsi Anak Blassan (Guru Besar)
2. Encik Kilau Anak Kanyan (PK 1)
3. Encik Winceslaus Bin Siking (PK HEM)
4. Encik Robin Awal (PKK)
5. Encik Jeli Anak Achan (Guru)
6. Puan Taun Anak Unggang (Guru)
7. Puan Simbah Anak Mujah (Guru)
8. Puan Beatrice Lujie (Guru Pra Sekolah)
9. Encik Edwin Lang Anak Nanyang (Guru)
10. Encik Mohd Bustami Bin Junaidi (Guru)
11. Encik Mohd Haris Bin Mat Din (Guru)
12. Encik Anwar Hariz Bin Osman (Guru)
13. Encik Mohd Izzat Bin Zazali (Guru)
14. Encik Mohd Afdzan Hafizie Bin Mohamad Jamil (Guru)
15. Cik Nur Firdaus Binti Zamrunmunaim (Guru)
16. Puan Helen Beranja Anak Boniface (PPM)
17. Encik Lasu Anak Ukau (PPM)
18. Encik Denil Anak Chendang (PPM)
19. Puan Angela Anak Tambap (PPM)
20. Puan Sawai Anak Ai (PPM Pra Sekolah)
21. Puan Injam Anak Narok (PAP)
22. Encik Egol Anak Blayong (PAP)

Tidak Hadir Bersebab :


1.

Agenda :
1. Ucapan alu-aluan Guru Besar
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu.
3. Perkara Berbangkit.
4. Perkongsian GPK KOKO
5. Pelantikan Guru Penyelaras & Guru Penasihat GERKO serta AJK khas yang lain.
6. Bidang Tugas & Tanggungjawab AJK.
7. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SK Nanga Ibau 2013
8. Temasya Kebudayaan, Permainan dan Sukan 2014
9. Hal-hal Lain
BIL 2/2014

1. Ucapan Alu-aluan Guru Besar

1.1 Semua murid perlu terlibat sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk seorang murid
(1 murid 1 sukan).
1.2 Kehadiran murid perlu direkod pada setiap kali perjumpaan.
1.3 Murid perlu terlibat dengan sukan, persatuan dan unit beruniform.
1.4 Murid yang tidak sihat dan mempunyai surat daripada doktor sahaja dapat dikecualikan
dalam aktiviti Kokurikulum.
1.5 Pasukan bola sepak akan dihantar diperingkat zon tengah yang di adakan di Mukah.
Keselamatan murid pergi dan balik perlu diberi keutamaan.
1.6 Kebolehan murid perlu dikembangkan bagi menjadikan sekolah cemerlang dalam
kokurikulum dan sekolah boleh melahirkan murid yang boleh dikomersialkan diperingkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
1.7 Setiap aktiviti perlu meminta kebenaran daripada ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan apa yang berlaku tidak dipersalahkan kepada sekolah sepenuhnya. Guru
pengiring perlu bertanggungjawab menjaga murid.
1.8 Pada akhir tahun semua Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan perlu membuat laporan
kehadiran dan laporan bergambar.

Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang lalu

2.1 Minit mesyuarat Bil 1/2014 telah dibaca oleh Setiausaha Kokurikulum, kepada semua
ahli mesyuarat yang hadir.Anwar Hariz bin Osman dan di sokong oleh semua ahli
mesyuarat yang hadir.

Tindakan: SU KOKO, Semua PK & Guru,


PA, PPM, PAP.
3. Perkara Berbangkit

3.1 Surat lantikan telah dibuat dan diedarkan kepada semua guru.
3.2 Gambar perlu disertakan dengan nama murid di bawah.
3.3 Laporan aktiviti perlu dibuat oleh murid dengan bimbingan guru penasihat.
3.4 PAJSK sepatutnya dilaksanakan tahun ini tetapi laman web yang dijanjikan tidak
dibangunkan lagi. Walaubagaimanapun laporan perlu dibuat sebagai persediaan.
3.5 UJIAN SEGAK perlu diberi satu salinan kepada Cikgu Robin.

Tindakan: Semua Guru

4. Perkongsian GPK KOKO

4.1 Perubahan Ahli Jawatan Kuasa bagi Semester kedua persekolahan


i) BSM – Cik Nurul Farahin Musa
ii) Kelab Kebudayaan – Pn. Beatrice tidak terlibat
iii) Bola Jaring – Puan Rosita Beli & Pn. Taun Unggang
iv) Kelab SPBT – Cik Nur Firdaus bt Zamrumunaim
BIL 2/2014

4.2 Penambahan ahli rumah sukan


i) Zon Hijau – Pn. Rosita Beli, Pn. Juliana Ana
ii) Zon Biru – En. Lamsi anak Blassan
iii) Zon Merah – Cik Nurul Farahin bt Musa

4.3 Kejohanan Sukan Tahunan


i) Tarikh cadangan : 18 November 2014
ii) Permainan boleh dibuat terlebih dahulu
iii) Perlawanan akhir bola sepak diadakan pada hari penutupan kejohanan.
iv) Perlawanan bola jaring dan sepak takraw diadakan sebelum hari kejohanan.
iv) Sediakan 5 acara untuk murid prasekolah dan murid tahap 1.
v) Aktiviti mungkin ada perubahan.

5. Hal-hal Lain

5.1 Pastikan semua aktiviti yang dirancang perlu dijalankan dengan sebaik-baiknya sehingga
boleh mencapai kejayaan
5.2 Setiap kerja yang dibuat perlu dilakukan dengan jujur dan dapat mencapai objektif.
5.3 Mesyuarat PIBG akan diadakan selepas UPSR.
5.4 Sarana Ibu bapa peringkat ZON perlu diadakan.
5.5 Cadangan Acara Sukaneka PIBG diadakan pada 19 November 2014.
5.6 Tanda nama murid bagi tahun ini belum ada.
5.7 Cadangan membuat baju sukan yang baru.
5.8 Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sukan ZOLORENG
2014.
5.9 Lawatan Muhibbah- tiada keputusan tempat yang hendak dilawat.

Tindakan : Makluman

Ucapan Penagguhan:
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:30 petang.

Di sediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………….............
(MOHD HARIS BIN MAT DIN) (ENCIK ROBIN AWAL)
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SK Nanga Ibau. SK Nanga Ibau.

You might also like