You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG LIMA, 45300 SUNGAI BESAR.

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

1. Pendahuluan

Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko- kurikulum di


sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara “hands on”
dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong,
berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara
tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing – masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan
psikomotor masing – masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti ikhtiar hidup, para pelajar bukan
sahaja dapat melatih diri untuk menjadi lebih proaktif tetapi juga dapat melatih kekuatan fizikal dan
kematangan emosi, selain daripada memperoleh kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta
mencabar.

2. Rasional

Selaras dengan asbab yang telah dinyatakan di atas, Sekolah Kebangsaan Simpang Lima akan
menganjurkan satu Perkhemahan Unit Beruniform pada tahun 2018 dengan hasrat memberi peluang
kepada para pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita – cita melahirkan
generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan
intelek (JERIS).

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk membina dan
memupuk integrasi di kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran
membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi
mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.
3. Matlamat

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai
sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini
adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif,
berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup
yang mendatang.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran
dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip – prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri
dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi,
menghargai dan mencintai nilai – nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4. Objektif

4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek – aspek asas perkhemahan.

4.2 Melatih para peserta untuk berkomunikasi dengan berkesan di antara satu sama lain.

4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti – aktiviti kehidupan seharian


secara teratur dan berdisiplin.
4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan – latihan lasak
dan mencabar.
4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing
– masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan
4.7 Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun – rukun
beragama dan kehidupan bermoral.

5. Konsep Pelaksanaan
Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep “Pembelajaran melalui aktiviti”. Untuk
mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan
unsur-unsur berikut:-
5.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.
5.2 Penerapan nilai – nilai murni kemanusiaan.
5.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
5.4 Pengukuhan disiplin kendiri
5.5 Pengukuhan disiplin berpasukan
5.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan
5.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi
5.8 Penyemaian ciri – ciri kepimpinan berwibawa.
5.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan
harmonis
5.10 Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.

6. Aktiviti :
Pada perkhemahan unit beruniform pada tahun ini, para pelajar tahap 2 iaitu pelajar yang terdiri
daripada pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Terdapat pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di mana
aktiviti-aktiviti tersebut akan dipantau dan diselia oleh para guru Sekolah Kebangsaan Simpang Lima.

SENARAI AKTIVITI PESERTA PERKHEMAHAN

BIL Aktiviti
1 Memasang khemah
2 Pertandingan memasak
3 Senaman pagi
4 ‘Treasure Hunt’
5 Balutan
6 Pertandingan mengemas khemah

7. Ketetapan dan pelaksanaan Perkhemahan


7.1 Tarikh : 26 dan 27 Oktober 2018
7.2 Hari : Jumaat dan Sabtu
7.3 Tempat : SK Simpang Lima

8. Maklumat Penyertaan
Setiap unit beruniform akan diwakili oleh semua pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 .
Anggaran bilangan peserta perkhemahan ialah seramai 160 orang murid yang terdiri daripada murid
tahap 2. Pada perkhemahan kali ini, para peserta tidak akan bermalam di sekolah.

9. Tentatif Program

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan/ Catatan


08.00 pagi –
12.00 tengah Pasang Khemah Murid Tahun 6
hari
03.00 petang -
Pertandingan memasak “ Ikhtiar Hidup “
05.00 petang
26.10.2018
Jumaat 05.00 petang-
Minum petang
05.30 petang
05.30 petang –
Solat Asar
06.00 petang
06.00 petang Bersurai
07.30 pagi
Senaman pagi
-08.00 pagi
08.00 pagi
“Treasure Hunt”
-10.00 pagi
10.00 pagi
Kudapan
-10.30 pagi
10.30 pagi
-12.00 tengah Pertandingan memasak
27.10.2018 hari
Sabtu 12.00 tengah
hari – 02.00 Makan tengah hari / Solat Zuhur
petang
Pertandingan mengemas khemah
02.00 petang –
Ikatan/Simpulan
03.30 petang
Pertolongan Cemas
Encik Fathor
03.30 petang
Majlis Penutupan Perkhemahan Rahman bin Ahmad
-04.00 petang
Hairi (perasmi)

10. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Unit Beruniform 2018


Penaung : Dato’ Haji Ahmad Samsuri bin Ahmad Mokri
YDP PIBG SK Simpang Lima
Pengerusi : Encik Fathor Rahman Bin Ahmad Hairi
Guru Besar, SK Simpang Lima
Naib Pengerusi :
GPK Ko-Kurikulum SK Simpang Lima
Naib Pengerusi 2 : Encik Azmi bin Mohd Isa
GPK Hal Ehwal Murid SK Simpang Lima
Naib Pengerusi 3 : Encik Ahmad Azman bin Johar
GPK Kurikulum SK Simpang Lima
Setiausaha : Encik Abdul Aziz Afkar Bin Mohd Rawi
Setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras Unit Beruniform
Penolong Setiausaha : Encik Sabri bin Sanikin ( Kem Komandan )
Bendahari : Puan Marinah binti Yusof
Ahli Jawatankuasa : Encik Che Zakaria bin Che Mood Elektrik / Siaraya
Puan Faridatulkmar bin Nordin Hadiah / Cenderahati
Encik Samat Yahya bin Bahran Persiapan Tempat Aktiviti
Puan Samaayah binti Hassan Makan / Minum
Encik Zikri bin Sajali Sijil Penyertaan
Encik Alias bin Sidek Kerohanian
Encik Abdullah bin Mohd Zain Keselamatan / kecemasan
Puan Siti Soleha binti Hashim Dokumentasi
Puan Norhayati binti Sarwani Buku Program

11. Anggaran Perbelanjaan


11.1 Sumber
11.1.1 Peruntukan Kokurikulum = RM 1500.00
11.1.2 PIBG = RM 500.00
11.1.3 Sumbangan = RM 1000.00
JUMLAH = RM 3000.00

11. 2 Anggaran kos


1. Minum petang (26.10.18) RM2.50 x 200 = RM 500.00
2. Kudapan (27.10.18) RM2.500 x 200 = RM 500.00
3. Makan tengah hari (27.10.18) RM4.00 x 200 = RM 800.00
4.. Bahan pertandingan = RM 200.00
5. Hadiah RM50.00 x 10 = RM 500.00
6. Runcit = RM 500.00
JUMLAH = RM 3000.00

14. Peraturan tetap perkhemahan:


a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran
bertulis dari ibu bapa atau penjaga
b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan
semasa menyertai perkhemahan.
c) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah
ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan
perkhemahan tidak akan dilayan.
d) Tiada peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan
perkhemahan, kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru
bertugas.
e) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang
boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang
f) Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau
barang – barang lain yang berharga , termasuklah peralatan elektronik
g) Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan – kawasan
larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana
termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan
kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.
h) Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan – arahan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan
aktiviti – aktiviti di sepanjang perkhemahan.
i) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
j) Semua peserta perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.
k) Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
l) Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.
m) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas
jam 12.00 tengah malam.
n) Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa
kesemasa jika difikirkan perlu.

15. Harapan
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga,
sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada
kejayaan itu.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(ABDUL AZIZ AFKAR BIN MOHD RAWI) ( )


Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SK Simpang Lima SK Simpang Lima
45300 Sungai Besar Selangor. 45300 Sungai Besar Selangor.

Disahkan oleh:

(FATHOR RAHMAN BIN AHMAD HAIRI)


Guru Besar
SK Simpang Lima
45300 Sungai Besar Selangor.

IKRAR PERKHEMAHAN
KAMI
PARA PESERTA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN
SIMPANG LIMA TAHUN 2018
DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA BERIKRAR
BAHAWA KAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN
BERSUNGGUH – SUNGGUH

BAHAWA KAMI AKAN MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DIPROGRAMKAN DENGAN TABAH
DAN PENUH SEMANGAT

BAHAWA KAMI AKAN MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI UNTUK MEMPERKAYA


PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPDUAN
DIANTARA KAMI

BAHAWA KAMI AKAN MENGHARGAI DAN MENJUNJUNG TNGGI SEGALA


PANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR YANG BAKAL KAMI PEROLEHI

BAHAWA KAMI AKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN DENGAN
PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB

BAHAWA KAMI AKAN BERUSAHA BERSAMA – SAMA MENJAYAKAN PERKHEMAHAN INI

BAHAWA KAMI AKAN KEMBALI DENGAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG TINGGI


DAN KAMILAH
PENDUKUNG CITA – CITA BANGSA DAN NEGARA

You might also like