You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN ALU-

ALUAN OLEH PENGERUSI


PLC MENGGATAL

MAJLIS PERASMIAN
PENUTUPAN PROGRAM
MENGUASAI TAHAP
MINIMA (MTM) UPSR 2018
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
semua guru besar, penolong-penolong kanan, guru-guru, murid-murid dan hadirin hadirat
sekalian.

1. Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah SWT atas keizinan-Nya jua, kita dapat berkumpul
pada hari ini dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Menguasai Tahap Minima
(MTM) UPSR PLC4 Menggatal. Terlebih dahulu, saya bagi pihak tuan rumah, mengalu-
alukan kedatangan ____________________________ selaku ____________________
dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau atas kesudian untuk hadir
bersama-sama dengan kita bagi merasmikan majlis kita pada hari ini dan sentiasa
memberi sokongan dalam program atau aktiviti sekolah yang dijalankan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

2. Program Menguasai Tahap Minima (MTM) UPSR ini merupakan satu program yang
dikelolakan oleh kumpulan PLC Menggatal dengan dipengerusikan oleh Puan Binukat
@ Hamidah Rumpi, Guru Besar Sk. Kebagu bermatlamat agar murid dapat memahami
teknik menjawab soalan UPSR dan mempunyai keyakinan diri ketika menduduki
peperiksaan UPSR tersebut. Usaha ini bertujuan meningkatkan kualiti dan kuantiti lulus
dengan sekurang-kurangnya gred minima lulus dalam peperiksaan UPSR 2018.

Hadirin hadirat sekalian,

3. Program Menguasai Tahap Minima (MTM) ini dijalankan atas tiga objektif utama iaitu
mendedahkan kepada murid berkaitan kaedah sebenar menjawab soalan-soalan
peperiksaan, meningkatkan keyakinan diri untuk lulus dengan pencapaian yang
cemerlang dan memupuk perpaduan serta kerjasama dalam kalangan sekolah dan
murid-murid.

4. Untuk pengetahuan semua, program ini melibatkan 9 buah sekolah di daerah Kota
Kinabalu dengan bilangan murid seramai 20 orang dan 2 orang guru pengiring bagi
setiap sekolah dengan jumlah murid seramai 170 dan 18 orang guru pengiring,
menjadikan jumlah keseluruhan seramai 183 orang. Tahniah saya ucapkan kepada
semua murid dan guru pengiring yang hadir.

5. Seterusnya, bagi pihak tuan rumah, saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima
kasih kepada __________________________ selaku _________________________
atas kehadiran dan kesudian beliau merasmikan dan memeriahkan lagi majlis kita pada
hari ini.

6. Saya juga ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan
daripada pihak kami selaku tuan rumah sepanjang mengendalikan 2 hari program ini.
Saya juga ingin menyusun sepuluh jari kemaafan kerana tidak dapat menyediakan
dewan yang selesa sehingga kita terpaksa menggunakan dewan UMS dengan biaya
sendiri. Insha Allah, pihak kami akan cuba memperbaiki kekurangan dan kelemahan ini
dari semasa ke semasa.

7. Untuk mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan syabas kepada semua guru besar,
penolong-penolong kanan, guru-guru pengiring dan ahli jawatankuasa yang berusaha
keras untuk menjayakan Program Menguasai Tahap Minima (MTM) ini. Tahniah dan
syabas kepada semua.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu Alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like