You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan

Pendidikan Inklusif merupakan isu global yang sememangnya telah hangat diperkatakan
sejak dulu lagi. Transformasi dalam penggunaan istilah yang sering berubah-ubah telah
mengelirukan semua pihak berkenaan dengan Pendidikan Inklusif ini. Dahulu, istilah
"Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ digunakan sejak 1962 bagi merujuk kepada
Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini (Zaleha Tambi Adam, 1997). Program ini
menyediakan peluang pendidikan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) atau murid
sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) belajar di dalam kelas biasa bersama dengan murid
normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata
oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru Pendidikan Khas selaku guru
pembimbing. Memang diakui agak sukar untuk menempatkan murid kelainan upaya bersama
dengan murid-murid perdana. Justeru, disinilah tahap kompetensi seorang guru itu boleh
dilihat semasa beliau melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran bersama murid
kelainan upaya tersebut.

Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima


pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah
Pendidikan Khas; Program Integrasi Pendidikan Khas atau Program Pendidikan Inklusif.
Pendidikan Khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber
Manusia. Namun, bagi Program Pendidikan Inklusif ini ramai lagi komuniti sama ada
komuniti di sekolah mahupun masyarakat sekitar tidak memahami apa tujuan pendidikan
inklusif ini dilaksanakan. Memadai bagi mereka dengan adanya kelas pemulihan dan kelas
pendidikan khas digunakan untuk menempatkan MBK tersebut.

Justeru, bagi mendalami tugasan dan kompetensi yang dihadapi seorang guru bagi
pendidikan inklusif, temubual telah dijalankan bersama-sama dengan guru yang menjalankan
pendidikan inklusif ini serta Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebagai wakil bagi pihak
pentadbiran dan pengurusan di SK Lumba Kuda, Kuching. Perbincangan turut menyentuh
tentang gambaran mengenai aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang dijalankan
dalam Program Pendidikan Khas Inklusif ini yang dilihat mampu menyumbangkan kepada
kejayaan dan kualiti pembelajaran murid kelainan upaya. MBK yang terbabit tidak ramai,
iaitu sebanyak dua orang sahaja di kelas Tahun 3.

2.0 Definisi Pendidikan Inklusif

Perkataan inklusif dalam perkataan inggeris “Inclusive” bermaksud “merangumi”. Menurut


Naim (1997) dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah
mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka
berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid
lain tanpa mengira status dan kekurangan. Hallahan dan Kauffman (1977) menyatakan
Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-
keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-
teknik pengajaran, atau peralatan dan atau kemudahan-kemudahan diperlukan.

Konsep Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah selaras dengan penyataan dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 seperti berikut:

Sebelum abad ke-19, kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima
pengajaran sepertimana kanak-kanak normal. Awal abad ke-19, Thomas H, Gallandset
(1781-1851) dan Louis Braille (1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah
penglihatan dan masalah pendengaran. Pada tahun 1975 “The Education of All Handicapped
Act” telah dibaca di Kongress Amerika. Namun Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-
kanak berpenidikan khas ini hanya bermula pada 1987. Ia digubal selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Di negara kita, Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan
yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-
sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa
(Abdul Rahim Selamat, 1994). Pendidikan ini melibatkan Murid Berkeperluan Khas di dalam
kelas-kelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan
mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah
Jalil, 1995). Terdapat dua jenis Program Pendidikan Inklusif yang berbeza iaitu Inklusif
Penuh dan Inklusif Separa. Bagi murid yang telah dilabelkan sebagai Murid Inklusif Penuh,
murid tersebut mendapat perhatian dan bantuan yang sepenuhnya daripada guru berkenaan.
Manakala Inklusif Separa merujuk kepada Murid Berkeperluan Khas mengikuti sebahagian
pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan
bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing). Ia juga bergantung dengan keadaan murid
tersebut, sama ada mereka mampu atau tidak menyertai PPI penuh atau separa adalah
bergantung kepada keadaan faktor kesihatan dan fizikal murid terbabit.

3.0 Sorotan Literur


Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai
sejarah yang agak panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak
Cacat 1975, kemudian bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990,
dan beberapa pengubahsuaian pada akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan
khidmat pendidikan disediakan untuk semua murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau
keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika
Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci berbanding perundangan di
Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan mentafsir undang-
undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New Zealand,
tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus,
perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan
khas.

Usaha untuk membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi
berbagai halangan, dilema dan kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara
permukaan dan ad hoc. Ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam
pembentukan dasar semasa untuk menginklusifkan murid dengan meneliti dasar dan teori
pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Perkara ini dimulakan dengan
menjejak rasional ke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusif daripada
perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirik terhadap perkembangan pendidikan
inklusif.
Salah satu perkara yang penting dalam menyumbangkan kejayaan PdP di kelas yang
mempunyai murid PPI ini ialah objektif PdP itu sendiri hendaklah jelas sekiranya ingin
matlamat PdP boleh dicapai dengan mudah. Memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan
murid aliran perdana kerana ini merupakan rutin yang harus dipatuhi oleh semua murid di
sekolah. Kajian lalu mendapati, MBK dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas
biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-
peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang
lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).

Selain itu, objektif yang ingin dicapai dalam Program Pendidikan Inklusif ini mampu
menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid berkeperluan khas dengan
murid di aliran perdana. Murid aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha
mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka.
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan,
kekurangan dan kecacatan. Justeru banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru yang
berkaitan dengan murid berkenaan. Antaranya ialah keseragaman dalam kandungan buku
teks yang hendak disampaikan. Pendekatan pedagogi yang pelbagai aras yang betul
berdasarkan keperluan semasa murid yang terlibat, dirasakan terbaik untuk anak murid
berkenaan.

Oleh sebab itu, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa


Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO)
menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi Pendidikan Inklusif adalah kaedah
paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid keperluan khas. UNESCO
menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan mendaftarkan
murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu


hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya
segelintir murid berkeperluan khas mengikuti program ini. Ini kerana masih banyak sekolah
arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya
kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak
mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-
badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis
kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian
Pelajaran, namun implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas dan masyarakat
masih belum bersedia untuk menerima pembaharuan dalam sistem pendidikan yang sedia
ada.

4.0 Komponen dalam Tahap Kompetensi Guru Pendidikan Inklusif.


4.1 Kompetensi peribadi

Rohani Arbaa, et. al. (2010) mendapati bahawa ciri kualiti guru merupakan peramal terbaik
terhadap komitmen belajar dalam kalangan murid. Sarjana tersebut berpendapat bahawa
hubungan guru-murid adalah faktor yang paling signifikan dalam meningkatkan komitmen
belajar murid. Ini bermakna, kompetensi peribadi guru boleh mempengaruhi komitmen
belajar dalam kalangan murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik. Ini
bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Salleh Abd Rashid (2003) dan Hattie (2003)
yang mendapati bahawa guru yang mempunyai kualiti peribadi tinggi berpotensi mengubah
sikap dan status murid terhadap sesuatu pembelajaran. Justeru, guru yang mengajar MBK
dalam PPKI ini sangat menuntut keperibadian seorang guru yang sejati dan penyayang agar
komunikasi berkesan dapat dilaksanakan bersama dengan murid kelainan upaya tersebut.

4.2 Kompetensi pedagogi


Terdapat hubungkait antara kompetensi pedagogi guru dengan pencapaian akademik. Ini
menunjukkan bahawa pencapaian akademik dalam kalangan pelajar tidak hanya berhubung
kait dengan pengajaran guru malah turut melibatkan perkara lain yang tidak tercakup dalam
kajian ini. Oleh itu, kemahiran guru dalam menggunakan pelbagai strategi dan kaedah
mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan pengetahuan pelajar merupakan ciri
kompetensi kemahiran mengajar yang wajar dikuasai. Malah keupayaan guru dalam
mempraktikkan kaedah dan teknik pengajaran yang baik boleh menyumbang kepada kualiti
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Anuar Ahmad & Nelson Jinggan (2015)
berkaitan dengan pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap
pencapaian akademik pelajar dalam matapelajaran sejarah mendapati bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara kompetensi yang dimiliki oleh guru terhadap pencapaian
akademik pelajar. Hal ini tidak kurang kaitannya dengan keadaan guru di kelas PPI, apatah
lagi berhadapan dengan murid yang memerlukan perhatian khusus daripada guru terbabit.
Maka adalah wajar untuk mereka menyediakan satu set PdP yang sangat menarik dan mampu
difahami oleh MBK disamping murid perdana melalui kepelbagaian kaedah dan pedagogi
yang seharusnya dipraktikkan bersama mereka.

4.3 Profesionalisme guru


Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (2009) untuk melahirkan guru yang berwatak
bagi melaksanakan fungsi sekolah sebagai tempat untuk pembentukan warga yang akan
menunjangi pembangunan model insan. Kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Aripin
Yudin (2008), Azhari Mariani & Zaleha Ismail (2013) yang mendapati bahawa sikap
pengajaran, tahap pengetahuan dan kemahiran guru mempunyai hubungan dengan prestasi
murid. Kepelbagaian aras murid di dalam sebuah kelas memerlukan seorang guru untuk
bersikap sangat profesionalisme, apatah lagi ketika berhadapan dengan kumpulan MBK.
Murid MBK berasa agak terpencil dan mudah sensitif apabila berada di dalam kalangan
murid normal. Maka, peranan seorang guru adalah perlu sentiasa peka dan bersikap bijak
dalam menangani pelbagai kemungkinan yang bakal mereka hadapi ketika berhadapan
dengan murid, bahkan komuniti yang ada. Memang akan aka nada pihak yang akan
menimbulkan isu, oleh sebab itu guru haruslah sentiasa prihatain dan bersikap
profesionalisme sepanjang masa. Kadang kala ketidaksediaan ibu bapa menerima keadaan
anak MBK juga turut menjadi isu kepada permasalahan yang bakal dibangkitkan.

5.0 Kaedah Pengumpulan Data

Responden dipilih secara sengaja, setelah sebelumnya membuat tipologi (ideal) individu
dalam masyarakat. Responden kajian ini melibatkan seramai 2 orang guru daripada SK
Lumba Kuda, Kuching. Responden guru dalam kajian ini terdiri daripada pelbagai latar
belakang jawatan iaitu guru pendidikan khas sebagai guru pembimbing atau pendamping
MBK di kelas perdana yang mempunyai Program Pendidikan Inklusif ini dan guru penolong
kanan pentadbiran. Melalui kajian ini, apa yang penting di sini bukanlah jumlah kes
responden, tetapi potensi responden untuk memberi pemahaman secara teoritis yang lebih
baik mengenai aspek yang dipelajari. Maka kaedah temubual dan analisis output adalah
kaedah yang paling relevan dalam merumuskan hasil dapatan dalam kajian ini.
5.1 Perbincangan

Melalui hasil temubual dijalankan bersama dengan dua orang guru terbabit dengan Program
Pendidikan Inklusif di SK Lumba Kuda, mendapati bahawa hanya dua orang murid Tahun 3
di sekolah tersebut yang terlibat. Memandangkan program tersebut masih berada di tahap
permulaan pelaksanaan di sekolah berkenaan, maka masih banyak kekurangan dan
penambahbaikan yang diperlukan. Berikut merupakan hasil dapatan daripada sesi temubual
yang dijalankan. Kedua-dua responden menjawab soalan temubual yang sama walaupun
mereka adalah guru yang berada dalam tugasan dan tanggungjawab yang berbeza.

Bagi menjawab soalan yang pertama (a) peranan dan tanggungjawab guru/pentadbir
dalam Program Pendidikan Inklusif, masing-masing mempunyai tanggapan yang berbeza.
Sebagai guru yang menguruskan hal ehwal pentadbiran, guru penolong kanan pentadbiran
menyatakan bahawa beliau banyak terlibat dengan hal ehwal kebajikan murid berkenaan
seperti menguruskan hal kebajikan dan bantuan murid. Selain itu, guru berkenaan juga
menyatakan bahawa beliau perlu memastikan bahawa pihak sekolah mempunyai tahap
kesediaan yang maksima bagi memastikan kelancaran proses PdP murid berkenaan, terutama
yang melibatkan alat bantuan PdP, Bahan Bantu Mengajar yang diperlukan bersesuaian
dengan keadaan kecacatan yang dihadapi oleh murid berkenaan. Walaupun begitu, pihak
sekolah juga sering menerima cemuhan daripada pihak luar terutama ibu bapa tentang
keberadaan MBK di kelas perdana yang dilihat hanya akan mengganggu sistem PdP murid
normal. Bagi menangani isu tersebut, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan
menjalankan beberapa program antaranya adalah seperti Program Permuafakatan bersama
dengan Komuniti yang dijalankan sebanyak dua kali setahun, bagi memperjelaskan Program
Pendidikan Inklusif ini kepada semua. Program sebegini dapat membantu pihak sekolah
menyampaikan lebih banyak input berkenaan PPI kepada komuniti yang selama ini tidak
faham akan dasar dan keperluan MBK ini untuk berada di kelas perdana dan mengikuti PdP
sepserti murid yang normal.

Bagi menjawab soalan yang sama, guru pendidikan khas yang menjalankan peranan
sebagai guru pembimbing juga memberi jawapan yang lebih kurang sama, namun peranan
dan tanggungjawab beliau lebih menjurus kepada kelancaran PdP murid di dalam kelas
perdana. Beliau perlu sentiasa mendampingi murid berkenaan bagi membantu murid tersebut
menerima PdP yang diberi oleh guru subjek dengan lebih baik. Sebagai contoh, di SK Lumba
Kuda, dua orang murid MBK yang terbabit mempunyai masalah pendengaran dan masalah
fizikal, iaitu murid tidak mampu bergerak sendiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Namun kedua-dua murid mempunyai kesihatan mental yang baik seperti murid perdana yang
lain. Kecacatan sebegini tidak memerlukan mereka untuk berada di kelas pemulihan
mahupun di kelas pendidikan khas. Mereka masih mampu berfikir seperti murid biasa, Cuma
kekangannya mereka mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan pergerakan dan
pendengaran mereka agak terbatas daripada murid biasa. Justeru, bantuan diperlukan bagi
melancarkan sistem PdP murid berkenaan. Demikianlah penerangan yang dijelaskan oleh
cikgu yang menjadi guru pembimbing MBK tersebut. Selain itu, peranan beliau juga adalah
untuk memastikan bahawa murid sentiasa bermotivasi untuk belajar dan tidak merasa diri
terpinggir daripada kawan-kawan mereka. Murid sebegini memang diketahui sangat sensitif
dan mudah merasa tersisih. Justeru adalah tanggungjawab guru untuk sentiasa memberi
sokongan moral kepada mereka. Guru juga akan memastikan bahawa keperluan alat bantu
belajar yang bersesuaian sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan sempurna. Misalnya
murid yang mengalami masalah pendengaran itu, guru akan menyediakan alat bantuan
pendengaran dan kadang kala perlu berinteraksi dengan menggunakan bahasa isyarat,
sekiranya perlu. Manakala murid yang menggunakan kerusi roda itu pula, guru akan sentiasa
memastikan keselamatannya dalam pergerakan murid tersebut di dalam kelas agar tidak
mengganggu keselamatan dan keselesaan murid lain.

Oleh sebab itu, kita haruslah menyedari bahawa pencapaian murid yang lebih baik
adalah dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang sesuai dengan bilangan murid.
Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah faktor keselesaan yang sangat mempengaruhi
pencapaian murid sama ada secara langsung atau sebaliknya.Persekitaran bilik darjah yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau yang selesa akan
menimbulkan minat kepada murid untuk belajar dan dapat membantu murid mengaplikasikan
setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana
bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang
dan terdapat interaksi guru dengan murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan
yang berlawanan.
Seterusnya, bagi menjawab soalan (b) penyediaan kemudahan asas untuk murid khas oleh
pihak sekolah, guru penolong kanan pentadbiran menyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa
peka dan prihatin dengan fasiliti yang diperlukan oleh MBK ini ketika berada di sekolah.
Pihak sekolah akan memastikan bahawa segala keperluan dari aspek kemudahan,
keselamatan, buku teks dan sebagainya akan disediakan dan akan diusahakan sekiranya perlu.
Bantuan dari segi bimbingan dan kaunseling diperuntukkan di sebuah bilik khas bersama
dengan guru bimbingan dan kaunseling itu sendiri bagi memastikan murid sentiasa berada
dalam keadaan selesa dan yakin dengan perkhidmatan yang disediakan. Semasa PdP berjalan,
pihak sekolah akan memastikan bahawa murid benar-benar dapat mengikuti aktiviti tersebut
dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti menyediakan kelengkapkan khas
yang sesuai dengan kemampuan murid. Misalnya, pihak sekolah menyediakan ruang yang
cukup untuk murid berkerusi roda bergerak di dalam kelas dengan memastikan bahawa kelas
berkenaan tidak mempunyai kerusi dan meja yang terlalu banyak dan bilangan murid yang
ditempatkan juga kurang daripada kelas lain.

Menjawab soalan yang sama, pandangan guru pembimbing pula, pihak sekolah telah
menyediakan pelbagai fasiliti yang diperlukan bagi membantu murid belajar dengan selesa
dan mudah. Aktitivi PdP harian murid sangat berjalan lancar dengan adanya bantuan-bantuan
yang sedia ada. Kemudahan yang diperlukan sentiasa dijaga dengan baik agar murid sentiasa
berasa puas hati dan mahu mengikuti PdP bersama-sama dengan murid normal. Misalnya,
murid yang mempunyai masalah pendengaran, guru subjek akan menyediakan lakaran atau
lembaran kerja khusus bagi membantu murid memahami PdP pada hari tersebut. Murid akan
dibekalkan dengan nota khusus untuk dibaca dan difahami, ketika guru melakukan
penerangan kepada murid lain. Selain itu, sebagai guru pembimbing, guru juga sentiasa
berkongsi cerita dengan MBK ini bagi memastikan mereka sentiasa berada dalam tahap yakin
diri yang tinggi dan berani untuk menyuarkan pendapat sepertimana murid normal yang lain.
Dengan adanya peluang sebegini, murid juga akan mampu mencapai kejayaan sepertimana
murid normal yang lain. Sebagai contoh, semasa aktiviti lakonan di dalam kelas Bahasa
Melayu, murid turut diberi kepercayaan untuk memegang watak semasa sesi lakonan di
hadapan kelas berjalan. Layanan yang sama rata ini sangat membantu murid untuk terus
berkembang maju sepertimana murid yang normal.

Seterusnya, bagi menjawab soalan (c) kelas bimbingan dan aktiviti tambahan.
Masing-masing guru penolong kanan dan guru pembimbing mengakui bahawa murid tidak
pernah tersisih dari menyertai apa-apa aktiviti mahupun kelas bimbingan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah. Mereka juga diberi peluang sepertimana murid normal yang lain. Cuma
murid yang berkerusi roda tersebut telah diberi kelonggaran untuk tidak menyertai aktiviti
yang memerlukan pergerakan fizikal yang lasak kerana memahami masalah fizikal yang
dihadapinya. Manakala penyertaan murid dalam kelas bimbingan adalah wajib untuk dihadiri
oleh semua murid yang ada, ini adalah kerana pihak sekolah sentiasa berusaha untuk
mengelakkan sebarang diskriminasi yang boleh menimbulkan isu di kemudian hari.
Tambahan pula, MBK berkenaan masih mampu untuk menyertai kelas bimbingan tersebut
kerana ia berjalan di dalam kelas sepertimana PdP biasa berlaku.

Bagi menjawab soalan yang terakhir (d) program dan aktiviti Pendidikan Inklusif,
pihak pentadbir mengakui bahawa masih banyak kelemahan yang perlukan penambahbaikan
di SK Lumba Kuda dalam melaksanakan PPI ini dengan lebih meluas. Setakat ini, kedua-dua
MBK yang terbabit mengikuti Program Inklusif Penuh kerana murid berkenaan mempunyai
tahap kecerdasan mental yang baik dan mampu untuk mengikuti setiap subjek yang diajar.
Kekangannya cuma keadaan masalah fizikal murid dan masalah pendengaran murid yang
boleh diatasi dengan bantuan alat pendengaran yang khusus. Maka adalah tidak timbul
masalah ketidaklancaran PdP yang boleh merungsingkan pihak sekolah. Dengan adanya guru
pembimbing yang sangat berkemahiran dalam pendidikan khas dan penyayang ini, pihak
sekolah yakin bahawa MBK berkenaan mampu menyesuaikan diri dengan baik di dalam
kelas bersama-sama dengan murid normal yang ada.

Merujuk kepada penyataan di atas, dapat dibuktikan dengan keputusan peperiksaan


murid yang agak memberangsangkan dan murid juga sering dilihat melibatkan diri dengan
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Keadaan ini telah meyakinkan pihak sekolah
bahawa SK Lumba Kuda akan mampu menjadi contoh kepada sekolah lain dalam
pelaksanaan PPI ini, walaupun sekolah pada masa ini memang sangat padat dengan
kemasukan murid ke dalam aliran Pendidikan Khas dan Integrasi. Tidak kurangnya juga
murid yang mengikuti kelas pemulihan khas. Namun kedua-dua MBK tersebut masih mampu
membuktikan kecemerlangan diri masing-masing dari aspek sahsiah yang positif dan
pencapaian akademik yang baik selari dengan murid di kelas perdana. Maka, sangat jelas
disini, kerjasama antara guru-guru keperluan khas dan guru biasa adalah merupakan
penyumbang kepada kejayaan beberapa faktor luaran yang perlu diambilkira oleh pihak
sekolah (Soodak L. et al, 1998). Faktor-faktor ini turut mendorong atau menggalakkan kedua-
dua pihak untuk bersama-sama menjalankan aktiviti mahupun PdP dengan lebih baik.
(Jausovec dan Siegel 1994). Bagi menjayakan lagi aktiviti tersebut pihak pentadbir sekolah
boleh memberitahu kedua-dua kategori guru apa harapan dan tugas-tugas mereka di dalam
kelas inklusif ini. Maklumat ini juga perlu dalam proses mereka bentuk kurikulum latihan
untuk kedua-dua keperluan guru-guru biasa dan istimewa. Semasa latihan,kedua-dua kategori
guru-guru perlu diberi penjelasan yang jelas mengenai apa yang mereka sepatutnya lakukan
di dalam kelas supaya dapat mengurangkan kejadian perselisihan antara kedua-dua kumpulan
(Vaughn et al, 1996).

Selain itu bagi menjawab soalan yang sama, guru pembimbing meluahkan pendapat
yang tersendiri dimana beliau mengakui bahawa kejayaan murid tersebut terletak pada
kesanggupan murid itu sendiri. Menurut (Crow & Crow, 1980), minat adalah daya pengerak
yang mendorong murid supaya memberikan perhatian kepada seseorang, benda dan kegiatan.
Keadaan dan kemampuan fizikal yang terhad, tidak membataskan mereka untuk bergerak
seiring dengan murid normal asal timbulnya rasa minat tersebut. Kejayaan ini dilihat betapa
kompetensi pihak sekolah dan guru itu adalah berada di tahap yang optimum. Mereka mampu
melahirkan murid MBK di kelas perdana yang turut berjaya dan cemerlang. Maka setiap
aktiviti yang dijalankan telah menetapi sasaran yang ditetapkan melalui PdP yang terancang,
Bahan Bantu Mengajar yang sesuai, aktiviti bimbingan dan penglibatan murid menyeluruh
yang amat baik hasil dari dorongan semua pihak sangat menyumbang kepada pembentukan
kejayaan murid tersebut dalam PPI. Namun begitu ada kalanya perancangan mereka tidak
berjaya dilaksanakan, kebarangkalian disebabkan oleh kurangnya ilmu dan kefahaman
tentang pedagogi yang bersesuaian untuk dua kumpulan murid yang berbeza ini.

Memang bukan mudah untuk melaksanakan PPI ini pada mulanya, namun dengan
kesungguhan semua pihak yang terbabit ditambah dengan sokongan padu dari komuniti, amat
memberi impak positif kepada perkembangan PPI di SK Lumba Kuda. Murid berada dalam
tahap yang selesa dan ceria ketika hadir di sekolah. Murid juga menunjukkan semangat yang
sangat kuat untuk menerokai alam pendidikan mereka bersama dengan murid-murid normal
kerana pihak sekolah telah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sangat kondusif
kepada semua murid termasuklah golongan kelainan upaya ini. Oleh sebab itu, bagi
memastikan kelas inklusif ini berjaya, guru biasa dan Guru Pendidikan Khas perlu memberi
penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap
jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang
terlibat dalam kelas inklusif hendaklah berkompromi dan juga membuat sesuatu yang
berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan
guru pendidikan khas perlu bekerjasama dan menerima murid pendidikan khas yang
mempunyai kebolehan yang pelbagai.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung


kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan
pengajaran. Bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas,
guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi
sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Perubahan
mendadak dalam Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini akhirnya, tidak memberi apa-
apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal
turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006).

Justeru, kita semua sedar bahawa pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan
kejayaan pendidikan inklusif. Malah turut diakui bahawa untuk mengubah sikap untuk
menerima pendidikan inklusif bukannya mudah dalam memenuhi keperluan kanak-kanak
berpendidikan khas. Maka, melalui hasil perbincangan didapati bahawa kompetensi pedagogi
guru-guru yang terlibat dengan pencapaian peperiksaan murid PPI juga mempunyai
hubungan dengan pencapaian peperikaan murid. Ini kerana mereka merupakan guru-guru
terpilih yang telah diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir sekolah untuk menggalas amanah
membimbing MBK tersebut. Aspek kompetensi peribadi dan profesionalisme guru-guru
tersebut semestinya telah teruji sebagai justifikasi utama diberi tanggungjawab menggalas
tanggungjawab mengambil kelas yang terlibat dalam PPI. Berdasarkan dapatan kajian ini
aspek yang perlu diberi penekanan adalah aspek kompetensi pedagogi merangkumi aspek
perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran murid. Guru-guru perlu
melengkapkan diri dengan aspek-aspek yang berkaitan dengan kompetensi pedagogi serta
memberi perhatian sepenuhnya terhadap peranannya sebagai pemimpin instruksional dalam
bilik darjah.

Kompetensi pedagogi guru dari aspek kemahiran melaksanakan PdP akan


mempermudahkan aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik. Implikasinya,
guru akan berjaya memotivasikan murid dan menarik perhatian mereka supaya bersedia
mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat. Pada akhirnya, kandungan pelajaran dapat
disampaikan kepada murid mengikut langkah-langkah tertentu dan dengan cara yang
sistematik serta menepati masa pembelajaran yang telah ditetapkan. Melalui kaedah yang
sistematik tersebut, murid-murid akan terangsang untuk turut sama terlibat dalam aktiviti PdP
secara aktif. Secara keseluruhannya kajian ini memberikan jawapan alternatif tentang
bagaimana kompetensi guru-guru perlu dipertingkatkan. Guru-guru yang bijak merancang
model pengajaran cemerlang akan mampu mengajar murid mengikut aras keupayaan murid.
Justeru penyelidik mencadangkan agar guru-guru yang terlibat dengan kelas PPI harus diberi
kemahiran pegagogi khas untuk mengajar murid kelainan upaya dalam kelas PPI. Kemahiran
guru-guru ini perlu dibangunkan dan digilap agar matlamat untuk memperkasakan sekolah
dalam PPI ini tercapai.

6.0 Kesimpulan
Guru bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu berdasarkan kemahiran pedagogi
semata-mata, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menyerlahkan diri dengan tahap
kompetensi profesionalisme dan tingkah laku peribadi. Justeru ketiga-tiga elemen kompetensi
peribadi, kompetensi pedagogi dan profesionalisme guru perlu bergerak selari dalam
mencapai kejayaan akademik dan keseluruhan murid yang berkualiti. Kejayaan pelaksanaan
program di sekolah ini adalah berdasarkan tahap kompetensi guru yang baik. Maka, dengan
memahami matlamat sebenar PPI dan bagaimana pihak sekolah sebagai sebuah institusi
sosial boleh menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti
pendidikan untuk murid dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan. Usaha
sebegini perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita
dapat meningkatkan kejayaan murid berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu aset
yang penting dan berguna kepada Negara di mana mereka boleh menjadi modal insan yang
gemilang satu hari nanti.

(Jumlah perkataan : 4,141 perkataan)

You might also like