You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN

PERASMIAN OLEH GURU


BESAR

HARI KELUARGA DAN


SUKANEKA PRASEKOLAH
SK. KEBAGU 2018
TEKS UCAPAN PERASMIAN SEMPENA HARI KELUARGA DAN SUKANEKA
PRASEKOLAH SK. KEBAGU OLEH GURU BESAR

Selamat pagi dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis,


Yang Berusaha, En. Marzuki Utuhman, Pengerusi PIBG Sk. Kebagu
Yang Berusaha, En. Mudin bin Osman, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha, Pn. Normah Haji Abdullah, Penolong Kanan HEM
Yang Berusaha, Pn. Noraini Damin, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha Pn. Daniah binti Darmanshah, Penolong Kanan Petang,


Rakan-rakan guru yang saya hormati,
Staf-staf Sk. Kebagu, para ibu bapa dan anak-anak murid yang saya kasihi sekalian.
Pertama sekali, marilah kita sama-sama bersyukur kerana masih diberi kesihatan
sehingga kita dapat berkumpul bersama-sama hari ini bagi meraikan Hari Keluarga dan
Sukaneka Prasekolah Sk. Kebagu tahun 2018. Saya bagi pihak seluruh warga Sk.
Kebagu mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu
yang hadir bagi memeriahkan majlis pada pagi ini. Jutaan terima kasih daripada pihak
kami, atas kesudian tuan-tuan menerima undangan kami.

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, En.
Marzuki Utuhman, Pengerusi PIBG Sk. Kebagu atas kesudian untuk bersama-sama
kami bagi menjayakan Hari Keuarga dan Sukaneka Prasekolah Sk. Kebagu tahun 2018
Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Prasekolah Sk. Kebagu dan
rakan-rakan guru saya yang telah bertungkus lumus membuat persiapan Hari Keluarga
dan Sukaneka Prasekolah Sk. Kebagu ini dan kesemuanya itu memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guru-guru tidak pernah
melekakan kepentingan akademik. Sesungguhnya kepentingan sukan sama utama
dengan kepentingan akademik. Kepada murid-murid tahniah saya ucapkan atas
kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

a. Hari Keluarga merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan
hubungan kekeluargaan antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid. Ini
kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai
murni, dan integriti seseorang individual, dalam melahirkan sebuah masyarakat
yang harmoni dan dinamik.
b. Manakala aktiviti sukan pula merupakan salah satu agenda penting dalam
proses pembelajaran dan peningkatan diri anak-anak.
c. Saya amat menghargai dengan kehadiran dan komitmen tuan-tuan dan puan-
puan sekalian pada hari ini dan ini sekaligus memberi gambaran bahawa tuan-
tuan dan puan-puan sanggup bersusah payah dan memberikan sepenuh
sokongan kepada perkembangan diri anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.
d. Tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sokongan yang sebeginilah
yang kita harapkan kerana anak-anak kita amat memerlukan sokongan dan
dorongan yang mampu memberi keyakinan kepada mereka untuk menempuh
cabaran masa depan.
e. Saya bersyukur kerana kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini sudah
pastinya memenuhi harapan anak-anak kita. Walaupun adat bertanding, ada
yang menang dan ada yang kalah, tapi kita yakin para guru tidak akan biarkan
anak-anak kita balik dengan tangan yang kosong dan ada hadiah yang akan di
bawa balik nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan,

f. Bagi pihak Prasekolah Sk. Kebagu, sekali lagi saya ingin melahirkan rasa terima
kasih diatas sokongan dan bantuan tuan-tuan dan puan-puan. Penglibatan dan
sokongan tuan-tuan dan puan-puan samada secara langsung atau tidak secara
langsung telah memberi kekuatan kepada pihak sekolah untuk terus membawa
dan membina anak-anak tuan-tuan dan puan-puan menjadi individu yang
holistik.
g. Meskipun begitu, peranan ibu dan bapa sangat penting untuk memastikan
semua perkara yang kita inginkan berjaya seperti yang diharapkan. Kita perlu
berusaha, membuka minda dan sentiasa memantau perkembangan anak-anak
kita, manakala pihak prasekolah Sk. Kebagu pula akan sentiasa bersedia
melaksanakan rangka pembelajaran yang telah dirancang.
h. Jalinan usaha dan kerjasama yang bersungguh-sungguh di antara tuan-tuan
dan puan-puan bersama-sama pihak prasekolah Sk. Kebagu mudah-mudahan
akan membawa anak-anak kita menjadi produk yang berguna kepada negara
dan seterusnya kepada dunia.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

i. Sekali lagi ucapan tahniah kepada pihak Prasekolah Sk. Kebagu di atas
penganjuran Hari Keluarga dan Sukaneka Prasekolah Sk. Kebagu ini dan juga
kepada tuan-tuan dan puan-puan yang memeriahkan Hari Keluarga dan
Sukaneka kita pada hari ini. Tidak lupa juga kepada para guru dan individu yang
terlibat dalam menjayakan program kita pada hari ini.
j. Kepada anak-anak, bersukanlah dengan semangat kesukanan dan jadikan ianya
persaingan yg sihat.

Oleh itu, saya merasmikan Hari Keluarga dan Sukaneka Prasekolah Sk. Kebagu.

Sekian, terima kasih.

You might also like