You are on page 1of 1

KERTAS KERJA HADIAH MURID CEMERLANG – PANITIA BAHASA INGGERIS

1. PENGENALAN

Panitia Bahasa Inggeris SMK Sri Rahmat berhasrat untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun 2018 di
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Kecemerlangan murid mencerminkan
perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan
seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang
berwibawa.

2. MATLAMAT

2.1 Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi


dalam subjek Bahasa Inggeris.
2.2 Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju, berlumba-lumba
menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
2.3 Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang
bersifat positif.

3. SASARAN
Semua murid cemerlang untuk subjek Bahasa Inggeris di dalam peperiksaan akhir
tahun 2018.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Voucher Alat Tulis RM 10.00 X 35 murid


= RM 350.00

5. SUMBER KEWANGAN : ABM Panitia Bahasa Inggeris

6. PENUTUP

Semoga penghargaan ringkas seperti ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan
berjalan dengan lancar serta mampu melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam merealisasikan matlamat dan harapan negara.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

You might also like