You are on page 1of 46

Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

SOALAN: Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu usaha murni yang dijalankan
oleh segelintir masyarakat. Mereka sedia membantu sesiapa sahaja yang
memerlukan bantuan. Cuma badan kebajikan ini masih mengalami pelbagai
masalah yang membantutkan usaha kebajikan mereka.

Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh badan kebajikan.

Badan kebajikan atau sukarela merupakan satu badan yang cuba membantu masyarakat
yang memerlukan bantuan. Negara kita masih mempunyai banyak pihak yang memerlukan
pertolongan seperti golongan cacat, ibu tunggal, anak yatim, orang tua, dan golongan daif.
Kewujudan badan kebajikan seolah-olah memberi sedikit cahaya kepada golongan terpinggir ini
untuk meneruskan kehidupan mereka yang sukar itu. Namun, badan kebajikan sendiri mempunyai
pelbagai masalah yang mampu membantutkan usaha murni mereka itu.

Masalah yang paling serius mereka hadapi ialah masyarakat negara ini tidak suka
membabitkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kebajikan. Rakyat negara ini lebih suka melihat
atau menganggap tugas itu sudah dilakukan oleh orang lain. Mereka tidak mahu terlibat turut
dipengaruhi oleh faktor masa dan kewangan yang tidak mampu diberikan oleh badan kebajikan.
Akibatnya, aktiviti badan kebajikan ini dijalankan oleh segelintir masyarakat yang sudah berusia
dan kekurangan tangan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Ketiadaan sokongan masyarakat untuk melibatkan diri ini boleh dikaitkan dengan imej
badan kebajikan yang dipandang rendah. Ada pihak menganggap badan kebajikan hanya untuk
mereka yang tidak mempunyai impian besar atau tanggungan keluarga. Malah, ada badan
kebajikan yang dianggap oleh masyarakat sebagai mengambil kesempatan dengan memperoleh
wang tetapi tidak menyalurkannya kepada mereka yang memerlukan. Jadi, badan kebajikan
dianggap kerjaya yang tidak berstatus tinggi pada mata masyarakat kita.

Malah, badan kebajikan agar sukar untuk memperoleh sumber kewangan pada masa kini.
Masalah ini timbul ekoran berlakunya pelbagai dakwaan seperti badan kebajikan menggunakan
wang itu untuk kepentingan pekerjanya dan tidak digunakan untuk membantu masyarakat yang
memerlukan. Memang kes seperti ini pernah berlaku tetapi untuk menuding jari ke arah kepada
semua badan kebajikan merupakan satu langkah yang kurang bijak. Masyarakat seharusnya
memberi peluang supaya badan kebajikan dapat menjalankan tugas mereka.

Tambahan pula, badan kebajikan terpaksa mematuhi pelbagai saluran dan kebenaran
sebelum mampu menjalankan aktiviti mereka. Lesen badan kebajikan harus diperbaharui dan
aktiviti mereka seperti derma perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa. Memang peraturan
ini diwujudkan untuk mengawal penyelewengan berlaku tetapi pihak berkuasa harus memudahkan
urusan badan kebajikan mereka. Malah, pihak berkuasa seharunya menyediakan bangunan khas
untuk badan kebajikan menjalankan aktiviti mereka tanp perlu membayar apa-apa. Namun,
semua ini tidak diperoleh oleh badan kebajikan.

Kesimpulannya, badan kebajikan di negara ini memang dalam situasi yang bahaya.
Pertubuhan ini tidak lagi mempunyai apa-apa selain meminta belas kasihan masyarakat untuk
turut membantu. Masyarakat harus menyalurkan bantuan berupa kewangan atau tenaga untuk
memastikan usaha murni mereka ini akan berterusan kerana tanpa badan kebajikan nasib
golongan terpinggir ini akan menjadi lebih menyayatkan.

(398 patah perkataan)

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

LATIHAN 15

Ibu bapa merupakan insan yang berperanan penting bagi menggalakkan anak-
anak menggunakan barangan buatan Malaysia.

Huraikan langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa terhadap anak-
anak dalam menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia.

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju
menjelang 2020, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan
mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya
bagi rakyat kita agar tidak lagi mengagung-agungkan barangan luar. Barangan
keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya,
malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik.
Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau menyedari
tentang kelebihan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita, lebih-lebih lagi
orang muda-muda yang kononnya mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih
kebendaan. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan
penggunaan barangan buatan Malaysia?

Peranan yang amat penting yang perlu diamalkan oleh setiap ibu bapa ialah
ibu bapa perlulah menjadi role model kepada anak-anak mereka kerana anak-anak
akan sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka. Pepatah ada
mengatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa merupakan
insan yang paling dikagumi kerana ibu bapalah orang yang terdekat dengan anak-
anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa
yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan
bersinar. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana ini akan menyebabkan anak-anak
hilang rasa kagum dan kepercayaan kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah
membeli kereta buatan Malaysia seperti kereta dari kilang Proton Edar, barangan
elektrik seperti Panasonic, Philips dan lain-lain. Tegasnya, ibu bapa haruslah
menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka dengan menyokong barangan
buatan Malaysia yang berkualiti ini.

Selain itu, ibu bapa perlulah memupuk perasaan cinta akan negara kepada anak-
anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari
remaja supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai
tanggungjawab mereka. Ibu bapa juga boleh menanam minat anak-anak terhadap
barangan Malaysia melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini akan dapat menyuntik nilai cinta
akan negara, taat setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk
negara kepada generasi muda kita. Ibu bapa patut menyeru anak-anak untuk
mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama
Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama
Samsung, LG dan Panasonic. Dengan menyahut seruan Tun Dr. Mahathir yang
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat malalui Dasar Pandang Ke
Timur, kita digalakkan mencontohi sifat baik negara lain yang baik untuk
meningkatkan taraf kehidupan negara ke alaf baru. Jika anak-anak telah diterapkan
semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan
terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan
remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Golongan remaja
juga merupakan harapan negara kita. Hal ini kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk
Malaysia pasti akan laris di pasaran.

Di samping itu, peranan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa ialah ibu bapa
membawa anak-anak ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Contohnya, ibu bapa
bolehlah membawa anak-anak ke Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan
oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara.
Karnival sebegini telah ditetapkan hanya barangan Malaysia yang mempunyai
tawaran potongan harga yang istimewa. Sebagai contoh, kraf tangan dan batik, yang
merupakan budaya yang menggambarkan tradisi Malaysia. Ibu bapa perlu
mendedahkan anak-anak dengan pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada
pelbagai bentuk dan keunikannya yang tersendiri. Apabila anak-anak meminta
sesuatu benda yang tidak keterlaluan, ibu bapa haruslah membeli barang tersebut
dan barang tersebut mestilah merupakan barangan buatan Malaysia. Terdapat juga
pameran yang mengadakan pelbagai jenis pertandingan. Dalam konteks ini, ibu
bapa boleh menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan-pertandingan seperti
menulis esei, melukis poster dan menjawab soalan-soalan kuiz yang berkaitan. Hal
ini secara tidak langsung dapat mencelikkan minda anak-anak supaya mengetahui
kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan
Malaysia, seperti peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, ibu bapa perlulah
membeli barangan buatan Malaysia untuk didedahkan kepada anak-anak generasi
baru ini.

Seterusnya, ibu bapa perlulah menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan


Malaysia kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami faedah-
faedahnya, menyokong dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ibu bapa
haruslah memberitahu anak-anak tentang kualiti produk-produk Malaysia yang kini
bukan sahaja kualitinya setanding dengan produk-produk luar negara, malah
harganya juga cukup murah untuk dimiliki seseorang. Ibu bapa juga boleh
menunjukkan kempen-kempen yang telah diadakan seperti Kempen Beli Barangan
Malaysia kepada anak-anak untuk memastikan anak-anak sedar dan mengetahui
secara mendalam barangan-barangan Malaysia. Sikap prejudis, memandang rendah
barangan tempatan dari sudut pemikiran juga seharusnya dilontar jauh-jauh oleh ibu
bapa dan juga tidak harus diwujudkan pada anak-anak mereka, tetapi, sebaliknya,

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

membinakan semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan
standard barangan tempatan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting dalam
menerangkan manfaat-manfaat barangan buatan Malaysia kepada anak-anak
supaya mereka sedar dan bijak memilih benda yang baik dan mendatangkan
kebaikan kepada mereka.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa yang


merupakan insan terdekat kepada generasi muda kini mestilah memainkan
peranannya yang amat penting dalam menggalakkan anak-anak menyokong,
membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Harapan kerajaan Malaysia
supaya negara kita bukan sahaja mengimport barangan luar negara malah juga
mengeksport barangan buatan Malaysia dapat dicapai. Sedarlah bahawa barangan
Malaysia tidak sekadar lebih murah daripada barang buatan import negara malah
mempunyai kualiti dan kuantiti yang baik. Walalau bagaimanapun, usaha daripada
ibu bapa semata-mata adalah tidak mencukupi. Rakyat Malaysia patut menghayati
tema Hari Kebangsaan; 1Malaysia Menjana Transformasi menyemarakkan
semangat seisi negara agar seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin
memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia.
Tegasnya, negara kita, tanggungjawab kita merupakan azimat yang tersemat agar
kita berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

LATIHAN 16

Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin
berkurangan.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk


menarik minat orang ramai membaca karya sastera

Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki
sebuah komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding
mencari maklumat atau membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk
membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat makin berkurangan. Malah
ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera yang dihasilkan oleh
sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad Said dan
sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang
dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita.
Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil
oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya
sastera?

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat
Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan
karya agung seperti novel ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ oleh Shahnon Ahmad, ‘Salina’

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

oleh A.Samad Said, ‘Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur’ oleh Kamaludin Muhamad
dan ‘Tulang-tulang Berserakan’ oleh Usman Awang agar murid mahupun guru
berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh mengadakan pertandingan
mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan. Langkah ini
membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan
mereka ingin menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat
pelajar terhadap karya sastera akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh
menggalakkan setiap kelas menyediakan satu ruang atau sudut membaca di kelas
bagi memudahkan pelajar untuk menghayati karya sastera ketika guru tiada di
dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam
menarik minat pembaca terhadap karya sastera.

Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk
menarik minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan
pendedahan tentang karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh
membaca sastera ralyat kepada anak-anak sebelum mereka masuk tidur Melalui
cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak bukan sahaja dapat
dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera
untuk dibaca oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil
warisan bangsa selain dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa
boleh menghadiahkan novel yang sesuai kepada anak-anak mengikut umur mereka.
Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu
membawa mereka berkunjung ke kedai buku mahupun pameran buku. Seterusnya,
ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini yang dilengkapi dengan
pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa atau puisi
tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah. Dengan
itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai
dalam jiwa mereka.

Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam
mengambil langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya
sastera. Sebagai contohnya, pihak media boleh mempromosikan karya sastera
kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara ini,
lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di
pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media juga boleh menyiarkan sudut sastera atau
ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan majalah kepada orang ramai.
Dengan itu, orang ramai berpeluang untuk mengenali karya sastera di negara kita
dengan lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh menganjurkan
peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya
sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah untuk menarik
perhatian orang ramai untuk membaca karya sastera.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan


kempen menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini,
rakyat berpeluang untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat.
Tambahan pula, pihak kerajaan boleh membina perpustakaan rakyat di setiap
daerah bagi memudahkan rakyat untuk membaca ataupun meminjam karya-karya
sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh mengambil inisiatif untuk
mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini dapat
menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan
berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri.
Oleh itu, jelaslah bahawa pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam
mengambil langkah untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera.

Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih
banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak
penerbit boleh bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai
genre sastera. Penerbit juga perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan
kepada penulis. Persatuan Karya-karya Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi
karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh pihak tertentu yang bermotifkan
keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi pendapat bersama
dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan karya sastera
dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk
menghasilkan karya sastera yang bermutu.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak


menggalas tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat
orang ramai membaca karya sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati
terbuka supaya langkah-langkah tersebut mendapat sambutan yang hangat dan
seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku warga Malaysia haruslah mencintai
dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan warisan bangsa dan
mencerminkan identiti kita.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
SOALAN: Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang mengamalkan budaya atau adat
resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu
identiti kepada kaum tersebut.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan budaya atau adat resam ini kepada
masyarakat dan negara kita.

Salah satu kelebihan negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita
mempunyai kaum Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di
Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau
budaya yang menarik untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai
banyak kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.

Sebenarnya, budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang
menonjolkan sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya
buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian tradisional, makan
menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa
bangga kepada pengamal budaya kaum itu. Individu yang terbabit akan berasa mereka telah
berjaya mengekalkan budaya turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.

Selain itu, tindakan individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling
mudah untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya
memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh remaja
dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan sahaja mamu
membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan generasi tua lantaran
sanggup mengekalkan budaya.

Salah satu kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan
sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri remaja negara ini.
Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang kasar, lari dari rumah, dan
suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan
menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi
individu yang terbilang.

Malah, sikap menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput
ditelan zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit
demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas
alasan mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang
mempunyai banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti
akan mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

Tambahan pula, pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung
anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan
budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain
menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh.
Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat perpaduan kita.

Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus
dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan
sehingga menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat
budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan yang lebih baik lagi
iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita
boleh menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

(447 patah perkataan)


Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

LATIHAN 1

Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup


termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.

Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat
dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang susah untuk dicapai
sekiranya murid itu sendiri mempunyai azam yang tinggi untuk mencapainya. Murid-
murid tidak sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah
kerana keputusan peperiksaanlah yang akan menjamin masa hadapan seseorang
pelajar. Oleh itu, murid-murid janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan
tidak dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bak kata
orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”. Oleh
sebab itu, saya sebagai salah seorang murid, saya harus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
sepatutnya saya lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti?

Langkah yang pertama yang akan saya lakukan untuk mencapai


kecemerlangan dalam peperiksaan ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian
ketika guru sedang mengajar di bilik darjah. Apabila saya memberi perhatian ketika
seseorang guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut
akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi
pernah mengatakan bahawa “ lima puluh peratus kejayaan pelajar-pelajar adalah
disebabkan kerana mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Saya juga akan terlibat secara
aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang ceria supaya saya tidak akan berasa bosan
dan secara tidak langsung saya akan dapat mengingati apa-apa yang disoal atau
ditanya oleh guru serta apa-apa yang saya sebut atau yang saya ulangi. Saya juga
akan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru supaya saya
akan lebih memahami sesuatu topik dan tidak ketinggalan. Saya juga akan bertanya
kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang
fahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan dan telah mendapati
bahawa kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan adalah
disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.
Tegasnya, memberi tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan dengan
menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah
satu langkah dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar
menguruskan masa secara berkesan supaya mereka akan mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Malah, jika saya mengikut jadual waktu
belajar yang telah saya tetapkan dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana
peribahasa menyatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan. Tambahan pula,
kebanyakan pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah
membuat persiapan awal. Manakala, pelajar-pelajar yang tidak membuat persiapan
awal kerana mereka terlalu leka membuang masa dan tidak berpegang kepada
pepatah “masa itu emas” dan “masa yang lalu tidak akan kembali” maka mereka
tidak dapat menghabiskan semua tajuk-tajuk sebelum tiba peperiksaan. Jelasnya,
pengurusan masa yang cekap akan memberi saya masa yang cukup untuk
membuat persediaan awal supaya saya dapat mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan yang akan saya duduki nanti.

Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya
akan membuat lebih banyak latihan dan saya juga akan mengulang kaji pelajaran
secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice
makes perfect”. Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka
ungkapannya akan menjadi, “praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini
membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang
banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.saya akan membuat
latihan bagi setiap mata pelajaran setelah selesai mengulang kaji sesuatu topik. Hal
ini kerana saya akan lebih menguasai sesuatu topik dan secara tidak langsung saya
akan biasa dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan. Saya
juga akan membuat ulang kaji secara berterusan bak kata pepatah “ sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain” dan “ sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit”. Saya
akan belajar bersungguh-sungguh dan saya akan membuat ulang kaji secara
berterusan untuk memastikan saya tidak akan ketinggalan dalam pelajaran dan
terutamanya dalam mata pelajaran sains. Tegasnya, saya membuat lebih banyak
latihan dan jika saya mengulang kaji pelajaran secara berterusan, pasti saya akan
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya
guru-guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di
kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan bertanya
kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah “malas berkayuh perahu
hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya tidak memahami sesuatu
topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen, maka bolehlah saya bertanya
kepada guru-guru yang mengajar di kelas tuisyen. Tambahan pula, jika terdapat
sesuatu topik itu diajar dua kali, maka saya akan mudah ingat dan saya juga akan

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

menguasai sesuatu topik itu. Contohnya, di sekolah yang diajar topik yang sama
yang telah diajar di pusat tuisyen terlebih dahulu, maka saya akan lebih faham. Di
samping itu, saya juga boleh mengikuti program di sekolah kerana ini juga
membantu saya untuk mencapai kecemrlangan dalam peperiksaan. Saya akan
menyertai segala program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah seperti
Minggu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Teknik Menjawab Soalan-soalan dan
lain-lain lagi. Sekiranya saya menyertai dalam program-program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan
yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan saya dalam
program-program sekolah dan mengikuti kelas-kelas tuisyen merupakan salah satu
langkah bagi saya untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Langkah yang berikutnya ialah saya akan bersikap sabar, tabah dan tidak
mudah putus asa. Saya tidak akan dapat cepat mengalah apabila saya gagal dalam
sesuatu buat kali pertama dan kedua, malah saya akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk lulus dalam sesuatu perkara kerana saya berpegang pada prinsip,
“gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya”. Saya juga akan tabah apabila
terdapat apa-apa masalah atau cabaran yang saya hadapi. Seseorang yang
ternama pernah menyatakan bahawa jika seseorang itu berjaya dalam hidupnya,
tentu dia telah memenuhi kegagalan beberapa kali kerana untuk mencapai sesuatu
tentu ada kekangan yang akan kita tempuhi. Contohnya, jika saya gagal mendapat
penyelesaian untuk sesuatu soalan, saya tidak akan putus asa, malah saya akan
mencuba beberapa kali sehingga saya mendapat penyelesaiannya. Tegasnya, saya
perlu bersikap sabar, tabah dalam menghadapi halangan dalam mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan dan sayatidak akan mudah putus asa untuk
memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu
bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-tua,
“Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat kepada ibu
bapa”, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua mempunyai lebih banyak
pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat dan asuhan ibu bapa kerana
saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan
selalu menasihati saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan
berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Segala doa
dan dorongan ibu bapa, saya tahu walaupun betapa tabah atau bijak mana saya
sekali pun, saya tidak mungkin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang yang
saya ingini tanpa doa, restu dan dorongan daripada kedua-dua ibu bapa saya.
Malah, saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya saya tidak akan jatuh
sakit pada hari peperiksaan kerana manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang
menentukan segala-galanya. Jelasnya, untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan, saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa saya dan
saya juga akan sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan atas segala
pemberianNya.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk


mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, saya perlulah mengikuti langkah-
langkah yang telah saya tulis dalam perenggan di atas. Saya perlu mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang
dengan cahaya iaitu kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan
pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita.
Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan kerana ini akan menentukan masa depan
kita, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar
berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat
genggam bara api biar sampai jadi arang.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Karangan Contoh Format Ceramah : Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Contoh Soalan:

Sebagai seorang guru kaunselor , anda telah menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar sempena
program motivasi di sekolah anda. Tajuk ceramah anda ialah ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.

Karangan Contoh

Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi 'Permata Hati', yang dihormati guru-guru serta
pelajar-pelajar SMK Dato’ Syed Esa yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pada
pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam program motivasi 'Permata Hati' yang sangat
bermanfaat kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM
tidak beberapa lama lagi. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang 'Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang'.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,


Semua insan inginkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Malah, semua pelajar yang
berada di dalam Dewan Budiman yang permai ini juga ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Pendek kata,
semua pelajar ingin cemerlang dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, sudah pasti pelajar ingin
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya. Pelajar cemerlang umpama
benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau. Persoalanya, apakah sebenarnya ciri-ciri pelajar
cemerlang? Bagaimanakah caranya untuk menjadi cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya ini
pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai pelajar-pelajar, kerana sebentar lagi kita akan bersama-sama
mengupas tajuk ciri-ciri pelajar yang cemerlang.

Para pelajar yang disayangi,


Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan ialah dari segi
pencapaian akademik. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk memastikan pecapaian akademik mereka
sentiasa memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan. Contohnya, pelajar cemerlang akan
mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran kendiri serta
bersama kumpulan sebaya di luar bilik darjah. Pelajar cemerlang sentiasa menggembleng segala potensi
dan fakulti yang ada dalam diri mereka bagi memperoleh hasil pembelajaran yang optimum. Mereka
menetapkan matlamat pembelajaran yang munasabah, dan berusaha untuk mencapainya. Dengan itu,
pelajar cemerlang akan mengenepikan sebarang bentuk gangguan bagi memastikan pencapaian akademik
mereka sentiasa cemerlang.

Selain itu, semasa di bilik darjah, pelajar cemerlang sentiasa memberi tumpuan terhadap aktiviti
pembelajaran terancang bersama guru. Sebagai contoh, pelajar cemerlang akan menunjukkan motivasi
pembelajaran yang maksimum dengan memberi kerjasama dan perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Mereka tidak mudah dipengaruhi hasutan negatif sama ada yang datang daripada dalam diri sendiri
mahupun persekitarannya. Pelajar cemerlang tidak meletakkan terlalu banyak syarat dalam pembelajaran
supaya semuanya berkenan di hati. Mereka tidak bersifat sentimental dengan terlalu banyak berharap
tentang guru yang sempurna atau persekitaran bilik darjah yang sempurna. Mereka mampu bertahan
dalam iklim pembelajaran yang seadanya.

Demikian juga apabila melaksanakan tugasan kumpulan, mahupun menyertai kumpulan belajar,
pelajar cemerlang menampilkan peranan yang seimbang, iaitu tidak terlalu menonjol dan tidak hanya
sebagai penumpang.Mereka mungkin memiliki banyak idea, tetapi bersabar mendengar idea rakan
sekumpulan. Pelajar cemerlang tidak cuba berlagak menguasai perbincangan, tetapi kelihatan sebagai
pemimpin yang boleh dipercayai dan adil. Mereka datang dengan persediaan yang mencukupi, bukan
dengan tangan kosong. Maka, kehadiran pelajar cemerlang dalam mana-mana aktiviti pembelajaran
berorientasi kumpulan sentiasa meninggalkan impak, bukan sekadar melukut di tepi gantang, datang tidak
menambah, pergi tidak disuruh.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Selanjutnya ialah, pelajar cemerlang juga meletakkan sasaran yang tinggi dalam peperiksaan
awam. Sasaran yang dibuat bukan sekadar cakap kosong, tetapi dibuktikan menerusi strategi dan usaha
yang optimum. Mereka tidak bergantung kepada soalan ramalan, tetapi lebih fokus terhadap perancangan
jawapan yang menepati tugasan soalan. Pelajar cemerlang menggunakan segala pengalaman
pembelajaran di bilik darjah untuk mematuhi segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas
penggubalan item soalan peperiksaan awam. Dengan meletakkan sasaran yang tinggi dari segi
peperiksaan awam, pelajar cemerlang berpeluang mengintai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang
yang diklasifikasikan sebagai kritikal dan menjadi rebutan, di samping melamar tempat di institut pengajian
tinggi terkemuka dengan tajaan biasiswa yang berprestij.

Apakah tindakan ke sana ke mari dengan buku sehingga digelar sebagai 'ulat buku' merupakan ciri
pelajar yang cemerlang? Sebenarnya, Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku
semata-mata. Mereka juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya
bidang kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah
wahana bagi aplikasi pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Pelajar cemerlang menjadikan aktiviti
kokurikulum sebagai kesempatan bagi menggilap bakat kepimpinan, memupuk semangat suka rela dalam
perkhidmatan sosial dan mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kapasiti diri
sama ada sebagai pemimpin, peserta atau petugas dalam aktiviti kelab, persatuan, unit pakaian seragam,
permainan dan sukan. Mereka sentiasa cuba mencari pengalaman dengan mengamalkan sikap ringan
tulang dalam membantu pihak sekolah menjayakan sebarang aktiviti kokurikulum.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,


Disiplin asas kejayaan. Oleh itu, pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang tinggi.
Mereka tidak kisah jika digelar sebagai pelajar skema yang akur dengan segala peraturan sekolah.
Walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi penampilan dan tingkah laku, pelajar cemerlang tidak
berasa kekok untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan yang sinikal, mahupun rakan yang kurang
beruntung. Pelajar cemerlang akan berusaha untuk muncul sebagai peribadi rujukan yang mampu
mempengaruhi lebih ramai pelajar supaya bersikap positif dalam menimba pengalaman pembelajaran di
sekolah. Mereka tidak perlu membutirkan tunjuk ajar, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah
laku yang disenangi. Sebagai contoh, pelajar cemerlang mementingkan ketepatan masa, dan sentiasa
melaksanakan sesuatu tugasan sesempurna mungkin. Setiap kali diberi tugasan, pelajar cemerlang tidak
melaksanakannya dengan sambalewa semata-mata seperti "melepaskan batuk di tangga". Jelaslah
prinsip pelajar cemerlang ialah mementingkan disiplin dalam memacu kecemerlangan hidup mereka.

Seterusnya, pelajar cemerlang juga perlu menampilkan sahsiah dan budi pekerti yang mulia dan
murni. Percakapan mereka dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga.
Rakan akan berasa selamat dan dilindungi kerana mereka akan hanya mendengar hal yang baik-baik,
serta tidak mengalami provokasi yang tidak berfaedah. Sudah tentu, sebagai manusia biasa, pelajar
cemerlang tetap memiliki kelemahan tertentu, tetapi mereka akan cuba melakukan kawalan sebaik
mungkin supaya tidak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak.

Akhirnya, satu lagi ciri yang sangat penting ialah, pelajar cemerlang sentiasa berpegang teguh pada
tali agama. Kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhanNya sepatutnyalah menjadi perkara utama dalam
kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang sentiasa berusaha melaksanakan suruhan Tuhan dan
menjauhi larangannya. Malah pegangan agama yang kukuh menjadi penyuluh dan petunjuk jalan dalam
kehidupan pelajar supaya sentiasa berada pada jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, pelajar yang
cemerlang sentiasa meninginkan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Sebagai kesimpulannya, pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin, sahsiah dan pegangan agama. Mereka menepati ciri-ciri modal insan
minda kelas pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Mereka menjadi harapan negara
untuk meletakkan daya saing negara di pentas antarabangsa. Oleh itu pelajar cemerlang haruslah sentiasa
berusaha melakukan penambahbaikan setiap masa dan jangan sesekali menganggap bahawa diri mereka
serba sempurna. Marilah kita bermuhasabah diri, adakah ciri-ciri yang telah dinyatakan tadi dalam diriku?
Mampukah saya menggarab ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Jawapanya adalah, jika hanya satu atau dua
ciri sahaja yang ada dalam diri pelajar-pelajar ketika ini, syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu
permulaan yang baik dan teruskan untuk mencapai ciri-ciri kecemerlangan itu. Saya percaya dan penuh
keyakinan bahawa semua pelajar akan mampu menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tepuk dada tanya selera. Sekian. Terima Kasih.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

(TEMA) Dalam meniti arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan
pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli
pujangga pernah berkata bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin
pembangunan negara. Generasi berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan
muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras
dengan saranan yang terkandung dalam Wawasan 2020. (ISU) Dewasa ini, isu
generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita.
Isu generasi berwawasan menjadi amat penting untuk diberikan perhatian dan
tumpuan yang sewajarnya kerana mereka merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha
untuk melahirkan remaja yang berwawasan semakin diberikan keutamaan.
(ARAHAN) Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja yang dikategorikan
mempunyai wawasan?

(ISI 1) Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang
maslahat untuk menelurkan remaja yang berwawasan. (MENGAPA) Intelek
merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa.
Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mencakupi semua bidang dapat
membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang
penuh dengan onak dan duri ini. (BAGAIMANA)Sehubungan dengan itu, remaja kita
perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut
segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai
wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan
sebagainya. (KESAN) Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak
dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar
melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian
mereka. Oleh itu remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu
terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah
peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.” (PENEGAS) Tegasnya, remaja yang
berwawasan sentiasa memastikan dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki
mentaliti kelas pertama.

(ISI) Selain itu, remaja yang berwawasan juga perlu sentiasa dinamik dan progresif
dalam menjalankan sesuatu tugas. Dinamik dapat diertikan sebagai perubahan yang
lebih baik daripada sebelumnya. (MENGAPA)Hal ini dikatakan demikian kerana
negara yang pesat membangun seperti Malaysia memerlukan generasi yang
memiliki ciri-ciri ini untuk mencapai kemajuan dalam setiap aspek. (BAGAIMANA)
Individu yang dinamik tidak memiliki ciri-ciri negatif seperti berputus asa sebaliknya
bersemangat tinggi. Dalam mengejar kejayaan, individu yang berwawasan
seharusnya gigih menghadapi cabaran tanpa berputus asa kerana tiada kejayaan
yang datang bergolek bak kata pepatah, yang bulat tidak datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang. (KESAN)Ekoran daripada itu, remaja yang dinamik
dan progresif sudah pasti dapat mencapai cita-cita yang diimpikan. (PENEGAS)
Pendek kata, remaja yang berwawasan sudah pasti akan memastikan dirinya
berubah untuk memajukan diri dan negaranya.

(ISI) Dalam nada yang sama, remaja yang berwawasan perlu berkreatif dan
berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. (MENGAPA)Hal ini terjadi

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori
bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba akan
menikmati buah kejayaan yang manis. (BAGAIMANA) Rentetan daripada itu,
remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli
dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan
galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun
demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu
disokong dengan praktikalnya. (KESAN)Dalam konteks ini, penglibatan remaja
dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau
keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di
awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.
(PENEGAS) Sesungguhnya, pemikiran yang kreatif dan inovatif merupakan ciri
remaja yang berwawasan.

(ISI) Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan
seharusnya cinta akan negara. (MENGAPA)Remaja yang berjiwa patriotik ini akan
menjadi bakal pemimpin yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara.
Sebagai bakal pemimpin negara sudah pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk
memelihara imej negaranya daripada tercemar dan menjadi bahan cemuhan
masyarakat luar. (BAGAIMANA) Oleh itu, mereka haruslah menghormati lagu
kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan sekali-kali menjadi
pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam gejala sosial yang akan
mencemarkan imej negara. (KESAN) Jiwa patriotik remaja yang menebal ini akan
menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga maruah negara di
pentas global. (PENEGAS)Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa
bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa
tercintanya.
(PENUTUP) Sebagai intihanya, terdapat banyak ciri yang memaparkan seseorang
remaja itu mempunyai wawasan yang tinggi. Remaja sebagai tunjang yang bakal
menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial.
Generasi yang berwawasan menjadi akar pada pertumbuhan dan pembangunan
modal insan yang menjadi agenda utama negara kita. (CADANGAN)Oleh itu,
golongan remaja perlulah sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri
sebelum terlewat bak kata pepatah, sesal di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
Golongan remaja kita perlulah melakukan anjakan paradigma untuk menjadi remaja
kelas pertama dan memangkinkan kecemerlangan negara. (HARAPAN)Diharapkan
kelahiran remaja berwawasan dapat merealisasikan segala aspirasi negara di
samping dan menyerbakkan keharuman negara kita di persada antarabangsa

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Dimensi Diri

Latihan 1:
Seorang rakan anda telah terlibat dengan gejala sosial yang serius sehingga rakan anda itu
mengabaikan
pelajaran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.

Baru-baru ini, seorang rakan sekelas saya telah terlibat dengan gejala sosial yang serius. Rakan saya
itu kerap memonteng kelas, terlibat dengan vandalisme dan sering tidak hadir ke sekolah. Sebenarnya rakan
saya ini seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Namun, guru-guru di sekolah
berasa hairan kerana sejak akhir-akhir ini rakan saya itu sering mengabaikan pelajarannya. Sebagai seorang
sahabat, saya bertanggungjawab untuk membantu rakan saya itu supaya dia insaf bak kata pepatah sesat di
hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Saya berharap, usaha-usaha yang saya lakukan itu akan menyedarkan
rakan saya tentang tanggungjawabnya sebagai seorang remaja dan sebagai seorang pelajar. Persoalannya,
apakah usaha-usaha yang dapat saya lakukan untuk membantu rakan saya itu?
Usaha pertama yang saya lakukan untuk membantu rakan saya itu ialah saya akan menasihatinya
supaya tidak menjerumuskan diri dalam kancah gejala sosial. Saya akan mengingatkan sahabat saya itu
tentang akibat sekiranya rakan saya itu terlibat dengan gejala sosial. Saya akan menyedarkan rakan saya
akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak agar tidak menghampakan harapan ibu bapanya. Rakan saya
perlu sedar bahawa dia pernah mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pernah menerima anugerah
pelajar terbaik PMR. Saya berharap nasihat-nasihat saya itu dapat menyedarkan rakan saya dan rakan saya
akan berubah sikap serta insaf akan kesalahan yang dilakukan sebelum nasi menjadi bubur. Saya tidak mahu
rakan saya berasa menyesal pada kemudian hari kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Selain itu, saya juga akan berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa rakan saya itu dan
memberitahu mereka tentang pembabitan rakan saya dalam gejala sosial. Saya berbuat demikian kerana
kemungkinan ibu bapa rakan saya itu tidak tahu tentang penglibatan anak mereka dalam kegiatan yang tidak
sihat di sekolah. Saya berharap, ibu bapa rakan saya itu dapat mengambil berat tentang masalah yang
dihadapi oleh anak mereka. Besar kemungkinan, faktor kekurangan kasih sayang daripada kedua-dua ibu
bapa yang menyebabkan rakan saya terjebak dalam gejala sosial. Apabila ibu bapa rakan saya sudah
mengetahui masalah anak mereka, saya berharap ibu bapa rakan saya dapat memberikan sepenuh perhatian
dan kasih sayang terhadap rakan saya itu. Ibu bapa rakan saya mungkin akan lebih bertanggungjawab dan
mengadakan perbincangan dengan anaknya untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Jelasnya,
tanggungjawab saya untuk memberitahu ibu bapa rakan saya itu diharapkan dapat membantu rakan saya
untuk kembali ke pangkal jalan.
Di samping itu, saya akan mengajak rakan saya untuk berjumpa dengan guru kaunseling untuk
menghadiri sesi bimbingan dan kaunseling. Saya akan memberitahu guru kaunseling tentang penglibatan
rakan saya dalam gejala sosial. Saya berharap guru kaunseling dapat membantu dan membimbing rakan
saya dengan menasihatinya supaya berubah sikap. Sesi kaunseling ini amat penting kerana menerusi sesi
kaunseling, diharapkan rakan saya itu akan sedar dan insaf tentang perbuatannya yang salah selama ini.
Rakan saya juga dapat mengenali identiti diri dan bermotivasi untuk berubah apabila guru kaunseling
memberi nasihat dan dorongan kepada rakan saya itu. Saya juga berharap, rakan saya dapat membina
keyakinan diri dan menyedari betapa pentingnya pembinaan sahsiah diri dan akhlak dalam kalangan remaja
sebagai benteng supaya tidak mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Tegasnya, menerusi
sesi kaunseling ini, rakan saya sebagai remaja dapat menginsafi dan menyedari peranannya sebagai remaja
yang mewarisi pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dalam
bukunya ’Ihya’ Ulumuddin’ mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melihat masa depan remaja maka
lihatlah pada diri remajanya. Seandainya baik diri remaja, maka baiklah masa depan negara. Sebaliknya, jika
buruk diri remaja maka buruklah masa depan negara.
Seterusnya, saya juga akan mengajak rakan saya itu menyertai program-program yang berfaedah.
Saya akan membawa rakan saya menghadiri majlis-majlis ilmu seperti program yang berunsurkan agama
dan motivasi diri. Sebagai contoh, saya akan mengajak rakan saya menghadiri ceramah agama, Majlis
Tazkirah, kelas mengaji al-Quran, Kem Bina Insan dan Kecemerlangan Diri. Menerusi majlis ilmu yang
dihadiri itu, saya berharap rakan saya akan insaf dan lembut hatinya serta menyesal dengan apa yang pernah
dilakukannya selama ini. Menerusi Kem Kecemerlangan Diri dan Bina Insan pula, rakan saya pasti
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
membina keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk berubah terutamanya dalam proses pembentukan
minda dan akhlak. Hasil daripada pergaulan dengan rakan-rakan yang baik dalam majlis-majlis ilmu itu,
rakan saya itu dapat membezakan dan mengenali antara rakan yang baik dengan rakan yang tidak baik.
Jelasnya, rakan saya itu tidak akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik dan dia
juga tahu menghargai masa kerana masa itu emas.
Akhir sekali, saya juga akan sentiasa membantu rakan saya dalam pelajaran. Saya akan mengajak
rakan saya menghadiri kumpulan perbincangan. Saya juga akan membantu rakan saya menerangkan tajuk-
tajuk bagi memahami topik-topik pelajaran yang ketinggalan selama ini. Saya akan mengajak rakan saya
mengulang kaji pelajaran di perpustakaan dan mencari rujukan serta berbincang tentang topik-topik yang
kurang difahami. Saya juga akan mengajak rakan saya menghadiri kelas-kelas tambahan yang diadakan di
sekolah atau di luar sekolah. Saya akan menasihati rakan saya tentang kepentingan pelajaran dalam
kehidupan. Tanpa pelajaran, masa depan seseorang itu gelap. Pada masa yang sama, saya akan mengajak
rakan-rakan yang lain untuk membantu dan sudi mengadakan perbincangan dengan rakan saya ini. Tujuan
saya berbuat demikian adalah untuk memastikan rakan saya benar-benar insaf dan tidak mengabaikan
pelajaran.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha membantu rakan yang terlibat
dalam gejala sosial adalah sesuatu yang murni dan perlu diteruskan. Saya berharap, usaha yang saya lakukan
ini dapat membantu rakan saya supaya tidak melibatkan diri dalam gejala sosial. Saya juga berharap, rakan
saya benar-benar insaf dan bertanggungjawab terhadap masa hadapannya kerana ’sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna’. Rakan saya perlu ingat bahawa sekiranya dia tidak berubah, tidak ada
sesiapa pun yang akan membantunya untuk berubah. Sebagai remaja, rakan saya perlu mempunyai jati diri
agar tidak mudah dipengaruh oleh ajakan rakan sebaya yang tidak baik. Tegasnya, rakan saya perlu berusaha
gigih untuk mencapai kecemerlangan kerana pepatah mengatakan rajin dan usaha tangga kejayaan dan yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Latihan 11 (Dimensi Keluarga)

Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.

Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman setiap ibu bapa.
Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal tersebut. Setiap ibu bapa
mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka perlu
berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan mengaplikasikan kemahiran keibubapaan ke tahap yang
paling optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk memiliki anak-anak yang berguna akan dapat
direalisasikan. Persoalannya,apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan
harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang. Ibu bapa haruslah
memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka. Ibu bapa boleh
mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan perbuatan yang secukup kepada anak-anak
agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa
haruslah memberikan pujian kepada anak-anak sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan
mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting
kerana sepatah kata yang positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan
serta motivasi kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin
dan usaha, tangga kejayaan.Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak menjadi sampah
masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang
materialistik dan mementingkan kerjaya .Sebagai contohnya, banyak ibu bapa yang menyerahkan
tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak
berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif. Tegasnya,anak-anak akan menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika keluarga yang saling berkasih
sayang dan mengambil berat dapat diwujudkan.
Selain itu,untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak. Ibu bapa
perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak berasa tenang ketika berada di
rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan dan pertengkaran di hadapan anak-anak. Ibu
bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-anak mendengar segala arahan dan
nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah
menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik
untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anak-anak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah
terbukti bahawa anak-anak yang tinggal di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan
sesetengahnya tidak pulang ke rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk
gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar
besar, khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan
kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka menjadi
insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa haruslah
memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana pepatah
menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari
rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan pekerti mulia kepada anak-anak di
samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul. Penerapan nilai agama dapat membantu
anak-anak untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan
berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik,
kebiasaannya keturunannya akan baik kerana kalau asal benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau,
dilontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Jika ibu bapa mempunyai pegangan
dan didikan agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu
satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan
didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
dan sebagainya.Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa untuk
memiliki anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah menjadi
suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa
janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Ibu bapa meminta anak-anak
menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa Melayu “bapa borek anak rintik”
sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana
anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah
didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan
bertanggungjawab. Sebagai contohnya, jika anak-anak melihat ibu bapanya mendirikan solat dan
mengamalkan sikap suka membaca, anak-anak sudah pasti akan mencontohi setiap perbuatan dan perlakuan
ibu bapa mereka. Oleh itu, ,ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan
bahasa yang kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi
penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang
baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang lain
berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak
sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini demikian kerana
teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk membetulkan
kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah “menjaga tepi kain orang
lain” dalam masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa perlulah menerimanya secara positif.
Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera membetulkan kesilapan anak dan mencari
punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang
sama. Ibu bapa janganlah mudah melenting apabila terdapat jiran-jiran atau guru-guru memberitahu tentang
perangai anak-anak kita kerana sebagai manusia yang bukan bersifat sempurna, kadang-kadang kita sendiri
sebagai ibu bapa tidak pernah mengambil tahu kekurangan dan kelemahan anak-anak kita. Hal ini demikian
kerana kita sibuk dengan urusan dan kerjaya masing-masing. Oleh itu, kita perlu menganggap setiap
kritikan yang diterima sebagai satu teguran yang membina. Jadi, untuk membentuk anak menjadi insan
yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang terbuka.
Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” atau “sudah terhantuk baru terngadah”
sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama ada
dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat ibu bapa
menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu bapa, anak-anak
akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum ataupun kokurikulum.
Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan impak kepada tahap sahsiah anak-anak.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan guru di sekolah sama ada guru
disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti
perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah
berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku
anak-anak di luar rumah serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak
sebab-sebab anak-anak keluar rumah atau pulang lewat. Tuntasnya,ibu bapa perlu memantau perkembangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk anak-anak
menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak
menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua ini perlu dilakukan melalui
proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan
sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqomah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
berguna.Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat
dan negara serta mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak
mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada
masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Karangan Dimensi keluarga

Latihan 1

Kes pembuangan bayi sering menjadi tajuk utama dada akhbar tempatan saban hari. Peningkatan kes
pembuangan bayi perlu dibendung sebelum menjadi ‘trend’ masyarakat untuk mencari penyelesaian
mudah menyelesaikan masalah kelahiran anak tidak sah taraf terutama dalam kalangan remaja.

Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani
masalah ini.

Saban hari, terdapat pelbagai berita yang terpapar di dada-dada akhbar harian tentang jenayah
pembuangan bayi. Kadar pembuangan bayi yang tidak berdosa kian meningkat. Baru-baru ini, kita
dikejutkan dengan berita penemuan seorang mayat bayi yang dimasukkan ke dalam beg pakaian dan
dibuang ke dalam perigi dan juga bayi yang baru lahir dicampakkan dari tingkat dua di satu kawasan
perumahan. Perkara yang menyedihkan kita jenayah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan
akan mencorak kegemilangan negara kelak. Persoalannya, di manakah letaknya sikap bertanggungjawab
dan belas kasihan serta perikemanusiaan remaja yang berani membuang bayi mereka begitu sahaja. Remaja
ini seharusnya mengikut akal fikiran yang waras dan bukannya bertindak mengikut hati dan hawa
nafsu serakah semata-mata, bak kata pepatah, ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’.
Pelbagai strategi telah dijalankan oleh kerajaan dalam usaha membendung masalah ini.
Namun, masalah ini gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah golongan yang paling hampir dengan
remaja. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah pembuangan bayi
ini. Ibu bapa perlu bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-
anak. Ibu bapa perlu menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak serta memberikan kasih
sayang secukupnya terutamanya anak-anak yang sedang meningkat remaja kerana anak remaja sebenarnya
memerlukan perhatian dan layangan yang lebih daripada ibu bapa kerana mereka akan rasa lebih dihargai.
Contohnya, ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung
minggu atau melakukan aktiviti yang melibatkan ahli keluarga bersama-sama. Selain dapat mengeratkan
hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa aktiviti yang dilakukan ini dapat menghalang anak-anak
daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah di luar pengetahuan ibu bapa.
Dalam melayari kehidupan remaja yang penuh cabaran, remaja sering mencari model yang boleh
dicontohi. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh teladan yang positif kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu menjadi model yang boleh diikuti dan dicontohi oleh anak-anak. Sebagai contoh, sekiranya Si ayah
atau Si ibu mahu anak-anak mereka berakhlak mulia, tidak meninggalkan solat, maka sebagai orang tua,
hendaklah melakukannya terlebih dahulu, seperti kata peribahasa, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’.
Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal, sekiranya corak yang dilakar
menarik dan cantik, maka akan baik dan eloklah akhlak anak itu. Sekiranya hitam corak yang dilakar, maka
akan hitamlah kehidupan anak-anak itu kelak. Mendidik anak biarlah dari kecil, bukannya bila dah menjadi
buluh baru hendak dilentur, akan pecah dan patahlah buluh tersebut. Begitu juga dengan anak-anak, bila
sudah besar amat sukar untuk dididik seandainya pada asasnya tidak dimulakan, bak kata pepatah Melayu,
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa berperanan besar memastikan anak-anak tergolong
dalam golongan yang berakhlak mulia, lalu tidak sesekali akan melakukan maksiat yang menyebabkan
kesudahan yang mengaibkan dalam menutup episod hitam yang berlaku. Mereka tidak akan sanggup untuk
menconteng arang ke muka kedua- dua ibu bapa mereka kerana anak yang berakhlak akan sentiasa menjaga
maruah diri mereka dan juga maruah keluarga.
Di samping itu, ibu bapa juga perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana
yang kita ketahui , rakan merupakan golongan kedua yang paling hampir dan rapat dengan remaja selain ibu
dan bapa.Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya
kita berbau harum, dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga turut terkena percikan
apinya. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan mengamalkan
pergaulan bebas. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan dengan siapa anak mereka berkawan. Ibu
bapa perlu menasihati dan memberi kesedaran kepada anak tentang batas-batas pergaulan antara lelaki
dengan perempuan bagi mengelakkan berlakunya hubungan intim dan keterlanjuran yang secara tidak
langsung menyumbang kepada berlakunya jenayah pembuangan bayi ini. Berkawan antara lelaki dengan
perempuan tidak mengapa, asalkan tahu batas-batas pergaulan. Jangan sampai mendorong melakukan
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
maksiat, melakukan zina seterusnya mengandung anak luar nikah. Akhirnya, untuk menutup malu, lalu
remaja yang terlibat sanggup membuang bayi yang tidak bersalah di masjid, di depan rumah atau dibuang ke
dalam sungai. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak agar berkawan dengan kawan yang mempunyai akhlak
yang baik, berwawasan dan mendorong melakukan aktiviti yang berfaedah. Kawan yang baik dan berakhlak
akan mengelakkan diri daripada menghampiri maksiat dan kejahatan. Mereka akan sentiasa menjaga adab
pergaulan.
Agama teras kehidupan dan merupakan panduan kepada setiap penganutnya. Oleh itu, ibu bapa
perlu memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama merupakan benteng
yang ampuh untuk untuk mengelakkan golongan remaja terjebak dalam kancah maksiat. Mereka akan dapat
membezakan antara baik dan buruk, halal dan haramnya tindakan serta perlakuan yang akan dilakukan.
Anak-anak akan mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya
negatif. Oleh itu, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mendalami bidang agama seawal usia tujuh tahun.
Apabila pegangan agama menguasai diri, seseorang itu akan berfikir berulang kali sebelum melakukan
sesuatu yang menyalahi ajaran agama. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak
mereka menghadiri kelas-kelas yang mengajar anak-anak ilmu keduniaan berbanding dengan program-
program kerohanian dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada
perkembangan dan kemajuan seseorang. Didikan agama yang kurang akan menipiskan tahap keimanan
seseorang. Akibatnya mereka tidak takut untuk membuat dosa dengan beranggapan perbuatan tersebut tidak
mendapat balasan Alllah SWT pada masa itu juga. Remaja yang nipis imannya tidak dapat bertindak secara
rasional dan lebih suka bertindak mengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah. Lantaran itu, bagi
remaja yang melahirkan anak tidak sah taraf ini, mereka sanggup membuang bayi mereka kerana bertindak
mengikut emosi dan tidak memikirkan bahawa perbuatan mereka ini akan menambahkan lagi dosa yang
sedia ada. Seandainya anak yang dibuang itu masih hidup dan ditemui oleh orang lain, akan selamatlah anak
tersebut, tetapi seandainya bayi itu mati, jadilah dia seorang pembunuh.
Seterusnya langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menangani masalah pembuangan bayi
ini adalah mengubah tanggapan dan persepsi mereka terhadap anak-anak. Jangan memberikan
kebebasan yang keterlaluan kepada anak-anak. Ibu bapa perlu membuat ketetapan dan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh anak-anak terutamanya kepada anak-anak perempuan kerana gejala pembuangan bayi ini lebih
melibatkan golongan remaja perempuan. Tetapkanlah peraturan, anak-anak perempuan tidak dibenarkan
keluar malam atau pulang lewat malam. Selain itu, ibu bapa perlu menegur anak-akan perempuan agar tidak
memakai pakaian yang terlalu mencolok mata sehingga menimbulkan keghairahan orang lain untuk
menghampiri mereka dan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mereka. Keadaan ini bukan hanya
berlaku di luar rumah, malahan mungkin akan berlaku di dalam rumah sendiri yang boleh menyebabkan
berlakunya sumbang mahram yang akhirnya melahirkan zuriat. Ibu bapa perlu mengawasi pergerakan
anak jika sekiranya ada sesuatu yang meragukan. Sebab pernah terjadi, anak yang masih bersekolah
mengandung tanpa disedari oleh ibu bapa disebabkan kurang berkomunikasi dengan anak-anak. Selain itu,
ibu bapa juga jangan terlalu mengongkong anak-anak. Sekiranya mereka berpeluang hidup berjauhan
dengan keluarga, mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang terlintas difikiran mereka tanpa berfikir
panjang. Anak-anak akan berubah sikap seperti membujur lalu melintang patah dengan bertindak liar
tanpa pengawasan ibu bapa. Hal ini berlaku terutamanya bagi anak-anak gadis yang berpeluang menuntut di
pusat-pusat pengajian tinggi kerana beranggapan mereka bebas melakukan apa-apa sahaja. Jangan sampai,
‘sudah terhantuk baru terngadah’ dan ‘nasi sudah menjadi bubur’. Sesungguhnya, ‘sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.
Intihanya, gejala pembuangan bayi yang serius tiada penghujung sekiranya tidak ada kesedaran
dalam kalangan masyarakat sarwajagat untuk mengubah sikap kerana untuk menangani masalah
pembuangan bayi ini bukan hanya menjadi tanggunggjawab ibu bapa sahaja tetapi memerlukan kerjasama
semua pihak. Langkah-langkah yang diambil sewajarnya akan menjadi anjakan paradigma dalam kehidupan
agar setiap remaja yang terdedah kepada gejala negatif ini perlu mempunyai semangat yang kuat untuk
menghadapi cabaran. Gejala tersebut merupakan satu kesalahan yang amat kejam. Sedangkan haiwan pun
tidak berlaku kejam kepada anaknya. Anak itu satu anugerah daripada Tuhan. Oleh itu, kita mesti
menghargainya dengan baik dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya masih ada ruang untuk ibu-ibu muda
yang mengandung anak luar nikah ini mencari jalan pulang, bak kata pepatah Melayu, ‘sesat di hujung
jalan, kembali ke pangkal jalan’. Walaupun di depan jalan amat berliku, namun remaja yang terlibat perlu
menguak halangan untuk mencari sinar kehidupan.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
LATIHAN 7 (Dimensi Keluarga)

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada
masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan
terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak
kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan
secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti,
darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-
anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk
memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar
yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Ibu bapa perlu merujuk
kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Anak-anak digalakkan
mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih kerana baik untuk kesihatan mata, gusi, kulit serta
mengekalkan kecergasan tubuh badan. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti
anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan
memasak makanan untuk anak-anak dan mengelakkan makan di luar rumah kerana makanan di luar,
khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan, dibimbangi telah tercemar kerana mungkin terdedah
kepada habuk dan asap kenderaan serta banyak mengandungi perisa makanan yang tidak baik untuk
kesihatan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan makanan ringan oleh
anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula
yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli.
Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk
amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak
akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang
keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya, anak-anak mampu
membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan
sekurang-kurannya 30 minit sehari dan tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah
senam robik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa
yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa
pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri
dari aspek fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang mengamalkan
senaman dan beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas semasa
guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut kajian, murid-murid yang tidak gemar
bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk berkelakuan pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan
mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk
bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun di
hospital atau klinik kesihatan yang berhampiran. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam
darah dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat agar ibu bapa dapat memastikan tahap kesihatan
anak-anak berada dalam keadaan sihat dan baik. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana
mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani
rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika ibu
bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segera membawa anak-anak berjumpa
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Hal
ini penting bagi membantu ibu bapa mengawal penyakit yang dihidapi anaknya daripada menjadi lebih
serius dan kronik, bak kata pepatah cegah sebelum parah. Seterusnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-
anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan
kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri dan
kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat
yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan
aspek berkenaan mungkin boleh membawa pada. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya
hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak
mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama
ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman
perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik
pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian,
ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak mereka sekaligus akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam diri anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari
ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang
sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang masa dan merugikan
diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak
langsung kehadiran kita dapat melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada
diri pesakit itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan
sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak
akan bersyukur atas kurniaan badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-
anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun
pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tegasnya, amalan
menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu menanamkan amalan gaya hidup yang
sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar
yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Anak-anak yang mendapat tidur
yang secukupnya berupaya menambah tenaga untuk bergiat aktif ketika di sekolah. Bagi anak-anak yang
telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan
selesa. Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008, menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya.
Namun, ramai dalam kalangan anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam
walaupun keesokannya merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan berasa cergas dan badan
akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga terganggu dan lama-kelamaan prestasi
mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah
menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan
sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mendapat rehat yang secukupnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak.. Amalan ini adalah penting untuk
dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-
langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak kata
pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya
hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya,
tidak hendak seribu dalih.
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
LATIHAN 5 (Dimensi Keluarga)

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.

Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau
empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat
kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan
bekerjasama antara satu sama lain. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “Jiran Sepakat
Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan
mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu
perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden,
semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur. Oleh itu, semua
lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar
diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat
majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak
lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-
royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong,
semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang
akan dilakukan. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “
tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong
ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat
bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar
dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti . Apabila dewasa kelak,
anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu
bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan
dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada
anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri.
Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ ke bukit sama di
daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk
mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu
bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka..
Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain
mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-
masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban
yang ditanggung oleh jiran. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu
memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital,
memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan
nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka.
Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis
rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
bersama. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama
lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu
perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan
itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara
ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun
Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya,
majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli
masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam
kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat
kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa
anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran
kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat
kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta
membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah
berpegang teguh pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita,
sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara
tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut
mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu
bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk
semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri
dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari
Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap
diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Selain itu, ibu bapa boleh
mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Sebagai contoh, melalui
Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan
kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak
diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam
peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-
menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan
dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan membentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika
kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan
berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan
dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya
murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam
kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah
utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan
semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
LATIHAN 6 (Dimensi Keluarga)

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini. Jelaskan
peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk
pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai
kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia
sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara
hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato’ Maharajalela, Dato’ Bahaman, Tok
Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan
kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh
pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya,
apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ,
terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan
dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul
pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan
sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat yang
bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan sahaja
dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan silaturahim yang
erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh dijadikan amalan
setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat patriotik
dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah
atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui
lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat
membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut
mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan
bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat
penting. Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik
dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah
dipupuk sejak dari kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-
anak membesar nanti, mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana
kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
dicampak ke bumi menjadi penawar.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada
anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan
sokongan terhadap negara. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang
tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa
boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang Sejarah
Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan
sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara
dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak
bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-
sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September
dan sebagainya. Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat
disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, anak-anak dapat bersama-sama
mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak kemerdekaan, mendengar
perkisahan cerita-cerita tentang kesengsaraan pengorbanan para pejuang tanah air untuk
memerdekakan negara, dan sama-sama menyaksikan perbarisan yang boleh menyemarakkan
semangat cinta akan tanah air. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan
kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah
disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat
menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang
harus dikorbankan demi melihat Malaysia berdiri megah seperti sekarang. Dengan menyertai
aktiviti sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada
kaum lain dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan
antara kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat
patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari
Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat
dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa ‘ tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia’. Hal ini amat
jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan
personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan
bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Karangan Dimensi Masyarakat/Negara
Latihan 5:

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu
tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan
kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan
ini?

Orang Kelainan Upaya (OKU)ialah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat keadaan fizikal atau
mentalnya sejak lahir atau kesan kemalangan atau penyakit tertentu. Kecacatan fizikal dan mental ini
menghalang mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti normal seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan
pekerjaan. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)secara umumnya dapat dikategorikan kepada dua
kumpulan utama, iaitu kurang upaya secara kekal dan kurang upaya secara sementara. Walaupun banyak
kekurangan yang ada , masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka juga turut
memberi sumbangan kepada negara. Oleh sebab itu, pelbagai usaha patut dilakukan bagi membantu
OKU meneruskan kehidupan dengan sempurna.
Antara usaha yang dapat dilakukan ialah masyarakat perlu menerima kehadiran golongan
kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini
kerana masyarakat perlu sedar bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna
malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kelainan Upaya (OKU)haruslah
diberi layanan yang baik kerana mereka turut mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Mereka
tidak suka dipandang rendah dan dianggap tidak berguna. Namun begitu kita harus melayan mereka secara
istimewa dalam keadaan-keadaan tertentu seperti membantu mereka melintas jalan, memberi tempat duduk
di dalam kenderaan awam dan sebagainya. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan penting dalam mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, simpati,belas kasihan dan tolong menolong agar
mereka dapat membantu OKU dengan seikhlas hati.
Media massa sama ada media elektronik atau media cetak juga berperanan penting dalam
membantu golongan kurang upaya ini. Pihak media massa perlu menyiarkan artikel dan rancangan khas
tentang OKU kepada segenap lapisan masyarakat. Rancangan di TV3 seperti Bersamamu kerap kali
memaparkah kisah sedih dan pilu OKU untuk perhatian masyarakat. Melalui rancangan ini , perasaan
masyarakat pasti akan tersentuh dan secara tidak langsung wujud perasaan simpati dan terpanggil untuk
menghulurkan bantuan. Dana dan tabung khas disediakan oleh pihak media bagi memudahkan masyarakat
menyalurkan bantuan kewangan kepada OKU. Oleh hal yang demikian nasib OKU akan terbela dan
mendapat simpati berterusan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan mereka.
Selain itu, kerajaan juga pula dapat membantu OKU dengan memberi peluang kepada
mereka untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bidang . Golongan Kelainan Upaya
(OKU)diberi peluang mengikuti latihan kemahiran seperti membaiki kenderaan dan peralatan elektrik,
membuat kek, keropok dan kraf tangan di Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Pusat Latihan dan Pemulihan
Orang Cacat(JARO) dan lain-lain institusi. Di sini ,OKU dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran supaya
mereka dapat berdikari dan boleh bekerja sama ada makan gaji atau berniaga sendiri . Setelah mantap
dalam bidang pekerjaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain
membantu negara dan tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup sendiri dan
keluarga.
Tambahan pula, pihak kerajaan juga turut membantu OKU dengan memberikan bantuan dan
elaun dalam bentuk wang ringgit , makanan dan minuman, pakaian , tempat tinggal, peralatan
pembelajaran dan kenderaan khas. Peruntukan dari kerajaan ini disalurkan melalui Jabatan Kebajikan
Masyarakat, MARA dan sebagainya. Bantuan seperti ini bukan sahaja dapat meringankan beban OKU
malah dapat mengembirakan hati mereka dalam meneruskan kehidupan di dunia ini. Bantuan modal juga
diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata
golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah
berusaha memberi bantuan modal kepada semua OKU yang berminat melalui permohonan dan sokongan
daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk
membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada
orang lain.
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan peluang untuk menyambung pelajaran di
peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang
berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-
anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan
tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang
mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meningkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup
mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu.
Di samping itu, pihak swasta pula digalakkan mengambil pekerja OKU untuk berkhidmat
dalam syarikat mereka. Mereka perlu memberi peluang ini kerana golongan OKU juga mampu
menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada
OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja
sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja.Selain itu, usaha murni Pasaraya Besar Carrefour
yang telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya ialah OKU haruslah diberi pujian kerana mereka
memberi peluang kepada OKU dan membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga
mereka.
Kesimpulannya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan
dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak
terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut.
Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam
era pemodenan negara menjelang tahun 2020 nanti. Kata pepatah muafakat membawa berkat sangat
sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Latihan 2: Dimensi Masyarakat/Negara

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya
yang berlainan, perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan
negara.
Sarankan usaha-usaha meperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di
negara kita.

Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama
hitam, hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan
damai. Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh perpaduan kaum bukannya mudah.
Pelbagai usaha dijalankan ke arah perpaduan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional, Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional, Sekolah
Wawasan, dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Persoalannya, apakah usaha-
usaha memperkukuh perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini?
Antara usaha untuk memperkukuhkan perpaduan kaum di negara ini ialah rakyat
Malaysia perlu menyertai aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, masyarakat boleh
mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan. Masyarakat yang berbilang
kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan seperti
membersihkan kawasan longkang, semak-samun dan sebagainya. Melalui aktiviti
kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan
dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Tegasnya, jika kita mengamalkan
prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati suasana harmoni
dalam kalangan masyarakat.
Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung seperti rumah
terbuka rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk
semangat perpaduan. Kebudayaan dan adat resam antara kaum dapat difahami dengan lebih
mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman, bertimbang rasa serta membina
masyarakat yang saling menghormati. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang
jernih ternyata mampu menjalin hubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
Tambahan lagi sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi
atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk
tempatan. Usaha ini secara tidak langsung, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih
mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama
lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.
Di samping itu, pendidikan juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada semua kaum dan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan sejak dari
kecil lagi malahan dapat memupuk semangat kerjasama melalui aktiviti kokurikulum dan
kokurikulum. Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan generasi Malaysia yang lebih
bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu serta tidak mempunyai masalah perhubungan
dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin ini sejak di prasekolah lagi sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk
membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada prinsip Rukun Negara. Hal ini sangat
penting untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak di
bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-
cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Bagi mempererat perpaduan antara kaum di bumi bertuah ini, media massa pula
mempunyai peranan yang tersendiri. Semua saluran media di Malaysia, tidak kira media
cetak atau elektronik, membuat liputan yang begitu bertanggungjawab tentang isu-isu yang
membabitkan kaum. Pihak media jarang-jarang menyiarkan berita yang boleh menggugat
perpaduan nasional dan kestabilan politik negara. Pihak media harus sedar betapa besarnya
peranan dan pengaruh yang ada pada mereka. Justeru, mereka sungguh berhati-hati dalam
mengendalikan sesuatu isu sensitif yang menyentuh soal bangsa, agama dan bahasa. Banyak
pengajaran yang telah kita terima daripada peristiwa-peristiwa hitam yang pernah melanda
negara seperti Peristiwa 13 Mei 1969.
Seterusnya, perpaduan dapat dikukuhkan melalui penglibatan dalam kegiatan
sukan. Hal ini demikian kerana melalui bersukan, semua lapisan masyarakat dapat
melibatkan diri tanpa mengira perbezaan kaum. Berkongsi minat dalam sukan yang sama
akan melahirkan sikap tolong-menolong dan saling menghormati di samping memupuk
semangat kesukanan dan semangat berpasukan yang tinggi. Rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum akan sama-sama memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet yang bertanding atas
semangat Malaysia Boleh. Tegasnya, kegiatan sukan dapat menyatukan semua kaum dalam
sesebuah pasukan.
Secara tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama
untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat
berkembang maju dengan lebih lancar bawah gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Oleh itu, kita yang sudah melalui
zaman prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh
semangat perpaduan kaum. Semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila
agarWawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Latihan 3: Dimensi Masyarakat/Negara

Kejadian tanah runtuh merupakan petaka yang terjadi akibat kelalaian manusia. Manusia masih
mempunyai cara untuk mengelakkan tanah runtuh.
Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh.

Bencana tanah runtuh merupakan satu fenomena yang serius seperti kejadian tanah runtuh di Bukit
Antarabangsa, Kuala Lumpur pada Disember, 2006 dan kejadian meragut nyawa anak-anak yatim di Hulu
Langat baru-baru ini memerlukan satu pendekatan yang dinamik dan menyeluruh. Fenomena ini merupakan
rentetan daripada kegagalan pelbagai pihak bertindak ke atas kesan-kesan semula jadi dan tindakan manusia.
Pelbagai reaksi yang ditunjukkan, ada pihak melempar batu, sembunyi tangan. Ada pihak tidak ambil
pusingdengan tanda-tanda awal kejadian mungkin berlaku. Justeru, usaha-usaha yang lebih pragmatis perlu
dilakukan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini lagi.
Pemusnahan hutan dan aktiviti pembalakan tanpa kawalan lazimnya dikaitkan dengan
fenomena tanah runtuh ini. Kerakusan manusia menggeledah rimba raya dan bukit bukau ini telah
mengganggu ekosistem dan lestari alam. Keadaan tanah di cerun bukit digondolkan serta mendedahkanya
kepada risiko tanah runtuh. Pokok-pokok yang menjadi ikatan kepada tekstur tanah telah ditebang dan
dibuang. Apabila hujan turun air yang mengalir menjadi beban kepada cerun yang longgar dan tidak stabil.
Hal ini boleh menyebabkan tanah rebah seperti yang pernah berlaku di tanah tinggi Genting Highland dan
Pos Dipang satu ketika dahulu. Oleh itu, kawalan terhadap penebangan hutan dan aktiviti pembalakan ini
diharapkan dapat menjadi satu usaha jitu dalam menyelamatkan cerun dan tanah daripada runtuh dan
mengancam nyawa.
Selain itu, usaha menanam semula tumbuh-tumbuhan selepas aktiviti pembangunan merupakan
langkah yang agak efisen bagi meminimakan kejadian tanah runtuh. Manusia mengolah alam sekitar dan
hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, dan
mendirikan tempat rekreasi. Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk
pertanian, perumahan, industri, perlombongan, membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau.
Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar alam persekitaran serta menghapuskan habitat semula jadi, banyak
sepsis tumbuhan musnah. Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terbabit membuang segala sifat evasif
dengan memikul tanggungjawab lapang bagi memampatkan kembali kelonggaran tanah akibat
pembangunan. Ghalibnya, usaha ini dapat kembali menguatkan tanah yang telah melalui proses
pembangunan.
Bagi mengelak kejadian buruk ini, negara perlu mendepani persaingan pembangunan dengan
strategik dan bijak. Tindakan strategik dan sistematik terhadap setiap pelan pembangunan adalah sangat
mustahak dipraktikkan bagi memastikan pembangunan tidak mengundang padah. Pembangunan
terancang mestilah bersifat mesra rakyat, mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Kita ambil
contoh, pembangunan tanah perlu diberi perlesenan wajar, mengambil kira jenis tanah dan kawasan serta
faktor cuaca dan alam semula jadi. Perancangan pembangunan perlu melihat simbiosis alam dengan projek
yang bakal dimajukan. Usaha ini diharapkan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Tanah runtuh juga mungkin dapat dielakkan, jika negara menguatkuasakan undang-
undang. Hanya undang-undang sahaja yang dapat mencegah kedegilan dan kerakusan manusia mengaut
keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan sosial. Pesalah perlu dihukum mengikut undang-undang. Rasuah
dan sikap pilih bulu perlu diketepikan sama sekali dalam menjayakan agenda negara agar keberkesanan
tindakan dapat dilihat hasilnya. Penetapan akta seperti Akta Pembangunan, akta tanah, akta perhutanan
dapat menjaga hak dan menyelamatkan situasi genting. Pembangunan dilakukan dengan berhati-hati sudah
pasti dapat meminimakan kejadian ini.
Konklusinya, sikap bertanggungjawab semua pihak amat perlu dalam mengelakkan kejadian tanah
runtuh ini. Setiap langkah keselamatan dan peraturan tidak boleh dipandang enteng kerana sikap
sedemikian sering mengundang padah. Bagi mengatasi masalah ini, sinergi dari semua lapisan masyarakat
sahaja dapat menjayakan misi dan visi murni ini. Sesungguhnya, tindakan kita perlu umpamamenarik
rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Kerja yang teliti pasti membuahkan hasil
yang baik.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
SOALAN: ISU GEJALA SAMSENG DI SEKOLAH SEMAKIN LELUASA SEHINGGA
MEMBIMBANGKAN BANYAK PIHAK. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH PUNCA
BERLAKUNYA GEJALA SAMSENG INI?

Sedasawarsa ini, isu gejala samseng di sekolah sering meniti dari bibir ke bibir umat
manusia di segenap empat penjuru dunia. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia, peratus
gejala samseng meningkat secara drastik dari semasa ke semasa sekali gus menyebabkan imej
negara tercalar di persada dunia. Rekod polis telah menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar
yang cerdik pandai telah menjadi bagai pelanduk di cerang rimba akibat gejala buli yang semakin
ganas. Dalam hal ini,apakah punca gejala samseng yang menjadi duri dalam daging institusi
pendidikan di negara ini?

Punca perdana yang mendorong aktiviti gejala samseng ini adalah ramai dalam kalangan
pelajar kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana
dengan kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa, seseorang itu akan menjadi lebih liar dan
sukar dikawal oleh penjaganya. Kebiasaannya, pelajar samseng akan mempunyai sikap
hedonisme dan bertindak mengikut nafsu. Lantaran itu, apabila nafsu mereka tidak dipenuhi,
mereka akan melepaskan geram tersebut kepada seseorang. Hal ini jelas membuktikan bahawa
mereka jarang menggunakan akal fikiran mereka yang waras dalam membuat sesuatu keputusan
dan pertimbangan, persis kata orang tua-tua, akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja
yang menentukan, nafsu ialah rasuah yang akan menggulingkan menteri dan raja itu. Gejala
samseng ini berlaku apabila pelajar yang lemah dan muda daripada mereka menjadi sasaran
utama bagi samseng yang ingin memuaskan nafsunya. Sebagai contoh, pembuli tingkatan empat
yang tidak dapat merokok untuk seharian suntuk akan melepaskan perasaan yang terpendam
terhadap mangsa yang berada di tingkatan dua iaitu pelajar yang lebih muda daripadanya. Jika
ibu bapa memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak mereka, maka
gejala buli ini akan berkurangan dan mungkin akan menemui titik noktahnya. Jelaslah bahawa, isu
gejala samseng di dada akhbar dapat dikurangkan apabila ibu bapa memberi perhatian dan kasih
sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, pelajar kurang mendapat didikan agama dan moral secukupnya
merupakan pencetus gejala samseng di sekolah. Dalam Al-Quran telah dijelaskan bahawa Islam
merupakan agama yang syumul justeru Islam menyeru umat mansia melakukan kebaikan dan
melarang umat manusia melakukan kejahatan. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut, pelajar
yang kurang didikan agama dan moral sudah pasti tidak tahu membezakan antara buruk dan baik.
Selain itu,mereka juga tidak mempunyai misi hidup seperti kapal yang berlayar tanpa haluan.
Sehubungan dengan itu, mereka sering melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan impaknya
pada kemudian hari. Tambahan pula,umur mereka yang setahun jagung itu menyebabkan mereka
tidak pernah terlintas yang masa depan mereka semakin kabur apabila mereka menjadi seorang
samseng. Tamsilnya, seorang pelajar yang bergelar samseng di sekolah mungkin tidak dapat
melanjutkan pelajaran mereka ke menara gading sebaliknya menghabiskan hidup dengan aktiviti
yang tidak berfaedah. Seandainya pelajar mendapat didikan ilmu agama dan moral yang mustaid,
sudah pasti gejala samseng dapat dikekang dengan mudah. Tegasnya, pelajar yang kurang
didikan agama dan moral mudah terdorong menjadi seorang samseng yang seterusnya menjadi
barah kepada masyarakat.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor gejala samseng
leluasa dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana rakan sebaya akan
mempengaruhi pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan
perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dan rapat
dengannya. Pelajar yang menyimpang tingkah lakunya akan mencuba untuk mempengaruhi
kawan-kawannya yang untuk menyertai tindakannya yang negatif itu. Di sebuah sekolah, pelajar
bebas bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa,latar belakang dan kaum yang
berbeza-beza yang dihimpunkan di dalam satu institusi pendidikan yang sama. Oleh itu, pelajar
yang menjadi samseng itu dianggap sebagai nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Sebagai contoh, pelajar yang menjadi samseng akan menyebabkan prestasi sekolah itu menurun
dan pada masa yang sama menjejaskan nama baik sekolah itu kesuluruhannya. Sekiranya pelajar
menjauhi gejala samseng ,prestasi sesebuah sekolah akan terpelihara. Sudah terang lagi
bersuluh, gejala samseng di sekolah dapat diatasi jika seseorang pelajar itu memilih rakan sebaya
yang cenderung ke arah kelakuan positif.

Di samping itu,media massa merupakan penyumbang utama kepada gejala samseng


dalam kalangan belia di bangku sekolah.Program-program televisyen khasnya, lebih
mementingkan hiburan daripada menyebarkan maklumat yang bermanfaat. Tayangan-tayangan
filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam
jiwa remaja terutama pelajar sekolah. Adegan-adegan lucah telah menjadi halwa mata yang
menjadi keutamaan bagi mereka. Jadi, apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu
golongan remaja amnya, akan meniru gaya dan aksi artis pujaan mereka. Natijahnya wujudlah
budaya ‘punk’, bertindik di telinga kiri bagi lelaki, seks bebas, dan lebih dahsyat lagi gejala
samseng yang semakin leluasa. Secara tidak langsung, aktiviti ini mencetus kemelut jati diri bagi
remaja yang sedang mencari identiti diri seterusnya terlibat dalam gejala hedonisme
ini.Seandainya, media massa menapis kandungan filem tersebut,kemungkinan peratus pelajar
yang terjerumus dalam gejala samseng dapat dikurangkan.Pendek kata, media massa juga
merupakan faktor utama gejala samseng semakin leluasa di sekolah.

Jika ditinjau dari aspek pendidikan pula, terdapat banyak ruang kosong yang harus
dipenuhi bagi mengatasi gejala samseng di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem
pendidikan di Malaysia lebih banyak menekankan kecemerlangan akademik berbanding
sahsiah.Pelajar sering di ajar cara untuk menjawab soalan bagi menghadapi peperiksaan
berbanding cara untuk menjadi insan yang bersahsiah demi menjalani kehidupan yang sebenar.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia sering menguji pelajar
dari aspek pendidikan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),Penilaian Menengah
Rendah(PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) berbanding sahsiah yang hanya diajar melalui
subjek Sivik dan Kewarganegaraan.Berdasarkan sejarah,tamadun yang berjaya ialah masyarakat
yang mempunyai adab dan sahsiah yang tinggi .Jika kerajaan memberikan penekanan sedikit
terhadap pendidikan sahsiah pelajar, maka sudah pasti gejala samseng di sekolah akan
berkurangan.Sesungguhnya, kerajaan harus menggubal satu sistem pendidikan negara yang
lebih mementingkan sahsiah bagi mengatasi gejala samseng di sekolah.

Tuntasnya, isu gejala samseng di sekolah tidak seharusnya dibiarkan terus merebak.
Semua pihak seharusnya bersinergi mengatasi gejala samseng ini yang sudah pastinya banyak
memberi onar kepada banyak pihak. Ibu bapa memainkan peranan peri vital kerana mereka
merupakan ihsan yang paling rapat dengan para remaja. Aforisme pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara menunjukkan betapa pentingnya remaja kepada negara. Oleh sebab itu,
generasi sekarang yang sudah tersasar dari landasan yang benar perlu ditarik balik untuk kembali
ke pangkal jalan agar negara kita mampu melahirkan generasi minda kelas pertama yang bukan
sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga cemerlang dalam bidang akademik.

(1017 patah perkataan)

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

SOALAN: Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah.


Namun, menyebarluaskan maklumat melalui internet boleh menjadi
ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah
negara. Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat


dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai
satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet
dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan
internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah
sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.
Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti
kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan
internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat
kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui
internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan
remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan
seperti media massa yang lain.
Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi
mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau
sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya
program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain
tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus
malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang
kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang mengejutkan
sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui
kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan
menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik
yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya
menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.
Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang
berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang
bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah
semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini
atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat
menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan
gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.
Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita
di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet
semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh
kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang
tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh
menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.
Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet
tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu.
Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh
membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa
masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak
atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu
dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak
tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam
jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih
bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang
cuba menghancurkan keamanan negara kita.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

ISU PERMAINAN TRADISIONAL

Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang
berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat
dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga
seakan melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan
tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu,
adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku?
Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan
martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-
sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan permainan
tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa
menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional
kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan
memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai
hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga
boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara
bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang
mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-layang
dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan
tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam
minum air.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional
sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan
menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan
permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan
mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan
itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap
generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta
mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya
dapat mempopularkan permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita terus pupus dan lenyap
begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut,
agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping
mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang
ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti
akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan
tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,
pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat
dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran,
dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata
tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang
dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada
generasi baru.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan
permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan
berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan
mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung
membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana
Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama
berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar cara-cara
bermain tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong
terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa,
pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional
kepada masyarakat luar.

Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan inisiatif yang agak praktikal
untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua
pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini
demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan ’berlaga’ untuk mendapatkan
sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor
korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah,
daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai
badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat
permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai
pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.

Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan
tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak
seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan
warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap
masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi
mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi
semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat
Cemerlang. Malaysia Boleh!.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam
sektor pelancongan. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk
disiarkan oleh akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-usaha
Untuk Memajukan Sektor Pelancongan Negara”.
Tulis rencana itu selengkapnya.

JAWAPAN:

Usaha-usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan Negara


oleh
Nur Yusmira Adilla bt. Mohamed

Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber


pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di negara
ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan telah
menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan berkembang
pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun, masih ada ruang
dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk memastikan semua pihak
mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini. Jika ditinjau dengan mendalam
terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk memajukan sektor pelancongan di
negara kita.

Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara (negara-
negara asing). Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh pihak-pihak yang
terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam program
inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep pelancongan kesihatan,
agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya hendaklah dikembangkan.
Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim buah-buahan seperti musim
durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk pelancongan yang diperkenalkan
mestilah dapat menarik hati pelancong-pelancong mancanegara. Biasanya pelancong
luar mahu melihat sesuatu yang tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus
mengambil peluang untuk memperkenalkan keunikan negara ini dengan
mengetengahkan budaya hidup dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh,
pelancong wajar dibawa untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan
mendalami cara hidup mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu dapat meningkatkan sektor berkenaan.

Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh


pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat menarik di
negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan masyarakat pelbagai kaum.
Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakej-pakej pelancongan yang
kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival seperti ini hendaklah diadakan
di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan pada rantau yang jauh seperti di
Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai contoh karnival wajar diadakan di Brazil
untuk menarik minat pengunjung di sana datang ke Malaysia dan menghebahkan
kehebatan negara kita, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang
demikian, penganjuran karnival pelancongan di luar negara merupakan langkah yang
berkesan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang
menarik.

Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor


pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia
dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun Melawat
Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke negara kita dengan
lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang tahun ini menyediakan
pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke negara ini. Misalnya,
pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan untuk para pelancong.
Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk memeriahkan sambutan Tahun Melawat
Malaysia ini lagi. Selain badan-badan kerajaan, pihak swasta juga memikul
tanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
kompetitif, bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel,
syarikat penerbangan, dan syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri
untuk menjayakan kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan


dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua pihak
hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu kerajaan
mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat, bak kata
pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya. Jika tidak,
segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di negara ini akan sia-sia dan
tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan
mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak yang terbabit akan
menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
SOALAN: Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan
untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang
mempertikaikan usaha mereka ini.

Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.

Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf tangan
terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh tindakan kerajaan yang giat
memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti kraf tangan ini untuk menambah
pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan ialah masih ada suara-suara sumbang yang
menganggap tindakan penduduk desa ini tidak akan berjaya. Jadi, apakah pencetus yang
menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha penduduk desa ini?

Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu kerja penduduk
desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini masih di takuk lama yakni tiada
perubahan drastik seperti reka bentuk dan penggunaan warna produk. Mereka menganggap
aktiviti sampingan penduduk desa yang memang tidak mengutamakan kualiti. Pada mata
golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang lebih baik walaupun anggapan mereka itu
jauh daripada kebenarannya.

Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa itu sendiri.
Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk
memasarkan hasil kraf tangan ini terutama di pasaran antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau
lebih tepat lagi agensi khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf
tangan negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan pemasaran
sahaja.

Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan golongan yang
menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong asing yang kecil dan kekurangan
minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk membeli hasil kraf tangan pada mereka telah
menyebabkan usaha ini tidak perlu diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah
pelancong asing yang lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan
yang menyeluruh.

Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam usaha
meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat kerajaan tidak memberi
galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan cukai keuntungan atau memberi bantuan
teknikal dalam usaha menembusi pasaran luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung
kepada kerajaan tanpa berusaha sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara
dalam usaha mengembangkan pasaran kraf tangan negara.

Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS, Kementerian


Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius tanggapan negatif segelintir
masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah proaktif dalam membuat perancangan untuk
menangani pandangan negatif mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan
pendekatan yang baru atau berbeza dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf
tangan negara memang berpotensi untuk dikembangkan secara komersial.

(391 patah perkataan)

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
SOALAN: Rancangan muzikal di media massa sering dikatakan tidak membawa makna.
Namun, rancangan sebegitulah yang mendapat sambutan masyarakat.

Huraikan kebaikan-kebaikan dan keburukan yang tercetus daripada muzik di


negara ini.

Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi
tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan
yang penuh cabaran ini. Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan
hangat masyarakat terutama remaja. Sesungguhnya, muzik mempunyai pelbagai natijah yang
mampu mengubah kehidupan sesebuah negara itu.

Sekali pandang pandang muzik memang membawa kebaikan. Muzik mampu memberi
ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan
tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu
menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan
gembira. Sesungguhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan
minda dan fizikal seseorang itu.

Malah, muzik mampu memberi imej baru atau memperkaya muzik tradisional sesebuah
negara itu. Keadaan ini mampu diwujudkan kerana muzik tradisional dianggap tidak bersesuaian
dengan keperluan alaf globalisasi yang mengutamakan muzik rancak sahaja. Rancangan muzik
yang disiarkan oleh media tempatan mampu mengorak langkah untuk menyebarkan pengaruh
muzik tradisional terutama dalam kalangan remaja. Jadi, muzik memang mampu meninggikan
imej muzik tradisional kita.

Bukan sahaja imej muzik tradisional mampu ditingkatkan tetapi imej negara pada mata
masyarakat antarabangsa turut meningkat. Muzik sering dikaitkan dengan tahap kemodenan
sesebuah masyarakat dan neagra itu mengikut piawaian antarabangsa. Semakin tinggi minat
masyarakatnya terhadap muzik semakin modenlah sesebuah negara itu. Contohnya, masyarakat
negara moden seperti Jerman dan Sweden sering menyaksikan pelbagai konsert muzik yang
diadakan tanpa mengira muzik itu tradisonal atau moden.

Selain itu, muzik turut mampu memberikan satu kerjaya yang baik terutama kepada remaja.
Keadaan ini berlaku kerana bidang muzik di negara ini masih belum diteroka dengan seluasnya.
Permintaan sebagai ahli muzik masih tinggi dan persaingannya tidak begitu sengit berbanding
dengan negara-negara maju yang lain. Dalam masa yang sama negara mula menganggap
keperluan muzik menjadi penting dengan pelbagai konsert muzik diadakan setiap tahun di negara
ini. Maka, semakin ramailah pemuzik yang diperlukan oleh negara dalam tempoh mendatang ini
terutama muzik orkestra.

Keburukan yang ketara daripada muzik ialah aktiviti ini menyebabkan remaja terutamanya
mudah terjebak dengan pergaulan yang bebas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya gejala
sosial yang mendapat perhatian masyarakat seperti isu pembuangan bayi dan penyalahgunaan
dadah. Suasana dan tempat muzik sering menimbulkan masalah kepada remaja terutama aksi
muzik barat moden yang dianggap terlalu menyimpang daripada budaya tempatan. Oleh itu,
muzik turut membawa remaja kita terpesong sahsiahnya.

Kesimpulannya, muzik bukanlah seseuatu yang hanya membawa kebaikan tetapi juga
impak negatif yang tersendiri. Setiap individu haruslah menilai dan melihat muzik itu daripada
keperluan peribadi mereka untuk memastikan bidang muzik ini membawa impak positif.
Peribahasa melayu ‘tepuk dada, tanya selera’ membuktikan bahawa buatlah sesuatu mengikuti
keperluan dan kehendak seseorang terutama yang memberi kebaikan sejati.

(427 patah perkataan)


Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Gejala Ponteng Sekolah

SOALAN: Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar
ponteng sekolah.

Berita tentang gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
menengah sering menghiasi dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini.Isu ini telah hangat
dibincangkan oleh orang ramai di kedai-kedai kopi sehinggalah di Parlimen.Walaupun pelbagai
langkah telah diambil bagi membanterasnya, gejala ini tetap berlaku dan semakin
membimbangkan.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ini semakin berleluasa
dalam kalangan pelajar.

Sikap ibu bapa yang kurang prihatin merupakan faktor utama mengapa pelajar sekolah
sering ponteng sekolah.Hal ini demikian kerana terdapat dalam kalangan ibu bapa yang begitu
sibuk dengan urusan keduniaan sehingga melupakan tanggungjawab mereka sebagai ibu
bapa.Oleh itu, anak-anak mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang negatif kerana
mengetahui pergerakan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa mereka. Sebagai contoh, terdapat
dalam kalangan ibu bapa yang bekerja sehingga lewat malam dan hanya bertemu dengan anak-
anak mereka pada keesokan paginya sahaja.Jelaslah bahawa faktor kealpaan ibu bapa
memberikan impak yang besar kepada peningkatan gejala yang tidak sihat ini.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang menyebabkan pelajar
ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam
kehidupan seseorang pelajar itu.Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini
bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu.Tamsilannya, pelajar-pelajar
tersebut akan melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu
kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. Sememangnya rakan sebaya memainkan
pengaruh yang besar dalam pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut.

Dalam pada itu, faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat
ini.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar
untuk belajar.Lantaran itu, pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas.Tamsilnya,
terdapat dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sudah tidak sesuai pada masa ini. Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang
membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah.

Intihanya, terdapat banyak faktor lain yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini.
Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memberikan komitmen bagi membanteras gejala yang tidak sihat
ini dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-
masing.Sekiranya semua pihak memberikan kerjasama yang mapan, sudah tentu gejala negatif
ini dapat kurangkan.Jelaslah bahawa gejala ini jika dibiarkan akan menyebabkan kesan yang lebih
buruk berlaku kepada generasi muda yang akan datang.
(366 patah perkataan)

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663
Soalan: Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini
sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.

Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada
remaja.

Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam
terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama
dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan
perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus
wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.

Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas.
Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri
remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap
menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap
nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.

Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi
kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media
massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka
dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan
pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan
sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi
tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang
telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.

Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang
melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan
semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang
dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur sastera ini
dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini.
Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai
negara mereka.

Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat.
Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu
anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki
Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain
kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting
ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan
dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara
memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau
menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.

Sebenarnya, kepentingan utama memiliki semangat cinta akan negara ialah rakyat di negara ini
mampu mengukuhkan perpaduan antara mereka. Semua pihak menyedari bahawa perpaduanlah yang
menjamin kejayaan mereka di Malaysia ini. Semua memahami bahawa sikap mementingkan negara
menyelamatkan negara daripada kancah pergaduhan antara kaum. Jelaslah, semangat cinta akan negara
membentuk masyarakat kita menghargai perpaduan dan berfikiran matang.

Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam


pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan
yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia
belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang mampu
mereka sumbangkan kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada
mereka”.
(501 patah perkataan)

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

WARGA TUA

Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang
sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan
untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan
ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh
masyarakat. Berdasarkan situasi ini, apakah langkah pragmatik yang perlu dilakukan
oleh pelbagai pihak untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka? Adakah
usaha tersebut mampu membibitkan rasa dihargai dalam diri warga tua? Oleh itu,
setiap persoalan yang berkaitan dengan peranan pelbagai pihak akan dikaji dengan
teliti sehingga ke akar umbi.
Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, langkah efektif yang dapat
mewujudkan penghargaan kepada warga tua ialah setiap ahli keluarga perlu
menyayangi warga tua dengan sepenuh hati. Setiap ahli keluarga perlu menyayangi
warga emas ini dengan perasaan cinta yang tidak berbelah bahagi kerana warga tua
merupakan insan yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan
mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak dari kecil hingga dewasa
manakala bapa pula membanting tulang empat kerat memerah keringat mencari
rezeki untuk membesarkan anak-anak. Situasi ini dapat diwujudkan dengan sentiasa
mengingati pengorbanan ibu bapa dan membalas jasa mereka dengan sebaik-
baiknya seperti menyediakan tempat tinggal yang sempurna, menjaga mereka yang
sudah tua atau uzur atau sentiasa menjenguk mereka yang tinggal di kampung dan
jangan terlintas langsung di dalam fikiran untuk menghantar mereka ke rumah warga
tua. Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa usaha yang utama untuk menghargai
warga tua ialah menyayangi warga tua dengan sepenuh hati.
Selain itu, hujah seterusnya tentang peranan pelbagai pihak untuk menghargai
warga tua ialah guru boleh mendidik pelajar agar menghormati warga tua. Peranan
guru sangat penting untuk memupuk nilai menghargai warga tua dalam diri
masyarakat khasnya murid-murid sekolah kerana warga tua yang terdiri daripada ibu
bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Situasi ini dapat diwujudkan
dengan menerapkan cara bertutur dengan sopan apabila berbicara dengan warga
emas seperti tidak meninggikan suara atau menggunakan bahasa kesat kerana
perbuatan sedemikian boleh mencalarkan hati warga yang berjasa ini. Contoh yang
dapat dikongsi bersama-sama bagi menyokong hujah ini ialah amalan menghormati
warga tua ada diterapkan oleh guru melalui subjek Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan yang diajarkan di sekolah-sekolah bagi mewujudkan modal insan
yang tahu menghargai warga tua. Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa peranan
guru sangat penting dalam usaha menghargai warga tua.
Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting
untuk mewujudkan penghargaan terhadap warga tua. Hal ini perlu diberi perhatian
mendalam kerana warga emas merupakan warga yang banyak berjasa dalam
pembangunan dan kemajuan ekonomi dan kestabilan poilitik negara. Aspirasi murni
ini dapat dizahirkan apabila pihak kerajaan bersungguh-sungguh menyediakan
pelbagai kemudahan untuk warga tua yang ada di Malaysia. Sebagai tamsilnya,
perkara ini boleh dilihat melalui program transformasi negara yang memberikan
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (B1RM) kepada warga tua bertujuan untuk meringankan
beban sara hidup mereka serta memudahkan mereka untuk memiliki kehidupan yang
lebih baik. Melalui prakarsa yang dibincangkan dalam wacana ini, nyatalah bahawa
usaha pihak kerajaan akan membuatkan warga tua lebih disayangi dan dihormati.

Check us on Facebook
Thuran Nathan Bright Minds SPM 2018 011-12201663

Seterusnya, perbincangan yang keempat tentang peranan pelbagai pihak


untuk menghargai jasa warga tua ialah media massa seperti surat khabar dan
televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan pengorbanan warga tua. Hujah ini
perlu dipandang serius kerana dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
tentang pentingnya warga tua dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang
dibincangkan ini mampu diwujudkan dengan menyiarkan sumbangan warga tua
dalam memajukan negara atau menyelamatkan negara melalui dokumentari
televisyen. Contoh yang dapat dibuktikan bagai merungkai segala persoalan ialah
usaha saluran History yang disediakan oleh stesen televisyen berbayar Astro yang
menyiarkan pengorbanan pihak polis mempertahankan balai bolis dalam tragedi
Bukit Kepong wajar dipuji kerana usaha itu dapat menghargai sumbangan warga tua
yang telah berkorban nyawa ketika mereka masih bertenaga suatu ketika dahulu.
Berdasarkan mauduk yang dihuraikan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa
langkah media massa menyiarkan kisah pengorbanan warga tua sangat penting
untuk menyemai penghargaan kepada warga tua.
Akhir kalam, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan
pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana pada suatu hari
nanti, kita juga pasti akan melalui zaman emas tersebut dan itulah hakikat kitaran
alam.

Check us on Facebook

You might also like