You are on page 1of 4

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

1. Apakah RFID?
Pelekat RFID (RFID) dipanggil sebagai tag RFID yang mengandungi cip
frekuensi radio yang dilekatkan pada cermin hadapan (windscreen) atau
lampu depan (headlamp) kenderaan.
RFID akan digunakan sebagai salah satu sistem pembayaran tol elektronik
baharu pada masa yang akan datang sebagai medium pembayaran tol.
RIFD hanya boleh dipasang dan didaftar untuk satu kenderaan sahaja dan
tidak boleh dipindah milik.
Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas di plaza tol akan mengimbas
frekuensi radio daripada tag RFID dan bayaran tol akan ditolak daripada
akaun pelanggan di atas talian mengunakan kaedah Open Payment.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan “Open Payment”?


Open Payment adalah satu kaedah pembayaran tol yang diperkenalkan
oleh pihak PLUS dengan kerjasama pihak Bank.
Kaedah ini memberikan pelanggan lebih pilihan semasa melakukan proses
pembayaran tol di mana kadar bayaran tol akan ditolak dari akaun bank
pelanggan.
Pelanggan hanya perlu mendaftarkan Kad Bank samada Kad Debit atau Kad
Kredit peribadi untuk membolehkan transaksi bayaran tol.

3. Apakah perbezaan antara “Open Payment” RFID dan E-Wallet Touch ‘n


Go RFID?
Open Payment RFID adalah kaedah bayaran tol dengan menggunakan Akaun
Bank pelanggan yang didaftarkan dengan kerjasama Bank dan bayaran tol akan
ditolak melalui akaun debit atau kredit pelanggan.
Manakala E-Wallet Touch ‘n Go adalah kaedah bayaran tol melalui Touch ‘n Go
e-wallet yang ditadbir urus oleh pihak Touch ‘n Go.
E-wallet tersebut perlu ditambah nilai secara online sekiranya baki tidak
mencukupi.

4. Bilakah “PUBLIC PILOT” untuk RFID Open Payment akan


bermula?
“Public Pilot” akan bermula pada 15 Disember 2018 di
i) Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
ii) Plaza Tol Kubang Semang (BKE)
iii) Plaza Tol Lunas (BKE)
iv) Plaza Tol Jitra
5. Bagaimana RFID berfungsi di plaza tol?
Apabila kenderaan melalui plaza tol, pengimbas akan mengimbas
frekuensi radio daripada tag RFID, kemudian palang tol akan terbuka
dan kadar tol akan ditolak daripada akaun bank pengguna yang telah
didaftarkan.

6. Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan semasa


pemasangan tag RFID dilakukan?
Tiada caj akan dikenakan untuk pemasangan tag RFID pada fasa “public
pilot”.

7. Bagaimana cara memasang pelekat RFID?


Kebiasaannya pelekat RFID akan ditampal pada cermin hadapan dalam
kereta, kerana lokasi tersebut adalah lokasi yang paling optimum untuk
diimbas olen Pengimbas RFID.
Pemasangan pada lampu depan hanya akan digunakan sebagai alternatif
sekiranya cermin hadapan kereta tidak memenuhi piawaian RFID.
Pendaftaran dan pemasangan tag bagi setiap kenderaan dijangka
mengambil masa tidak melebihi 15 minit.

8. Bolehkah saya memasang sendiri pelekat RFID “Public Pilot”?


TIDAK. Setiap pemasangan pelekat RFID hanya boleh dilakukan oleh
pihak yang berdaftar iaitu PLUS “Fitment Team”.

9. Di manakah lokasi “Fitment Centre” untuk pemasangan


pelekat RFID
Fitment Centre akan dibuka di 2 lokasi seperti berikut untuk “Public
Pilot”:
i. Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
ii. Pejabat Seksyen N3 Kubang Semang

10. Adakah semua lorong di Plaza Tol Kubang Semang, Lunas, Jitra
dan Jambatan Pulau Pinang mempunyai kemudahan RFID?
Hanya satu lorong akan disediakan untuk setiap hala di plaza tol
tersebut. Lorong tersebut akan dipaparkan dengan paparan (signage)
SmartTAG + MyRFID.

11. Apakah fungsi lorong ‘SmartTAG + MyRFID’?


Lorong SmartTAG + MyRFID boleh menerima transaksi SmartTAG atau
RFID pada sesuatu masa. Ia boleh dikenalpasti melalui paparan
(signage) MyRFID yang turut digunakan untuk RFID e-Wallet Touch ‘n
Go kecuali Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang.
12. Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti Lorong RFID Open
Payment?
Berikut adalah “signage” untuk Lorong yang beroperasi menggunakan
RFID

13. Adakah Touch ‘n Go Pilot RFID boleh menggunakan Lorong


RFID Open Payment seperti jadual di atas?
YA, kecuali di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang kerana Lorong tersebut masih
dalam proses pembangunan oleh pihak Touch ‘n Go.

14. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya tag PLUS RFID


dikenakan caj sebanyak 2 kali?
Sekiranya berlaku keadaan tersebut, pelanggan hendaklah menghubungi pihak
bank.

15. Adakah hanya pemegang kad Maybank sahaja yang layak


menjadi pengguna “Public Pilot”?
Tidak terhad hanya Kad Maybank sahaja. Ianya melibatkan semua bank dan
Kad Bank samada kad debit/kredit & termasuk AMEX.

16. Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna “Public Pilot”


sekiranya mereka TIDAK mempunyai baki yang cukup di dalam
akaun ketika membuat pembayaran di lorong tol?
Untuk tranksaksi kali pertama, palang tol akan terbuka. Walau
bagaimanapun pengguna “Public Pilot” akan menerima SMS
menyatakan transaksi gagal dan status Tag RFID pada masa ini di
senarai hitamkan sehingga pengguna mempunyai wang di dalam akaun
berdaftar. Pihak bank akan menolak jumlah bayaran tol yg tertunggak
dan mengemaskini akaun anda.

17. Adakah saya mendapat sebarang pemberitahuan dari pihak


Bank apabila transaksi dilakukan di lorong?
Bergantung kepada bank pengeluar. Ada bank yang akan menghantar
pemberitahuan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan ada bank yg tidak
menghantar pemberitahuan.

18. Adakah saya perlu mengaktifkan 3D bersama pihak bank


sebelum melakukan transaksi RFID Open Payment?
YA, anda perlu mengaktifkan atau opt-in transaksi 3D tersebut.

19. Bagaimana cara untuk saya mengaktifkan 3D tersebut?


Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan:
i. Menghubungi pihak Bank melalui No. Telefon yang tertera di belakang
Kad Bank yang didaftarkan.
ii. Menyediakan Kad Bank yang didaftarkan sebelum melakukan panggilan.
iii. Pihak Bank akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan pemegang Kad
tersebut.
iv. Minta pihak Bank mengaktifkan Kad Bank tersebut dengan menyatakan
‘Aktifkan RFID – Tol PLUS’.
v. Setelah diaktifkan, pengguna boleh melakukan ujian di Lorong yang
disediakan.

20. Sekiranya RFID tidak dapat digunakan di lorong, apakah


langkah alternatif saya?
Pengguna “Public Pilot” masih boleh menggunakan Kad Pintar Touch ‘n Go
seperti biasa untuk urusan pembayaran tol. Tekan butang pada intercom
untuk bantuan.

21. Siapakah yang boleh saya hubungi jika ingin bertanyakan hal
berkaitan RFID Open Payment?
Sila hubungi talian PLUSLINE di 1-800-88-0000 untuk sebarang pertanyaan
lanjut.

You might also like