You are on page 1of 4

LISAN 2: KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA PADA MASA INI DISEBABKAN OLEH SIKAP

IBU BAPA (PENCADANG)


[Mengikut Isi]

 Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting.

1. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap pergerakan anak-anak mereka.


 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut.
 Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka
 sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik.
 Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka
dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap
masalah, emosi dan keputusan.

2. ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap
anak-anak.
 Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.
 Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan
sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya.
 Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya
lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak ber!aedah untuk mehilangkan
kebosanan.
 Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata
untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
 *Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat berkenaan kelakuan dan pergaulan
anak remaja mendorong remaja mempunyai akhlak yang rosak. Remaja yang
terdedah lebih awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks
tanpa bimbingan yang cukup daripada ibu bapa juga adalah faktor keruntuhan
akhlak remaja.

3. Ibu bapa mestilah ingkatkan penghayatan anak-anak terhadap pendidikan agama dan
nilai-nilai murni.
(a) Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja
 Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan
agama dan moral yang mendalam.
 Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka.
 Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama
yang lain.
 Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan
dan keseronokan semata-mata.
4. Kesibukan ibu bapa
 Hubungan kekeluargaan juga merupakan factor yang dapat dikaitkan dengan
keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah.
 Remaja atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang
daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang
mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan kaya.
 Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak.
 Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini.
 Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian
kepada anak-anak.
Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan
dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak.
 Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat dalam
kehidupan seharian.
Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna.
Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya
menimbulkan masalah disiplin kepada pihak sekolah.
 Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun pihak
sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di sekolah.
 Anak-anak ini mengambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka dengan
bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah.
 Akhirnya, pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini.
 Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan masalah disiplin di atas
bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan dalam
hal ini.
 *Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang
yang berguna, tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka untuk menjalankan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
 Oleh itu, anak-anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan
seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang songsang.
 Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-
anak dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa
pengetahuan termasuklah melakukan aktiviti yang salah.
 Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak kata pepetah,
“sudah terhantuk, baru tergadah”.
 [Nasi telah menjadi bubur]

5. Ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan (role model) kepada anak.
 Mengikut kajian yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan
beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu
tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak,
tidak mengambil berat pencapaian anak-anak, x
ibu bapa tidak sefahaman di rumah, x
6. Pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan anak malu ke sekolah kerana tidak
mampu membayar yuran tidak mengambil tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-
anak.
 Berdasarkan pemerhatian, ibu bapa yang berstatus rendah di luar bandar lebih
merelakan tindakan guru kerana bagi mereka,
 tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan
anak mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi.

7. Ibu bapa berstatus tinggi / Pendapatan ibu bapa yang tinggi


 Manakala, ibu bapa berstatus agak tinggi sering mempersoalkan tindakan guru kerana
anak mereka terlalu dimanjakan di rumah
 dan lebih cenderung memberi alasan anak mereka tidak pernah dipukul di rumah.
 Sepatutnya, mereka menyedari tanggungjawab yang berat perlu dipikul kerana ibu bapa
hanya mengawal beberapa orang ataupun seorang anak di rumah sedangkan guru
perlu menjaga 40 orang pelajar di dalam setiap kelas.
 Tambahan pula, terdapat ramai guru muda yang tidak berpengalaman mendidik anak-
anak mereka berbanding ibu bapa yang lebih memahami sikap anak-anak mereka.
 Justeru, dapat diandaikan bahawa punca keruntuhan akhlak adalah kemerosotan
asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan ibu bapa ataupun penjaga.
 *Keluarga yang terlalu mewah juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja.
 Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan
wang saku yang banyak.
 Ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain supaya bersuka-suka.
 Pergaulan bebas dan pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak
memburukkan lagi keadaan.

8. Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial


 Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial
menyebabkan ibu bapa dan anak tidak mempunyai masa ataupun kesempatan
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, malah jarang mempunyai
peluang bersua muka.
 Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan.
 Sementara remaja pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup
yang sempurna.
 Remaja itu cenderung membawa cara hidup bersendiri.

9. Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang berkaitan dengan hubungan
kekeluargaan adalah
alam rumah tangga yang tidak teratur,
Keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun
dari segi fizikal. Kita dilindungi daripada masalah dan pancaroba di dunia luar.
perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosioekonomi yang sempit,
suasana rumah tangga yang tidak harmonis
 tidak tenteram serta ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak.
 Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
patut mempunyai kewajipan dan peranan yang besar dalam merancang aktiviti,
memberikan peluang dan bimbingan serta menyediakan pelbagai kemudahan
supaya golongan remaja mendapat panduan yang cukup bagi menghadapi zaman
dewasa.

You might also like