You are on page 1of 1

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH EKSPEDISI AUTOMOTIVE

Selamat pagi dan salam sejahtera, Terima kasih saudara pengacara majlis saudara syamil, Terima
kasih juga saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana telah membenarkan kepada kami bagi
menjayakan program pada hari ini. Program ekspedisi automotif ini diadakan adalah untuk memenuhi
prasyarat penilaian projek 1 kursus penulisan ilmiah (DTU 2013). Hadirin sekalian.Bersyukur kita
kepada Tuhan kerana memberi kita kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada pagi yang damai
ini bersempena program Ekspedisi Automotive anjuran pelajar diploma teknologi automotive
semester 3 Kolej Teknikal Yayasan Sabah. Tujuan program pada pagi ini diadakan untuk mendedahkan
pelajar tingkatan 5 Dinamik dan Inovatif SM ST Peter Telipok untuk mengenali Kolej Teknikal Yayasan
Sabah(KTYS) sekaligus menarik minat para pelajar dalam bidang teknikal. Selain daripada itu program
ini juga diharap dapat menyuntik semangat para pelajar untuk memilih KTYS sebagai tempat untuk
melanjutkan pelajaran pengajian selepas tamat persekolahan. Bidang teknikal penting kerana
mempunyai industri yang besar serta peluang pekerjaan yang luas. Dengan ini, besar harapan saya
program ini akan memberi manfaat kepada para pelajar.Sekian terima kasih.

You might also like