You are on page 1of 2

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL GURU BESAR DAN TAHAP

KOMITMEN GURU SEKOLAH RENDAH DI PEDALAMAN DAERAH SARATOK

Aiwan@Noraini binti Alli, Dr Azlin Norhaini Mansor & Dr Mohd Yusoff Mohd Nor
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kepimpinan merupakan elemen penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan Negara.


Lantaran itu tidak kira di mana pun lokasi sesebuah sebuah sekolah itu berada amalan
kepimpinan, terutamanya kepimpinanan instruksional tetap diberi tumpuan agar jurang
pendidikan dapat dirapatkan sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Selain itu, kecemerlangan pendidikan juga berkait rapat
dengan komitmen guru. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti
amalan kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan tahap komitmen guru
sekolah rendah di pedalaman Daerah Saratok. Kajian kuantitatif ini melibatkan 38 responden
guru yang terdapat di ketiga-tiga buah sekolah rendah di pedalaman Daerah Saratok, Sarawak.
Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan instruksional dan komitmen kerja guru yang
tinggi. Didapati juga bahawa tidak terdapat perbezaan komitmen kerja guru berdasarkan faktor
demografi seperti umur, jantina, dan tempoh perkhidmatan guru. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepimpinan instruksional guru besar
dan tahap komitmen guru. Di samping itu, beberapa cadangan turut dikemukakan agar dapat
meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Kata Kunci: Kepimpinan Instruksional, Komitmen kerja guru, sekolah rendah


pedalaman

You might also like