You are on page 1of 2

Sebelum kami memulakan perjalanan kami, kami telah membahagikan tugas-tugas dalam ahli

kumpulan kami. Ada yang bertanggungjawab menemu bual senior-senior dari UKM, ada yang
mengambil gambar-gambar artifak, mengambil video dan sebagainya. Lembah Bujang
merupakan satu tempat yang penuh misteri kerana sehingga kini, pengkajian di Lembah
Bujang masih diteruskan kerana semakin lama pengkajian diteruskan, semakin banyak
misteri yang terkubur disingkap oleh pengkaji-pengkaji sejarah.

Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal
"Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran
sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama
daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga"
diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik
pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah
Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha.

Sepanjang perjalanan kami, kami telah pergi melawat kawasan-kawasan yang


bersejarah. Antaranya ialah kawasan tinggalan sejarah di tapak arkeologi atau carigali seperti
runtuhan candi, struktur badan dan pelabuhan terpendam, ratusan ribu pecahan seramik, kaca
dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab serta dari India, patung-patung dan arca,
batu bersurat serta perlatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan
semula semua artifak sejarah ini telah membuktikan bahawa telah wujudnya sebuah
petempatan dan kerajaan pada masa yang lampau di Lembah Bujang.

Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang.
Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut
Mediteranean dan China. Lembah Bujang pernah berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya.
Ini membantu Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat. Ramai pedagang yang
singgah di sini untuk berdagang dan bertukar barang. Pedagang-pedagang China mengenali
Kedah Tua atau Lembah Bujang sebagai "Yeh-po-ti" dan "Chieh Cha".

Sepanjang perjalanan kami juga, kami telah melawat beberapa candi yang terkenal di
Lembah Bujang. Antaranya ialah andi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan
Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung
Pendiat (Tapak 16), Candi Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung
Bendang Dalam (Tapak 50).
Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat
penyebaran agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya
telah musnah dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti
banjir, hakisan, Perang Dunia II ataupun dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun
begitu, candi-candi ini tetap menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk
mengunjungi Lembah Bujang.

You might also like