You are on page 1of 18

5.

0 Pendidikan Internet kepada kanak-kanak


Pada peringkat awal kanak-kanak, pengalaman mereka mampu mempengaruhi
pembelajaran serta perkembangan mereka dan proses perkembangan kanak-kanak adalah
berterusan. Oleh itu, penyediaan pengalaman awal kanak-kanak adalah penting dan mereka
memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan
semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak. Selain itu, kita juga perlu
mempertimbangkankemampuan, keupayaan, kebolehan serta kesediaan kanak-kanak
mengikut tahap perkembangan mereka.

Kanak-kanak dapat memperoleh maklumat tentang tentang negara, sistem pendidikan,


budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet

Golongan kanak- kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar
didapati. Kini, kanak-kanak mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya
menekan butang komputer. Dengan bantuan internet, kanak-kanak boleh mendapatkan
bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki secara mudah. Capaian kepada internet
melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail Archie, kumpulan
perbincangan dan perbualan (chatting). Internet juga membenarkan komunikasi antara
kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan
mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka
boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.
Pertukaran maklumat antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan mental
dan psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi peluang kepada
kanak-kanak membuat analisis yang lebih mendalam ke atas subjek yang diminati.
Perpustakaan-perpustakaan di seluruh dunia merupakan sumber kepada kanak-kanak untuk
pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam pembelajaran mereka. Jika maklumat yang dicari
tidak terdapat di perpustakaan tempatan, maklumat ini dapat diperoleh dan perpustakaan
di luar negara.
Memudahkan proses pembelajaran Melalui penggunaan internet proses pengajaran dan
pembelajaran untuk kanak-kanak akan lebih mudah.

Dengan penggunaan internet di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih
tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan
guru akan lebih mudah untuk memberi kefahaman kepada murid. Ini kerana, melalui
penggunaan internet guru dapat mengambarkan sesuatu benda dan keadaan yang lebih
tepat dan nyata dalam bentuk gambar berwarna, kejelasan suara, video dan peta minda.
Penggunaan pelbagai warna, bunyi-bunyia dan pelbagai visual akan menarik minat murid
untuk belajar di dalam kelas. Sesi pembelajaran akan lebih menarik dan mampu
menwujudkan satu pengalaman belajar yang menyeronokkan kepada murid. Penggunaan
internet juga akan meningkatkan daya fokus murid-murid terhadap apa yang sedang diajar
oleh guru. Keinginan ingin untuk belajar dalam diri murid akan lebih besar dan teruja untuk
lebih tahu setiap apa yang di ajar oleh guru. Internet juga dapat memainkan peranan
sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh
diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik
yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk
mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini
menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, kanak-kanak yang tinggal di
kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya
mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan
kanak-kanak senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.

Kanak-kanak dapat meluangkan masa lapang dirumah

Di peringkat umur yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai masalah sosial
seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam dan disko. Dengan adanya internet,
kanak-kanak ini tidak akan keluar rumah. Mereka menghabiskan masa melayari internet
mencari maklumat ataupun membaca pelbagai bahan menarik yang dipaparkan. Mereka
dapat menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan
kereta api sebagai hobi. Im bukan sahaja mengisi masa lapang kanak-kanak, malahan
meningkatkan kecerdasan otak. Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi
komputer telah mendedahkan kanakkanak kepada internet yang membolehkan mereka
menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok
dunia. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi
antara individu menjadi semakin mudah.

Internet sebagai tutor

Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang berkesan.
Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih
berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat
menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya
menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu,
kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang
berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu,
golongan kanak-kanak senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.
TAJUK : PENDIDIKAN INTERNET

SECTION : 53/54 (3SKMO)

KOD KURSUS : UICI2022-SAINS TEKNOLOGI DAN MANUSIA

PENSYARAH : AHMAD KILANI BIN MOHAMED

DISEDIAKAN OLEH:

MOGANRAJ A/L A16KM0167 970902085865


DHANABALAN
MOHD IMRAN A16KM0202 971101106405
BIN ISMAIL
RAJEEV NAIR A/L A16KM0410 970616075017
SRIDHARAN
KALITHAS A/L B15KM0008 930611145163
SILVARKUMAR
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN

2.0 KEGUNAAN INTERNET

3.0 MASALAH PENYALAHGUNAAN INTERNET

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH

5.0 PENDIDIKAN INTERNET KEPADA KANAK-KANAK

6.0 KESIMPULAN
1.0 Pengenalan

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di
negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di
kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah
dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti
Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas. Bahkan,
negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan jaringan
sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di segenap
desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi ‘3G’ dan "4G". Apa yang pasti, kajian telah
menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan
kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa
pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet dalam
kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era
teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari..Kemudahan internet
merupakan satu kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang amat
diperlukan oleh masyarakat zaman sekarang. Internet amat berguna dalam melakukan
tugas-tugas harian terutamanya bagi mereka yang ingin menyelesaikan urusan-urusan
penting mereka dalam kaedah yang cepat dan mudah serta menjimatkan kos. Pengguna
Internet di Malaysia telah meningkat sekali ganda daripada tahun lalu dengan kebanyakan
pengguna berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Berdasarkan kajian yang dibuat,
rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM552 setahun dengan bayaran internet
sebanyak RM46 sebulan. Kini,penggunaan internet tidak hanya terhad di tempat kerja
sahaja malah institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti turut menggunakan internet
sbagai salah satu kaedah pembelajaran bagi para pelajarnya. Penggunaan membolehkan
Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dunia dan peredaran zaman sekali gus
melonjakkan Malaysia ke keduddukan yang lebih tinggi setaraf dengan negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom secara holistik.
3.0 Kesan-kesan Penyalagunaaan internet
Penggunaan internet ini boleh mendatangkan banyak keburukan terutamanya kepada
individu yang terlalu taksub dengan penggunaan internet ini dan pihak yang tidak
bertanggungjawab pula akan mengambil peluang yang ada untuk menyalahgunakan
teknologi ini dan ianya akan mendatangkan lebih banyak kesan buruk terutamanya kepada
para remajayang terlalu asyik dengan penggunaan internet.

Golongan muda terlalu ghairah dan hilang kesedaran diri

Umum mengetahui bahawa penggunaan internet pada masa kini telah menjadi
‘kegilaan’ masyarakat terutama masa kini.remaja sama ada dalam negara mahupun luar
negara. Akibatk egilaan ini, remaja mudah lupa diri. Internet boleh mengubah pemikiran
manusia yang waras menjadi kurang waras terutamanya mereka yang terpengaruh dan
terlalu taksub dengan kecanggihannya .Ia begitu berpengaruh dan sifatnya yang dapat
memasuki mana-mana Negara di dunia ini seperti tiada batasan sempadannya. Internet
sukar disekat apabila pintunya sudah dibuka. Ianya seolah-olah apa yang diperkatakan
mengenai kebebasan bersuara masyarakat hampir mencapai tahap mutlak.Remaja
merupakan golongan yang paling ramai menggunakan akses internet dan mereka juga
merupakan golongan yang paling mudah terpengaruh dengan bahan –bahan yang terdapat
di dalam internet lebih-lebih lagi bahan-bahan yang berunsur negatif seperti melayarilaman
web lucah, memuat turun video- video pornografi dan mencari teman “chatting” untuk
berbual tentang seks dan sebagainya.

Mudah terjebak dalam jenayah siber

Akibat daripada kecanggihan teknologi pada hari ini ianya telah menyebabkan
kegiatan jenayah semakin berleluasa. Contohnya urusan jual beli senjata api juga boleh
dilakukansecara maya. Amat mengejutkan juga pada hari ini apabila kegiatan merompak
juga boleh dilakukan secara maya. Hal ini amat menakutkan dan mengecewakan apabila
wang yang banyak dalam akaun bank hilang begitu saja atau lesap sedikit demi sedikit gara-
gara kegiatan jenayah siber melalui perbuatan jahat mereka bergelar 'phishing'. Kegiatan
phishing ini mampumengaburi mata orang ramai apatah lagi mereka menggunakan alamat
e-mel seolah-olah iadi hantar dari pihak bank secara sah . Ia akan meminta pelanggan
yang memiliki akaun memasukkan nombor akaun serta kata laluan atau mengklik alamat
URL disediakan bagaikantransaksi biasa dilakukan melalui perbankan 'online'.

Ketagihan terhadap internet dan laman sosial

Selain itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa ‘keakraban’ ini dilihat sebagai suatu
ketagihan kepada remaja sehinggakan mereka merasakan bahawa komputer dan internet
merupakan sebahagian daripada keperluan asasi yang perlu ada di dalam hidup mereka .
Tetapi keasyikan remaja terhadap komputer dan internet ini menyebabkan mereka kadang
kala tidak berfungsi dan berperanan dengan masyarakat sekeliling.Kita dapat melihat
situasi dimana seorang remaja yang dahulunya memiliki kehidupan sosial yang baik ´ditarik´
menjadi seorang remaja yang paranoid dan obses terhadap internet sehinggakan mereka
tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk
memenuhi ´temu janji di alam maya´ mereka dengan komputer di rumah. Hal ini juga
akan menyebabkan proses pembelajaran di sekolah menjadi satu perkara yang cukup
membosankan bagi dirinya danakhirnya akan terus ketinggalan dalam proses pembelajaran .
Pada mereka yang dapat melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul
dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan
masyarakat pun tidak diambil perhatian.

Hubungan sesama ahli keluarga semakin rempuh

Selalunya penggunaan internet ini akan menyebabkan seseorang remaja itu terlalu taksub
dan asyik terhadapnya. Sebagai contoh, apabila seseorang remaja itu meluangkan terlalu
banyak masa dengan melayari internet mereka tidak mempunyai banyak masa untuk
bersama dengan keluarga mereka seperti makan bersama- sama, berbual dengan ibu
bapa atau adik beradik yang lain,beriadah dan sebagainya. Masa yang ada semuanya
digunakan untuk melayari internet. Kebanyakan remaja ini kurang berkomunikasi dengan
orang lain dan hanya berada dalam dunia mereka sahaja. Masalah yang mungkin akan
timbul ialah mereka akan menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dalam semua aspek
kehidupan mereka.
Menerima ancaman dari penggodam komputer dan pihak yang tidak bertanggungjawab

Selain itu terdapatnya ancaman yang dihadapi oleh pengguna teknologi maklumat
ialahfenomena penggodam komputer atau 'hackers'. Penggodam komputer ditakrifkan
sebagai orang yang boleh mendatangkan ancaman kepada komputer dan sistem rangkaian.
Mereka cuba menyalahgunakan kemudahan ini untuk kepentingan mereka. Namun
terdapat juga golongan penggodam komputer yang hanya menjalankan aktiviti
pencerobohan maklumat peribadi atau serangan virus sebagai salah satu keseronokan dan
hobi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang dihadapi kelak. Mereka suka
menceroboh sistem rangkaian komputer, mencuri maklumat atau data penting dan
menghantar kod jahat atau virus bagi mengganggu sistemrangkaian komputer lain
seterusnya menyebabkan kerosakan teruk.
2.0 Manfaat kegunaan Internet
Penggunaan internet telah menjadi satu kemestian atau keperluan dalam kehidupan
masyarakat. Internet merupakan sistem komunikasi yang menyalurkan maklumat dan
menghubungkan manusia seluruh dunia. Penggunaan Internet semakin mendapat sambutan
memandangkan sistem komunikasi canggih ini boleh digunakan melalui komputer riba dan
telefon. Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang
memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa
Sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan internet.

Mempelajari sesuatu informasi dan berita terkini secara mudah

Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal
telah dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga
mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu
menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan segala
maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat yang
kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai
keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini di
akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah dibuka
atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan News
Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini
berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan. Perkara ini
secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber
dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media mungkin berita
berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui peristiwa seperti
bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan Israel ke atas negara
kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini bergantung kepada seseorang
pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat demikian mereka
boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat membuat
kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan
kemudahan internet.
Menawarkan bahan belajar untuk kepentingan pelajar

Melalui bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata
pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang
bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran
pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga
membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi di laman sesawang seperti
qcikgubm.blogspot.com, dan sebagainya dengan aplikasi Chatrool, Facebook, dan pelbagai
aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk bertanya hal berkaitan
kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak mengambil kesempatan
untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan penguasaan terhadap kemahiran
berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan tidak mengenakan bayaran kepada
pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penguasaan kemhiran tatabahasa,
komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya,
begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang membawa maksud sekiranya pelajar berusaha
apa sahaja yang mereka usahakan, akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru,
terbukti internet banyak memberikan kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak
menggunakan aplikasi ini untuk tujuan meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Merapatkan hubungan bersama ahli keluarga yang berjauhan

Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita


berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal ini
kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan komunikasi.
Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web mereka
untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di internet bukan
sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua muka dan melihat
wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk di kerusi dan
mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa klik. Perkara ini
amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan keluarga untuk
bekerja dan belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh sebab itu dengan
penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat dengan
menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi ‘yahoo mesengger’ untuk
berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga yang jauh bagi
melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad dan telefon
pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini mempermudah
komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya, penggunaan internet
amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka berkomunikasi jarak jauh.

Dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian

Internet dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar bil dan urusan
perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal di bandar sangat
sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta selepas pulang dari
pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan apabila mereka hendak
menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran pelbagai bil. Oleh sebab itu,
masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan atau stress yang membelenggu
kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat milenium mereka perlu sedar akan
kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi sama ada agensi kerajaan mahupun
swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak kata pepatah, masa itu emas, sekiranya
kita tidak memotongnya masa akan memotong kita. Oelh sebab itu satu cara untuk
menyelesaikan masal pembayaran bil dalam kehidupan seharian adalah dengan
penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan urusan perbankan boleh dilakukan pada
bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan berbual bersama-sama ahli keluarga di
rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan apabila banyak bank seperti Maybank,
CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan perniagaan secara ‘online’ di internet
kepada para pelanggan untuk memindahkan wang ke dalam akaun lain dan menyimpan
wang secara atas talian, begitu juga dengan pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil
elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat dibayar dengan penggunaan internet di rumah
melalui laman web kerajaan iaitu myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan
pembayaran bil dan urusan perbankan di rumah melalui internet sekaligus menjimatkan
masa kita.
Memantapkan sistem pendidikan Negara

Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan dengan
memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang
memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada untuk
mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini ibu bapa
akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan. Seterusnya,
ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di sekolah untuk
mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu program pengajaran
dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui capaian internet. Sistem
berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan
web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi
tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar
tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak
sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-
warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru, pembelajaran kini boleh berlaku di mana-
mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran secara berterusan akan memantapkan lagi
prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu
bapa juga mampu mengetahui prestasi pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem
Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian
Pelajaran Malaysia kini berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf
pendidikan bertaraf dunia agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri
sama tinggi dengan pendidikan negara maju di dunia.
4.0 Langkah- Langkah Mengatasi Kesan
Penyalahgunaan Internet

Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda lebih berbahaya daripada penjajahan


secara fizikal kerana penjajahan minda ini bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding
dengan penjajahan Internet.Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah
peranan ibu bapanya sendiri, menghadkan masa dan akses penggunaan internet dan
penyertaan pelajar dengan aktiviti sukan dan riadah.

1. Peranan pihak Ibu Bapa

PIBG hendaklah bermuafakat dan dedikasidengan harapan 'mahu semua pelajar cemerlang
dalam akademik, ko-kurikulumdan sahsiah' diri. Memandangkan sekarangInternet telah
menjadi keperluan utama anak-anak dan melarang mereka daripada menggunakan Internet
amatlah tidak wajar. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan mereka iaitu dengan
mengambiltahu apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka sekiranya anak
merekamenggunakan Internet dan hendaklah memantau anak-anak bukannya
menyerahkan kepada anak-anak secara mutlaknya. Mereka perludiberikan panduan
penggunaan Internet yang betul dan berkesan pada masayang sesuai. Ibu bapa juga boleh
menghadkan masa penggunaan ataupunmenghadkan jenis laman web yang boleh dilawati.
Di samping itu, ibu bapa perlu menekankan pihak sekolahuntuk memantau penggunaan
Internet danmengesan jika berlaku penyalahgunaan Internet oleh para pelajar. Nilai-
nilaimurni juga wajar diterapkan dalam minda anak-anak bagi mengelakkanmasalah ini
berleluasa.Kesimpulanya, Ibu bapa, guru-guru, danmasyarakat perlulah berganding bahu
dan bekerjasama dalam memikultanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar
dalam pengunaan Internet.
2. Menghadkan masa dan akses penggunaan internet

Menghadkan penggunaan internet merupakan salah satu langkah yangboleh diambil oleh
ibu bapa. Penggunaan internet boleh dilakukandengan menghadkan masa penggunaan
ataupun menghadkan jenis laman webyang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh
dilakukan di rumah ataupun di sekolah.Had penggunaan internet wajar dilakukan kepada
kanak-kanak bawah umur bagimengelakkan kerosakan moral anak-anak. Disamping itu,
penghadan penggunaan internet boleh membendung golongan bawah umurdaripada
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah sebagai contoh pornographi. Ibu bapa boleh
mengunakan perisian internet yang dapat menyekat akses laman web sebab langkah ini
amat efisiendalam usaha untuk mengurangkan masalah ini.

3. Penyertaan pelajar dengan aktiviti sukan dan riadah.

Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak dengan menyertai aktiviti yang
bermanfaat seperti perkhemahan, ceramah, gotong-royong dan riadah. Hal ini
dapatmemastikan anak-anak tidak terlalu taksub dengan arus kemodenan teknologi
daninovasi. Mereka akan lebih seimbang kehidupannya malah aktiviti seperti inidapat
memotivasikan diri mereka. Selain itu, anak-anak akan belajar menggunakan masa
merekadengan sebaiknya.Tambahan pula, ibu bapa perlu menyokong penuh dasar Satu
Murid Satu Sukan (1M 1S) yangmewajibkan setiap murid sekolah menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan. Dasar ini dapat melahirkan insan yang seimbang dari
segiintelek, rohani, emosi dan jasmani dan ibu bapadapat mengelakkan ketagihan anak-
anak daripada pengunaan internetuntuk mengisi masa lapang. Melalui aktiviti sukan ini
bukan sahaja dapatmencungkil bakat kesukanan maka juga dapat melahirkanmasyarakat
yang sihat.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak
dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi
muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang
akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak
tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet
dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Malah,
dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu
salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan
pembangunan Negara bangsa Malaysia.

TAJUK : PENDIDIKAN INTERNET

SECTION : 53/54 (3SKMO)

KOD KURSUS : UICI2022-SAINS TEKNOLOGI DAN MANUSIA

PENSYARAH : AHMAD KILANI BIN MOHAMED


DISEDIAKAN OLEH:

MOGANRAJ A/L A16KM0167 970902085865


DHANABALAN
MOHD IMRAN A16KM0202 971101106405
BIN ISMAIL
RAJEEV NAIR A/L A16KM0410 970616075017
SRIDHARAN
KALITHAS A/L B15KM0008 930611145163
SILVARKUMAR
ISI KANDUNGAN

NO TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 1

2.0 MANFAAT KEGUNAAN INTERNET

3.0 KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN INTERNET

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH

PENYALAHGUNAAN INTERNET

5.0 PENDIDIKAN INTERNET KEPADA KANAK-KANAK

6.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

You might also like