You are on page 1of 46

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 PENDAHULUAN

2.0 TAFSIRAN

3.0 PERANAN KETUA JABATAN

4.0 TATACARA PEMOTONGAN EMOLUMEN

4.1 Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat


Dihubungi

4.1.1 Senarai Semak Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak


Hadir Bertugas Dan Dapat Dihubungi

4.1.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir


Bertugas Dan Dapat Dihubungi

4.2 Senarai Semak: Pegawai Tidak Hadir Bertugas Tujuh


(7) Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dihubungi

4.2.1 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir


Bertugas Tujuh (7) Hari Bekerja Berturut-Turut Dan
Tidak Dapat Dihubungi

4.3 Kes Pegawai Meletak Jawatan

4.3.1 Senarai Semak: Kes Pegawai Meletak Jawatan


Tanpa Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

2
4.3.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Meletak
Jawatan Tanpa Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

4.4 Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/ Kesalahan


Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan Kerja
Dan Gantung Kerja

4.4.1 Ringkasan Jadual Mengenai Tahan Kerja Dan


Gantung Kerja

4.4.2 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan


Kes Jenayah/ Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan
Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

4.4.3 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes


Jenayah/ Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan
Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

4.5 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Memulakan Kemudahan


Cuti Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan Kelulusan Pihak
Berkuasa Melulus

4.5.1 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Memulakan


Kemudahan Cuti Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan
Kelulusan Pihak Berkuasa Melulus

5.0 Pengurusan Kehilangan Dan Hapus kira Wang Awam

5.1 Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Pembayaran Lebih –


Arahan Perbendaharaan 327

6.0 Peraturan-Peraturan Yang Berkaitan

3
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Berdasarkan Laporan Akaun Belum Terima (ABT), Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Lebihan Gaji Dan Elaun (LBGE)
hingga 31 Disember 2016, nilai tunggakan ABT-LBGE adalah sebanyak
RM7.91juta berbanding nilai tunggakan ABT-LBGE pada 31 Disember
2015 iaitu sebanyak RM7.33juta. Peningkatan sebanyak RM0.58juta
daripada 31 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2016 merupakan
satu amaun yang besar untuk ditanggung oleh pihak kerajaan dan
langkah proaktif perlu diambil bagi mengatasi/ mengurangkan nilai
tunggakan tersebut.

1.2 Semakan dan penelitian Bahagian Kewangan terhadap pelaporan ABT,


KPM dan permohonan hapus kira daripada setiap Bahagian/ Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendididkan Daerah (PPD) dan
sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) menunjukkan bahawa
antara punca-punca utama yang menyumbang kepada ABT-LBGE di
peringkat Bahagian/ JPN/ PPD dan sekolah bertaraf PTJ adalah seperti
yang berikut:

1.2.1 Ketua Jabatan tidak mengeluarkan arahan/ membuat


pemotongan emolumen dalam kes pegawai tidak hadir bertugas
tanpa sebab secara berselang-seli atau secara berterusan;

1.2.2 pemahaman kepada istilah ‘Ketua Jabatan’, di mana pihak


JPN, PPD dan sekolah bertaraf PTJ masih memegang tafsiran

4
Ketua Jabatan sebagai pihak kementerian untuk apa-apa jenis
kelulusan cuti walaupun penurunan kuasa telah dibuat melalui
Surat-surat KPM dan garis panduan seperti yang berikut:

(a) rujukan: KPMSP.500/4/1/13 Jilid 3 (91) bertarikh 22


Disember 2015: Kaedah Pelaksanaan Cuti Separuh Gaji
Dan Pihak Berkuasa Melulus;

(b) rujukan: KP(PP)0069/6/3 Jilid 4 (5) bertarikh 21 Disember


2010: Penubuhan Lembaga Perubatan Mengikut Perintah
Am Bab F Ke Atas Pegawai Yang Telah Diberi Kelayakan
Cuti Sakit Bergaji Penuh;

(c) rujukan: KP(PP)0069/6/3 Jilid 2 (28) bertarikh 23 Mac 2010:


Panduan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29
Tahun 2009 Kemudahan Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai
Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di
Dalam Atau Di Luar Negeri Di Kementerian Pelajaran
Malaysia dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 5 Tahun 2016 Dasar Baharu Cuti Tanpa Gaji Bagi
Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau
Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara; dan

(d) Panduan Pengurusan Kemudahan Cuti, Kementerian


Pelajaran Malaysia bertarikh 12 November 2009.

5
Ketiga-tiga Surat KPM dan Panduan Pengurusan Kemudahan
Cuti telah memberikan kuasa kepada JPN/ PPD dan sekolah
bertaraf PTJ untuk meluluskan cuti berdasarkan kepada jenis cuti
yang dipohon oleh pegawai. Sejurus JPN/ PPD dan sekolah
bertaraf PTJ telah meluluskan sesuatu permohonan Cuti Separuh
Gaji/ Cuti Tanpa Gaji pegawai, seharusnya tindakan
pemberhentian emolumen boleh diambil oleh Pusat
Tanggungjawab yang berkenaan tanpa perlu menunggu surat
kebenaran dari pihak kementerian;

1.2.3 kelewatan di peringkat Pusat Tanggungjawab untuk


memberhentikan gaji pegawai yang Tidak Hadir Bertugas
Tanpa Sebab ataupun yang telah diluluskan Cuti Tanpa Gaji/ Cuti
Separuh Gaji;

1.2.4 pegawai di Pusat Tanggungjawab kurang peka terhadap


peraturan yang berkuat kuasa di dalam Pekeliling
Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, Arahan
Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan, Surat Pekeliling
Kewangan dan lain-lain pindaan dari semasa ke semasa;

1.2.5 kecuaian di peringkat Pusat Tanggungjawab dalam


pengiraan/ pelarasan gaji pegawai sehingga mengakibatkan
lebihan bayaran emolumen berbanding emolumen sebenar yang
seharusnya diterima oleh pegawai;

6
1.2.6 pegawai meletak jawatan tanpa memberi satu (1) bulan notis;
dan

1.2.7 pegawai yang dikenakan Perintah Tahan Kerja (PTK) masih


dibayar gaji penuh disebabkan oleh keputusan Lembaga
Tatatertib yang lambat dikeluarkan di mana tarikh PTK
dikebelakangkan mengikut tarikh pertuduhan di mahkamah.

1.3 Sehubungan dengan itu, bagi menangani masalah ABT-LBGE yang


disebabkan oleh punca-punca utama seperti di perenggan 1.2.1 hingga 1.2.7,
garis panduan ini telah disediakan bagi memastikan Ketua Jabatan
mengambil tindakan kawalan dan pengawasan terhadap pegawai di bawah
seliannya supaya ABT-LBGE dapat dikawal dengan cepat dan teratur.
Pendekatan ini dilaksanakan bagi mengurangkan peningkatan amaun ABT-
LBGE yang merupakan satu kerugian kepada pihak kerajaan.

1.4 Panduan ini juga turut dilengkapi dengan perkara-perkara seperti yang
berikut:

1.4.1 tafsiran Ketua Jabatan;

1.4.2 tafsiran tidak hadir bertugas;

1.4.3 peranan Ketua Jabatan;

1.4.4 senarai dokumen sokongan yang diperlukan dalam proses


pemotongan gaji sama ada:

7
(a) penahanan gaji di bank; dan
(b) pengeluaran daripada system gaji berkomputer.

1.4.5 carta alir tindakan berserta tempoh masa tindakan perlu diambil
oleh Ketua Jabatan; dan

1.4.6 pengurusan kehilangan dan hapus kira wang awam; dan

1.4.7 peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

8
2.0 TAFSIRAN

2.1 Ketua Jabatan dalam konteks pemotongan emolumen di dalam


kes pegawai tidak hadir bertugas tanpa sebab adalah seperti
yang berikut:

Bil. Peringkat Jawatan

Setiausaha Bahagian/ Pengarah/ Rektor


1. Bahagian
atau pegawai yang diberi kuasa.
Pengarah Kampus-kampus Institut
Pendidikan Guru Malaysia/ Pengarah Kolej
Vokasional/ Pengarah Kolej Matrikulasi/
2. Institusi Pengarah Teknologi Pendidikan Negeri/
Pengarah Kampus-kampus Institut
Aminuddin Baki atau pegawai yang diberi
kuasa.
Pengarah Negeri atau pegawai yang diberi
3. Negeri kuasa.
Pegawai Pendidikan Daerah atau pegawai
4. Daerah
yang diberi kuasa.

Semua jenis Pengetua/ Guru Besar atau pegawai yang


5.
sekolah diberi kuasa.

2.2 Kehilangan termasuk kehilangan Wang Awam dan Aset Awam


disebabkan oleh kecurian, kebakaran, kemalangan, bencana
alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai; kekurangan,
bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang yang tidak

9
boleh dapat balik, hasil yang tidak boleh didapatkan dan
perbelanjaan yang sia-sia.

2.3 Pusat Tanggungjawab: satu unit organisasi di mana


pengurusnya telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk
mengurus dan mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber
lain.

2.4 Tidak Hadir Untuk Bertugas: tidak hadir bagi apa-apa jua
tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki
hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya. Ketidakhadiran untuk
bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau terlebih dahulu
mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.

2.5 Pelucuthakan Emolumen Kerana Tidak Hadir Bertugas: jika


seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana tidak hadir
untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, pegawai itu tidak
berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh
ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian
hendaklah disifatkan telah terlucut hak walaupun Pihak
Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan
pelucuthakan itu.

10
2.6 Pihak Berkuasa Tatatertib: ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan
berkenaan yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan yang
pegawai tersebut ialah seorang anggota mengikut peruntukan-
peruntukan Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, dan
termasuklah seorang pegawai atau suatu lembaga pegawai
dalam perkhidmatan awam yang boleh menjalankan fungsi
Suruhanjaya berhubungan dengan pengawalan tatatertib menurut
Fasal (5A), (5B), (6) atau (6A) Perkara 144 Perlembagaan
Persekutuan.

11
3.0 PERANAN KETUA JABATAN

Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam


melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan terhadap pegawai di
bawah seliaannya. Tindakan awal perlu diambil oleh Ketua Jabatan dengan
memantau pegawai bawahan masing-masing dan menegur atau
memberi nasihat supaya pegawai sentiasa mematuhi waktu bekerja dan
menggunakan kemudahan cuti dengan teratur. Jika teguran dan nasihat
telah diberi oleh Ketua Jabatan, tetapi pegawai masih mengulangi kesalahan
yang sama, maka Ketua Jabatan hendaklah melaporkan perkara tersebut
dengan kadar segera kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dan pada masa yang
sama mengambil tindakan pemotongan emolumen berdasarkan kepada
peruntukan Perintah Am 14(A), Perintah Am Bab C seperti yang berikut:

“14A.(a) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu


tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua
Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka
pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji atau
lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu;
dan

(b) sesuatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui


tempoh yang bagi pegawai itu tidak berhak mendapat
gaji dan emolumen di bawah perenggan (a) kepada
Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab bagi membayar
gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu
kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan
12 tak hadir bekerja itu”.
emolumen bagi tempoh
4.0 TATACARA PEMOTONGAN GAJI

4.1 Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dihubungi

Di dalam kes di mana pegawai tidak hadir bertugas sekurang-kurangnya


satu (1) hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau secara
berselang-seli dan dapat dihubungi sama ada melalui sistem khidmat
pesanan ringkas, panggilan telefon atau lawatan ke rumah, Ketua Jabatan
boleh menerima alasan pegawai sekiranya pegawai mengemukakan bukti
telah diberi Sijil Cuti Sakit oleh Pegawai Perubatan atau pegawai boleh diberi
kelulusan Cuti Rehat yang berkelayakan dalam kes pegawai terpaksa
mengambil cuti kecemasan dalam keadaan ahli keluarga meninggal dunia/
ditimpa kemalangan dan lain-lain alasan yang difikirkan munasabah oleh
Ketua Jabatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pegawai tidak hadir bertugas sekurang-


kurangnya satu (1) hari bekerja atau lebih secara berturut-turut atau secara
berselang-seli (tanpa pembuktian), Ketua Jabatan perlu menyediakan
dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Unit Sumber
Manusia/ Unit Kewangan di peringkat bahagian/ JPN/ PPD/ sekolah dan
melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh masa yang
bersesuaian sekiranya ketidakhadiran pegawai adalah bagi tempoh yang
berpanjangan secara berterusan atau secara berselang-seli. Senarai semak
bagi tatacara kes pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat Dihubungi adalah
seperti yang berikut:
4.1.1 Senarai Semak Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas
Dan Dapat Dihubungi

1. Mendapatkan penjelasan secara bertulis/ lisan daripada


pegawai.

2. Menimbang penjelasan yang dikemukakan oleh pegawai.

3. a) Mengarahkan pegawai memohon cuti rehat jika


penjelasan pegawai diterima dengan asas-asas yang
kukuh dan disokong oleh keterangan berkaitan
(contoh: surat kematian saudara terdekat, surat
pengesahan atau laporan polis), kecuali jika pegawai
mempunyai Sijil Cuti Sakit;

ATAU

b) Melaporkan kepada Ketua Jabatan mengenai


ketidakhadiran pegawai, jika penjelasan pegawai
ditolak.

4. Tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya


penjelasan pegawai ditolak adalah seperti yang berikut:

a) Melaporkan segera mengenai ketidakhadiran pegawai


kepada Unit Sumber Manusia dan mengarahkan
Unit Kewangan untuk membuat pemotongan
emolumen di bawah peruntukan Perintah Am 14A,
Perintah Am Bab C (contoh seperti di Lampiran A
dan B); dan

b) Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib


dalam tempoh masa yang bersesuaian sekiranya
ketidakhadiran pegawai adalah bagi tempoh yang

14
berpanjangan secara berterusan atau secara
berselang-seli (contoh seperti di Lampiran C).

4.1.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Dan Dapat
Dihubungi

Tempoh Tindakan
Pegawai Tidak Hadir

1 hari
Ketua Jabatan
mendapatkan
penjelasan

1 hari

Penjelasan Pegawai

1 hari

Diterima. Pertimbangan 1 hari


Ditolak
Pegawai mohon Ketua Jabatan
cuti rehat

Lapor Ke Unit Sumber


Manusia/ Kewangan
*Sijil cuti sakit, sijil kematian untuk pemotongan 1 hari
saudara terdekat, surat emolumen pegawai
pengesahan, laporan polis,
dll
Jumlah 5 hari

* ketidakhadiran pegawai tanpa mendapat kebenaran/ kelulusan bercuti atau tanpa sebab
yang munasabah pada waktu pegawai dikehendaki bertugas tidak boleh ditolak dari cuti
rehat pegawai.

15
4.2 Senarai Semak: Pegawai Tidak Hadir Bertugas Tujuh (7) Hari
Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dihubungi

Di dalam kes di mana pegawai tidak hadir bertugas tujuh (7) hari bekerja
berturut-turut dan usaha-usaha sewajarnya untuk mencari serta mengesan
pegawai telah dilakukan tetapi masih gagal, Ketua Jabatan perlu menyediakan
dokumen yang berkaitan dan melaporkan segera kepada Unit Sumber
Manusia/ Unit Kewangan di peringkat bahagian/ JPN/ PPD/ sekolah bagi
tujuan pemotongan emolumen dan melaporkan kepada Pihak Berkuasa
Tatatertib. Senarai semak bagi tatacara kes pegawai Tidak Hadir Bertugas
Tujuh (7) Hari Bekerja Berturut-turut Dan Tidak Dapat Dihubungi adalah
seperti yang berikut:

1. Melaporkan segera mengenai ketidakhadiran pegawai kepada


Unit Sumber Manusia dan mengarahkan Unit Kewangan
untuk membuat pemotongan emolumen (contoh seperti di
Lampiran A dan B).

2. Mengeluarkan surat arahan kembali bertugas melalui Surat


Berdaftar Akuan Terima (A.R. Register)/ serahan tangan
kepada pegawai di alamat akhir diketahui (Lampiran D).

3. Mengemukakan laporan berhubung ketidakhadiran pegawai


kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (Lampiran E).

16
4.2.1 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Tidak Hadir Bertugas Tujuh (7)
Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dihubungi

Tempoh Masa
Surat Arahan Kembali Bertugas
dikeluarkan melalui Surat Berdaftar
Akuan Terima (A.R.Register) / Serahan
Tangan
3 hari

Penyerahan Surat Terserah


Surat
Surat (Pegawai dapat
Dikembalikan
dikesan-sama ada
Tidak Terserah 5 hari
hadir atau tidak)

Laporan ke Pihak
Berkuasa Tatatertib Laporan ke Pihak 1 hari
Berkuasa
Tatatertib

Penyiaran Notis
1 hari
Akhbar

Hadir Kehadiran Pegawai tidak


hadir

1 hari

Laporan ke Pihak Jumlah 11 hari


Pewartaan
Berkuasa
pembuangan kerja
Tatatertib

17
* ketidakhadiran pegawai tanpa mendapat kebenaran/ kelulusan bercuti atau tanpa sebab yang
munasabah pada waktu pegawai dikehendaki bertugas tidak boleh ditolak dari cuti rehat
pegawai.

4.3 Kes Pegawai Meletak Jawatan

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015, peletakan


jawatan hendaklah dibuat oleh pegawai dengan mengemukakan notis
peletakan jawatan kepada Ketua Jabatan. Bagi pegawai yang dilantik tetap
tempoh notis peletakan jawatan adalah 30 hari sebelum peletakan jawatan
berkuat kuasa. Manakala bagi pegawai selain pelantikan tetap, tempoh
pengemukaan notis peletakan jawatan adalah mengikut syarat pelantikan
pegawai itu, atau 30 hari sekiranya tempoh tidak diperuntukkan dalam syarat
pelantikan. Bagi maksud tempoh notis peletakan jawatan, cuti tanpa gaji boleh
diambil kira sebagai tempoh notis. Sekiranya peletakan jawatan tidak
memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, pegawai hendaklah membayar
sebulan gaji iaitu gaji pokok sebagai ganti notis. Bayaran sebulan gaji sebagai
ganti notis hendaklah dibuat oleh pegawai sebelum peletakan jawatannya
berkuat kuasa.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menuntut bayaran sebulan gaji


daripada pegawai. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menimbang
permohonan pegawai untuk memendekkan tempoh notis peletakan jawatan
atas sebab-sebab yang disyaratkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 1 Tahun 2015.

18
4.3.1 Senarai Semak: Kes Pegawai Meletak Jawatan Tanpa
Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan


melaporkan segera kepada Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan bagi
tujuan pemotongan atau penahanan emolumen. Tindakan Ketua Jabatan
adalah seperti berikut:

1. Ketua Jabatan menyemak tempoh notis peletakan


jawatan dikemukakan.

2. a) sekiranya tempoh notis peletakan jawatan menepati


tempoh yang ditetapkan, Ketua Jabatan boleh
mengeluarkan surat makluman kepada pegawai;

b) sekiranya tempoh notis peletakan jawatan tidak


memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, Ketua
Jabatan boleh menimbang permohonan
pegawai untuk memendekkan tempoh notis peletakan
jawatan atas sebab-sebab yang disyaratkan di bawah
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2015.
Sekiranya dipertimbangkan, Ketua Jabatan boleh
mengeluarkan surat makluman kepada pegawai;

ATAU

c) sekiranya tempoh notis peletakan jawatan tidak


memenuhi tempoh notis yang ditetapkan dan Ketua
Jabatan tidak boleh menimbang permohonan
pegawai untuk memendekkan tempoh notis peletakan
jawatan, maka Ketua Jabatan perlu mengambil
tindakan seperti di perenggan 3.

19
3. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan-tindakan seperti
yang berikut:

a) mengarahkan Unit Sumber Manusia/ Unit Kewangan


untuk membuat pemotongan gaji/ penahanan gaji di
bank (contoh seperti di Lampiran A dan B);

ATAU

b) mengeluarkan surat arahan tuntutan bayaran sebulan


gaji (gaji pokok) kepada pegawai sekiranya tindakan
pemotongan gaji/ penahanan gaji di bank tidak berjaya
dilakukan.

20
4.3.2 Carta Aliran Bagi Tatacara Kes Pegawai Meletak Jawatan Tanpa
Memenuhi Tempoh Notis 30 Hari

21
Pegawai Meletak Jawatan

Ketua Jabatan
Menepati tempoh menyemak Tidak menepati
(DITERIMA) tempoh notis tempoh
peletakan jawatan

Ketua Jabatan Lapor ke Unit Sumber


mengeluarkan Ketua Jabatan
menimbang Manusia/ Unit
surat makluman Kewangan untuk
kepada pegawai. permohonan
pegawai untuk membuat pemotongan
memendekkan gaji/ penahanan gaji di
tempoh notis bank.
peletakan
jawatan.

surat arahan tuntutan


bayaran sebulan gaji
(gaji pokok) daripada
pegawai hendaklah
dikeluarkan
sekiranya sekiranya tindakan
dipertimbangkan, pemotongan gaji/
Ketua Jabatan penahanan gaji di
boleh bank tidak berjaya
mengeluarkan dilakukan.
surat makluman
kepada pegawai.

22
4.4 Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/ Kesalahan
Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan
Gantung Kerja

Prosedur jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai


dalam mana-mana mahkamah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28
sehingga 33, Bahagian IV Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftar


Mahkamah hendaklah mengemukakan laporan yang berkaitan prosiding
tersebut kepada Ketua Jabatan/ Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan
laporan yang berkaitan prosiding tersebut. Seterusnya Ketua Jabatan
hendaklah mengemukakan laporan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang
mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun
pangkat, beserta syor sama ada pegawai itu patut ditahan kerja mengikut
peraturan 44 (1) (a), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

Jika prosiding jenayah itu terhadap pegawai berkeputusan dengan pensabitan,


Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menggantung pegawai daripada
menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45 (1) (a), berkuat
kuasa mulai tarikh sabitan, sementara menunggu keputusan tindakan tatatertib
yang berkait daripada sabitan tersebut. Seseorang pegawai yang digantung
kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang
tahun penggantungan kerja tersebut.

23
Jika prosiding jenayah tersebut berkeputusan dengan pembebasan, pegawai
itu hendaklah dibenarkan menjalankan semua tugasnya serta berhak
menerima apa-apa emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh tahan
kerja serta cuti rehat tahunan dan segala kelayakan lain yang pegawai itu
berhak.

24
4.4.1 Ringkasan Jadual Mengenai Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

Perkara Tahan kerja (siasatan) Tahan kerja Gantung kerja


Peraturan pegawai 43 44 45
awam (kelakuan
dan tatatertib)
1993
Bila Disyaki melakukan : • dituduh di mahkamah atas • disabitkan bersalah atas
kesalahan jenayah kesalahan jenayah
•kesalahan tatatertib yang serius • tindakan tatatertib dengan tujuan • dikeluarkan perintah
• kesalahan jenayah buang kerja atau turun pangkat tahanan buang negeri
telah bermula
Faktor diambil kira • kesalahan berkait secara langsung • kesalahan berkait secara langsung
dengan tugas dengan tugas
• kehadiran mengganggu siasatan • kehadiran mengganggu siasatan
• menjejaskan imej jabatan
• mendatangkan kerugian kepada
kerajaan
Tempoh Maksimum dua (2) bulan • sehingga kes selesai Sehingga Pihak Berkuasa
• pada bila-bila masa oleh Pihak Tatatertib bersidang dan
Berkuasa Tatatertib menjatuhkan hukuman

Emolumen 100 % 50% - 100% 0

Terhenti apabila • prosiding jenayah di mahkamah Sabitan jenayah


telah bermula
• prosiding tatatertib dengan
tujuan buang kerja/ turun
pangkat bermula.
4.4.2 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/
Kesalahan Tatatertib Yang Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan
Kerja Dan Gantung Kerja

Bagi pegawai didapati terlibat dengan kes jenayah atau kesalahan tatatertib
yang serius, Ketua Jabatan perlu menyediakan dokumen yang berkaitan dan
melaporkan segera kepada Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan serta
Pihak Berkuasa Tatatertib.

Tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Jabatan menerima prosiding mahkamah daripada


pegawai/ Pendaftar.

2. Ketua Jabatan melaporkan kepada Pihak Berkuasa


Tatatertib beserta syor untuk perintah tahan kerja.

3. Pihak Berkuasa Tatatertib memutuskan pegawai ditahan


kerja atau sebaliknya.

4. Sekiranya pegawai dikenakan perintah tahan kerja, Ketua


Jabatan hendaklah melaporkan kepada Unit Kewangan
untuk pemotongan sejumlah emolumen (rujuk jadual 4.4.1)
yang dipotong mulai tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib.

5. Ketua Jabatan mendapatkan keputusan prosiding


mahkamah daripada Pendaftar

6. Sekiranya keputusan prosiding pegawai adalah seperti yang


berikut:

a) disabitkan (sama ada dengan rayuan atau tanpa rayuan),


Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan
tindakan gantung kerja (tidak layak emolumen) terhadap
pegawai.

b) dibebaskan tanpa rayuan Pendakwa Raya, pegawai layak


semua emolumen mulai tarikh kuat kuasa tahan kerja.
c) dibebaskan dan rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, maka
Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memutuskan sama
ada atau tidak pegawai itu patut terus ditahan kerja.

d) disabitkan tetapi dengan rayuan dibebaskan, maka


pegawai layak semua emolumen mulai tarikh kuat kuasa
tahan kerja/ gantung kerja.

27
4.4.3 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Terlibat Dengan Kes Jenayah/ Kesalahan Tatatertib Yang
Serius Dan Dikenakan Tindakan Tahan Kerja Dan Gantung Kerja

Tahan Kerja
1. Kerana terlibat dengan kes jenayah
2.Disyaki melakukan kesalahan tatatertib yang serius

Untuk tujuan siasatan kes Untuk tujuan prosiding jenayah/ kes


jenayah/ tatatertib yang tatatertib yang serius 28(4) & 44(1)
serius.[43(1)]

Diputuskan oleh Pihak Berkuasa


Tatatertib yang ada kuasa mengenakan
hukuman buang kerja/ turun pangkat

1. Syarat pegawai disyaki telah : 1. Syaratnya prosiding jenayah / tatatertib dengan


(i) melakukan jenayah tujuan buang kerja telah dimulakan.
(ii) melakukan kesalahan tatatertib yang serius 2. Jika disebabkan kes jenayah,boleh ditahan mulai
2. Tempoh : tarikh ditangkap/saman. Jika tindakan tatatertib
(i) Maksimum 2 bulan atau prosiding buang kerja,mulai tarikh yang ditetapkan oleh
jenayah/ tatatertib bagi tujuan buang Pihak Berkuasa Tatatertib.
kerja/ turun pangkat dimulakan, ikut 3. Penahanan kerja terhenti dan emolumen boleh
mana yang terdahulu; dibayar jika pegawai dipanggil bertugas semula
(ii) Terhenti pada tarikh prosiding jenayah/ walaupun kes selesai.[44(5)]
tatertib dimulakan. 4. Emolumen yang telah ditahan hanya dibayar
3. Tiada potongan/ pengurangan emolumen dalam selepas kes selesai dan Pihak Berkuasa Tatatertib
tempoh ini. putuskan ianya boleh dibayar.
5. Layak terima minimum 50% emolumen
bulananya.[44(6)]
6. Emolumen dikembalikan jika pegawai dibebaskan
[44(7)]

(i) Oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa buang kerja/ turun pangkat;[28(6)]
(ii) Mulai tarikh pegawai disabitkan dengan kes jenayah oleh mahkamah walaupun pegawai ada membuat rayuan;
[28(6) & (10);45]
(iii) Tidak layak terima emolumen yang telah tidak dibayar semasa ditahan kerja & sepanjang tempoh gantung kerja[45(3)]
(iv) Jika dibuang kerja,emolumen yang tidak dibayar semasa tahan / gantung kerja tidak boleh dibayar;[45A(1)]
(v) Jika pegawai tidak dibuang kerja,dia berhak terima emolumen yang telah ditahan itu;[45A(2)]
(vi) Hentikan bayaran emolumen jika pegawai keluar negeri tanpa izin semasa ditahan kerja.[47(3)]

28
4.5 Senarai Semak: Kes Pegawai Yang Memulakan Kemudahan Cuti
Tanpa Terlebih Dahulu Mendapatkan Kelulusan Pihak Berkuasa
Melulus

Kemudahan cuti seperti Cuti Rehat, Cuti Menjaga Anak, Cuti Mengikut
Pasangan ke Luar Negeri, Cuti Bersalin, Cuti Haji, Cuti Belajar dan Cuti
Tanpa Rekod diberi kepada pegawai bagi tujuan seperti berikut:

(i) menjaga kebajikan serta menerapkan ciri-ciri budaya ikram;

(ii) memberi motivasi/ galakan positif kepada pegawai untuk


meningkatkan prestasi dan produktiviti; dan

(iii) menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada pegawai.

Walau bagaimanapun, semua kemudahan cuti yang disediakan oleh kerajaan


bukanlah hak pegawai dan hanya boleh dinikmati dengan kebenaran dan
kelulusan Ketua Jabatan (Pohon rujuk istilah Ketua Jabatan bagi setiap
maksud cuti untuk kelulusan seperti di Lampiran F). Sehubungan dengan
itu, Ketua Jabatan hendaklah sentiasa memastikan bahawa pegawai telah
mengemukakan permohonan cuti dalam tempoh masa yang ditetapkan/
munasabah dan telah diberi kelulusan terlebih dahulu sebelum bercuti. Dalam
kes di mana pegawai tidak mengemukakan permohonan cuti dan tidak diberi
kelulusan bercuti, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan seperti
berikut dalam menguruskan kemudahan cuti pegawai:

1. Pastikan pegawai memenuhi semua syarat-syarat yang


ditetapkan di bawah Pekeliling/ Surat Pekeliling/ Surat Edaran
yang berkuat kuasa sebelum memproses permohonan cuti
pegawai.

2. Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan kepada Pihak


Berkuasa Melulus untuk kelulusan.

3. Ketua Jabatan hendaklah sentiasa menyemak status


kelulusan permohonan cuti pegawai dengan Pihak
Berkuasa Melulus.
29
4. Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan Cuti tanpa terlebih
dahulu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus kes
pegawai hendaklah ditafsirkan sebagai tidak hadir bertugas
tanpa kebenaran. Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan
pegawai untuk kembali bertugas dan mengambil tindakan
pemotongan emolumen mengikut Perintah Am 14(A), Perintah
Am Bab C.

30
4.5.1 Carta Aliran Kes Pegawai Yang Memulakan Kemudahan Cuti Tanpa Terlebih Dahulu
Mendapatkan Kelulusan Pihak Berkuasa Melulus

Pegawai Mengemukakan Permohonan Cuti

Menepati syarat- Tidak menepati syarat-


syarat dan tempoh Ketua Jabatan syarat dan tempoh
(LAYAK menyemak
permohonan cuti (TIDAK LAYAK
MEMOHON)
pegawai MEMOHON)

Ketua Jabatan menyokong


permohonan cuti pegawai
Ketua Jabatan Ketua Jabatan DENGAN BUDI
untuk kelulusan Pihak Berkuasa
tidak menyokong BICARANYA boleh
Melulus.
permohonan mempertimbangkan
pegawai. Surat permohonan cuti pegawai
makluman untuk kelulusan Pihak
dikeluarkan kepada Berkuasa Melulus bagi kes
Pihak Berkuasa Pihak Berkuasa pegawai. yang tidak memenuhi tempoh
Melulus Melulus tidak masa berdasarkan justifikasi
meluluskan cuti meluluskan cuti permohonan pegawai
pegawai

Pihak Berkuasa Melulus


Ketua Jabatan Ketua Jabatan meluluskan cuti pegawai
mengeluarkan mengeluarkan
surat kelulusan
surat makluman
cuti kepada
pegawai beserta kepada pegawai
arahan
Ketua Jabatan mengeluarkan
pemberhentian
surat kelulusan cuti kepada
gaji. Unit
pegawai beserta arahan
Sumber Manusia
pemberhentian gaji. Unit
dan Unit
Sumber Manusia dan Unit
Kewangan
Kewangan hendaklah
hendaklah
mengambil tindakan
mengambil
sewajarnya
tindakan
sewajarnya
Sekiranya pegawai menggunakan kemudahan cuti tanpa mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus, kes pegawai akan diuruskan
sebagai tidak hadir bertugas tanpa kebenaran dan Ketua Jabatan hendaklah mengarahkan pegawai untuk kembali bertugas serta
melaporkan kepada Unit Sumber Manusia dan Unit Kewangan untuk membuat pemberhentian/ pemotongan emolumen mulai tarikh
pegawai tidak hadir bertugas.

31
5.0 PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

Kehilangan wang awam adalah diurus berpandukan kepada Arahan


Perbendaharaan 314 sehingga 328 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk
meningkatkan dan menambah baik perkhidmatan awam, peraturan kewangan
yang dikeluarkan juga perlulah jelas dan bersesuaian dengan perkembangan
semasa. Hapus kira pada amnya merupakan satu prosedur perakaunan bagi
memastikan laporan kewangan yang disediakan adalah kemas kini, tepat dan
teratur. Di samping itu, hapus kira kehilangan wang awam juga bertujuan untuk
membolehkan Pihak Berkuasa Kewangan mengesyorkan tindakan surcaj atau
tatatertib ke atas pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan.

5.1 Hapus Kira Kehilangan Disebabkan Oleh Pembayaran Lebih – Arahan


Perbendaharaan 327

5.1.1 Apabila terdapat apa-apa pembayaran lebih atau pembayaran


yang salah dibuat, Pegawai Pengawal/ Ketua Jabatan hendaklah
mendapatkan lebihan bayaran tersebut secara sekali gus atau
dengan ansuran seperti dijelaskan dalam AP 327(a) daripada
penerima bayaran.

5.1.2 Bagi penerima bayaran yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan,


permohonan untuk bayaran secara ansuran boleh
dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan. Jika diluluskan,
permohonan untuk suatu Pendahuluan daripada Kumpulan
Wang Amanah Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) atas nama
penerima bayaran hendaklah dipohon.

32
5.1.3 Bayaran terlebih yang diterima dalam tahun semasa, Jabatan
hendaklah mendebitkan Kumpulan Wang Pendahuluan dan
mengkreditkan ke dalam akaun yang terlebih bayar. Manakala
ansuran bulanan pegawai hendaklah dikreditkan ke dalam Akaun
Pendahuluan.

5.1.4 Bayaran terlebih yang diterima dalam tahun berikutnya, Jabatan


hendaklah mendebitkan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri dan
mengkreditkan ke dalam Akaun Hasil Lain-lain Terimaan.
Manakala bayaran balik pegawai hendaklah dikreditkan ke dalam
Kumpulan Wang Pendahuluan Diri Pegawai Awam.

5.1.5 Kelulusan bayaran balik Akaun Pendahuluan bagi tempoh


tidak melebihi daripada 18 bulan boleh ditimbang di peringkat
Pegawai Pengawal. Bagi bayaran balik melebihi tempoh tersebut,
permohonan hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan
Perbendaharaan.

5.1.6 Bagi penerima bayaran yang bukan Pegawai Kerajaan, bayaran


secara sekali gus hendaklah dibuat. Walau bagaimanapun
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan permohonan bayaran
secara ansuran jika berpuas hati bahawa penerima bayaran tidak
akan mungkir bayaran ansuran bulanan yang dipersetujui.

5.1.7 Sekiranya pembayaran balik sepenuhnya tidak boleh


didapatkan atau tidak patut didapatkan, Pegawai Pengawal
hendaklah melantik Jawatankuasa Penyiasat secara bertulis
bagi menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

33
(a) Mengenal pasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke
atas pembayaran lebih/ salah;

(b) Mendapatkan keterangan mengapa pembayaran berkenaan


tidak patut didapatkan sama ada sebahagian atau
sepenuhnya;

(c) Mendapatkan maklumat bahawa penerima bayaran menerima


bayaran dengan suci hati seperti contoh penerima tidak
mengetahui langsung bahawa bayaran yang diterima adalah
salah, penerima tidak terlibat secara langsung dalam
penyediaan bayaran berkenaan atau pembayaran berkenaan
berpunca dari peraturan yang tidak jelas dan lain-lain
keterangan yang boleh membuktikan bahawa penerima tidak
berniat untuk menerima bayaran berkenaan;

(d) Menyoal siasat pegawai-pegawai terlibat dalam menyediakan


pembayaran atau mana-mana pegawai yang difikirkan perlu
bagi mendapatkan maklumat bahawa kesalahan berkenaan
disedari atau tidak disedari semasa penyediaan dokumen
pembayaran;

(e) Meneliti rekod-rekod kewangan dan menyediakan kronologi


kes; (f) Tindakan-tindakan lain yang difikirkan sesuai bagi
melengkapkan siasatan;

(g) Mengenal pasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan lain-


lain peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh
Perbendaharaan dipatuhi; (h) Mengesyorkan langkah-langkah

34
kawalan bagi mengelak berulangnya kejadian tersalah atau
terlebih bayar; dan

(i) Menyediakan dan menandatangani Lampiran L – Arahan


Perbendaharaan 328(a) menggunakan format seperti di
Lampiran E dan mengemukakan kepada Pegawai Pengawal
untuk ulasan dan syor.

5.1.8 Laporan lengkap dengan syor dan ulasan Pegawai Pengawal


hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk
pertimbangan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh diketahui
apa-apa pembayaran lebih atau pembayaran yang salah.

5.1.9 Tindakan Kementerian /Jabatan Selepas Kelulusan

(a) Kelulusan bayaran terlebih yang tidak boleh didapatkan dibiar


dipertanggungkan kepada akaun di bawah AP 327(d)
hendaklah dicatatkan dalam rekod kewangan yang
berkaitan.

(b) Syor surcaj/ tatatertib hendaklah dibawa kepada Pihak


Berkuasa Tatatertib Kementerian/Jabatan dalam tempoh
tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan Perbendaharaan.

(c) Maklumkan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib ke atas


syor surcaj/ tatatertib kepada Perbendaharaan dalam
tempoh tidak lewat daripada 14 hari bekerja dari tarikh
keputusan dibuat.

35
6.0 PERATURAN-PERATURAN YANG BERKAITAN

(A) CUTI

6.1 Cuti Sakit

5.1.1 Perintah Am 15, 17 dan 53 Bab C

5.1.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1985

5.1.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995

5.1.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

5.1.5 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006

5.1.6 Surat Edaran KPM bilangan: KPMSP.500-4/2/1 JLD.4


(56) bertarikh 16 November 2015

6.2 Cuti Sakit Lanjutan

5.2.1 Perintah Am 22 dan 53 Bab C

5.2.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991


Lampiran D7 Perenggan 5
5.2.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995

5.2.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

6.3 Cuti Separuh Gaji

6.3.1 Perintah Am 13, 51 dan 63 Bab C

6.3.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991

6.3.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

36
6.3.4 Surat Edaran KPM bilangan: KPMSP.500-4/1/13 Jld 3
(91) bertarikh 22 Disember 2015

6.4 Cuti Tanpa Gaji

6.4.1 Perintah Am 14 dan 52 Bab C

6.4.2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991

6.4.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002

6.4.4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009

6.4.5 Surat Edaran KPM bilangan: KP(PP) 0069/6/3 Jilid 2 (28)


bertarikh 23 Mac 2010

6.4.6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2014

6.4.7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2016

(B) PERUBATAN

6.5 Lembaga Perubatan

6.5.1 Perintah Am Bab F


6.5.2 Surat Pekeliling Perkhidmatan, KPM Bilangan 6
Tahun 1994
6.5.3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1995
6.5.4 Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 18
Tahun 2010, KKM
6.5.5 Surat Edaran KPM bilangan KP(PP) 0069/6/3 Jld.4(5)
bertarikh 21 Disember 2010

37
6.5.6 Surat Edaran KPM bilangan KP(PP) 0089/175 Jld.7 (68)
bertarikh 30 November 2015

(C) PENGURUSAN GAJI/ PENDAHULUAN DIRI

(1) Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 1999

(2) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun


2012

(3) Surat Edaran KPM bilangan KP(BKEW)(PK)1067/D/1-1/Jld.2


(51) bertarikh 31 Julai 2013

(4) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

(D) AKAUN BELUM TERIMA

(1) Arahan Perbendaraan (AP) 89A dan AP 90

(2) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 Tahun


2011

(3) 1Pekeliling Perbendaharaan WP10.6/2013

(4) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 13 Tahun


2014

(E) PENGURUSAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA WANG AWAM

(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61)

(2) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Seksyen 17(b)]

(3) Perwakilan Kuasa P.U.B 436 – 30 November 2007

(4) Arahan Perbendaharaan (AP) 314 hingga 328

38
(5) Pekeliling Perbendaharaan - WP10.3/2013

(6) Surat Rujukan KK/BPA/WAI 10/173/291 Jld.3(1) bertarikh 17


Mac 2016

(F) SURCAJ

(1) Arahan Perbendaharaan (AP) 323 hingga 326,


AP 327(e) dan (f) dan AP 328(d) dan (e)

(2) Surat Rujukan KK/BPA/WAI 10/173/291 Jld.3(1) bertarikh


17 Mac 2016

(G) TINDAKAN TATATERTIB

(1) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam


1993 – [P.U. (A) 396/1993]

(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)


1993 – [P.U.(A) 395/1993]

(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)


(Pindaan) 2002 – [P.U.(A) 246]

(4) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 26 Tahun 2008

39
Lampiran A

CONTOH: SURAT ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI

Rujukan :
Tarikh :

Kepada:
(UNIT KEWANGAN)

Tuan,

ARAHAN PEMOTONGAN GAJI PEGAWAI (Nama Pegawai, Skim


Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred,
Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti
atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang
munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ……….. sehingga …………)
atau:
Tarikh Bulan Bilangan Hari

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon untuk membuat pemotongan


emolumen pegawai pada tarikh yang dinyatakan di atas selaras dengan
peruntukan di bawah Perintah Am 14A, Perintah Am Bab C. Kerjasama pihak
tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

………(Tandatangan)……..
(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)
40
Lampiran B

PROSEDUR PEMOTONGAN/ PEMBERHENTIAN GAJI

Meninggal Dunia/ Letak Jawatan/ Tidak Hadir Bertugas


Tanpa Kebenaran/ Cuti Tanpa Gaji/ Bersara

Maklumat mengenai
Gaji telah Gaji belum
sebab ketidakhadiran
dihantar ke dihantar ke bank
pegawai didapatkan
bank

Ketua Jabatan
Ketua Jabatan
keluarkan surat
maklumkan arahan
kepada Jabatan pemotongan
Akauntan emolumen
Negara Malaysia +
(JANM) untuk Penyata
menahan gaji Kewangan
(Kew 8)
pegawai +
SG 20
+
Isi borang
permohonan
kelulusan
pembayaran gaji
JANM melalui baucar
mengambil berasingan (bagi
tindakan pegawai yang
penahanan gaji Bulan yang berikutnya hendak
pegawai dikeluarkan dari
Sistem Gaji
Berkomputer)

SG 20
dikemukakan
kepada JANM
untuk
mengeluarkan
pegawai dari
41 Sistem Gaji
Berkomputer
Lampiran C
CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN DAPAT DIHUBUNGI

Rujukan:
Tarikh :
Kepada:

(LEMBAGA TATATERTIB)

Tuan,

LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim


Perkhidmatan dan Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas)
Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran
Jawatan Dan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai ….
hingga…..) atau:

Tarikh Bulan Bilangan Hari

3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat
berdaftar akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh) dan beliau telah menerima surat
tersebut pada (nyatakan tarikh). Walau bagaimanapun pegawai gagal mematuhi arahan
tersebut. Dengan ini pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan
24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar
tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

4. Bersama-sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak


hadir bertugas seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang
dikemaskini. Dikemukakan laporan ini untuk pertimbangan tuan selanjutnya.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………(Tandatangan)……..
(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)
Jawatan
42
Jabatan

Lampiran D

CONTOH: ARAHAN HADIR BERTUGAS DENGAN SERTA MERTA

Rujukan :
Tarikh :

Kepada:
(NAMA DAN ALAMAT PEGAWAI)

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan rekod kad perakam waktu, tuan (Nama Pegawai dan No.
Kad Pengenalan) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan
tarikh mulai …. hingga…..) atau:

Tarikh Bulan Bilangan Hari

3. Ketidakhadiran tuan pada tarikh tersebut boleh dikenakan tindakan


tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melanggar tatakelakuan di bawah
Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama. Dengan ini tuan dikehendaki hadir
bertugas serta merta.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


………(Tandatangan)……..

(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)


Jawatan
43
Jabatan

Lampiran E
CONTOH: LAPORAN KES TIDAK HADIR BERTUGAS DAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI

Rujukan:
Tarikh:

Kepada:

(LEMBAGA TATATERTIB)

Tuan,

LAPORAN MENGENAI KETIDAKHADIRAN BERTUGAS (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan


Gred, Gelaran Jawatan Dan Tempat Bertugas)

Saya dengan segala hormatnya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Encik (Nama Pegawai, Skim Perkhidmatan dan Gred, Gelaran
Jawatan Dan Jabatan Tempat Bertugas) didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada (nyatakan tarikh mulai
…. hingga…..)

3. Pegawai berkenaan telah diarahkan kembali bertugas dengan segera melalui surat berdaftar
akuan terima (nyatakan bil. surat dan tarikh). Walau bagaimanapun, surat arahan kembali bertugas
tersebut dikembalikan tidak terserah/pegawai berkenaan tidak lagi menetap di alamat terakhir
yang diketahui. Usaha-usaha telah dibuat untuk mengesan pegawai iaitu (nyatakan usaha-usaha
yang dibuat untuk mengesan pegawai). Walau bagaimanapun pegawai masih tidak dapat dikesan.
Pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993] dan melanggar tatakelakuan di
bawah Peraturan 4(2)(g), Peraturan yang sama iaitu tidak bertanggungjawab.

4. Bagi maksud penyiaran notis akhbar di bawah peraturan 26, Peraturan yang sama, bersama-
sama ini dikemukakan (nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan pegawai tidak hadir bertugas
seperti kad perakam waktu) dan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang terkini untuk pertimbangan
pihak tuan selanjutnya.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………(Tandatangan)……..

(NAMA KETUA JABATAN PEGAWAI)

44
Jawatan

Jabatan

Lampiran F

Jenis Cuti Tempoh Cuti Tempat *Kuasa Melulus


Bertugas
Cuti Rehat mengikut semua Pengetua/ Guru
kelayakan jenis Besar
pegawai sekolah

PPD Pegawai
Pendidikan Daerah
JPN Pengarah Negeri
Bahagian Setiausaha
Bahagian/
Pengarah
Institusi Pengarah
Cuti Bersalin sehingga 90 hari *sama seperti Kuasa Melulus di
atas
Cuti Haji sehingga 40 hari *sama seperti Kuasa Melulus di
atas
Cuti Menjaga sehingga lima *sama seperti Kuasa Melulus di
Anak (5) tahun atas

Cuti Tanpa Gaji mengikut Sekolah Pengarah Bahagian


Bagi Pegawai tempoh Sukan/ Sukan/ Pengarah
Yang Mengikut pasangan Sekolah Bahagian
Pasangan bertugas/ Seni Kokurikulum dan
Bertugas Atau berkursus Kesenian
Berkursus Di Sekolah Pengarah Bahagian
Dalam Atau Di Agama Pendidikan Islam
Luar Negara Bantuan
Kerajaan
Sekolah Pengarah Bahagian
Pendidikan Pendidikan Khas
Khas
Sekolah Pengarah Bahagian

45
Menengah Pendidikan Teknik
Teknik dan Vokasional
Sekolah Pengarah Bahagian
Berasrama Pengurusan
Penuh Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan
JPN/ PPD/ Pengarah Negeri
Sekolah
Menengah
Harian/
Sekolah
Rendah
Institusi Pengarah IPGM/
(IPGM/ Pengarah Kolej
Kolej Matrikulasi
Matrikulasi
Bahagian Pengarah/
Setiausaha
Bahagian
Cuti Belajar berdasarkan semua Jabatan
tempoh yang bahagian/ Perkhidmatan
diluluskan agensi di Awam
bawah
KPM
Cuti Tanpa Rekod berdasarkan pohon rujuk Panduan
jenis cuti Pengurusan Kemudahan Cuti,
Kementerian Pelajaran
Malaysia bertarikh 12
November 2009

46

You might also like